MIMPI SENJA |
- Pekida : Kami bukan gangster, kami tolong Melayu
- Menangi RM500 dalam pertandingan Video BERSIH 2 - Pemuda PAS Wilayah
- 50 ribu ahli Pas Selangor akan sertai BERSIH
- BERSIH : Siapa yang mulakan kekecohan?
- KL Gangster kutip RM11 juta
- 'Parking Asmara' berdarah
- Masa untuk berbincang sudah berlalu : Ambiga pada SPR
- Penggodam : Sasaran seterusnya pada 4 Julai - Laman web pejabat Perdana Menteri -
- Khairy pula mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan ...
- TERKINI - Mahkamah tolak rayuan Gani Patail vs Dato Ramli Yusuff
- Gunakan Akta Hasutan pada Ibrahim Ali : Majlis Peguam
Pekida : Kami bukan gangster, kami tolong Melayu Posted: 20 Jun 2011 11:07 PM PDT "Pekida bukan kumpulan gengster, yang gangster, yang 'pau' dan pukul orang tu kumpulan 'serpihan' yang asalnya dulu Pekida," kata Penasihat Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud. PETALING JAYA: "Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!" kata Shark tidak puas hati kerana bimbang Malek akan merampas takhtanya sebagai ketua kumpulan kongsi gelap Kuala Lumpur satu hari nanti. Shark (lakonan Shamsul Yusof) dan Malek (Aaron Aziz) merupakan watak dalam filem KL Gangster yang meceritakan tentang survival segelintir anak muda yang hidup di tengah kepesatan ibu kota, akhirnya memilih jalan hitam sehingga terjebak dalam kancah sosial dan gengsterisme. Namun di sebalik kisah fiksyen itu timbul satu persepsi apabila terdapat beberapa adegan yang didakwa menyentuh 'kod rahsia' dan secara terang mempersendakan pergerakan kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida). Sekaligus meninggalkan tanggapan kepada penonton bahawa badan bukan kerajaan itu (NGO) seolah-olah seperti satu kumpulan mafia yang memeras ugut dan menindas golongan bawahan. Persoalannya, adakah benar pertubuhan yang dinaungi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini bergerak dengan cara sedemkian? "Pekida bukan kumpulan gengster, yang gengster, yang 'pau' dan pukul orang tu kumpulan 'serpihan' yang asalnya dulu Pekida. "Kemudian keluar tubuhkan kumpulan baru yang tidak berdaftar dan ambil kesempatan atas nama Pekida untuk melebarkan kuasa dan pengaruh mereka," tegas Penasihat Pekida Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Hamzah Daud. FMT turut mendapat penjelasan lanjut mengenai perjuangan Pekida dan kepentingannya kepada masyarakat awam sekaligus merungkai kekeliruan sesetengah pihak. Sumpah bai'ah Soalan (S): Apakah perjuangan Pekida? Jawaban (J): Pekida merupakan kumpulan berdaftar yang wujud sejak tahun 1967 dan asas pergerakannya daripada Thailand. Sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, individu perlu melakukan sumpah bai'ah (ikrar taat setia) menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Gelaran 'Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama. Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong, Pahang, kami turut bantu selamatkan anak Melayu daripada terus hanyut dalam kesesatan. Kami bergerak secara sukarela tanpa mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa, tanpa gaji. Kami makan sendiri, suap sendiri, basuh sendiri. S: Bagaimana Pekida boleh dikaitkan dengan kumpulan gengster dan mafia? J: Pekida diumpamakan sebagai seorang bapa. Apabila anak-anaknya buat hal jadi jahat, yang dapat nama busuk adalah bapa sendiri. Pekida menggunakan lambang tiga garisan warna hijau (bersatu), kuning (taat) dan merah (setia). Malangnya individu yang telah melanggar sumpah bai'ah keluar daripada perjuangan mengambil kesempatan menggunakan nama dan lambang Pekida sebagai platform menubuhkan dan menggerakkan kumpulan haram gengster dan mafia. Wujudnya kumpulan '77′, 'Kumpulan Merah', 'Semerah Padi', 'Pewaris' ini adalah serpihan bekas ahli Pekida yang berhaluan kiri. Mereka 'pau' sana 'pau' sini, yang dapat nama busuk adalah Pekida. Gelaran ayahanda memang asalanya daripada Pekida tetapi sekarang banyak pertubuhan lain yang pakai gelaran yang sama. Tetapi apa yang saya kesalkan pertubuhan kami dikomersilkan sehingga menjejaskan maruah dan menghina perjuangan kami. Adakah ia satu hiburan apabila menyentuh kredibiliti kami yang memperjuangkan Islam? Penggunaan strategi nak lariskan sesuatu filem itu adalah hak masing-masing tapi jangan sentuh maruah dan hak peribadi seseorang. Kalau benar Pekida ni kumpulan gengster, sudah lama kami ditangkap dan pertubuhan kami dibubar dan diharamkan. Sebab itulah sekarang kami memutuskan mahu buat proses 'pemutihan' sehingga November depan dengan turun padang dan bersihkan imej kami daripada terus disalahgunakan oleh pihak tertentu. Ahli Pekida 3 juta S: Bagaimana wujudnya panggilan Ayahanda, Abang Long dan Abang kawasan? A: Pemimpin tertinggi dalam Pekida dipanggil ayahanda/bonda, abang long/kak long, abang kawasan yang dilantik mengikut hirarki. Secara amnya dalam sesuatu pertubuhan ada ada presiden, naib, timbalan tetapi sebagai satu gerakan yang sangat mementingkan semangat kekeluargaan, kita takkan panggil orang dalam keluarga kita 'tuan' atau 'bos' tetapi panggilan mesra atas rasa hormat dalam satu keluarga iaitu ayah, abang dan kakak. Setiap pemimpin ini bertanggungjawab mengawal anak buahnya dan buat kerja disetiap kawasan ikut lunas undang-undang negara. Atas sebab inilah Pekida mempunyai kira-kira tiga juta ahli di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan kami ada 500,000 orang. S: Apa rasionalnya Pekida 'jaga kawasan'? J: Kita peka dengan gejala sosial yang membelenggu anak bangsa sendiri tetapi persoalannya bagaimana kita nak bergerak dan bantu mereka tanpa modal? Mata kita ditutup, tangan diikat. (Selama) 53 tahun merdeka tapi tahap ekonomi Melayu belum sampai 30 peratus, cuma 11.2 peratus sahaja. Ada parti politik yang sepatutnya menjadi tonggak membela nasib orang Melayu tetapi adakah kita masih buta dalam celik? Kita masih diperkotak-katikkan orang kita sendiri. Semangat perjuangan hanya menjaga kepentingan dan agenda masing-masing. Selama mana nasib Melayu boleh diperjuangkan? Sosio-ekonomi jatuh. Bila saja terdesak cari 'along'. Sampai bila dan kenapa benda ini berterusan? Bila timbulnya isu penculikan, setiap hari ada tujuh hingga lapan kes penculikan untuk tujuan perdagangan mahupun sindiket pelacuran. Nak selesaikannya mengambil masa yang lama antaranya kerana nisbah bilangan anggota pihak berkuasa dengan kepadatan sesuatu penduduk kawasan tidak cukup. Tetapi dengan cara kami yang tersendiri kami dapat selesaikannya. Kita dedahkan perkara sebenar tetapi kita pula dipersalahkan - FMT |
Menangi RM500 dalam pertandingan Video BERSIH 2 - Pemuda PAS Wilayah Posted: 20 Jun 2011 10:21 PM PDT Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video BERSIH 2.0 untuk mempromosikan perhimpunan itu yang diadakan pada 9 Julai ini di ibu negara. Sehubungan itu, mereka menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi tempat pertama, RM200 (kedua) dan RM100 bagi tempat ketiga. Ketua penerangannya Herman Samsudeen berkata pihaknya menetapkan sembilan syarat pertandingan berhubung pembikinan video BERSIH 2.0. Syarat-syarat tersebut adalah: •Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit •Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat •Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih •Memasukkan maklumat tarikh dan tempat himpunan BERSIH 2011 •Memasukkan maklumat lapan tuntutan BERSIH •Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS) •Penggunaan ayat al-Quran atau Hadis digalakan •Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan" sebagai penerbit. •Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti. "Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam blog DPPWP di http://dppwp.wordpress.com dan (mereka) dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi BERSIH di semua jaringan sosial. "Video yang telah siap hendaklah dimuatnaik ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta," katanya sambil menambah mereka digalakkan mempromosikan video itu untuk mendapatkan rating penonton. Menurutnya lagi, penilaian terhadap video itu dibuat berdasarkan kepada pematuhan syarat pertandingan, mesej yang disampaikan, susunan jalan cerita, kualiti gambar, komen serta jumlah penonton dalam Youtube. "Peserta yang telah memuatnaik video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan nama peserta, nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit," katanya. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai manakala keputusan tiga video terbaik akan diumumkan pada 25 Julai ini melalui dalam blog DPPWP dan email kepada pemenang.- malaysiakini |
50 ribu ahli Pas Selangor akan sertai BERSIH Posted: 20 Jun 2011 08:31 PM PDT PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan. "Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat. "Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya. [Berita penuh menyusul] |
BERSIH : Siapa yang mulakan kekecohan? Posted: 20 Jun 2011 08:00 PM PDT Mohd Yusof Hadhari Saidon Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini. Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'. Ada beberapa persoalan yang timbul di sini? Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan? Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan enam tuntutan yang di sepakati oleh rakyat. Jika PERKASA benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula PERKASA tidak lancarkan 'anti-Umno', sebab Umno juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu PERKASA juga ingin berhimpun? Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata. Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan. Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, Umno mahupun PERKASA, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman. Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0? Umno mahupun PERKASA yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang dilakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya. Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya. Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku. Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang. Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas. Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya. Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya " Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan". Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan. Sepatutnya Umno, MCA dan PERKASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan. Penulis adalah Ketua Penerangan GAMIS Pusat |
Posted: 20 Jun 2011 07:44 PM PDT Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, memuji kehebatan filem KL Gangster, yang kini melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu. Beliau berkata, filem arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, itu boleh dijadikan sebagai filem contoh dan sesuai untuk tontonan umum. Malah sesuai ditonton golongan remaja untuk dijadikan iktibar. "Setelah menonton sendiri KL Gangster, ia boleh dikatakan filem contoh dan nyata ia berjaya menarik banyak peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikannya sendiri di pawagam," katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011. Industri filem katanya kini nyata menunjukkan banyak perubahan ke arah positif dan semakin dimartabatkan melalui kemampuan penggiat seni tempatan menghasilkan karya lebih berkualiti. Syamsul bangga kutipan cecah RM11 juta Syamsul Yusof, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan diberikan oleh Datuk Rais Yatim. Malah dia juga bersyukur apabila filemnya itu tidak dipandang negatif oleh penonton dan juga peminatnya sepanjang tempoh tayangan. "KL Gangster penuh dengan mesej berguna kepada penonton dan mereka didedahkan dengan apa yang berlaku kepada masyarakat remaja masa kini. "Malah saya juga tidak menjangkakan jumlah kutipan sebanyak ini, namun bersyukur sebab bukan keuntungan diutamakan, tetapi selera dan kehendak penonton yang diberi perhatian. "Filem ini juga tiada unsur bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak kerana ia adalah hasil karya yang telah dibuat kajian dahulu sebelum memulakan sesi penggambaran," katanya yang turut ditemui pada majlis itu. Syamsul berkata, kejayaan tersebut adalah bukti jelas bahawa rakyat sebenarnya dahagakan karya anak Malaysia dan dia yakin mampu memberi 100 peratus sokongan pada industri perfileman tempatan. Sementara itu, filem kelima arahannya itu kini berjaya mencapai kutipan RM11 juta sejak ditayangkan pada 9 Jun lalu. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pengarah ini menerusi laman sosial facebooknya. ""Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia" itulah bait-bait cukup bermakna Syamsul yang dipaparkan menerusi laman Facebooknya. Melihat pada sambutan filem ini, maka tidak mustahil jumlah itu akan meningkat hingga RM12 juta. Satu angka melebihi dua kali ganda kutipan pernah diraih bapanya, Datuk Yusuf Haslam, yang mendapat gelaran 'Six Milion Dollar Man' menerusi filem Sembilu. 'Galak lebih banyak filem' - Datuk Sohaimi Dalam pada itu, Ahli Lembaga Finas, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata, berdasarkan rekod Finas setakat ini, KL Gangster berjaya meraih kutipan RM10.3 juta dan jumlah tersebut amatlah membanggakan dalam sejarah perfileman Melayu. "Jumlah itu adalah fenomena baru dari pengarah baru seperti Syamsul Yusof. Malah ia memberi kesan positif terhadap pembangunan filem kita. Jika sebelum ini finas mensasarkan satu filem dalam satu minggu, kini ia sudah melebihi sasaran dan banyak filem menanti giliran. "Saya berharap ia bukanlah sekadar musim dan kejayaan KL Gangster ini harus dijadikan ilham kepada semua karyawan di luar sana. Walaupun filem ini adalah hiburan ringan, namun ia mampu memberi mesej dan pengajaran berguna buat penonton, terutamanya remaja. "Maka, setiap penerbit dan pengarah harus menghasilkan filem yang ada mesej. Walaupun KL Gangster ada aksi negatif, namun saya percaya ia tidak mempengaruhi penonton kerana penonton sekarang sudah bijak menilainya," katanya turut kagum dengan kehebatan KL Gangster. |
Posted: 20 Jun 2011 05:37 PM PDT KOTA BHARU: 'Parkir asmara' sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar 'parkir berdarah', apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam. Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada 'ditawan' bekas suami yang memandu kenderaannya. Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan. Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu. "Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka - Metro |
Masa untuk berbincang sudah berlalu : Ambiga pada SPR Posted: 20 Jun 2011 05:17 PM PDT Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada. "Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) dalam satu kenyataannya malam tadi. "Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13)," kata beliau. Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun. Ambiga juga memberitahu The Malaysian Insider, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan. Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan. Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak. "Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit," katanya. Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan. "Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah. "Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya. Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak. Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik. "Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu. "Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya - The Malaysian Insider |
Penggodam : Sasaran seterusnya pada 4 Julai - Laman web pejabat Perdana Menteri - Posted: 20 Jun 2011 06:30 AM PDT Dispute whether hackers now targeting PM's office By Shannon Teo KUALA LUMPUR, June 20 — A clip posted on video-sharing site YouTube has threatened another attack on Malaysian websites, this time on the website of the Prime Minister's Office but a group of hackers credited for the last attack say they are not responsible this time. Although the video appears to be produced by the notorious hacker group Anonymous, the group has said that the video is a fake in a Twitter post on the @TheAnonymousAd account mentioned in the initial threat last week. "No. Someone trying to copy," it said in a reply when asked on Twitter if the video was by Anonymous. The video said that the PM's website would be targeted on July 4 at 8.37pm local time. The video featured a still image with information of the planned attack and a digitised female voice reading out a monologue that appears to be adapted straight out of the film "V for Vendetta." "He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent," it said, before repeating the message from last week's attack that Malaysia was one of the worst countries in the world in terms of censorship. Anonymous had attacked the official website of the Malaysian government in an act of protest against Internet censorship last week. According to a statement posted on the Pastebin website, the group named the recent move to block file-sharing sites like Pirate Bay and whistleblowers WikiLeaks as "inexcusable" acts of censorship which took away "basic human rights." "For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared," the group said. Anonymous has taken credit for other high-profile attacks such as a December 2010 response to pressure against WikiLeaks to stop the controversial website from publishing classified United States diplomatic cables. In retaliation, it brought down MasterCard and Visa's websites and staged attacks on other online commerce sites perceived to be anti-WikiLeaks such as Amazon and PayPal. The planned attack came despite last week's arrest of 32 suspects in Turkey after the group also cited censorship for attacks on government sites there. - The Malaysian Insider |
Khairy pula mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan ... Posted: 20 Jun 2011 06:12 AM PDT Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina. Khairy berkata, Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang mengugut kaum lain. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina. "Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum di Malaysia, secara jelas dan nyata," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar dan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini atas alasan 'apa sahaja boleh berlaku dan mereka perlu simpan bekalan makanan yang secukupnya pada tarikh tersebut.' Pada Ahad, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga. Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. Mengulas lanjut perkara tersebut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kenyataan Ibrahim tidak mewakili suara majoriti Ahli Parlimen Melayu di negara ini. "Orang Melayu di Malaysia bangsa yang mulia dan kita tidak akan buat apa yang Ibrahim buat sekarang ini. Kita hidup dalam keadaan harmoni di negara ini. Pemuda Umno juga tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut," katanya. Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di tiga lokasi iaitu pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dianggarkan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akan menyertai perhimpunan tersebut. Selain itu, Perkasa dan Pemuda Umno turut melancarkan demonstrasi pada tarikh yang sama bagi membantah perarakan tersebut. - mStar |
TERKINI - Mahkamah tolak rayuan Gani Patail vs Dato Ramli Yusuff Posted: 20 Jun 2011 04:01 AM PDT by Din Merican June 20, 2011 Yesterday, I posted an article about the despicable conduct of MACC officers who tried to inflict a last minute humiliation on Dato' Ramli Yusuff and his family by visiting his house and making the whole neighborhood know that the MACC have unfinished business with Dato' Ramli. Just an hour ago, the Court of Appeal sitting in Kota Kinabalu made it clear and in no uncertain terms that it would not condone AG Gani Patail's malicious conduct against Dato Ramli and dismissed AG Gani Patail's appeal. These are the judges of the august Court of Appeal: The Honourable Dato' Haji Datuk David Wong Dak The Honourable Judge Dato' Mohamed Apandi bin Haji Ali The Honourable Judge Datuk Sulong bin Matjeraie (Kota Kinabalu, Sabah) Appearing for the AG's office was DPP Ahmad Bache while Dato' Seri Shafiee Abdullah represented Dato' Ramli. Readers would remember that IGP Musa Hassan and AG Gani Patail had used the MACC to fix-up Dato' Ramli Yusuff who was then the Director CCID in order cover up for their involvement in the release of a gambling syndicate operator, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh and the MAS Scandal. Instead of charging the real crooks, they charged the Dato Ramli! With that they managed to close both cases. In the Sabah case, the MACC fabricated stories about Dato Ramli using a police Cessna for personal use, whereas at that time, Dato Ramli was on official duty in full uniform escorted by other uniformed personnel. Dato' Ramli's trip was serious police business to survey the porous Sabah border because Dato' Ramli had earlier controlled the Abu Sayaf infiltration when he was CPO Sabah. The falsehoods perpetrated by AG Gani Patail through DPP Kevin Morais became very clear when the MACC amended the charge several times throughout that trial. DPP Kevin even fixed the arrangement of witnesses by calling the two pilots as the last witnesses as PW73 and PW74. Kevin Morais knew that the flight path log sheet which is a requirement of the Department of Civil Aviation would show that this was an operational flight and not for personal use. Further, the statements of the pilots would have doomed the MACC's case from the very beginning. So, in a very cunning way, Kevin Morais decided not to call the pilots first. This would enable the MACC to drag the case, deplete Dato Ramli's resources, humiliate him publicly and make the Police citizens forget him. So, the trial went on for 57 days with 75 witnesses with former IGP Musa Hassan who appeared as the last and 75th witness – PW75. Musa Hassan's task was to disagree and rebut all the evidence given earlier by the other police witnesses. Musa Hassan's conduct of fabricating evidence was very reminiscent of his role in Sodomy I where he was dubbed as the Mattress Carrier. Musa's conduct must have so revolted Judge Supang Lian who did not mince her words when she condemned Musa Hassan as "an incredible witness whose evidence is not to be believed". That is why I worry when I am told that Musa Hassan has been appointed as Pensyarah Utama (Principal Lecturer) at the Law and Mass Communication School in UiTM. What would Musa Hassan be teaching these students? Will he be teaching them how to fabricate evidence and fix-up people and then make it believable by some public relations or mass communication trickeries? Is that how UiTM wants to be known for? Woe to this august bumiputera institution of higher learning! I am happy for Dato Ramli for yet another round of vindication. I hope AG Gani Patai will stop any further vindictiveness against him. I hope IGP Ismail Omar will now reinstate Dato Ramli to his post and that the JPA will pay him all his pensions, gratuities and emoluments. Enough is enough! I am happy that the prayers of all decent Malaysian have been answered by God. I am happy that these Judges of the Court of Appeal have restored our hopes and faith that eventually the truth will prevail! God is Great! |
Gunakan Akta Hasutan pada Ibrahim Ali : Majlis Peguam Posted: 20 Jun 2011 12:55 AM PDT Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan) menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan. Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu (krisis perlembagaan) Perak, maka saya tidak nampak mengapa (kerajaan) tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu." "Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Majlis Peguam, katanya, mengecam kenyataan rasis Ibrahim itu sebagai tidak bertanggungjawab langsung dan tidak wajar. Semasa pelancaran 'Gerak Aman' semalam, penyokong PERKASA memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam. Ibrahim juga dilaporkan berkata akan berlaku huru-hara jika demonstrasi gabungan pembangkang dan aktivis politik, tidak dibatalkan - malaysiakini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan