Sabtu, 18 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ULASAN TULISAN SUHAIMI SAID TENTANG CHEGU BARD

Posted: 18 Jun 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMBACA tulisan Tuan Hj Suhaimi Said (di sini), Ketua Biro Masyarakat Felda dan Orang Asli PKR Pusat, merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau saya banyak bersetuju dengan pandangan beliau terhadap tokoh muda, Chegu Bard. Cuma, satu sahaja yang saya tidak bersetuju dengan tulisan atau pandangan beliau yang akan saya ulas kemudian.

Sepertimana juga Hj Suhaimi, saya menyokong Chegu Bard sewaktu pemilihan di dalam PKR yang lalu kerana ketika itu saya percaya Sdr Shamsul Iskandar memang patut melangkah ke hadapan bertanding jawatan Naib Presiden dan tempat beliau sebagai Ketua AMK layak diganti oleh tokoh muda seperti Chegu Bard. Malangnya Sdr Shamsul tidak mempunyai keyakinan atau kekuatan diri sehingga sanggup berpatah balik dan tindakan beliau ini menyukarkan ahli-ahli AMK untuk membuat keputusan.

Di dalam masa yang sama, saya turut menyokong Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan jika Azmin ditakdirkan tewas, saya harap yang menang adalah Sdr Mustafa Kamil dan pastinya Zaid Ibrahim bukan pilihan saya. Sokongan saya terhadap Azmin kerana pada pendapat saya Azmin lebih baik dari dua lagi calon yang bertanding, walaupun Azmin bukan `Malaikat yang suci bersih.'

Begitu juga saya menyokong Chegu Bard kerana bagi saya, Chegu Bard seharusnya lebih awal lagi dinobatkan sebagai Ketua AMK. Adakah kerana Sdr Shamsul tidak baik? Maksud saya, Chegu Bard lebih baik berada di jawatan itu sesuai dengan gaya, personaliti, sikap dan tindakan beliau yang lebih vokal atau radikal sesuai dengan jawatan Ketua AMK. Chegu Bard pemimpin yang boleh bekerja tanpa mengira masa dan memikirkan imbuhan. Tetapi, Chegu Bard juga ada kelemahannya kerana beliau bukan juga `Malaikat'.

Apabila beliau tewas di dalam pertandingan Ketua AMK yang lalu di dalam satu pertarungan sengit dan penuh `kontroversi', saya melihat bahawa sememangnya di dalam PKR terdapat beberapa kelemahan termasuk dari segi ketelusan. Mungkin ini lah yang diperkatakan oleh Tuan Hj Suhaimi bahawa mana-mana parti tidak `perfect'. Lebihnya PKR adalah kelemahan yang ada boleh dikritik oleh sesiapa dan kelemahan itu jauh lebih kurang daripada kelemahan atau kepincangan di dalam Umno.

Tertarik saya dengan `amanat' Tuan Hj Suhaimi di dalam tulisannya, " Ada juga kesilapan-kesilapan chegu'Bard yang tidak diakui oleh chegu'Bard sendiri. Mana ada sebuah parti politik yang perfect. Mesti ada kelemahannya. Maka jika kita menumpukan rasa tidak puas hati kita kepada kelemahan parti, kita akan merasakan bahawa parti itu (melalui tindakan pimpinannya) sebagai tidak memberikan ruang (khususnya ruang demokrasi) kepada kita."

Ertikata lain, Chegu Bard tidak boleh berputus asa untuk memperbaiki parti bersama-sama dan teruskan bekerja seperti yang sedang beliau lakukan sekarang. Tentu lebih berhemah dan bijak jika beliau kurangkan tumpuan kepada menyebut terlalu kerap kelemahan yang parti kita ada kerana kita amat bimbang jika ada yang menangguk di air keruh. Anggaplah kegagalan yang beliau terima adalah satu kelemahan parti yang boleh kita perbetulkan bersama.

Bercerita tentang Tuan Hj Suhaimi pula, beliau juga ada kelemahannya walaupun kehebatannya lebih terserlah. Selaku pemimpin di kawasannya, beliau mungkin gagal untuk mencari pelapis muda atau tokoh yang boleh membantu beliau menggerakkan parti di Kuala Krau. Justeru itu, beliau seperti berputus asa sehingga rela untuk tidak dicalonkan lagi di dalam PRU akan datang. Bukankah berputus asa itu satu kelemahan juga?

Terdapat juga krisis di Kuala Krau tetapi tidak sehebat mana pun. Kita dikejutkan dengan perletakan jawatan Ketua AMK Cabang Kuala Krau. Ada yang berkata perletakan jawatan Ketua AMK Kuala Krau , Sdr Hafiz ada kaitan dengan kurang senangnya beliau kepada Ketua Wanita Kuala Krau. Ada yang mendakwa mungkin juga hubungan Ketua AMK dengan Ketua Cabang Kuala Krau iaitu Tuan Hj Suhaimi tidak rapat. Ini satu contoh kelemahan yang kita ada dan baiknya di sini tiada yang keluar dari parti. Sdr Hafiz sehingga kini masih di dalam PKR dan saya baru-baru ini turut bersamanya mengikuti program ceramah oleh Tuan Hj Suhaimi di Jenderak dan di Serting Hilir.

Seperti yang saya sebut di awal tadi, satu sahaja yang saya tidak bersetuju dengan Tuan Hj Suhaimi iaitu apabila beliau bercadang untuk tidak bertanding di dalam PRU akan datang. Atas apa jua alasan, bagi saya Tuan Hj Suhaimi mesti bertanding kerana satu kerugian besar jika tokoh seperti beliau tidak ditabalkan sebagai Wakil Rakyat. Kejayaan terbesar beliau adalah berjaya meruntuhkan beberapa kubu kuat Umno di kawasan Felda serata negara. Mungkin masa masih ada buat beliau memperbaiki kelemahan jentera di kawasannya yang masih berpaut kepada beliau seorang.

Mudah-mudahan apa jua kelemahan di dalam parti kita ini akan dapat kita atasi bersama dengan adanya sifat jujur dan ikhlas. Tumpukan kepada perjuangan yang lebih besar daripada kita memperjuangkan masalah dalaman yang lebih kecil. Pimpinan juga perlu berusaha sedaya upaya memperbaiki segala kelemahan parti agar kita boleh mendapat kepercayaan bukan sahaja dari ahli parti tetapi yang lebih utamanya dari rakyat jelata./wfauzdin.blogspot.com

NEGERI PAKATAN RAKYAT WAJIB TOLAK UTUSAN SYAITAN INI

Posted: 18 Jun 2011 08:59 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TINDAKAN Kerajaan Negeri Kelantan mengharamkan sebarang urusan atau kerjasama dengan akhbar Utusan iaitu akhbar laknat yang menghina hukum Islam memang patut diberi pujian. Sewajarnya tindakan ini turut diikuti oleh semua negeri di bawah Kerajaan PR lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri di bawah PAS.

Perbuatan melampau akhbar milik sekutu Apco ini patut diberi `pelajaran' agar mereka faham dan sedar bahawa tidak semua umat Islam mahu ugama mereka dihina. Umat Islam yang berada di dalam sekutu Apco sememangnya tidak menyukai hukum hakam yang terdapat di dalam Al-Quran kerana beberapa hukum di dalamnya bertentangan dengan hasrat mereka untuk bebas melakukan rasuah, penipuan, kezaliman dan fitnah.

Ini terbukti apabila media sekutu Apco menggunakan media seperti TV3 suku dan Utusan Meloya dan Berita Hairan untuk terus memainkan isu fitnah terutamanya melibatkan Ketua Pembangkang dan sekarang fitnah terhadap pemimpin PAS pula. Adakah puak seperti ini suka kepada hukum hakam Al-Quran?

Kemuncak keghairan mereka untuk menunjukkan kehebatan mereka di dalam juara fitnah ini adalah dengan menfitnah Al-Quran itu sendiri. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum Islam ini menunjukkan bahawa sekutu Apco bersedia berbuat apa sahaja demi mempertahankan seorang tokoh di Putrajaya hatta melawan hukum Allah itu sendiri.

Amat malang, masih terdapat beberapa golongan agama di dalam puak mereka termasuk para-para Imam kampung yang tidak bergigi itu bersetuju dengan mereka. Mereka membutakan mata mereka sehinggakan tidak tahu membezakan di antara kes rogol dan kes zina. Itulah yang digambarkan di dalam lakaran kartun tersebut.

Sekali lagi, kita mengharapkan agar semua negeri di bawah PR memboikot Utusan laknat ini dan biarkan akhbar ini hanya berurusan atau mencari makan di negeri-negeri sekutu Apco yang redha dengan kekufuran mereka. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: