WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- MARI KITA KAJI APA NIAT UTUSAN HINA HUKUM ISLAM INI
- DEMO 09 JUL - PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO BANTAH UTUSAN?
- PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT?
MARI KITA KAJI APA NIAT UTUSAN HINA HUKUM ISLAM INI Posted: 16 Jun 2011 09:05 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APA yang boleh kita tafsirkan apabila melihat lakaran dan dialog kartun yang disiarkan oleh akhbar milik Umno iaitu Utusan Malaysia di atas? Saya sekadar boleh tafsir seperti berikut:1. Ketua Pengarang dan bos-bos di dalam Utusan Malaysia adalah terdiri dari mereka yang jahil-jahil belaka jika pun tidak dengan sengaja mahu mencabar hukum Allah.2. Mereka mahu menunjukkan bahawa Tok Penghulu yang biasanya dilantik oleh Kerajaan Umno/Bn adalah terdiri daripada mereka yang jahil-jahil agama belaka. Sebab itu lahirlah dialog seperti yang dinyatakan oleh Penghulu di dalam lakaran kartun di atas.3. Utusan juga mahu memperbodohkan pembaca apabila dialog di atas menyebut mangsa rogol sempat merakam kejadian rogol yang berlaku dengan menggunakan telefon bimbit. Lojiknya, adakah mangsa rogol boleh merakamkan kejadian rogol? Sering terjadi, si perogol yang merakamkan kejadian tersebut atau mereka yang bersubahat dengan perbuatan rogol itu. Mana mungkin si perogol boleh membenarkan mangsa rogol merakamkan kejadian rogol? Seandainya kejadian itu bukan rogol tetapi berlaku secara suka sama suka, memang lojik gadis itu merakamkannya melalui telefon bimbit. Tetapi, peristiwa yang digambarkan di dalam kartun di atas bukan ZINA (suka sama suka) tetapi yang berlaku adalah ROGOL.4. Akhbar Utusan mempunyai niat jahat untuk mempersendakan hukum Allah dengan menyamakan hukum terhadap kes rogol dengan kes zina. Ini satu perbuatan meminda hukum Allah dan kita tahu apa akibat perbuatan mereka ini.Saya membaca ulasan Dr Asri di sini, beliau memperjelaskan bahawa di dalam kes ROGOL /Cabul, Islam memang boleh menerima bukti `Qarinah' seperti video atau rakaman dan bukti yang lain seperti yang terjadi di dalam kisah Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha. Di dalam kisah tersebut, Nabi Yusuf tidak merogol Zulaikha tetapi difitnah oleh Zulaikha bahawa Nabi Yusuf cuba menggoda atau mencabulnya. Maka, baju yang koyak dijadikan bukti atau kesaksian Qarinah. Ini bukan kes zina.Dr Asri juga memperjelaskan bahawa di dalam kes tuduhan Zina, Islam memerlukan 4 orang saksi melainkan bagi suami atau isteri yang menuduh di antara mereka berzina, maka sumpah dilakukan (Li'an). Hukum ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja. Ertinya, sumpah laknat yang dilakukan oleh orang yang menuduh orang lain berzina yang bukan suami atau isteri mereka maka itu tidak terpakai di dalam Islam. Begitu juga, bukti video juga tidak terpakai sebagai Qarinah di dalam kes zina. Di dalam kes rogol, bukti qarinah boleh diterima.Sehubungan itu, amat wajar akhbar ini diambil tindakan tegas oleh kerajaan sekiranya kerajaan kita ini serius di dalam hal ehwal Islam. Tetapi sekiranya kerajaan juga bersubahat dengan perkara terkutuk seperti ini demi kepentingan mereka, kita serahkan kepada Allah untuk menghukum golongan laknat ini./wfauzdin.blogspot.com |
DEMO 09 JUL - PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO BANTAH UTUSAN? Posted: 16 Jun 2011 01:19 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PEMUDA Umno agak terlewat mengambil keputusan untuk bersama-sama `meraikan' perhimpunan pada 09 Jul nanti. Nampaknya PERKASA di bawah Ibrahim Alkataki `Panglima Perang Sabil' beserta persatuan `silat pulut' lebih cekap bertindak daripada Pemuda Umno. Mengapa lembab sangat Pemuda Umno? Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk turut bersama berhimpun pada 09 Jul nanti bersamaan dengan Perhimpunan BERSIH. Pada hari yang sama, kumpulan songkok tinggi dari PERKASA juga akan turut serta, ini bermakna ada `pertandingan tiga penjuru'. Suka saya mencadangkan agar Pemuda Umno atau PERKASA mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama, tetapi memandangkan mereka dari pihak yang bersetuju bahawa selama ini SPR telah melaksanakan tugasnya dengan `adil dan bersih', maka lebih baik mereka tidak melibatkan diri dengan bantahan dari kumpulan BERSIH tetapi pada hari yang sama mereka boleh berhimpun untuk membantah sikap kurang ajar Utusan Meloya yang menyiarkan kartun menghina hukum Islam. Jika ini dilakukan, maka ada dua faedah boleh diperolehi oleh kumpulan-kumpulan yang berdemontrasi iaitu satu kumpulan menuntut pilihanraya yang adil, dan satu lagi kumpulan menentang perbuatan media yang menghina Islam. Adakah Pemuda Umno atau PERKASA sanggup atau berani melakukan sedemikian?Saya rasa mereka tidak sanggup kerana siapa berani melawan Utusan sebuah akhbar milik Umno itu? Jika begitu, tidak perlulah mereka mahu menunjuk `hero' pada 09 Jul nanti./wfauzdin.blogspot.com |
PERHIMPUNAN BERSIH `HARAM', PERHIMPUNAN PERKASA SUNAT, KOT? Posted: 15 Jun 2011 11:24 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEPERTI dijangka, tiada yang `halal' jika ianya dilakukan oleh pihak Pembangkang. Perhimpunan haram seringkali dikaitkan dengan PR. Hari ini, akhbar Sinar memetik kenyataan dari Ulamak Muda Umno, Fathul Bari yang menghukumkan haram perhimpunan yang mungkin merujuk kepada Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul nanti.Namun demikian, beliau memberi tafsiran `haram' itu jika perhimpunan tersebut membawa kepada kekerasan dan huru-hara. Tidak pula beliau ulas kebiasaannya pihak mana yang memulakan kekecohan atau provokasi. Berbeza dengan kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyebut Wajib mengadakan perhimpunan secara aman kerana untuk menentang kemungkaran dan ketidakadilan.Semasa kumpulan PERKASA mengadakan demontrasi serentak di seluruh negeri mendesak DNA DS Anwar, tidak pula timbul kenyataan dari Ulamak Muda Umno ini. Mungkin perhimpunan itu wajib, sunat, harus atau makruh sahaja. Oleh yang demikian, dapat kita rumuskan bahawa perhimpunan Bersih nanti adalah satu perhimpunan untuk menuntut keadilan di dalam sistem demokrasi di negara ini. Satu perhimpunan yang aman dan terkawal. Justeru itu, tidak timbul soal haram perhimpunan tersebut. Ulamak Muda Umno ini tidak perlu bimbang akan jatuh `haram' jika perhimpunan ini diadakan sekiranya tiada provokasi dari mana-mana pihak. Jadi, jangan menghukum terlebih awal. Banyak lagi yang haram di negara ini yang telah berpuluh tahun berlaku, wajar perkara tersebut diulas oleh Ulamak Muda Umno ini dari mengulas perkara yang belum berlaku. Lagipun, sejarah telah membuktikan bahawa tiada perhimpunan yang huru-hara dilakukan oleh Pembangkang melainkan ada `syaitan' yang datang mengangu./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan