dollah yankee |
Posted: 03 Jul 2011 05:30 PM PDT "Orang Malaysia banyak takut sama polis..! Kita punya negeri, balai polis pun kita orang bakar wooo..!" teringat kata-kata seorang pendatang Bangladesh. "Aikk?! sejak kecoh dengan perhimpunan Bersih 2.0 nie...you senyap saja". Seorang gurkah politik di'port' telah meng'sms' sahabatnya yang merupakan bekas Ketua satu cabang AMK. " Aku takut kena tangkap!" itu jawapan yang telah di-terima. Tuuu diaaaa...selama 50 tahun kita semua telah di-ajar dan di-didik berkenaan dengan polis negara kita. Gomen dan polis kita pun tahu yang banyak rakyat kalau sebut nama polis banyak yang fobia, banyak yang kalau boleh mahu mengelakan diri dari berurusan dengan polis. Selepas menyedari yang perhimpunan Bersih 2.0 tetap akan berjalan dan ramai rakyat yang sedang menunggu lagi 6 hari untuk turun ke jalan raya, mereka mula mainkan isu tentang penjara, ISA, denda untuk menakut-nakutkan rakyat, dan ternyata ada keberkesanannya bila gurkah tadi telah menerima jawapan sms dari sahabatnya itu. Bersih 2.0 kini ada lah satu pertubuhan haram. Barang siapa yang mengambil bahagian pada perhimpunan 9 julai nanti boleh di-tangkap, di-penjara dan di-denda. Sehingga kini sudah 150 orang telah di-tahan,di-tangkap dan akan di-sabitkan dengan kesalahan akta hasutan. Dan polis akan terus berusaha untuk menangkap yang lain-lain yang di-syaki ada hubung kait dengan penganjuran itu nanti. Jadi gurkah-gurkah politik di'port' ingin sangat mengingatkan agar orang melayu perlu ubah pemikiran mereka sebabnya orang melayu memang suka berfikiran negatif, belum berniaga dah kata yang tak boleh untung macam tu juga lah kalau nak menentukan pemerintah, Pakatan Rakyat belum pun di-beri kuasa memerintah di-Putrajaya sudah di-katakan PR tidak mampu. orang-orang melayu kena buat satu anjakan pardigma, kena ubah sikap berfikiran negatif kepada positif dan kena beranikan diri mencuba sesuatu yang baru. BN tahu yang mereka akan kena teruk pada PRU-13 nanti, sebab itu lah mereka memainkan isu-isu menggugut yang boleh menakut-nakutkan rakyat, sebab itu lah juga mereka menimbulkan bermacam-macam hal untuk meng'saiko'kan kepala otak kita. Gurkah-gurkah juga mempunyai perasaan yang sangat kuat yang mana penganjur perhimpunan Bersih 2.0 ini tidak akan gentar dengan seribu ugutan kerana mereka tahu yang satu juta rakyat akan menyokong mereka di-belakang. Mereka yang anti dengan perhimpunan Bersih 2.0 ini sebenarnya tidak paham dengan tuntutan Bersih 2.0. Faham lah dulu tuntutan Bersih 2.0 itu kemudian baru lah buat bantahan. SPR pula walaupun gurkah-gurkah tahu yang mereka bukan lah jujur dan amanah 100 persen, tetapi tetap berharap agar mereka akan men-transformasikan integriti mereka kepada yang lebih bebas. dollah yankee - PERKASA dan PESAKA pula, kalau betul-betul anda hebat apa kata anda bawa satu batalion menyertai misi keamanan dan kemanusiaan di Gaza daripada nak bergaduh dengan bangsa sendiri...baru lah orang boleh suspect!...ooppps sorry..bukan suspect tapi respect daaa... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan