Isnin, 20 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERHIMPUNAN BERSIH - KHALID YUNUS MAHARAJA LAWAK YANG BINGAI

Posted: 20 Jun 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAKIT perut aku menahan ketawa membaca kenyataan bekas MP Parlimen Jempol, Khalid Yunus di dalam akhbar Sinar hari ini. Orang tua beruban putih ini mungkin terlebih nyanyuk gamaknya. Beliau cuba mengulas isu perhimpunan BERSIH, kununnya mahu jadi hero setaraf hero katak Berahim Ali.

Apa beliau kata? "Jangan ganggu hak orang kalau hak sendiri tidak mahu diganggu". Amaran itu ditujukan beliau kepada Datuk S. Ambiga Pengerusi BERSIH. Beliau berucap semasa perhimpunan anjuran PERKASA semalam yang mudah pula mendapat permit berhimpun dan berceramah. Aku nak bagitahu la orang kampong aku ni, wahai Khalid, orang bercerita pasal perhimpunan BERSIH, yang awak merepek pasal hak tu buat apa? BERSIH ganggu hak siapa? Hak SPR? Habis tu, hak rakyat untuk memilih dan mengundi mengikut sistem dan peraturan yang adil bagaimana?

Lebih kelakar lagi apabila tok uban ini merapu dengan ayat ini, " Mengapa perkara dalam Perlembagaan dipertikaikan oleh BERSIH? "Hak Melayu sudah termaktub sebagai hak Melayu". Aduhhh....betapa bengapnya bekas MP Jempol ini. Apa kena mengena perhimpunan BERSIH dengan hak Melayu dalam Perlembagaan? Tok uban ni tau ke BERSIH tu apa? Atau selama ini dia tidor kemudian dikejutkan oleh PERKASA untuk berucap. Dalam keadaan mengigau tok uban ni pun bercakap pasal hak Melayu.

Wahai tok uban, jangan malukan orang Nogori Sembilan weh... Aku nak ajar sikit tok uban ni. BERSIH menuntut beberapa perkara yang ada kaitan dengan membaikpulih sistem pilihanraya agar lebih baik dan telus. Apabila disebut pilihanraya, ini bukan soal hak Melayu atau mana-mana kaum. Tok uban ingat BERSIH ini mahu hapuskan hak Melayu untuk mengundi ke? Di mana pula perkara dalam Perlembagaan yang BERSIH langgar? Bahkan, BERSIH mematuhi perkara di dalam Perlembagaan yang membenarkan perhimpunan secara aman. Itu pun susah sangat ke Khalid Yunus nak faham?

Amat malang sekali, orang macam ini digunakan oleh Umno untuk menjalankan propaganda anti BERSIH. Beliau bukan sahaja gagal, malah menampakkan kebodohan pemikirannya. Nasib baik beliau tidak lagi menjadi MP Jempol, jika tidak, malu rakyat Jempol ada Wakil Rakyat sebodoh ini. Entah macam mana dulu beliau ini dipilih jadi Wakil Rakyat dan jadi Menteri tak tahu lah.

Apa pun, tahniah buat Khalid yunus. Paling tidak pun menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk menyokong BERSIH kerana hujah pemimpin Umno terutamanya dari PERKASA semuanya hujah yang berstatus longkang./wfauzdin.blogspot.com

UGUTAN PERKASA, PAS SEDIA JADI BENTENG SEMUA KAUM

Posted: 20 Jun 2011 08:30 PM PDT

(Harakah Daily) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara. DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". "Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain," tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya. "Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?" soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman. Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0. Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri. Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis. "Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?" tanya beliau. Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat. Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung. "Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa. "Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," katanya.

MANUSIA BERKULIT PANDI KUTTI DARI KULIM PUNYA AUTA

Posted: 20 Jun 2011 09:46 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA seorang manusia berkulit binatang `pandi kutti' berasal di Kulim Bandar Baru menjerit-jerit macam orang gila bagitau semua orang bahawa di era reformasi Anwar telah mengarahkannya membuat onar atau huru-hara. Manusia kaki temberang dan terkenal dengan kaki kencing dan berhutang merata-rata ini cuba nak memperbodohkan rakyat melalui media syaitan yang ada.

Beliau sangka di era reformasi dulu semua rakyat yang ada hari ini belum lahir ke dunia lagi, sebab itu firaun besar Kulim ini mahu menipu. Kita semua tahu siapa yang berjuang kuat di era itu, dan VCD reformasi masih ada lagi tersimpan. Kita lihat mana muka `pandi kutti' Kulim waktu itu kecuali tukang pegang `loud healer'.

Kununnya Anwar harapkan beliau lakukan huru-hara, hebat sangatkah manusia yang ditendang oleh PAS ini? Jangan ingat bila pakai ketayap macam yahudi mabuk sudah merasa hebat sangat. Melalak dalam TV buat cerita karut dan fitnah demi mahui menjilat punggung sang Penguasa adalah satu kerja jijik lebih hina dari pelacur. Sebelum ini, orang yang sama juga buat cerita kununnya Anwar lah yang menyuruh beliau karang cerita pasal Altantuya. Semuanya mahu dilibatkan Anwar. Kerana apa?

Ya, kerana dia tahu barangsiapa yang mahu hidup senang dengan pangkat dan jawatan yang mudah hanya ada satu cara iaitu burukkan Anwar. Jika tidak percaya cuba tanya Ezam raja sesumpah. Tidak perlu susah payah, beberapa bulan sahaja masuk dalam geng sekutu Apco, dapat Senator. Yang bodoh siapa? Tentunya yang berjuang lama dalam parti sekular itu dan setia dulu, kini dan selamanya. Habuk pun tak dapat apa. Ezam sesumpah juga yang beruntung. Maki hamun, keji dan bermacam lagi kemudiannya melutut kembali kepada parti lama, menyalak lebih kurang maka dapat Senator.

Mungkin inilah taktik yang mahu Lembu Kulim ini nak guna. Dia tahu di dalam PRU akan datang rakyat Kulim mahu kuburkan dia dan kencing di atas kuburnya. Maka, awal-awal lagi dia karang cerita ini walaupun karangannya seperti orang bodoh tak cukup akal. Mudah-mudahan Allah laknat pembawa fitnah ini biar dia terbakar bersama-sama dengan kopiah tarbusnya itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: