BEBASKAN PIMPINAN DAN AHLI PAS MELAKA Posted: 03 Jul 2011 09:10 AM PDT - Merujuk kepada penangkapan 17 ahli PAS Melaka di IPD Jasin pada 3hb Julai , jam 2.15 petang.
- PAS Melaka mengutuk tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan tindakan tangkapan ini.
- PAS Melaka juga merasa kesal kerana mereka yang ditangkap tidak dibebaskan setelah keterangan mereka diambil. Sebaliknya mereka terus ditahan di IPD Jasin.
- Sehubungan dengan itu PAS Melaka mendesak pihak berkuasa agar membebaskan mereka yang ditahan.
- PAS Melaka akan terus memberikan pembelaan kepada mereka yang ditahan kerana kami yakin bahawa mereka yang ditahan tidak melakukan sebarang bentuk kesalahan.
- PAS Melaka berharap keluarga para ahli PAS yang ditahan agar bersabar dan kita sama-sama berdoa agar mereka segera dibebaskan.
Adly Zahari Pesuruhjaya PAS Melaka. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan