AdukaTaruna |
- Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Rusila. - Hadi Awang
- Bodoh melantun punya Azizan. Bikin senjata untuk UMNO.
- Pesta makan2 di Kelantan (KELCHEFF 2011).
- Tak boleh berniaga kenduri kawin anak sendiri. Ibu nak tumbuk Anwar.
Semua negara demokrasi benarkan demonstrasi kecuali Rusila. - Hadi Awang Posted: 17 Jul 2011 04:51 AM PDT Sumber : Mimpi Senja ke The Malaysian Insider AMPANG, 17 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua negara demokrasi kecuali Malaysia sahaja yang tidak membenarkan demonstrasi diadakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jelas Ahli Parlimen Marang (gambar) ini, mana-mana negara demokrasi membenarkan rakyat mengadakan demonstrasi untuk menyatakan hasrat dan rasa hati kepada pemimpin negara. Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka. "Semua negara demokrasi moden mengizinkan rakyat meluahkan perasaan bukan sahaja melalui ahli Parlimen, (malah) melalui demonstrasi yang dibenarkan oleh kerajaan. "Di mana kerajaan membenarkan demonstrasi (diadakan) dan polis bertindak mengawal keselamatan, yang tidak benarkan untuk demonstrasi hanya negara komunis," katanya pada sidang media di sini. Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda. "Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan. "Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya," kata Najib. Kata Najib: "Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi). Mengulas lanjut mengenai Himpunan Bersih 2.0 minggu lalu, Hadi berkata perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendapat respons yang menggalakkan daripada rakyat walaupun dihalang pihak keselamatan. "Himpunan Bersih 2.0 yang kita sertai mendapat respons yang positif (daripada rakyat) dengan jumlah yang begitu besar yang datang," katanya yang terlebih dahulu mempengeruskan mesyuarat bulan parti Islam itu. Minggu lalu ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Lebih 1,600 orang ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 -TMI |
Bodoh melantun punya Azizan. Bikin senjata untuk UMNO. Posted: 16 Jul 2011 11:59 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Kalau dah kepala otak baka penghafal, memang memudaratkan bila dilantik di tempat yang salah. Sembang maut.. buat kerja takda fikir. Dalam kepala segala jenis kitab. Tapi tak ubah macam keldai pembawa kitab. Tiunaseng. Sebelum : MB Azizan tidak akan berundur! Selepas : Boleh buka pusat hiburan, tapi hanya untuk pelanggan bukan Islam. Kalau setakat macam tu, baik tak payah buat kelam-kabut, bekeng bangang serupa Hadi. Menonjol membabi buta. Tu la hasilnya kalau letakkan orang berdasarkan kasta. Bukan berdasarkan kaedah yang Allah gariskan. "Lain kali buat kerja ikut Islam!" Tengking Azizan pada wartawan RTM. "Lu tahu ke ikut Islam tu macamana kalau otak setakat penghafal? Fakap!" Cerita pung pang pung pang.. ustaz pewaris nabi konon. Tapi rupa2nya tak faham Islam. Kan ke elok tak payah jobo konon nak haramkan itu ini? Just umumkan akan perketatkan pemantauan kepada muslim sahaja. Dah jadi satu kerja nak cuci taik pemimpin bodoh. |
Pesta makan2 di Kelantan (KELCHEFF 2011). Posted: 16 Jul 2011 11:47 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Malam tadi, gua ke KELCHEFF. Pesta makan2 di Kelantan. Macam2 makanan dari seluruh dunia ada di sini. Seb baik perut gua ada 1 jer. Kalau gua ada 2-3 bonggol macam unta, seronok gak. bab duit jer tak berapa seronok.Hua3.. Budak kecik ni anak Topeng Perak. Dia berada dalam dunianya sendiri walau di tengah2 hiruk-pikuk pendemo makan. Haha.. Ni mee tarik guna tangan. Rasanya macam mee biasa kat Malaysia. Cuma takda rasa 'gas' mcm mee Malaysia. Segar gitu.. Kuah dia jer tak best. Pedas tapi tawar. Dan takda lauk. Tapi kalau setakat perut Jean Francois. Apa pun boleh. Kah3.. Lu nampak tak sekor mangkuk berbaju kuning di hujung sana? Orang nak memasak, dia pun buat sibuk. Cakap jer la nak adjust amoi Cina tuh. Tionaseng. Ni kenderaan gua. Gua nak balik sebelum pukul 12 malam. Kalau tak, benda alah ni bertukar jadi sebiji labu dan 2 ekor tikus. Ramai giler orang bai.. Gua ingat kerajaan Kelantan bayar sorang RM200 la untuk hadir. "Cepat la.. Oloh la... benti2 la ambil gambar amoi tu. Gambar gua la plak." "Yerla.. yerla.. Nate nih.." |
Tak boleh berniaga kenduri kawin anak sendiri. Ibu nak tumbuk Anwar. Posted: 16 Jul 2011 07:57 PM PDT Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya. Sumber : Anak Sungai Derhaka KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah." Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu. Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000. Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29. "Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah. "Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya. Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini. Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir. Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad. "Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya. Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan