shalehudin |
- Sori la... tak layannn...
- Laa... tak habih lagi... lagi penin la Najib... haha...
- Terkini: Malaysia 3 - 4 Liverpool
- Benar tak benar pasai Tiong Lai... kahkahkah...
- Biaq betoi... kahkahkah...
- So, what? Ada gua kisah...
- Khalid dah naik angin
- Kudung kepala Berahim Ali kalau tengok gambaq ni... kahkahkah...
- Mayat dikerat dan dibakar
- Tuntutan BERSIH kena UP bagi jadi 9
- Fitnah kat Quran pulak dahh...
Posted: 16 Jul 2011 08:20 AM PDT Pusat hiburan: MB Kedah tidak mahu layan tekanan Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 16 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan. "Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor, dalam satu kenyataan hari ini. "Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai." Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan (gambar) diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu. Laporan pagi ini memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu esok rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan. Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat esok. Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan. Keputusan itu dibantah oleh MCA dan Gerakan. Baru-baru ini Azizan berkata enakmen itu bukan sesuatu yang baru, sebaliknya telah diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Dalam kenyataannya hari ini, Sanusi yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi seumpama itu sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. "Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat Siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? "Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam," kata beliau sambil menambah, bantahan seumpama itu berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. "Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP," kata Sanusi. Katanya, larangan operasi pusat-pusat hiburan iaitu karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka sepanjang Ramadan tiba-tiba menjadi isu besar. Menurut Sanusi, akhbar-akhbar berbahasa Cina memainkan isu ini sejak lima hingga enam hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar. Oleh itu katanya, apa yang dibangkitkan bukan isu baru kerana polisi berkaitan sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Sejak 1997, pada bulan Ramadan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun. "Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu. "Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, ekspo dan pesta ria, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu," katanya. Kata Sanusi, apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan pegawai-pegawai daerah yang bertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat. "Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh di semua daerah," katanya. Sanusi menjelaskan, sejak kebelakangan ini budaya berhibur terutama di kalangan muda-mudi diterima, umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala. "Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadan. "Maka, satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan," tambah Sanusi. Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoran dan 'coffe-house' manakala pusat rekreasi seperti snuker, biliard, kafe siber dan boling dibenarkan. Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan pegawai daerah, katanya. Kata Sanusi, MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. "Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara. "Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini," katanya sambil menambah, ia sebagai langkah ekstrem dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat. Menurut Sanusi, isu terbaru ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelih khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya dua tahun lalu. "Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional. "Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut," katanya. Mengenai rasional kepada penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, Sanusi berkata, "hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam." "Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadan yang sangat istimewa bagi umat Islam." Katanya, Kedah didiami oleh 2.1 juta orang iaitu 1.8 juta beragama Islam manakala 300,000 adalah bukan Islam. "(Jadi), bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama. "Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam," katanya. Sehubungan itu soal beliau, "adakah menyertai Pakatan Rakyat bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam?" "Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan ditandatangani bahawa Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua. "Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai agama rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah. "Ini wajib difahami oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat dan dalam BN sekalipun," katanya lagi. |
Laa... tak habih lagi... lagi penin la Najib... haha... Posted: 16 Jul 2011 05:00 AM PDT Generasi 709 mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu. - foto THE STAR oleh NORAFIFI EHSAN Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Generasi 709 mengadakan perhimpunan aman bagi memperingati kematian seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad pada 9 Julai lalu. Kira-kira kurang 60 orang peserta perhimpunan berkenaan yang memakai pakaian bewarna kuning berarak secara aman dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menuju ke Avenue K pada pukul 2 petang Sabtu. Jurucakap kumpulan berkenaan, Lee Khai Loon menyatakan kesedihan diatas kematian Baharuddin dan menggesa polis menyiasat mengenai kejadian berkenaan. "Kami amat prihatin terhadap kematian Baharudin dan mangsa lain semasa perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini. Anak saudara mangsa, Azhar Kassim, 53, berkata perhimpunan itu bertujuan bagi mendapatkan keadilan di atas kematian bapa saudaranya. "Kami percaya pihak berkuasa gagal bertindak terutamanya dalam memberi rawatan dengan cepat kepada mangsa," katanya. Sebelum ini dilaporkan bahawa Baharuddin iaitu suami kepada Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa yang dipercayai turut serta dalam perhimpunan berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung. Polis juga telah menafikan dakwaan yang dibuat menerusi beberapa laman web yang mendakwaBaharuddin meninggal dunia selepas terkena gas pemedih mata. |
Terkini: Malaysia 3 - 4 Liverpool Posted: 16 Jul 2011 04:44 AM PDT Pasukan bola sepak Malaysia berjaya menjaringkan gol ketiga menentang pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu. |
Benar tak benar pasai Tiong Lai... kahkahkah... Posted: 16 Jul 2011 03:37 AM PDT Memang BENAR ini adalah menteri Be End yang sudah jadi orang besaq. Orang besaq ni besa la, kepalanya besar dan pangkat anugerah pun besar besar. Nama penuh berserta pangkatnya adalah Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ditugaskan oleh Najib sebagai menteri Kesihatan. Tapi kepala besar dan pangkat besar dia tu bukan isunya, haa... ini isunya... Ni adalah hospital Tung Shin yang di isukan oleh pembangkang mengatakan Polis tembak depa diperkarangan hospital dengan gas pemedih mata dan pancutan air kimia. Pembangkang pembohong, ini yang TAK BENARnya. Setelah kajian dijalankan terhadap gambar diatas, kepulan asap itu adalah asap dari kereta DS Liow Tiong Lai yang telah melawat hospital tersebut pada 12 Jan 2010, asap asap itu sengaja di keraskan sebagai tugu peringatan sempena lawatan menteri kesihatan ke situ. Noktah... Yang ni pun cuba dijadikan isu oleh pembangkang kononnya DS Liow Tiong Lai bagi RM 2 juta kat hospital tu untuk tutup mulut. Ini yang TAK BENARnya kerana DS Liow Tiong Lai mai balik kat hospital tu pada 11 Jul 2011 dan bagi RM 2 juta cek tu pasai kebaikan pihak hospital membenarkan 'asap asap' keretanya yang di 'tugu negara'kan selama ini. Noktah... Itu saja... salah ka? Jangan buat konspirasi nak jatuhkan dia laa... haha... |
Posted: 16 Jul 2011 02:25 AM PDT Beli Guna Duit Menabung Dari Kecil ?? Biar Betul…. Oleh: keraskekong "Aku cuba nak pandang positif akan tajuk akhbar Utusan Meloya keluaran Jumaat 15 JUL 2011. Ambil contoh Rosmah Mansor (RM) sudah menabung selama 50 tahun yakni dari tahun 1961 lagi. Bermakna beliau telah menabung selama 600 bulan samada simpan dalam tabung buluh atau tabung ayam dan sudah tentu seterusnya dalam bank. Sekiranya simpan dibank, sudah pasti ada bank statement atau buku akaun simpanan yang mencatitkan transaksi keluar masuk duit tabungan tu. Mengikut Islam, beliau sudah tentu dikehendakki membayar zakat. Selama 600 bulan atau 50 tahun menyimpan bermakna beliau sedari awal tahun 1961 hingga 2011 telah menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan. Bayangkan diawal tahun 1961, nilai wang sebanyak RM40 ribu camne? Adakah RM dari keturunan bangsawan atau anak raja?? Selepas berkahwin dengan suami pertama dulu, adakah suaminya yang pertama tau akan tabiat menyimpannya yang sebanyak RM40 ribu sebulan tu?? Aku kurang pasti ada individu di 1 Malaysia ni yang berpendapatan sebanyak itu diawal tahun 1961 dulu. Sekiranya beliau mula menyimpan sebanyak RM40 ribu sebulan setelah berkahwin dengan Najib, aku percaya tetapi diawal tahun 1961 tu….aku paksa diri aku percaya jugak walaupun berasap otak aku mengatakan sebaliknya. Agaknya, itulah sebabnya RM mendapat budget untuk menjayakan program PERMATA yang diusahakannya itu. Beliau nak menurunkan ilmu menabung kepada kanak-kanak agar mereka boleh mampu membeli apa yang mereka inginkan setelah dewasa kelak. Tidak mustahil kanak-kanak ni boleh memandu Lamborghini ataupun Ferrari apabila mereka dewasa setelah mengikuti kaedah menabung yang dianjurkan oleh Rosmah Mansor. Kaedah menabung ni pun patut dianjurkan disekolah-sekolah untuk digunapakai oleh pelajar-pelajar kerana ianya amat berkesan setelah kini RM mampu membeli sebentuk cincin permata berlian berharga RM24 juta dari Jacob & Co, US hasil dari tabungan yang dibuatnya sedari kecil. Tahniah Rosmah, kaedah menabung mu sangat berkesan. |
Posted: 15 Jul 2011 09:30 PM PDT
|
Posted: 15 Jul 2011 08:50 PM PDT Sebagai rakyat Malaysia yang waras, sapa pun patut naik angin punya. Ada ka kerajaan pergunakan duit awam ikut suka mak bapak depa saja, hanya yang dungu dan bangang saja yang tak naik angin dan rela poket depa koyak demi survival golongan VVIP dalam Umno... PAS Selangor melalui Khalid Samad kelmarin menegaskan mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan perbelanjaan yang ditanggung kementerian itu dalam operasi membanteras perhimpunan yang diadakan pada 9 Julai lalu dari mula operasi sampai habis... berapa dah habis. Pasai dia dapat maklumat perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit. Sebab kalau kita lihat berapa banyak anggota keselamatan digunakan sepanjang operasi itu termasuk pada 9 Julai, ia juga termasuk perbelanjaan makan dan minum kerana dia difahamkan perbelanjaan itu mencecah jutaan ringgit. |
Kudung kepala Berahim Ali kalau tengok gambaq ni... kahkahkah... Posted: 15 Jul 2011 07:17 PM PDT Makcik Anne we salute you!! Blog Picture2U Antara yang mendapat perhatian dalam perhimpunan Bersih 2.0. Gambar aksi sahajanya Kide cukup suka. Dia cekal. Bekas pesara guru. Sebelum serangan polis dan FRU Selepas serangan polis & FRU Tapi dia lebih hebat daripada Ibrahim Ali dengan keris telanjang . http://kide-picture2u.blogspot.com/ |
Posted: 15 Jul 2011 06:55 PM PDT 'Tolonglah selamatkan saya' Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman Jaga ada 8 rekod jenayah disyaki kerat, bakar gadis rayu kepada isteri JOHOR BAHRU: "Tolonglah selamatkan saya!" Itu rayuan pengawal keselamatan yang semalam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang gadis, Nurrahayu Qomarodin, 16 (atas), yang mayatnya dijumpai dikerat dan dibakar dalam kejadian di Masai, dekat sini 18 Jun lalu. D Kalaiselvan, 46, didengar berkata demikian dalam bahasa Tamil kepada isterinya ketika dia yang dikawal anggota polis dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding. Lelaki itu yang mempunyai lapan rekod jenayah dituduh membunuh Nurrahayu di ladang sawit Sungai Masai dekat Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Laporan akhbar sebelum ini menyebut Kalaiselvan bertugas di pos pengawal sebuah tapak binaan kira-kira 500 meter dari rumah kongsi dihuni bapa Nurrahayu, Qomarddin Bajuri, 50, yang selalu menghantar makanan kepada lelaki itu di tempat dia bertugas. Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor. Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) dan laporan DNA dari Jabatan Kimia. Tertuduh memakai kemeja warna biru muda serta berseluar pendek hitam paras lutut, tidak diwakili peguam manakala keluarga mangsa melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi pihak mereka. Isteri Kalaiselvan turut hadir sendirian di mahkamah. Nurrahayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti hilang selepas dihantar pulang rakan lelakinya kira-kira jam 2 pagi pada 18 Jun lalu dan diturunkan di tapak pembinaan berhampiran kongsi tempat ibu bapanya mengusahakan warung. Polis yang menerima laporan kehilangan gadis itu kemudian menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram pada 3 Julai lalu sebelum mengesahkan ia milik mangsa.- BH |
Tuntutan BERSIH kena UP bagi jadi 9 Posted: 15 Jul 2011 05:52 PM PDT Tuntutan BERSIH Sepatutnya 9 Oleh: BayangDiAir Amat mengejutkan. Patutlah nampak benar gaya, sikap dan tindakan SPR selari benar dengan kehendak kerajaan BN dan UMNO. Rupa-rupanya pegawai-pegawai kanan SPR bukan sekadar makan gaji dengan kerajaan, malah rupa-rupanya mereka ini datang dari tong yang sama. Masakan kerajaan UMNO/BN akan lantik pegawai tertinggi daripada mereka yang dilihat berada di atas pagar atau pro-pembangkang. Bukankah itu posisi yang amat strategik? Ini berdasarkan infomasi yang didedahkan oleh Ahmad Lutfi Othman melalui Catatan Hujung Harakah bilangan 1657. Sumber rujukannya ialah laman web SPR.
Selama ini rakyat hanya 'prejudis tanpa sandaran' tentang sikap memihak pegawai SPR. Dengan pendedahan Saudara Ahmad Lutfi ini, skeptisme kita terjawab. Patutlah mereka berperanan sampai dapat menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak; bukan lagi sekadar untuk mengendalikan pilihanraya. Tidak mungkinkah sekiranya keputusan memihak kepada Pakatan Rakyat, SPR akan bertindak 'kamikaze' dengan melakukan sabotaj dan manipulasi agar Barisan Nasional terus dapat diumumkan sebagai kerajaan selepas PRU13 nanti. Persepsi negatif dan andaian karut ini perlu diperbetulkan dengan cara melaksanakan 8 tuntutan BERSIH. Atau kita jadikan tuntutan peletakan jawatan pegawai SPR sebagai tuntutan yang kesembilan. http://dakwahkemaman.blogspot.com |
Fitnah kat Quran pulak dahh... Posted: 15 Jul 2011 04:00 PM PDT Fitnah : Al-Quran Berbaris Dan Tidak Berbaris Oleh: zharifjenn Al-Quran berusia 1400 tahun, tidak mempunyai baris Baru-baru ini, sesetengah golongan menimbulkan isu mengenai al-Quran berbaris dan al-Quran tidak berbaris. Pada masa yang sama golongan ini mempersoalkan ketulenan al-Quran berbaris dengan melemparkan tohmahan tidak berasas bahawa al-Quran berbaris itu sudah diseleweng. Sungguh keras tohmahan itu, ia juga satu fitnah. Sungguh cetek juga pengetahuan golongan itu terhadap realiti. Isu ini ditimbulkan oleh golongan kafir yang cuba mencari kesalahan Al-Quran. Malangnya ada segelintir umat Islam yang terpengaruh dengan hal ini. Saya hanya boleh tersenyum kepada golongan ini, mereka mungkin tidak tahu dua jenis realiti. Satu, realiti sejarah dan satu lagi ialah 'realiti sebab'. Realiti Sejarah (Mengapa Disusun) Dari sudut sejarah penyusunan ayat-ayat al-Quran, ia tidak perlu diterangkan secara panjang lebar di sini kerana umum yang celik sejarah Islam sudah mengetahui sejarah penyusunan itu dan mengapa ia dilakukan. Penyusunan al-Quran dibuat untuk memudahkan umat Islam membaca dan menghafal. Bagaimanapun, kita hanya imbas sedikit mengenai sejarah penyusunan al-Quran sebagai maklumat kepada yang belum mengenali sejarah penyusunan mushaf al-Quran. Ketika zaman kewahyuan dan kenabian Rasulullah, ayat-ayat wahyu yang diturunkan telah ditulis oleh para sahabat terutama Ali,Muawiyah, `Ubai bin K`ab dan Zaid bin Thabit,. Ayat-ayat suci itu pula ditulis di atas pelepah kurma, kulit binatang dan sebagainya. Ia ditulis bagi memudahkan umat pada ketika itu untuk membaca dan menghafal ayat-ayat yang diturunkan. Malah, ayat-ayat itu ditulis di hadapan Rasulullah sendiri oleh para sahabat, lazimnya pada ketika selepas wahyu diturunkan. Proses serupa itu berlarutan sehingga sejarah kewahyuan tamat apabila baginda wafat. Al-Quran masih lagi di catatkan di atas kulit kayu di Afrika Walaupun belum ditulis secara mushaf (bahasa mudahnya ialah dalam bentuk buku), al-Quran sebenarnya sudah sedia mushaf dalam ingatan umat Islam (para sahabat yang taat) ketika itu. Selepas kewafatan Rasulullah, ayat-ayat ini dikumpul semasa zaman khalifah-rasyidin. Kerja pengumpulan dan merekodkan al-Quran dalam bentuk tulisan secara serius bermula ketika zaman kekhalifahan Abu Bakar yang begitu garang memerangi golongan murtad. Perang melawan golongan murtad juga menyebabkan sebilangan besar umat Islam yang menghafal al-Quran telah terkorban. Kebimbangan terhadap bilangan penghafal al-Quran yang semakin berkurangan (ramai gugur syahid dalam memerangi golongan murtad) menyebabkan Umar yang risau dengan perkembangan itu telah berjumpa dengan Abu Bakar. Umar mencadangkan supaya al-Quran ditulis dan disusun dalam bentuk buku kerana para hafiz sudah ramai terkorban. Abu Bakar pada mulanya menolak cadangan itu. Namun selepas khuatir melihat bilangan para penghafal yang ramai terkorban, maka difikir semula terhadap cadangan itu selepas beberapa kali dipujuk Umar. Abu Bakar kemudian bertemu Zaid bin Sabeit (Zaid adalah antara tahfiz terawal sejak tahun-tahun kenabian Rasulullah) dan menceritakan kebimbangannya kepada Zaid mengenai kemungkinan satu masa nanti sudah tiada lagi umat yang mengingati ayat-ayat al-Quran. Quran kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran dan diserah kepada Abu Bakar, kemudian pada tahun 13H iaitu setelah mangkat Abu Bakar, lembaran itu diserahkan pula kepada Umar. Sesudah mangkat Umar, diserahkan pula kepada anaknya iaitu Hafsah. Kemudian semasa kekhalifahan Uthman, lembaran itu diambil semula daripada Hafsah. Demikian serba ringkas mengenai sejarah penyusunan mushaf. Jika ingin mengetahui lebih terperinci mengenai sejarah penyusunan al-Quran, sila rujuk bahan yang berkaitan. Bermula zaman khalifah Uthman, timbul pula masalah pembacaan al-Quran dalam pelbagai dialek Arab ketika itu. Maka, tiba masanya supaya al-Quran disusun sebutan dialeknya supaya tepat mengikut cara sebutan lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy. Ia kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah dan diucapkan baginda dalam sebutan 'asal' mengikut lidah Rasulullah semasa ayat-ayat itu diturunkan. Rasulullah adalah 'penerima wahyu al-Quran', sedarlah realiti ini. Sebutan asal di sini pula bermaksud sebutan ayat suci seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam dialek Quraisy kerana Rasulullah adalah seorang Arab dari kelompok Quraisy. Maka, kaedah sebutan (dialek) al-Quran dibuat mengikut cara ia disebut oleh Rasulullah, setiap perkataan perlu mengikut lenggok lidah Rasulullah dalam dialek Quraisy, ia perlu, kerana begitulah bunyinya (dari segi dialek) ketika ayat al-Quran keluar dari mulut Rasulullah semasa disampaikan Jibrail. Realiti Sebab (Mengapa Mempunyai Baris) Baris dapat mewujudkan sebutan yang seragam di seluruh dunia Jika seseorang mempelajari hukum bahasa, dia sudah tentu tahu apa itu 'fonetik' atau 'phonetic' atau bahasa mudahnya ialah sistem ejaan mengikut bunyi dialek yang menggunakan simbol tertentu bagi mewakilkan 'bunyi asal' sesuatu perkataan itu. Sistem simbol bagi mewakilkan 'sesuatu bunyi tepat' itu juga harus dipelajari supaya ia boleh disebut dengan tepat mengikut dialek asalnya. Baris-baris (fatahah, kasroh, dommah) dan simbol-simbol (sukun, syaddah dan sebagainya) diletakkan dalam mushaf bagi memberi penekanan 'tone' kepada sesuatu perkataan supaya ia tepat dengan dialek seperti yang diucapkan Rasulullah mengikut lidah dialek Quraisy. Ia juga bagi mewujudkan sebutan yang seragam, tidak pelbagai, iaitu sebutan bagi sesuatu ayat atau perkataan itu tepat dari segi sebutan dan maknanya. Perletakan baris juga adalah untuk membantu bacaan supaya sebutan itu tepat dari segi dialek dan cara yang sepatutnya ia disebut. Sebelum mushaf diletakkan baris, al-Quran disebut, dilafaz dan dibaca dalam pelbagai dialek Arab. Namun selepas baris-baris diletakkan, ia membantu pembacaan supaya sebutannya menjadi standard mengikut dialek yang disebut oleh Rasulullah, seperti dilafaz oleh nabi semasa wahyu itu diturunkan. Namun kalau kita merenung realiti 'proses belajar' membaca al-Quran, kita akan dapati bahawa orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini realiti. Walaupun al-Quran itu dalam bahasa Arab, namun orang Arab sendiri perlu belajar mengenal baris, perlu belajar mengeja mengikut baris, perlu mengenal hukum-hukum bacaan, perlu belajar tajwid sebelum dapat membaca al-Quran dengan betul. Ini juga realiti. Ia juga bagi menjaga kesucian al-Quran itu sendiri. Orang Arab juga ada yang Kristian, tidak semua Islam. Jika orang Arab tidak perlu belajar membaca al-Quran, maka orang Arab beragama Kristian juga akan dapat memahami maksud al-Quran dengan mudah. Tapi, perkara ini (orang Arab Kristian membaca al-Quran dan mentafsir sesuka hati) akan dapat dikawal sekiranya diletakkan baris. Ini bemakna, orang Arab juga perlu belajar membaca al-Quran, perlu mengenal baris, perlu mengenal simbol dan perlu tahu setiap tone dalam menyebut sesuatu perkataan al-Quran bagi mendapatkan maksud yang tepat. Semasa saya masih belajar (dalam negara), saya ada mengenali seorang pensyarah berbangsa Arab (rakyat Mesir) dan beberapa kali berkunjung ke rumahnya di kawasan kampus. Saya pernah berkata kepada pensyarah itu: "Senang ya orang Arab, tak perlu susah-susah belajar mengenal baris untuk belajar al-Quran." Tapi pensyarah saya balas: "eh.. orang Arab pun kena belajar kenal baris. kalau tak kenal baris, macam mana nak baca al-Quran? Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran." "cuba kamu pergi di bilik hujung itu (sambil menunjukkan jari). Cuba kamu dengar apa yang isteri saya sedang buat bersama anak saya," kata pensyarah itu yang fasih berbahasa Melayu kerana sudah lebih 8 tahun mengajar di universiti tempatan tempat saya belajar dulu. Saya pun pergi ke bilik hujung di rumah pensyarah saya itu dengan izinnya sendiri, saya dengar: ".. Sa fataha, sa. Jim fataha, ja. Ha fataha, ha. Qho fataha, qho...." saya dengar isteri pensyarah sedang mengajar anaknya mengeja mengenal baris. Jawapan balas daripada pensyarah dan pengalaman itu buat saya tersedar satu realiti, realiti terhadap kepentingan baris itu sendiri.Baris itulah yang membezakan bahasa Arab dengan bahasa al-Quran. Baris itu diletakkan bagi memelihara kesucian al-Quran itu sendiri. Ia adalah ciri unik dalam menjaga kesucian al-Quran. Jika ada lagi yang masih semberono mengatakan al-Quran berbaris itu tidak tulen, dan mengatakan al-Quran yang asal itu tidak berbaris, maka fikir semula. Al-Quran diturunkan secara lisan, bukan secara bertulisan. Maka di mana asasnya dakwaan pihak berkenaan mengenai al-Quran itu asalnya tiada baris sedangkan al-Quran itu diturunkan secara lisan, jika secara lisan, dari mana wujud pertikaian barisnya? Al-Quran diletakkan baris bagi menjadikan sesuatu perkataan atau ayat itu mengikut cara sebutan yang diucapkan Rasulullah sepertimana ia diturunkan dan dilafazkan semasa Jibrail melakukan tugasnya menurunkan wahyu kepada baginda. Ia juga bagi memudahkan bacaan dalam sebutan yang betul, seterusnya memudahkan proses menghafal. "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." (Quran, al-Hijr: 9) Jika ada yang mempertikai baris al-Quran, cuba fikir semula dengan waras. Al-Quran itu dibukukan (mushaf) dengan baris-baris supaya mudah dibaca dan dihafal serta sebagai usaha dijauhkan dari tangan-tangan kafir yang sentiasa mahu mengubah isi kandungannya bagi menyesatkan akidah Islam. Juga supaya muncul generasi tahfiz, adalah lebih baik belajar menghafal al-Quran daripada mempertikaikan barisnya. Golongan yang mempertikai baris al-Quran itu pula, adakah mereka hafal al-Quran? Atau sekadar tahu mempertikai dan hanya merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu sahaja? Jika merujuk terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, memang benarlah al-Quran itu tiada baris, kerana bahasa Melayu memang tiada baris. Tetapi bahasa al-Quran diletakkan baris bagi menjaga ketulenan dan kesuciannya, ia juga bagi membezakannya dengan bahasa Arab yang difahami semua bangsa Arab tidak kira Arab Muslim atau Arab kafir. Jika diletakkan baris, ia hanya boleh dibaca oleh orang Islam yang tahu membacanya selepas belajar cara membacanya. Kepada golongan yang mempertikai baris al-Quran, nasihat di sini ialah berkawanlah dengan semua orang, jangan taksub dengan fahaman sendiri yang sempit. Berkawanlah dengan semua orang supaya akan dapat banyak pengetahuan berguna, seperti pengalaman yang saya ceritakan tadi. Mohon maaf jika saya tersilap dalam menyampaikan maksud artikel ini. jika ada yang masih belum jelas, rujuklah kepada mereka yang lebih berilmu dalam hal ini. Saya hanya sekadar menyampaikan mengikut sudut pandangan yang saya fahami. Allah lebih mengetahui terhadap segala perancangan-Nya dalam memelihara agama-Nya. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan