AdukaTaruna |
Disko Ramadan Kedah : Kalau gua jadi Azizan. Posted: 15 Jul 2011 09:38 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Falsafah pertama ialah usia pemerintahan. Gua akan ambil kira usia pemerintahan. Atas apa pemerintahan itu diambil alih? Revolusi, perang atau undi? Setulen nabi, atau hanya suku dari ketulenan nabi? Berapa kekuatan media si pelaksana. Berapa level kefahaman rakyat dan sebagainya. Falsafah kedua, tiada paksaan dalam Islam terhadap bukan Islam. Hak bukan Islam untuk tidak berpuasa. Hak bukan Islam untuk berhibur. Yang diharamkan ialah muslim. Jika yang haram ialah muslim, menutup hak bukan muslim untuk menghalang muslim pada gua ialah zalim. Zalim adalah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Falsafah ketiga, dasar perlu ditegak atas agama. Islam tidak boleh mengharamkan hak bukan muslim semata2 mahu menghalang muslim dari terlibat. Kaedah yang perlu diambil. SOP yang perlu dikaji. Bukan pengharamkan acara. Jangan haramkan acara haji bagi menghalang kemasukan pengebom diri. Jangan haramkan himpunan BERSIH untuk menghalang kemasukan perusuh PERKASA dengan bom petrol. Jangan haramkan bola di stadium untuk menghalang pelontar mercun. Wujudkan kaedah atau SOP. Bukan bunuh acara. Jangan haramkan hak bukan muslim berhibur, untuk halang muslim yang tidak menghormati Ramadan. Melainkan kerajaan negeri tegak atas dasar agama. Yakni, ada pengesahan bertulis dari ketua2 agama Budha, Kristian, Hindu, etc yang menyatakan tempat hiburan yang disenaraikan itu diharamkan agama. Barulah pengharaman berstatus pengharaman acara. Falsafah ketiga, persediaan yang diambil. Bangsa hebat melakukan persediaan bertahun2 sebelum satu2 polisi kontroversi itu mahu diambil. Pelbagai teknik. ketika Najib mahu menjudikan sukan, yang mengumumkan dalam bentuk cadangan ialah Awang Adek. Naishat APCO yang genius. Muslim bangsa Kedah melaksanakan satu polisi kontroversi dengan pengumuman setengah bulan dari tarikh. Yang mengumumkan (bukan dalam bentuk cadangan) pula ialah Azizan. Hebat atau bodoh, wallahualam. Tiada persediaan untuk pengusaha, bukan dalam bentuk cadangan bagi tujuan perbahasan intelek. Memadamkan wave BERSIH dan sebagainya. Benda dah pun berlaku. Tapi benda dah pun berlaku. Sekali keputusan diambil tanpa penelitian jitu, satu kecederaan berlaku. Namun, jika ianya dibatalkan kembali, kecederaan sudah menjadi 2. Ibarat tayar kereta yang dipaku. Cederanya ialah angin yang bocor sedikit2. Namun, jika dicabut, ianya bocor terus. Ditampal pun akan mendatangkan corak sejarah tampalan. Tetapi, jika Azizan dan PAS Kedah mempunyai alasan yang lebih kuat dari falsafah yang gua senaraikan, gua sokong apa yang Azizan dan PAS Kedah lakukan. Dan gua mohon apa yang Kedah lakukan ini atas bahu kita bersama. Sama2 kita pikul apa jua cabarannya. Jangan atas bahu Azian atau PAS Kedah semata2. Dan di sini juga kita boleh melihat bagaimana kelicikan Mustapa Ali settlekan. Banyak kes seperti isu baiah yang dilontarkan Hasan Ali / Nasha, isu premis judi sorok2 di Kelantan Mustapa Ali serap dengan baik. Gua harap peranannya lebih kemas (tidak over acting sehingga mengawal Presiden type penghafal) apabila Presiden kini dikelilingi oleh anti kasta (bukan Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Profesional. Serahkan sesuatu itu pada ahlinya). Jika gua Azizan. Gua akan membuat keputusan berdasarkan falsafah yang gua senaraikan. Kemudiannya, katakanlah mahu melaksanakan seperti yang Azizan buat, gua akan minta lulit kemukakan cadangan. Dan gua (Azizan) sahut untuk perbahasan. Cukup buat kenyataan akan meneliti dari segenap aspek. Terutama dalil. Ini test market atau jaga air. Dari perbahasan itulah gua boleh mengumpul pandangan lain. Intelek muslim lain contohnya. Saiful Islam ada, MAZA ada, Al Bakistani ada, Harun Taib pun ada, ketua2 agama lain, mahasiswa dan sebagainya. Then, agak2 tak lepas, gua akan batalkan dengan tuduh Ahli PAS malas membaca. Then, bila selamat besar2an dalam muktamar, gua upkan semua ketika sidang media. Khalid Samad gua akan gantung 6 bulan. Then, bila dibantah 10 MP sendiri, dibelasah blog sendiri, gua akan cakap tutup buku rapat2. Agar puyuh tak dapat lari. Then, agak2 kantoi pertemuan dengan Agong Ganu, gua akan blah ke luar negara malam tu gak. Then, gua lari masuk rumah kalau ada blog yang cari gua. Dia follow gak, gua belasah dia. 100 lawan 3. Equipment dirampas. Eh... macam lari tajuk jer gua ni? |
Posted: 15 Jul 2011 07:50 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Pose pun belum, citer bab raya. Hua3.. Ni just cadangan2 di angin lalu jer nih. kalau masing2 pakat berbaju raya kuning satu keluarga masing2, niat kerana mahu mendapatkan jalan (demokrasi BERSIH) bagi menegakkan sistem islam di Malaysia ini, kerana Allah, apa kata lu orang? Sebab nanti kan ada macam2 Majlis Rumah Terbuka. PAS ada, gomen pun ada. Pakaila baju raya warna kuning bersama-sama keluarga masing2. Pakai kat rumah terbuka Perdana menteri di Putrajaya. Hehe.. Sumber gambar hiasan : Rembat guna google. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan