Rabu, 20 Julai 2011

Addin

Addin


Kalau Nak Kenal.. Inilah Profesor Kangkung!!

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap. "Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung.

Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat. Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain. 

Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory. Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory.

Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama. "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan," ujarnya lagi.

Addin :

Kalau kau orang nak kenal inilah dinamakan profesor kangkung!!Aku cukup-cukup meluat dengan komennya.. elok sikit dari Ibrahim Ali dan Zul Kulim. Orang yang berilmu macam ni kalu dah jadi pengampu.. cukup dashyat. Ibarat otaknya di letakkan di kepala lutut.. memang tak boleh diikut..


Panas!! Pembunuh Altantuya Bakal Di Ketahui

Posted: 20 Jul 2011 08:37 AM PDT

Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Beliau akan tiba ke Pulau Pinang esok bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh pada hari berikutnya. Bourdon, antara sekumpulan peguam yang dilantik Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene akan menceritakan perkembangan terkini kes itu yang kini dalam peringkat perbicaraan di mahkamah Perancis. 
 

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, sumber Suaram memberitahu kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya Ogos. Pembelian kapal selam berkenaan yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

Pada Disember 2009, Suaram telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan mengenai skandal berhubung komisyen pembelian kapal berkenaan, yang menyalahi undang-undang negara itu.

Pada April tahun lalu, mahkamah Perancis menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta atau hampir RM500 juta dari pembina kapal berkenaan, DCNS kepada Perimekar Sdn Bhd.

Perundingan bagi pembelian itu dijalankan menerusi Perimekar untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris iaitu anak syarikat DCNS.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak tersenarai antara pengarah Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu.

Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang merupakan perantara bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 dari kementerian pertahanan di Puncak Alam pada Oktober 2006. Bagaimanapun dua lagi tertuduh iaitu pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman mati.

Pada 2009, seorang bekas anggota cawangan khas, P Balasubramaniam yang juga pernah bertugas untuk Abdul Razak mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dalam akuan bersumpahnya.

Sebelum ini Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Macau- bagi urusan pembelian kapal selam berkenan- yang turut dikaitkan dengan seorang lagi individu ketiga.

Addin :

Adakah C4 bakal di gunakan lagi?


"Made In Israel" KDN, IGP Perlu Beri Penjelasan

Posted: 20 Jul 2011 07:13 AM PDT

Kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai penggunaan kanister gas pemedih mata oleh Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang didakwa jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin. Justeru katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bertanggungjawab memberikan penjelasan. "Pihak polis yang diketuai Ketua Polis Negara perlu menjelaskan secara terpeinci kerana dakwaan ini adalah serius, dari satu sisi ia amat bahaya kepada negara kerana menunjukkan pengaruh Israel yang meresap dalam pasukan PDRM,"


"Kita bimbang Syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel ini kemungkinan turut menerima pakai nasihat dari Apco," ujarnya kepada Keadilandaily, mengulas pendedahan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

Latheefa sebelum ini mendedahkan kanister itu dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel, mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Kanister jenis yang sama juga pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993. Malah beberapa penduduk palestin pernah terbunuh akibat serangan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel.

Menurut Shamsul, beliau juga khuatir kematian Baharudin Ahmad, 59 yang dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi jantung semasa serangan FRU di KLCC, berpunca dari serangan gas tersebut.

"Kita menuntut KPN juga menjelaskan secara terpeinci punca kematian Baharudin, kerana pihak polis mengatakan ia disebabkan kompilasi jantung. Apakah kematiannya sebenarnya berpunca dari gas tersebut," ujarnya.Katanya lagi, pihak polis perlu menjelaskan kenapa pihak berkuasa itu tidak mematuhi prosedur dengan melepaskan tembakan menghala terus kepada orang ramai dalam himpunan itu.

"Dalam rakaman video dan gambar kita dapat lihat prosedur yang salah, antaranya tembakan gas pemedih mata yang dihalakan terus kepada peserta himpunan. "Begitu juga dengan tangkapan yang dibuat secara kasar termasuk menumbuk, menendang sehingga menyebabkan kecederaan serius dan pendarahan," katanya./kd

Serangan Kanister Gas, Cubaan Membunuh Anwar

Posted: 20 Jul 2011 06:00 AM PDT

Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry Jaafar Sidek membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD).  Laporan itu berhubung serangan kanister gas pemedih mata yang dilakukan polis terhadap Anwar dan Fayyadh ketika mereka berada di terowong KL Sentral semasa perhimpunan aman Bersih 2.0.


Menurut N. Surendran, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis bagi mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian. "Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera," katanya.

Surendaran berkata, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki Datuk Seri Wan Azizah, ancaman terhadap cucu Anwar dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

"Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera," tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis itu dibuat ialah Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, dan Peguam Lawyers For Liberty, Nadiah Nadwa Fikri dan

Pada 10 Mei lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis berhubung insiden pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah menerima ugutan SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Anwar berundur dari politik./kd

UMNO Sibuk Di Kedah, Di Melaka Sampai 3 Pagi Pun Tak Apa..

Posted: 20 Jul 2011 04:30 AM PDT

Umno dan kerajaan BN jelas kelihatan amat tidak ikhlas dalam mengawal persoalan hiburan di kalangan rakyat, sebaliknya hanya bersandiwara dalam menjaga persoalan moral dan agama dalam sistem pentadbirannya. Perkara itu jelas terbukti apabila diteliti sikap para pemimpin Umno dan BN terhadap langkah baik yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengenai larangan berhibur pada bulan Ramadhan, tetapi ditentang oleh mereka dari segala sudut. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, lebih ketara lagi, di sebalik tentangan mereka terhadap langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu, mereka tidak pula membantah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Melaka yang melanjutkan tempoh berhibur sehingga jam 3.00 pagi.

Menurut beliau, pada hal tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Kedah ketika berada di bawah kepimpinan BN dahulu, yang telah pun membuat peraturan itu pada bulan Ramadhan.

Katanya, bezanya, kerajaan BN Kedah dahulu hanya sekadar meluluskan peraturan itu sahaja, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan, manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam erti kata sebenarnya demi kepentingan agama dan seluruh rakyat negeri itu.

"Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mahu melaksanakannya, para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan tiba-tiba bangkit menentangnya, seolah-oleh peraturan itu adalah sesuatu yang asing kepada mereka, pada hal ia telah diluluskan oleh kerajaan Kedah semasa berada di bawah BN dahulu.

"Jika mereka ikhlas, kenapa mereka tidak menentang ketika kerajaan BN Kedah meluluskan peraturan itu dahulu, tetapi hanya menentang apabila Kerajaan Pakatan Kedah yang mahu melaksanakannya?

"Ini jelas memperlihatkan sikap double standard di kalangan para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan dalam perkara ini yang pasti dapat dilihat dengan jelas oleh setiap pihak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amat menyedihkan, menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu sememangnya amat baik bagi orang ramai terutama di kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

Katanya, namun disebabkan kepentingan politik, para pemimpin Umno dan BN sanggup menentangnya, walaupun ia pasti akan mendatangkan kesan amat buruk kepada masyarakat.

Lebih dikesali oleh beliau, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mendidik rakyat agar menjadi lebih berakhlak, bermoral dan mematuhi ajaran agama, kerajaan BN Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Ali Rustam telah mengambil langkah lebih tidak bertanggungjawab.

"Ini amat jelas kelihatan apabila kerajaan Melaka telah melanjutkan pembukaan pusat hiburan di Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.

"Tetapi tindakan kerajaan Melaka itu tidak pula ditentang oleh para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan yang begitu bersungguh-sungguh menentang langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu.

"Jadi amat jelas, mereka sebenarnya hanya bersandiwara dengan rakyat. Mereka sebenarnya bertindak sedemikian bukanlah untuk kepentingan moral rakyat, tetapi hanyalah untuk kepentingan politik mereka sendiri sahaja," ujarnya.

Dalam dalam hubungan ini, beliau memuji langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana mengambil pendekatan tepat setelah mengadakan perbincangan dengan pemimpin DAP yang menentang larangan hiburan pada bulan Ramadhan.

"Tindakan DAP itu sebenarnya berpunca dari ketiadaan kefahaman para pemimpin DAP mengenai perkara itu. Setelah diadakan perbincangan, pemimpin DAP dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan di Kedah sendiri akhirnya bersetuju untuk melaksanakan larangan itu di kalangan umat Islam.

"Setelah diberikan kefahaman, orang-orang bukan Islam sendiri turut memberikan komitmen untuk menguatkuasakan larangan itu. Ini kerana larangan memasuki pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah untuk orang bukan Islam, tetapi hanya untuk orang Islam.

"PAS sebenarnya tidak menyekat orang bukan Islam berhibur, tetapi PAS menyekat orang Islam dari berhibur sehingga keterlaluan, lebih -lebih lagi pada bulan puasa dan ini tentunya berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam sendiri dalam menyambut Ramadhan," katanya.

Dari kejadian itu juga, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar secara jelas menegaskan perbezaan Pakatan Rakyat dan BN, apabila para pemimpin Pakatan Rakyat ternyata lebih bertanggungjawab kepada rakyat dalam menjaga isu moral.

"Ini jelas terbukti apabila para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap berterus terang, berbanding para pemimpin Umno dan BN yang sering bermuka-muka dengan rakyat untuk menjaga kepentingan politik masing-masing," tegas beliau.

Addin :

UMNO sebenarnya dari dulu suka bersandiwara dan bermuka-muka. Enakmen yang telah diluluskan di Kedah zaman pemerintahan UMNO BN tapi di sorokkan . Apabila kerajaaan PR Kedah hendak laksanakan, pelbagai kritikan di lontarkan. Namun, apabila negeri Melaka meluluskan operasi pusat hiburan sehingga ke jam 3 pagi.. UMNO berdiam diri. Ternyata UMNO bersandiwara di sebalik perjuangan Islamnya. UMNO munafik..


Bebaskan 6 Tahanan PSM, Jika Tidak Tekanan Antarabangsa

Posted: 20 Jul 2011 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon. "Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain. "Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani," kata Edmund kepada Keadilandaily. 



Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan. "Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat. "Persoalannya, mengapa tahanan ini disoal berhubung aktiviti politik parti termasuk penyumbang dana, hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim?," soal beliau. 

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan 'Habeas Corpus' iaitu perintah mahkamah untuk membawa keenam-enam aktivis PSM membela diri bagi mendapatkan perbicaraan adil. "Kita akan failkan Habeas Corpus pada hari Jumaat jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Ini kerana Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir.

"Kepada simpatisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu meneruskan tekanan bagi pembebasan mereka," kata Edmund. Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut menerusi – http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu.
 
Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program 'Udah lah..bersaralah', menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu./kd


Penipuan SPR Terbongkar Lagi

Posted: 20 Jul 2011 01:34 AM PDT

Blogger Mutaligat dalam blognya  mutaligat.blogspot.com  hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan. Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin. "Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.


Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri. Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'. "Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya. Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai./hrkh




Addin :

Kita tunggu jawapan BANGANG dari SPR!!


Tiada ulasan: