Blog-list Malaysia |
- Misi Gaza: Batal pidato bukti Umno mahu monopoli semua, dakwa Mat Sabu
- Awang Selamat Sakit Hati TGNA Haramkan Utusan Di Kelantan
- Pas umpama kelkatu - Zulkifli
- Relax laa UMCO… jangan bagi nampak sangat kata GELABAH
- Muhyiddin Tak Tahu.. Lambat Betul Pikap Dia...
- L4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
- Satu Lagi Projek Kayakan Kroni Umno Perak
- JIKA NAK KRITIK PUN, POWER LAH SIKIT..
- Cilaka.. Khairy Kutuk Kawan Baik Mahathir..
Misi Gaza: Batal pidato bukti Umno mahu monopoli semua, dakwa Mat Sabu Posted: 18 Jun 2011 10:09 PM PDT Mohamad Sabu mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan parti pimpinannya Umno cuba "memonopoli" misi kemanusiaan kedua bagi membantu rakyat Palestin yang dilancarkan malam tadi. Timbalan Presiden PAS itu berkata beliau dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang telah diketepikan ekoran tindakan membatalkan acara pidato yang sepatutnya diadakan pada Majlis Pelancaran Lifeline4Gaza sempena majlis pelancaran oleh Najib di Stadium Badminton Cheras. Mohamad berkata beliau sepatutnya hadir dalam program itu bagi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun memutuskan tidak hadir kerana terdapat ketidakadilan ke atas beliau dan beberapa NGO lain. "NGO ini pada asalanya menjemput Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk hadir ke satu program yang pada awalnya dijadual untuk diadakan di Dataran Merdeka, namun beliau tidak dapat hadir dan saya diminta untuk menggantikannya. "Saya rasa amat gembira kerana dapat bersama Perdana Menteri dan NGO lain sebab isu Palestin adalah isu bersama dan kita perlu membela rakyat Palestin yang tertindas. "Saya juga diberitahu akan berucap selama 10 minit bersama wakil NGO lain sebelum Perdana Menteri, PAS memutuskan bahawa isu Palestin adalah isu bersama, namun pada pagi kelmarin (semalam) saya dihubungi, dan penganjur mengatakan ucapan saya dan NGO lain dibatalkan... hanya ucapan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di sini. Acara pidato yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada pelancaran program itu yang turut menampilkan Mohamad dibatalkan, dipercayai mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri. Selain Mohamad, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga dijemput untuk menyampaikan pidato. Tegas Mohamad, beliau tidak kisah sekiranya berucap atau tidak, namun terkilan apabila Umno bersama NGO, Aman Malaysia mengambil alih keseluruhan program itu. Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu" memberitahu, program itu sepatutnya menjadi platform menuntut keadilan bagi rakyat Palestin dan bukan bermotifkan politik. "Kita tiada masalah sama ada berucap atau tidak, tapi ada perkara yang tidak diingini apabila saya difahamkan program yang dianjurkan malam tadi seolah-olah diambil alih Umno dan Aman Malaysia. "Kita mendapati seolah-olah Umno dan Aman Malaysia mahu memonopoli dan mengetepikan parti politik dan NGO propembangkang," katanya. Aman Malaysia adalah NGO di bawah Umno yang diwujudkan menghantar bantuan makanan dan barang keperluan ke nagara-negara yang berdepan dengan bencana alam. Jelas beliau, beberapa NGO yang sepatutnya menyertai misi minggu depan dijangka akan menarik diri. "Saya yakin Perdana Menteri sama ada tahu atau tidak bahawa kejadian semalam tidak menggambarkan kebaikan kepada kesatuan ummah dan rakyat. "Saya juga difahamkan beberapa NGO telah menarik diri daripada menyertai misi ini, Umno dan Aman Malaysia nak memonopoli dan ia sepatutnya tidak berlaku atas dasar bersama," katanya. Tambah Mohamad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai misi itu ataupun sebaliknya. "Program itu menjadi gerak Umno untuk membela rakyat Gaza dan Palestin, saya juga telah dihubungi Khalid Samad yang juga salah seorang peserta dan kini sedang membuat pertimbangan sama ada mahu tarik diri atau tidak," katanya. Selain Khalid, Khairy dan 10 rakyat Malaysia lain termasuk dua wakil media akan menyertai misi itu. |
Awang Selamat Sakit Hati TGNA Haramkan Utusan Di Kelantan Posted: 18 Jun 2011 09:33 PM PDT Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu. Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa "lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa." "Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?" kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta. Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya. Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. "Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. "Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia," tambah Awang Selamat. Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan "rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian." "Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik. "Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya," katanya. Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog," katanya lagi. |
Posted: 18 Jun 2011 05:37 PM PDT KEPALA BATAS 18 Jun - Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa. Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu. "Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa. "Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh. "Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..??!! Pakatan anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi. Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris. Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC). Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy. "Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu. "Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya. - Lidah Rasmi Umno |
Relax laa UMCO… jangan bagi nampak sangat kata GELABAH Posted: 18 Jun 2011 09:02 AM PDT Semuanya gara-gara Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, satu Malaya jadi kecoh. Publisiti percuma telah dibuat oleh kesemua media pecacai UMCO. Jarang rakyat yang anti UMCO buat program dapat liputan demikian rupa. Ia berpunca dari rasa gelabah bewak UMCO hadapi kebangkitan rakyat ala Mesir. Jangan lupa isu asal perhimpunan ialah rakyat Malaysia mahu menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, bukan untuk tumbangkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Tapi disebabkan rasa ketakutan yang bukan kepalang maka himpunan aman Bersih 2.0 yang sangat bersih itu telah menerima pelbagai tohmahan. Berikut senarai tohmahan yang dibuat UMCO Be End, rakyat Malaysia bebas untuk percaya yang mana satu: 1. KUNUNNYA ia dibuat oleh DS Anwar demi untuk menutup/mengalih kes liwat dan video lucah fitnah yang dihadapinya. 2. KUNUNNYA ia dibuat oleh Mohamad Sabu untuk menonjolkan dirinya sebagai wira baru dalam PAS, di samping nak menutup isu khalwat yang dihadapinya. (Tudia aih, berpuluh tahun punya isu nak tutup lagi.. biasalah tuduhan standard UMCO Be End.. tutup, alih, tutup, alih). 3. KUNUNNYA ia rancangan DAP untuk melaga-lagakan orang Melayu PAS dan UMCO. 4. KUNUNNYA ia adalah agenda golongan anti Islam yang memimpin NGO Bersih, mereka ada agenda tersendiri. (Satu lagi istilah standard UMCO Be End ialah 'agenda'). 5. KUNUNNYA Pakatan Rakyat nak tunjuk kekuatan dan menyeret rakyat menyokong mereka setelah mereka tidak lagi mendapat sambutan oleh rakyat. 6. KUNUNNYA PR tahu akan kalah dalam PRU ke 13, jadi cipta alasan siap-siap sebelum kalah. Begitulah adanya senarai sebab adanya Bersih 2.0 yang dikutip dari media-media pecacai UMCO Be End. Ia membayangkan ketakutan yang tidak terhingga mereka sehingga tuduhan yang dicipta pun merapu meraban dan bermacam-macam. Kesian tengok, sengsaranya puak yang dah nak habih umok nii… Kedah La |
Muhyiddin Tak Tahu.. Lambat Betul Pikap Dia... Posted: 18 Jun 2011 07:08 AM PDT Tujuan BERSIH adalah untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan jujur dan adil.. Bila dah adil, adalah peluang Pakatan Rakyat menang dalam PRU.. Bila menang bermakna tumbanglah kerajaan BN dan dapat laa ke Putrajaya.. Sifir macam tu pon tak tahu ke wahai Timbalan Perdana Menteri??? Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya. "Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini. Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN. Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada. "Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya. Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. - mkini |
L4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu? Posted: 18 Jun 2011 06:48 AM PDT Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama. KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN. Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui. Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup. Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu. Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu. Rasa dipermainkan Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini. "Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. Harakah Daily |
Satu Lagi Projek Kayakan Kroni Umno Perak Posted: 18 Jun 2011 06:40 AM PDT Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion? Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion. Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi. Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming (gambar kanan) hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan. Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai. Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan. Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung. Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini. Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan. *Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping. |
JIKA NAK KRITIK PUN, POWER LAH SIKIT.. Posted: 18 Jun 2011 05:15 AM PDT Hendak kata kurang akal, rasanya tidak kot. Cumanya, kurang cerdik. Cuba baca sini (Pas tidak demokratik larang Utusan buat liputan - Kemudi). Kemudi ini nama penuhnya Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim. Mana mereka dapat nama KEMUDI dari nama penuh kelab itu hamba tidak tahu. Entah mana M yang diletakkan dalam Kemudi itu. CAP AYAM Cumanya, apa yang membuat Kelab ini cap ayam sedikit, apabila Timbalan Presidennya gatal mulut hendak mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan yang mengambil keputusan melarang Utusan Malaysia dari membuat liputan sebarang kerja kerajaan negeri. Yang paling cap ayam, adalah ayat dibawah; "Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan Pas menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Aduhai, apalah yang difikirnya timbalan presiden ini? Apa dosa mereka? Apa kome ni duduk dalam tempurung yang dikunci dalam peti duit ke? Berlambak-lambak dosakering utusan telah lakukan dalam akhbarnya, masih lagi hendak tanya soalan bodoh "Apa dosa mereka?". Jika hendak buat lawak pun, profesional lah sedikit. Ini amatur sangat. Mungkin dia hanya timbalan presiden Kelab kot. Itu tidak pandai kritik yang power-power, atau mungkin beliau tidak dinasihatkan oleh APCO. Itu pasti .... Mazwandi Mustaffa |
Cilaka.. Khairy Kutuk Kawan Baik Mahathir.. Posted: 18 Jun 2011 02:46 AM PDT LID: Patut berhenti dialog cam ni, tulis Khairy Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menjadikan presiden kontroversial Zimbabwe Robert Mugabe yang tiba di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi Kesembilan (LID) di Putrajaya sebagai sasaran bidasannya. Dalam mesej di akaun Twitter, beliau juha mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya dihentikan. "Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni," tulisnya. Bagaimanapun tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Khairy dengan "dah lama dah...". Ketua Pemuda Umno itu enggan memberikan sebarang respon apabila dihubungi oleh Malaysiakini. Mugabe tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini. Pemimpin berusia 87 tahun itu adalah antara pemimpin yang sentiasa menghadiri forum LID yang pertama kali diadakan di luar Langkawi. LID dimulakan pada tahun 1995 dan merupakan ilham mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memperkukuhkan kerjasama di kalangan negara selatan-selatan. Inflasi terburuk di Zimbabwe Mahathir yang juga sahabat karib Mugabe, akan menyampaikan ucapan dasar di mesyuarat berkenaan. Dr Mahathir bersara pada 2003 tetapi Mugabe, 87, masih memerintah Zimbabwe sejak negara itu merdeka pada 1980 dan dikatakan sedang mengalami krisis ekonomi dan inflasi yang paling buruk. Inflasi di Zimbabwe berada pada paras 7 peratus pada 1980, tetapi mencatatkan 231,150,888.87 peratus pada 2008. Satu dolar Zimbabwea (ZWD) bernilai US$1.25 pada satu ketika dulu tetapi hari ini ia hanya bernilai 361 ZWD bagi setiap US$1. Sebelum ini, seorang lagi pemimpin, iaitu Presiden Sudan Omar al-Bashir - yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) juga sepatutnya tiba tetapi membatalkan lawatannya itu. Bashir berdepan dengan waran tangkap ICC berhubung tuduhan penghapusan kaum, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di kawasan barat Sudan - Darfur. Waran tersebut telah menjejaskan pergerakan Bashir di luar Sudan. ICC mengarahkan negara-negara anggotanya supaya menangkap Bashir jika beliau melawat, tetapi Malaysia bukan negara anggota ICC. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan