Kelab Greenboc |
- Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal
- PAS Kedah: Mahfuz Dan Taib Beri Laluan, Jentera Penerangan Pula Lemah?
- Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting
- Husam Musa Menang Saman Ke Atas Akhbar
- BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu
- Lembu Naik Lif
- [Bergambar & Video] Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan
- Semua Bersemangat Tunggu Tarikh 9 Julai
- "Kenyataan Ibrahim Ali Sangat Bahaya" - KJ Mahu Ibrahim Ali Disiasat
- KDN Tidak Konsisten: Ibrahim Ali Perlu Ditahan Di bawah Akta Hasutan - Majlis Peguam
- Perhimpunan Bersih Adalah Platform Suara Rakyat
- Kes Khalwat Salim Parlan: Mahkamah Tetapkan Perbicaraan 26 Julai
Himpunan Bersih: BN Dah Panik Tak Tentu Pasal Posted: 21 Jun 2011 12:30 AM PDT Himpunan Bersih: Pemimpin BN lekas panik Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Sebenarnya, sesuatu perhimpunan aman yang dianjurkan bertujuan untuk mendesak dilakukan perubahan dalam sistem pilihan raya dalam sebuah demokrasi tidak harus menjadi satu isu atau dihebohkan tetapi berbeza pula apa yang berlaku di Malaysia. Di negara ini, agak menghairankan kerana berita mengenai cadangan untuk menganjurkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mencetuskan rasa panik di hati sanubari para pemimpin parti yang memerintah. Sejak Bersih bercadang diadakan perhimpunan aman itu pada 9 Julai bagi mendesak supaya dilakukan reformasi dalam sistem pilihan raya agar lebih bebas dan adil, sehari pun tidak sunyi dengan kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin yang meluahkan rasa bimbang mereka. Kebimbangan yang disuarakan oleh para pemimpin negara seolah-olah satu bala bencana yang dahsyat akan menimpa negara ini jika sekiranya perhimpunan itu diteruskan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan amaran bahawa negara akan ditimpa ketidakstabilan ekonomi dan politik. Sayap pelampau rasis Umno pula, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), juga ingin menganjurkan perhimpunan pada hari yang sama yang bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengugut untuk menahan para peserta dan pada masa yang sama beratus-ratus laporan dibuat kepada polis oleh Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokongnya bagi menentang Himpunan Bersih itu. Terbaru, ketika beliau berucap pada mesyuarat agung Umno di Beaufort, Sabah pada 18 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti pembangkang yang mendalangi Himpunan Bersih itu mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Terdahulu, Bersih menjemput semua parti politik termasuk BN dan Pakatan Rakyat dan NGO serta para aktivis untuk menyertai gerakan rakyat ini yang bertujuan untuk memulihkan intergriti sistem pilihan raya di Malaysia, yang telah sekian lama korup dan memihak kepada parti yang memerintah. Ketika mana Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, BN sebaliknya menolak. Rasional BN pelik Muhyiddin menyangkal usaha Bersih ini dengan mendakwa kemenangan pembangkang yang signifikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sebagai bukti sistem pilihan raya itu dijalankan dengan adil. Beliau bertanya, "jika pilihan raya lalu tidak adil dan saksama, macam mana mereka (pembangkang) boleh mencapai kemenangan? "Jika mereka menang mereka diam dan jika mereka kalah, mereka mendakwa berlaku ketidakadilan. Saya fikir motif mereka ialah untuk mencari jalan pintas ke Putrajaya," katanya. Mengambil contoh kemenangan pembangkang sebagai bukti sistem pilihan raya adalah adil sudah menjadi jawapan yang standard untuk menepis segala salah guna kuasa BN yang semakin meruncing. Tetapi hujah sedemikian tidak logik dan kelakar kerana sama ada sesuatu pilihan raya itu adil harus ditentukan oleh cara bagaimana pilihan raya itu dikendalikan. Faktor-faktor seperti kehadiran atau ketidakhadiran suruhanjaya pilihan raya yang berkecuali dan sama ada wujud atau tidak wujud 'padang permainan yang sama rata.' Ia tidak boleh diukur dengan cara, sama ada seseorang calon itu menang atau kalah. Pilihan raya di Malaysia dimanipulasi dengan tidak adil sehingga membuat kita tidak teragak-agak untuk membuat kesimpulan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyapu bersih bagi meraih kemenangan pada PRU 2008 jika sekiranya pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, memandangkan pecahan undi popular adalah seimbang iaitu pada nisbah 50-50. Sistem pilihan raya yang tempang Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertindak sebagai komponen dan agen BN? Bagaimana kita boleh menganggap pilihan raya Malaysia berjalan dengan adil apabila keseluruhan media massa di negara ini dikawal (kecuali Internet) dan berkhidmat sebagai alat propaganda BN? Sejak PRU 2008, pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung mendapati BN berleluasa melakukan amalan rasuah, yang dicetuskan sendiri tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam dua PRK, Hulu Selangor dan Sibu. Lebih mengejutkan ketika mana klip video tentang tawaran rasuah dipertonton di seluruh dunia melalui You Tube, hakim Azhar Mohamed menolak petisyen untuk membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor atas alasan "tidak cukup bukti." Walaupun mahkamah melarang sebarang bentuk rasuah yang dibuat secara terbuka oleh para pemimpin parti pemerintah, pintu rasuah tetap dibuka dengan luas, dan salah guna kuasa berleluasa untuk memberi kelebihan kepada BN. Inilah sebenarnya apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, di mana BN menyapu bersih bagi meraih kemenangan menerusi dua strategi, ugut dan rasuah. Usaha Bersih harus dipuji Berdasarkan keadaan ini, usaha Bersih harus dipuji dan masa untuk menganjurkan perhimpunan ini adalah bertepatan sekali di mana sebuah petisyen akan diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong bagi menyelamat sistem pilihan raya kita daripada dicemuh oleh masyarakat dunia. Di antara tuntutan Bersih ialah, melarang sebarang bentuk beli undi,memulihkan kebebasan dan sikap berkecuali badan-badan penguatkuasa pilihan raya, akses kepada media, menyemak semula sistem undi pos dan membersihkan senarai daftar pemilih yang penuh dengan penipuan dan pengundi hantu. Melihat dari cadangan-cadangan ini yang dituntut ini maka langkah Bersih ini tidaklah menjadi ancaman kepada kepentingan negara. Tetapi ia merupakan suatu usaha untuk menyelamatkan demokrasi dan memulihkan keadilan dan kesaksamaan di mana kita dapati selama ini institusi-institusi kerajaan diperalatkan bagi mengekalkan pemerintahan autokratik mereka. Berhubung keengganan pihak polis untuk mengeluarkan permit untuk perhimpunan itu, kita ingin menasihatkan pihak polis bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perhimpunan aman itu. Kebebasan untuk berhimpun adalah hak perlembagaan yang dijamin kepada setiap warga negara dan peranan polis ialah untuk memastikan keamanan sepanjang perhimpunan itu dijalankan. Sebarang percubaan daripada pihak polis atau mana-mana pihak untuk menghalang perhimpunan aman ini, yang mempunyai niat yang baik, dianggap sebagai percubaan untuk mencabul perlembagaan dan tidak dapat diterima oleh rakyat. Kita harus sedar bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam usaha untuk mendapatkan hak tentang pilihan raya yang bebas dan adil serta hak kebebasan untuk berhimpun. -FMT |
PAS Kedah: Mahfuz Dan Taib Beri Laluan, Jentera Penerangan Pula Lemah? Posted: 20 Jun 2011 11:45 PM PDT Pengguguran Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Taib Azamudden Md Taib sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III dalam senarai kepimpinan baru Pas Kedah dibuat atas permintaan kedua-dua pemimpin itu sendiri. Mahfuz berkata, hasrat itu dimaklumkannya sendiri kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu pertemuan selepas Menteri Besar Kedah itu diumumkan mengekalkan jawatan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, 12 Jun lalu. Menurutnya, tanggungjawab sebagai naib presiden parti yang memerlukan tumpuan lebih di peringkat pusat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 menyebabkan beliau tidak mahu memegang jawatan berkenaan. Pada masa yang sama, katanya, beliau juga mahu memberi laluan kepada pemimpin pelapis memegang jawatan tersebut. "Saya jelaskan kesibukan saya dan Taib Azamudden menggerakkan jentera Pas Pusat memerlukan Pas Kedah menyerahkan tanggungjawab berat itu kepada pemimpin pelapis yang aktif dan banyak ruang masa untuk tumpu jentera pilihan raya negeri," katanya. Sementara itu, Taib Azamudden ketika dihubungi turut sependapat dengan Mahfuz dan menegaskan Pas Kedah kini memerlukan kemunculan pemimpin baru terdiri dari kalangan pelapis serta belia. Menurutnya, beliau yakin kepimpinan baru akan lebih agresif memperkukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya setelah pengagihan tugas-tugas parti dilaksanakan. -SH
Ulasan GB Perhatian perlu diberikan terhadap pandangan yang diutarakan oleh AnakKedah007 di atas. Terdapat kebenarannya, dimana kelemahan jentera penerangan akan menyebabkan parti juga menjadi lemah. Ia sepatutnya juga diambil perhatian oleh PAS negeri-negeri lain, malah PAS Pusat juga. |
Bekas Suami Tikam Muka Guna Gunting Posted: 20 Jun 2011 10:10 PM PDT Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di bandar ini, petang semalam. Gambar: HAZITA cedera parah di bahagian muka, leher kiri dan kanan dan belakang kepala selepas diserang bekas suami dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II), semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, pelatih salun kecantikan, Hazita Mohamad, 28, yang berasal dari Tumpat berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan salun. Keengganan merujuk kembali kepada suspek menjadi punca motif kejadian berlaku. Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata mangsa dipercayai diekori oleh suspek sehingga ke tempat meletak kenderaan di pasar raya berkenaan sebelum bertindak menerpa masuk ke dalam kereta wanita itu. "Suspek kemudian menggunakan gunting menikam belakang kepala, leher serta muka. "Mereka bergelut dalam kereta berkenaan, orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa, suspek pula bertindak melarikan diri," katanya. -BH
|
Husam Musa Menang Saman Ke Atas Akhbar Posted: 20 Jun 2011 08:50 PM PDT Kota Bharu - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu. Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu. Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors. Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: 'Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK', bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008. Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya. Malah artikel itu juga menyebut: 'Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi 'pelabur tempatan' itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan. Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf. Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah. Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu. "Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi. "Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif," katanya. -husammusa.com |
BERSIH: Masa Untuk Bercakap Sudah Berlalu Posted: 20 Jun 2011 07:00 PM PDT Masa untuk bincang sudah lalu, Bersih beritahu SPR KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada. "Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataannya malam tadi. "Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13)," kata beliau. Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun. Ambiga juga memberitahu The Malaysian Insider, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan. Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan. Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak. "Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit," katanya. Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan. "Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah. "Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya. Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak. Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik. "Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu. "Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya. -TMI Ulasan GB Mereka (Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR) akan tetap dipertanggungjawabkan di atas segala salahlaku yang mereka lakukan yang menyebabkan pilihanraya diadakan senget sebelah. Terlkalu banyak bukti penyelewengan dilakukan oleh SPR sekalipun mereka menafikan. Enam tuntutan BERSIH 2.0 adalah: 1. Pendaftaran pengundi automatik 2. Penggunaan dakwat kekal 3. Penghapusan undi pos 4. Kebebasan media. 5. Masa berkempen minima 21 hari 6. Jentera kerajaan tidak digunakan untuk berkempen Sekarang, terima dan laksanakan tuntutan tersebut terlebih dahulu, kemudian baru boleh ajak bercakap. Bercakap bagaimana mahu melaksanakannya. Rakyat tidak semudah itu untuk diperdayakan lagi. |
Posted: 20 Jun 2011 06:00 PM PDT Lembu, motosikal punca lif rosak BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini. Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam. "Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu. "Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan," katanya. Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna. Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan. "Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni," katanya. Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan. "Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan," katanya. Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion. -BH Ulasan GB Macam-macam hal. Semalam lembu dibawa dengan kereta Proton Perdana, hari ini timbul kisah ada yang bawa lembu naik lif. |
[Bergambar & Video] Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan Posted: 20 Jun 2011 04:15 PM PDT Kuala Terengganu – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi. Gambar: SEBUAH kereta Perodua Kelisa di timpa sebatang pokok di Pantai Batu Buruk akibat dilanda ribut kuat. Foto: Aswadi Alias (19/06/2011) Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan. Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan. "Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini. Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan. Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama kredit foto: melayukini.net |
Semua Bersemangat Tunggu Tarikh 9 Julai Posted: 20 Jun 2011 07:45 AM PDT Semua dijemput sertai himpunan aman Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 20 Jun: "Saya mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh pimpinan PAS memberikan sokongan dan dokongan penuh kepada Bersih 2.0," kata Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Laungan takbir bergema dari penyokong PAS sewaktu beliau menyatakan demikian sewaktu berucap di majlis pelancaran Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi. Majlis pelancaran malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran jawatankuasa induk Bersih 2.0 dan jawatankuasa sokongan terdiri daripada beberapa NGO dan parti-parti politik. Hadirin turut teruja dengan kehadiran sasterawan negara, Datuk A. Samad Said yang sempat mendeklamasikan "ekor" salah satu sajaknya. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan turut membacakan lapan tuntutan Bersih 2.0 iaitu bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 harian akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Beliau yang juga seorang peguam menegaskan, himpunan tersebut akan berjalan secara aman dan semua rakyat termasuk parti politik dari BN dijemput untuk menyertainya. Paluan gendang turut mengiringi wakil-wakil NGO yang membawa sepanduk lapan tuntutan tersebut masuk ke dewan dan disambut laungan "bersih, bersih" dari hadirin yang majoriti terdiri daripada golongan muda dan pertengahan. Majlis yang dihadiri hampir 1,000 hadirin itu turut melancarkan kutipan derma untuk aktiviti Bersih. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mendermakan satu dinar emas bersamaan RM750. -hd |
"Kenyataan Ibrahim Ali Sangat Bahaya" - KJ Mahu Ibrahim Ali Disiasat Posted: 20 Jun 2011 06:40 AM PDT Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu Kenyataan bersifat 'rasis' dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini. "Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu. "Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini. Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu. "Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau. Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam. "Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu. "Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku." Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. "Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam. Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007. PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. -TMI
|
KDN Tidak Konsisten: Ibrahim Ali Perlu Ditahan Di bawah Akta Hasutan - Majlis Peguam Posted: 20 Jun 2011 05:20 AM PDT Majlis Peguam: Gunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan. Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu (krisis perlembagaan) Perak, maka saya tidak nampak mengapa (kerajaan) tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu." "Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Majlis Peguam, katanya, mengecam kenyataan rasis Ibrahim itu sebagai tidak bertanggungjawab langsung dan tidak wajar. Semasa pelancaran 'Gerak Aman' semalam, penyokong PERKASA memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam. Ibrahim juga dilaporkan berkata akan berlaku huru-hara jika demonstrasi gabungan pembangkang dan aktivis politik, tidak dibatalkan. -mk |
Perhimpunan Bersih Adalah Platform Suara Rakyat Posted: 20 Jun 2011 04:00 AM PDT Perhimpunan Bersih 2.0 akan menjadi platform utama kepada suara rakyat dalam mengukur sejauhmana komitmen kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam mengamalkan sistem demokrasi, kata Setiausaha Kebangsaan DAP, Teresa Kok. Malah katanya, sebarang tindakan provokasi daripada mana-mana pihak yang cuba menghalang himpunan besar-besaran itu hanya akan menghantar mesej buruk kepada sistem pentadbiran kerajaan terutama Polis Di Raja Malaysia (PDRM). "Saya mahu beri peringatan kepada Barisan Nasional (BN) jika ada mana-mana penyokong yang tertangkap, maka kita akan hantar mesej kepada dunia bahawa BN memang mahu pilihan raya yang kotor," ujarnya. Beliau yang hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi bersempena pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 menyatakan sokongan penuh terhadap program anjuran gabungan NGO seluruh negara termasuk wakil SAPP dari Sarawak. Teresa yang hadir bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menunjukkan sokongan positif seraya menyeru seluruh rakyat turun untuk menyertai perhimpunan itu nanti. Perhimpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 berjaya mengumpulkan lebih 100 ribu rakyat tempatan mengadakan perarakan secara aman. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut sama menyatakan sokongan padunya kepada himpunan besar-besaran itu nanti menegaskan bahawa segala dakwaan yang dilemparkan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau individu utama dalam perancangan menanam kebencian terhadap BN menerusi Bersih 2.0 adalah dusta sama sekali. "Walaupun dakwaan Datuk Seri Anwar adalah dalang, saya mahu tekankan ini semua dusta," kata Nurul Izzah. Beliau sebaliknya menjulang Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang berjaya mengumpul kekuatan suara rakyat seluruh negara dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti akan bermula di tiga lokasi sekitar ibu negara Kuala Lumpur iaitu, pusat membeli belah Sogo, perkarangan Masjid Kampung Baru dan di hadapan DBKL jam 2 petang. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan akan turut serta dalam perhimpunan itu. -tvsnews |
Kes Khalwat Salim Parlan: Mahkamah Tetapkan Perbicaraan 26 Julai Posted: 20 Jun 2011 02:20 AM PDT George Town - Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes khalwat Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan Datuk Salim Parlan dan pasangannya, Nur Diayana Norslan. Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menetapkan tarikh itu selepas menolak permohonan pihak pembelaan supaya mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula kes berkenaan. Terdahulu, pembelaan yang diwakili Wan Faridulhadi Mohd Yusoff membuat permohonan itu sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah di Selatan Thailand yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur minggu lepas. Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz yang membantah permohonan itu berkata kes itu perlu diteruskan sementara menunggu keputusan permohonan berkenaan. "Kita tidak tahu bila kes di Kuala Lumpur itu akan selesai. Ia mungkin mengambil masa yang lama... mungkin setahun atau dua tahun. Kita tidak tahu bila akan selesai," katanya. Nik Bukhari kemudiannya menetapkan perbicaraan akan dijalankan sementara menunggu keputusan permohonon kebenaran poligami dan pengesahan nikah itu. Bagaimanapun, jika permohonan itu diterima mahkamah, pihak pendakwaan boleh menarik balik atau membatalkan kes berkenaan. Pada 19 April lepas, Salim, 51, dan Nur Diayana, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Batu Ferringhi. Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira pukul 5 pagi. Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama. - Bernama |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan