Sabtu, 16 Julai 2011

Addin

Addin


(Video) Panas!! Najib Di Malukan Lagi Di London

Posted: 16 Jul 2011 10:17 AM PDT

Laungan "shame on on you Najib" bergema sempena "sambutan terakhir" Najib di Hotel Intercontinental, London jam 6.30 petang waktu London semalam 1.30 pagi waktu Malaysia. Ketibaan Najib di Hotel berkenaan diiringi Rosmah Mansor, dan Menteri Luar, Anifah Aman serta delegasi Malaysia di sambut dengan pekikan dan sorakan menggunakan pembesar suara di hadapan hotel berkenaan. Anifah Aman cuba berunding dengan harapan cuba menyuraikan mereka dari perkarangan hotel berkenaan.


Malangnya, nasihat Anifah tidak di endahkan dan mereka terus berkumpul seperti mana yang dilakukan di hadapan Mansion House semalam. Di percayai Najib mengadakan majlis bersama dengan rakyat Malaysia di sanadan yang terakhir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Saksikan video dan gambar yang dirakamkan ini.. cukup memalukan.
















jalanpulang.blog


BERSIH 2.0 : Gantung Tugas Pegawai Tinggi Polis Sehingga Selesai Siasatan

Posted: 16 Jul 2011 12:56 AM PDT

Keluarga peserta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia, Allahyarham Baharudin Ahmad, menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf dengan segera kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalahgunakan kuasa dan kekerasan terhadap rakyat. Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.


Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.

Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis? "Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka. Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.

Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.

"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.

Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.

"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya./hrkh


Tsunami Politik Bakal Melanda Johor Pada PRU 13.. Ini Buktinya

Posted: 16 Jul 2011 12:16 AM PDT

PETALING JAYA - Tsunami politik diramal berlaku di Johor dalam pilihan raya umum ke 13 nanti membabitkan kerusi parlimen dan dewan negeri, menurut satu NGO yang menghadiri perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Johor Baru baru-baru ini. Perjumpaan itu dihadiri kira-kira 600 ahli NGO Melayu dan penasihat agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor.

Dengan jangkaan 80 peratus pengundi Cina menyokong pembangkang dan perpecahan di kalangan pengundi Melayu, 11 kerusi Parlimen diramal dimenangi calon dari Pakatan Rakyat.

Ini bermakna 11 kerusi Parlimen sahaya yang kekal di tangan BN teramsuk kerusi Pagoh yang dimenangi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Walapun Johor kekal di tangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya dua kerusi," kata NGO itu.

Belum daftar

Menurutnya, pendaftaran penguni baru yang dibuat oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP amat menggalakan tetapi kira-kira 73, 000 ahli Umno masih belum mendaftar sebagai pemilih. Perkembangan ini katanya, boleh menggugat kuasa politik orang Melayu.

"Kuasa politik Melayu semakin terancam kerana golongan muda yang masuk ke dalam pengundi baru majortinya condong ekpada pembangkang tanpa mengira kaum.

"Tuntutan yang melampau oleh bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis dalam perlembagaan dipandang sepi oleh orang melayu. "Mereka tidak lagi sensitif kerana kedudukan mereka yang boleh dianggap selesa," kata NGO itu./fmt

Addin :

Tsunami politik bukan hanya melanda di Johor pada PRU 13 tetapi ramai penganalisis politik meramalkan  ia akan melanda seluruh negara. BN makin hampir ke penhujung hayatnya..




Sebuyau, Sarawak Di Landa Gempa Bumi 4 Magnitud

Posted: 15 Jul 2011 09:04 PM PDT


Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter menggegarkan Sebuyau, Samarahan, Sarawak pada 10.52 malam tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi ini, pusat gempa itu adalah 60km dari barat laut Sri Aman./bernama

Pusat hiburan: PERKASA Dan UMNO Di Cabar Nyatakan Pendirian

Posted: 15 Jul 2011 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR -  Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Umno dan Perkasa agar menyatakan pendirian mereka mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah yang memutuskan untuk mengharamkan sepenuhnya operasi pusat hiburan ketika Ramadan — yang mendapat tentangan hebat rakan komponen Barisan Nasional (BN), MCA. Menurut Exco Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar, tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu adalah satu perkara wajar dan mengikut lunas Islam.

"Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti kafe siber, boling dan pusat snuker dibenarkan termasuk persembahan budaya agama masyarakat bukan Islam. "Dalam hal ini mengapa MCA harus melenting dengan larangan ini?" kata beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, larangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan hak asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi," katanya lagi.

Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Azizan berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam.

Selain MCA, rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP berkata penguatkuasaan enakmen itu harus dibatalkan sepenuhnya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

Mohd Firdaus menegaskan, MCA sepatutnya melihat implikasi baik ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan bukan bertindak secara melulu.

"Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambah gejala sosial seperti zina, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini?

"Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. kami menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya.

Justeru kata Ahli Parlimen Jerai ini, pihaknya kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang tidak mengeluarkan sebarang respons terhadap serangan dilakukan MCA.

"Dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Perkasa dan Umno sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN sendiri.

"Ini adalah akibat apabila Umno yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih 'terkapai-kapai' dalam hendak memahami Islam.

"Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya di bibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama," katanya. Oleh itu kata Mohd Firdaus, beliau menggesa Umno agar menasihati MCA untuk mengormati agama Islam.

"Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit Umno tidak berani menegur rakan komponennya. "Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara," katanya./hrkh

Tiada ulasan: