PERAKITE |
- Larangan pada yang beragama Islam sahaja di Kedah
- Dr Lo Lo meninggal dunia (AlFatihah)
- Tak salah pakai baju, stokin kuning... jangan yang BERSIH je
- JKKK berperanan sampaikan maklumat kerajaan negeri
Larangan pada yang beragama Islam sahaja di Kedah Posted: 17 Jul 2011 09:47 AM PDT Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu. Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja. Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini. Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. "PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat "Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk," katanya yang juga ahli parlimen Marang. Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian. Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor. Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan. Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam. "Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional. "Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam" tambahnya. Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini. Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP. Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka. |
Dr Lo Lo meninggal dunia (AlFatihah) Posted: 17 Jul 2011 09:42 AM PDT Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi (Ahad) Jenazah beliau sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof. Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat. "Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi. "Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook. Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah. "PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter. Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok. "Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily |
Tak salah pakai baju, stokin kuning... jangan yang BERSIH je Posted: 17 Jul 2011 01:21 AM PDT Tmbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH. Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini. "Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram. "Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai. |
JKKK berperanan sampaikan maklumat kerajaan negeri Posted: 17 Jul 2011 01:13 AM PDT Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius pada keberkesanan peranan yang boleh dimainkan oleh JKKK dalam menyampaikan maklumat dan menyelesaikan masalah rakyat setempat, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Dato Mansor Othman. Beliau berkata JKKK selaku pimpinan terdekat dengan rakyat hendaklah sentiasa terkedepan dan peka akan masalah rakyat setempat yang memang memerlukan maklumat segera mengenai sesuatu isu yang berlaku. "Kerajaan negeri tentunya tidak mempunyai kemampuan terbatas untuk menyalurkan maklumat segera kepada rakyat kerana menghadapi pelbagai kekangan media," kata beliau sewaktu merasmikan Kursus JKKK peringkat negeri Pulau Pinang di Batu Feringhi, Pulau Pinang. Lebih 130 pengerusi dan pimpinan JKKK menghadiri kursus sehari itu yang bersifat menambah baikan ilmu dan strategic pengurusan berkesan di kalangan JKKK. Antara penceramah pada kursus anjuran Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri itu ialah Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Tuan Haji Ismail Yusof dan Pegawai Penerangan Tuan Haji Anuar Hashim. Mansor juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa mengkaji dari masa ke semasa khususnya daripada segi kemudahan untuk JKKK dan elauan bulanan yang diterima. Walaupun pelbagai pogram telah dilaksanakan, rakyat sebahagiannya tidak mengetahui akan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kerana tidak menerima maklumat, kata beliau. Kursus berkenaan yang disifatkan oleh keseluruhan peserta sebagai satu medium dan impak baru untuk memantapkan keterampilan diri dan motivasi JKKK, khususnya diminta dilaksanakan lagi dari masa ke semasa. Mereka juga meminta agar diadakan kursus pendek untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai kemahiran mengguna media sosial. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan