Sabtu, 18 Jun 2011

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Mahathir: Malaysia muflis jika negara kebajikan penuh

Posted: 18 Jun 2011 06:47 AM PDT


PUTRAJAYA, 18 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Malaysia merupakan negara separa kebajikan, tetapi menegaskan, ia tidak seharusnya menjadi negara berkebajikan penuh kerana boleh menyebabkannya muflis.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam sesetengah kes adalah benar Malaysia negara berkebajikan sebab banyak barang dan perkhidmatan adalah murah kerana kerajaan memperuntukkan wang untuk mengurangkan kos sara hidup.

"Kos hidup di negara ini adalah rendah," kata Dr Mahathir (gambar) yang ditanya sama ada beliau bersetuju dengan pendirian pentadbiran Najib di sebalik polemik mengenai negara berkebajikan sejak kebelakangan ini.

Parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat khususnya PAS terlibat dalam polemik mengenai negara berkebajikan selepas parti Islam itu dalam muktamarnya baru-baru ini mengetengahkan konsep tersebut.

Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa negara berkebajikan PAS bukan sesuatu yang baru dan BN sudah pun mengamalkan prinsip itu dalam pentadbriannya sejak negara merdeka.

Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003 berkata, apa yang boleh dibeli di Malaysia sebenarnya sama dengan apa yang boleh dibelanjakan di Amerika Syarikat meskipun nilai mata wang negara itu lebih tinggi berbanding ringgit.

"Jika dibandingkan, RM1 di negara ini boleh digunakan untuk membeli (barang bernilai) AS$1 di Amerika sebab kos hidup di sini (hanya) satu pertiga berbanding di Amerika," kata beliau.

Kata Dr Mahathir, persekitaran itu dibolehkan disebabkan langkah kerajaan memberi subsidi dan mengadakan kemudahan-kemudahan awam.

"Semua perkara yang dilakukan kerajaan untuk rakyat, bukannya untuk kerajaan," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada perkembangan itu menunjukkan Malaysia layak dipanggil sebagai negara berkebajikan, pemimpin berusia 85 tahun itu berkata, beliau tidak memanggilnya sebagai negara berkebajikan penuh.

"Saya percaya jika kita negara berkebajikan penuh, kita akan muflis," kata beliau dengan merujuk kepada Greece yang diisytihar bankrap disebabkan hutang melampau tahun lalu.

Aku cuma nak kata:
Apa rasional Dr.Mahathir bercakap begitu. Dia bercakap begitu sebab memang dia dapat semua 'free'. Kebajikan apa yg Dr.Mahathir bangga sangat ?. Kalau ada pun hanya lah dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai dan kemudian nya kerajaan ambil balik dengan mengenakan cukai yang baru. Berdasar pada pengalaman, sebelum Dr.Mahathir naik sebagai PM, dasar2 kerajaan waktu itu banyak jugak menjurus kepada kebajikan rakyat terutama nya zaman Tun Abdul Razak. Waktu itu Agensi2 kerajaan seperti LLN, Telekom, JKR dan lain2 mengutamakan rakyat dari keuntungan.


Bila Dr. Mahathir naik sebagai PM, dia ubah pendekatan kepada persyarikan Malaysia. Alasan nya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, tetapi sebenar nya untuk memberi habuan kepada kroni dan suku sakat. Akhir nya selepas 22 tahun dia jadi PM, rakyat terbeban dengan serba serbi perlukan KOS. Untuk menampung kos, majoriti rakyat terpaksa berhempas pulas supaya pendapatan dapat menampung kos. Suami isteri kena kerja. Kalau tidak, suami terpaksa cari pendapatan sampingan sebagai tambahan.


Berapa KOS sara hidup aku ?. Semua nya aku kena tanggung sendiri. Kalau ada pun yg kerajaan bagi, duit itu pun datang nya dari sumbangan rakyat juga dalam bentuk cukai, saman, duti setem dan berbagai cukai lain. Kerajaan saja yang tak malu guna pakai istilah "Wang Kerajaan" sedangkan sepatut nya istilah yg lebih sesuai ialah "Wang pembayar cukai". Di US aku rasa kerajaan dia guna istilah "Tax payer money".


Berapa KOS sara hidup Dr.Mahathir ?. Aku rasa semua nya FREE. Kalau dah semua dapat free, baik diam saja lah....



Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

Tiada ulasan: