Ahad, 17 Julai 2011

Addin

Addin


Jenazah Dr. Lo Lo Di Kebumikan Pagi Esok

Posted: 17 Jul 2011 10:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Ahli Parlimen Titiwangsa dari PAS Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali yang menerima rawatan kerana kanser di Hospital Selayang meninggal dunia malam ini. Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Ya, saya pun baru dimaklumkan mengenai berita ini. Tapi saya belum ada butiran lanjut," kata seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi. Wakil rakyat penggal pertama itu (gambar) meninggal dunia kira-kira 10.13 malam tadi, kata seorang anggota keluarga menerusi mesej SMS.



Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok, kata anggota keluarga itu. "Jenazah akan diuruskan pagi esok, akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat," katanya. Maklumat daripada ibu pejabat PAS menyebut jenazah akan diuruskan sekitar 8 pagi esok.

Sejak tengah hari tadi, khabar angin mengatakan Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat telah meninggal dunia disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS dan laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang secara kebetulan mengadakan mesyuarat di Ampang pagi tadi. Dr Lo' Lo', 53, dirawat di Hospital Selayang akibat kanser.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo' Lo' menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi. Allahyarham Dr Lo' Lo' merupakan wakil rakyat kelima dari PAS meninggal dunia selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Sebelum ini PAS kehilangan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan disusuli Adun Permatang Pasir, Manek Urai dan Galas. Kekosongan kali ini tidak akan membawa kepada pilihan raya kecil./tmi


Al- Fatihah, Dr. Lo Lo Meninggal Dunia, Jenazah Akan Di Bawa Ke Masjid Al-Akram

Posted: 17 Jul 2011 08:52 AM PDT




Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 10:15 tadi. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.




Twitter dan FB Dr. Lolo yang siarkan berita kematian beliau.. moga rihnya di cucuri rahmat.

Berita lanjut akan menyusul..


176 Doktor Negeri Perak Desak Putrajaya Bebaskan MP Sg. Siput, 5 Ahli PSM

Posted: 17 Jul 2011 07:22 AM PDT

Lebih 170 pakar perubatan yang mewakili pertubuhan perubatan Perak mendesak Putrajaya membebaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr. Michael Jayakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Kesemua mereka telah ditahan lebih daripada tiga minggu kerana didakwa cuba memerangi Yang di-Pertuan Agong. Dalam satu kenyataan yang ditandatangani 176 pakar perubatan, kesemua mereka menyifatkan penahanan keenam-enam individu tidak sah selain mendesak Putrajaya melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) membebaskan mereka dengan segera. "Kami mengambil berat dan risau akan penahanan Dr Michael Jeyakumar yang juga rakan sejawat kami dan kami bimbang kesihatan beliau akan terjejas ekoran penahanan itu.


 "Ia satu perkara yang menyedihkan, menyakitkan dan mengecewakan apabila badan kehakiman (yang sepatutnya bebas) menangguhkan tarikh pendengaran permohonan habeas corpus ditangguhkan," katanya kenyataan itu.

Tambah kenyataan bersama itu, penahanan Jeyakumar dan lima ahli PSM itu tidak sah kerana tiada bukti sahih yang mengaitkan dengan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka. "Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia, kerajaan Malaysia seharusnya memberi keadilan selaras dengan kedudukannya dalam majlis ini dengan mengiktiraf hak Michael Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan tanpa sah.

"Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah berpegang kepada prinsip hak asasi manusia dan tidak melanggarnya. "Dengan berpegang kepada prinsip ini adalah tidak adil sekiranya penahanan Michael dan lima yang lain dibuat tanpa mendapat pembelaan seadilnya di mahkamah," katanya.

Minggu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Pada perhimpunan itu lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pakatan Rakyat dan Pemuda Umno ditahan.

Sementara itu, Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga Aman) berkata pihaknya menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0 yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain menyokong lapan tuntutan itu, menurut Setiausaha Agungnya Barathidasan Saminathan, pihaknye mengutuk sekeras-kerasnya kegagasan polis yang dilakukan semasa menghuraikan perhimpunan itu.

"Kami mengutuk, kecewa dan kesal dengan tindakan polis dan KDN yang bertindak kejam dengan menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan... banyak bukti polis menggunakan kekerasan," katanya.

Selain itu, beliau juga mendesak agar kesemua individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dibebaskan selain menuntut keadilan untuk seorang peserta Himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia semasa perhimpunan itu./tmi


Pulau Pinang Perkenalkan Program Anak Emas, Setiap Kelahiran Dapat RM100

Posted: 17 Jul 2011 06:03 AM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang menimbang untuk memberi bayaran RM100 menerusi Program Anak Emas bagi bayi-bayi baru lahir mulai tahun ini. Bayaran wang tunai akan dibuat kepada salah seorang ibu bapa yang merupakan pengundi Pulau Pinang, kata ketua Menteri Lim Guan Eng . "Kerajaan negeri Pakatan Rakyat menimbang memberikan RM100 wang tunai 'one-off' kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang mulai tahun ini, di mana salah seorang ibu bapa merupakan pengundi Pulau Pinang. "Program Anak Emas Pulau Pinang akan mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 



Kata Lim, kejayaan Program Penghargaan Warga Emas RM100 setiap tahun dan RM1,000 'one-off' urusan jenazah kepada waris warga emas dilancarkan oleh kerajaan negeri tahun lalu demi mengenang jasa bakti sumbangan warganegara yang melebihi 60 tahun kepada pembangunan negeri, telah menyebabkan beberapa pihak mencadangkan bahawa kerajaan negeri menimbang pula golongan yang baru lahir.

"Sebagai kerajaan berjiwa rakyat yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan berikan harapan kepada rakyat, kerajaan negeri Pakatan Rakyat anggap pemberian RM100 kepada setiap bayi kelahiran Pulau Pinang adalah satu cadangan baik.

"Sungguhpun pemberian 'one-off' RM100 oleh kerajaan negeri PR adalah kecil, ia adalah untuk meraikan tambahan anak Pulau Pinang yang baru," katanya lagi.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata sebanyak RM20 juta setiap tahun telah dibelanjakan untuk program penghargaan warga emas dan waris mereka.

"Sungguhpun program penghargaan emas ini cuba disabotajkan oleh parti pembangkang BN, usaha sabotaj mereka gagal dengan kadar pendaftaran kini melebihi 87 peratus engan hampir 115,000 warga emas Pulau Pinang mendaftarkan diri," katanya lagi.

Katanya, sumber kewangan program baru Anak Emas Pulau Pinang ini adalah sama dengan program penghargaaan warga emas iaitu datang daripada penjimatan hasil kejayaan kerajaan negeri menjalankan kempen antirasuah yang dipuji oleh Transparency International.

"Program baru ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco Negeri Pulau Pinang pada minggu ini dan dijangkakan makan perbelanjaan antara RM5 hingga RM10 juta setiap tahun," katanya./tmi


(Video) Lagu ‘Yellow Submarine’ Sambut Najib, Rosmah Di London

Posted: 17 Jul 2011 05:18 AM PDT

LONDON - Kumpulan rakyat Malaysia di sini, mengadakan demontrasi tiga hari berturut-turut dengan menampil tema kuning – warna rasmi Bersih bagi 'menyambut' kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur. Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ginie Lim, berkata demontasri bermula 13 hingga 15 Julai lalu itu bertujuan mendesak enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) tanpa bicara dibebaskan.

 Pada kenyataan media, beliau berkata, wakil Amnesty International, Josef Roy; aktivis hak asasi manusia, John Liu dan anggota Sekretariat Bersih Andrew Khoo, turut menyertai demontrasi berkenaan.


"Perhimpunan untuk "menyambut" kunjungan rasmi Najib diadakan pada 13 Julai di No 10 Downing Street sempena pertemuan Najib dan Perdana Menteri Britain, David Cameron. Esoknya pula di Mansion House sempena pertemuan Najib dengan komuniti peniaga dan pelabur. Lebih 30 orang hadir.

"Perhimpunan bermula jam 7 hingga 8 malam itu berjaya menarik perhatian pengunjung hotel dan hadirin jamuan makan malam bersama Najib dan Rosmah. Perhimpunan terakhir semalam (15 Julai) di depan Hotel InterContinental, London. Ia adalah yang terbesar, lebih 50 warga Malaysia berbaju kuning menyertainya," kata beliau.

Ginie berkata, mereka membawa kain rentang terpapar perkataan Yes to Tourism, No to Torture dan placard seperti Free Our Leaders Now, Stop Detention Without Trial, selain melaungkan ungkapan Shame, Shame, Shame on You Najib. Lagu kumpulan band terkenal Beatles Yellow Submarine turut dimainkan," katanya.

Sepanjang perhimpunan, beliau berkata, Najib mahupun sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri, langsung tidak sanggup bertemu, apatah lagi bersalaman dengan peserta perhimpunan.

"Hanya Menteri Luar Negeri, Anifah Aman yang bertemu peserta perhimpunan dan berdialog 15 minit di luar hotel. Anifah sekali lagi mempertahan tindakan polis menyurai perhimpunan Bersih dan tangkapan enam aktivis ditahan di bawah EO.

Mengulas kenyataan Anifah, Ginie berkata, Najib perlu menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara kerana ia asas sistem demokrasi, sebaliknya pemerintahan kuku besi akan ditumbangkan rakyat.

"Kerajaan yang tidak menjunjung prinsip demokrasi sebaliknya mengamalkan pemerintahan kuku besi pasti akan ditumbangkan rakyat sepertimana di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan negara authoritarian yang terdahulu," katanya./kd





Isteri Potong Zakar Suami Marah Kerana Di Ceraikan

Posted: 17 Jul 2011 04:26 AM PDT

CALIFORNIA - Seorang istri yang ditangkap karena membius suaminya sebelum memotong penisnya dan melemparkannya ke tempat sampah mengaku marah atas gugatan perceraian dari suaminya. Catherine Becker, 48 tahun, telah membuat makan malam untuk suaminya di rumah mereka di California Senin malam dan menempatkan racun atau obat yang tidak diketahui dalam makanan tersebut sehingga membuat suaminya pingsan. Ketika sang suami terbangun, ia sudah terikat ke tempat tidur dan tidak bisa bergerak, sementara istrinya menggunakan pisau 10 inci untuk memotong kelaminnya dan kemudian membuangnya ke tempat sampah, demikian keterangan polisi.

"Korban mengatakan kepada penyidik kami bahwa dia (Catherine Becker) sangat marah tentang perceraian itu," kata polisi Garden Grove, Letnan Jeff Nightengale, pada RadarOnline.

Pihak berwenang dipanggil ke rumah pasangan itu di Garden Grove setelah Becker menelepon 911 untuk melaporkan keadaan darurat medis. Ketika petugas tiba, mereka menemukan suaminya mengalami perdarahan di selangkangannya.

Pria 51 tahun itu dilarikan Senin malam ke UC Irvine Medical Center tempat ia menjalani operasi darurat kemarin. "Korban dalam kondisi baik," kata Letnan Nigtengale.

Saat melakukan pencarian di rumahnya, petugas menemukan pisau dan tali. Letnan Jeff Nightengale mengatakan pasangan itu menikah, tetapi sudah memulai proses perceraian.

Setelah petugas tiba di lokasi dan melihat penderitaan pria itu, Ny Becker mengatakan kepada mereka suaminya "layak mendapatkannya". "Maksud wanita ini untuk secara permanen menghilangkan alat kelamin korban," kata Letnan Nightengale.

"Dia menolak untuk berbicara dan itu merupakan haknya. Setelah ia dibacakan hak Miranda, Ny Becker menyatakan haknya untuk tidak mengatakan apa pun. Dia akan berada di pengadilan siang ini untuk dakwaan itu," kata Letnan Nightengale. Becker sekarang ditahan di Penjara Orange County dan menghadapi dakwaan Rabu sore./tempo


Berita Pemergian Dr. Lo Lo Tidak Benar

Posted: 17 Jul 2011 12:08 AM PDT

Berlaku kekeliruan berkenaan status Dr. Lo Lo Ghazali yang menghidapi barah paru-paru yang kini masih tenat  di Hospital Selayang. Tadi, Addin mendapat berita dari Twitter DSAI mengatakan Dr. Lo Lo telah meninggal dunia. Namun selang beberapa minit, saya  menerima berita FB dari Dr. Joyce Lee yang mengatakan berita itu tidak benar. Jadi saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana kesilapan ini. Doakan semoga Dr. Lo Lo selamat dan terus berjuang bersama kita. Berita selanjutnya akan menyusul. Berikut kronologi berita tersebut tersebar.


Ini twitter dr DSAI sebentar tadi..


 
Dan baru di terima Addin dari FB Dr. Joyce Lee..



Addin :

Mohon ribuan kemaafan di atas kesilapan tersebut.


(Gambar) Bukti UMNO Bakal Tersungkur Di Terengganu

Posted: 16 Jul 2011 10:13 PM PDT

Ceramah pasca Bersih pada 15 Julai 2011 di perkarangan Masjid Rusila, Kuala Terengganu. Dikhabarkan puluhan ribu kawan dan lawan membanjiri perkarangan Masjid dan di sepanjang jalan. Kalau anda meletakkan kenderaan anda sejauh i kilometer dan berjalan kaki ke perkarangan Masjid atau berhampiran.....itu sudah dikira dekat kerana masih ramai lagi yang terpaksa berjalan kaki lebih jauh kerana lautan manusia. 
 
Mereka dahagakan maklumat kerana mass media kawalan mereka sentiasa meutarbelit fakta.....sentiasa meng'gelap'kan berita sebenar.

Deruan ombak serta rintik-rintik hujan turut menyejukkan suasana yang memang 'hangat'. Mereka tidak berganjak malah mendengar dengan penuh semangat. Para peniaga turut mendapat rahmat dengan kehadiran rakyat berbagai peringkat....rezeki dapat berlipat-lipat.

Kutipan dibuat mencecah angka 40 ribu ringgit Malaysia memberi isyarat bahawa rakyat Terengganu sudah bersedia ber'korban' apa saja.....dari titisan keringat terakhir sehingga emas ditangan untuk menyelamatkan Terengganu daripada semakin hari semakin boros......sudah sampai masanya 'PAS Ganti Umno di Terengganu'.

Gambar di bawah menceritakan segala2nya......gambar di atas juga bikin Mad Said dok nyenyak tidur.....sementelah lagi bosnya, Najib.....Rosmah pun...alahai.../al-brangionline

Addin :

Dari maklumat saudara mara dan rakan taulan Addin di Terengganu, pada PRU 13 nanti kejutan besar bakal melanda. Dikhabarkan hampir semua ceramah yang dianjurkan oleh PR terutamanya PAS mendapat sambutan di luar jangkaan. Ribuan rakyat hadir untuk mendengar maklumat terkini, rakyat dah makin meluat dengan karenah pemimpin UMNO BN yang terus menerus menipu dan merompak harta rakyat.






  
Gambar : Terengganukini.net

 

Syabas Buat Dato' Seri Azizan

Posted: 16 Jul 2011 06:34 PM PDT

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan."Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. "Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini.


Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. Laporan The Malaysian Insider pagi ini memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.

Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok. Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.

Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan. Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

"Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak?"Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN.

"Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi. Katanya, larangan operasi pusat-pusat hiburan iaitu karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka sepanjang Ramadan tiba-tiba menjadi isu besar.

Menurut Sanusi, akhbar-akhbar berbahasa Cina memainkan isu ini sejak lima hingga enam hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar. Oleh itu katanya, apa yang dibangkitkan bukan isu baru kerana polisi berkaitan sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh.

Sejak 1997, pada bulan Ramadan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun. "Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu.

"Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, ekspo dan pesta ria, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu," katanya.

Kata Sanusi, apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan pegawai-pegawai daerah yangbertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat.

"Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh di semua daerah," katanya. Sanusi menjelaskan, sejak kebelakangan ini budaya berhibur terutama di kalangan muda-mudi diterima, umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala.

"Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadan. "Maka, satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan," tambah Sanusi.

Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoran dan 'coffe-house' manakala pusat rekreasi seperti snuker, biliard, kafe siber dan boling dibenarkan.

Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan pegawai daerah, katanya. Kata Sanusi, MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

"Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara. "Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini," katanya sambil menambah, ia sebagai langkah ekstrem dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat.

Menurut Sanusi, isu terbaru ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelih khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya dua tahun lalu. "Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional.

"Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut," katanya.
Mengenai rasional kepada penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, Sanusi berkata, "hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam."

"Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadan yang sangat istimewa bagi umat Islam."

Katanya, Kedah didiami oleh 2.1 juta orang iaitu 1.8 juta beragama Islam manakala 300,000 adalah bukan Islam. "(Jadi), bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama.

"Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam," katanya. Sehubungan itu soal beliau, "adakah menyertai Pakatan Rakyat bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam?"

"Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan ditandatangani bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua.

"Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai agama rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah. "Ini wajib difahami oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan dalam BN sekalipun," katanya lagi.
Addin :


Syabas Dato' Seri, ini buktinya yang PAS tetap konsisten dalam memperjuangkan Islam.


Menteri Tak Peduli ASTRO Naik

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Stesen berbayar Astro perlu segera mengatasi gangguan siaran semasa hujan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran. 
 

"Hal ini sedang dikaji oleh Astro dan mereka perlu segera atasinya. Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan, di Kuala Lumpur, hari ini. 

Rais berkata tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Astro antaranya menilai semula bayaran lesen penyiaran bagi syarikat tersebut "atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran fi." "Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang," katanya. 

Berhubung iklan yang didakwa terlalu banyak ditayangkan Astro, Rais berkata, perkara itu sentiasa diberi perhatian oleh SKMM dan setakat ini jumlah minit iklan yang ditayangkan tidak melebihi jumlah ditetapkan. Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penyiaran iklan di Astro kerana ia berlandaskan kepada syarat dalam lesen. Jumlahnya hendaklah tidak lebih daripada 10 minit bagi setiap jam di setiap saluran.

"Tidaklah benar bahawa mereka langsung tidak dibenarkan menayangkan iklan… malah di negara maju juga berlaku perkara serupa di mana mereka hadkan 10 minit bagi setiap sejam rancangan.

"Di Malaysia kita bermula dengan enam ke 10 minit bagi sejam rancangan dan saya yakin pada masa ini SKMM sedang meneliti jumlah minit iklan di Astro agar tidak melebihi had 10 minit yang dibenarkan bagi setiap sejam rancangan," katanya.

Sebelum ini pemantauan SKMM juga menujukkan Astro tidak menayangkan terlalu banyak iklan komersial, malah secara purata masa iklan yang digunakan oleh Astro hanyalah 19 hingga 20 peratus atau 46-50 minit daripada 240 minit masa yang dibenarkan untuk mereka menyiarkan iklan komersial dalam sehari.

Addin :

Senang cerita..ini semua wayang belaka untuk menipu rakyat. Rakyat dah pandai tapi menteri-menteri yang kurang cerdik. Dari jangkaan Addin, sebenarnya kenaikan ini dah diluluskan oleh kabinet. Oleh kerana mendapat tentangan dan rungutan dari pelbagai genap lapisan masyarakat, ianya di lakonkan seolah-olah kenaikan tersebut tidak mendapat restu kerajaan walhal sebaliknya.


Tiada ulasan: