Senyum Tangis Sendu |
- Siapa Kata FRU Ganas, Ini Buktinya
- Ada Tentera Israel Dalam FRU?
- Apa Nak Jadi, Jadilah.. Gua Tidak Kisah Maa..
- Salah Satu Video dan Gambar Yang Akan didedah Polis
Siapa Kata FRU Ganas, Ini Buktinya Posted: 20 Jul 2011 01:28 AM PDT Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini. Superintendan (B) Sulaiman Menga Din, berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP). Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual. "Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman. Beliau berkata, semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing. "Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung. "Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman. P/S: Bro, gambar di atas tu guna cara lembut ke? |
Posted: 20 Jul 2011 12:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai penggunaan kanister gas pemedih mata oleh Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang didakwa jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin. Catatan pada kelonsong kanister menunjukkan ia digunakan bersama respirator berpenutup muka penuh dengan katrij penapis organik.Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ini kerana FRU menggunakan kanister gas pemedih mata yang sama untuk menyerang peserta himpunan aman Bersih 9 Julai lalu. Justeru katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bertanggungjawab memberikan penjelasan. "Pihak polis yang diketuai Ketua Polis Negara perlu menjelaskan secara terpeinci kerana dakwaan ini adalah serius, dari satu sisi ia amat bahaya kepada negara kerana menunjukkan pengaruh Israel yang meresap dalam pasukan PDRM," "Kita bimbang Syarikat yang mempunyai kaitan dengan Israel ini kemungkinan turut menerima pakai nasihat dari Apco," ujarnya kepada Keadilandaily, mengulas pendedahan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya. Latheefa sebelum ini mendedahkan kanister itu dibekalkan oleh Federal Laboratories Inc kepada tentera Israel, mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit. Kanister jenis yang sama juga pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993. Malah beberapa penduduk palestin pernah terbunuh akibat serangan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel. Menurut Shamsul, beliau juga khuatir kematian Baharudin Ahmad, 59 yang dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi jantung semasa serangan FRU di KLCC, berpunca dari serangan gas tersebut. "Kita menuntut KPN juga menjelaskan secara terpeinci punca kematian Baharudin, kerana pihak polis mengatakan ia disebabkan kompilasi jantung. Apakah kematiannya sebenarnya berpunca dari gas tersebut," ujarnya. Katanya lagi, pihak polis perlu menjelaskan kenapa pihak berkuasa itu tidak mematuhi prosedur dengan melepaskan tembakan menghala terus kepada orang ramai dalam himpunan itu. "Dalam rakaman video dan gambar kita dapat lihat prosedur yang salah, antaranya tembakan gas pemedih mata yang dihalakan terus kepada peserta himpunan. "Begitu juga dengan tangkapan yang dibuat secara kasar termasuk menumbuk, menendang sehingga menyebabkan kecederaan serius dan pendarahan," katanya. |
Apa Nak Jadi, Jadilah.. Gua Tidak Kisah Maa.. Posted: 19 Jul 2011 09:19 PM PDT Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya. Bagaimanapun kata Ashraf, 25, ia tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hasratnya itu. Berikut ialah kata-kata dari beliau seolah-olah tengah berjuang di medan perang. Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. - Ashraf |
Salah Satu Video dan Gambar Yang Akan didedah Polis Posted: 19 Jul 2011 05:36 PM PDT Cuba tengok pada gambar di atas. Apakah yang dipegang oleh polis trsebut dan mengapa dia menutup muka dengan kain? Selepas itu cuba lihat pada video di bawah apakah kaitan senjata dalam gambar di atas dengan senjata yang digunakan untuk video di bawah. Video selama 22 saat ini cukup untuk membuktikan tindakan polis yang berlembut dengan pendemostran bak kata Ketua Polis Negara. Kelembutan ini yang akan ditayangkan kepada media suatu hari nanti. Mahukah Menteri Dalam Negeri untuk menyaksikan sama video dan gambar ini? Untuk apa semua ini? Agak-agak video dan gambar macam mana yang cuba didedah oleh polis kepada media pada hujung minggu ini? Gamabr polis bawa anak-anak pergi membeli belah atau bawa keluarga pergi bersiar-siar tepi pantai atau juga sedang minum di warung Pak Majid tepi jalan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan