MIMPI SENJA |
- Suami masih boleh 'curi makan' walau beristeri empat - Mashitah
- Renungan pagi : Dari hal YB Tian Chua dan YB Seng Giau
- Kemana kita dengan 'Anak Malaysia' ?
- Pemuda UMporNO juga akan berarak pada 9 Julai - KJ
- Video seks : Polis gagal laksana tugas - DSAI
- Ramai ahli akademik menikus, kuat 'mengipas' - Prof Aziz Bari
- Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat - Tuan Ibrahim
- Murtad : Kenapa Perkasa diam?
- Karikatur : Utusan Malaysia dah jadi 'Denmark Malaysia' - TGNA
- Rakyat Malaysia berhak tahu ... DSAI
Suami masih boleh 'curi makan' walau beristeri empat - Mashitah Posted: 16 Jun 2011 08:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Jun — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dari awal lagi tidak setuju dengan idea Kelab Taat Suami menegaskan suami masih boleh berlaku curang meskipun isteri sangat taat kepada pasangannya. "Betapa taat sekalipun isteri, suami masih boleh berlaku curang. Malah, orang yang beristeri empat pun masih lagi curi makan!" kata beliau dalam ruangannya di Sinar Harian hari ini, di bawah tajuk "Taat sehingga boleh diliwat?", yang menyentuh penubuhan Kelab Taat Suami baru-baru ini. Sehubungan itu kata beliau, matlamat wanita adalah mahu menjadi isteri kelas pertama, bukan "pelacur kelas pertama." "Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini (Kelab Taat Suami) di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal. "Jangan lepas ini ada pihak yang mahu tubuhkan kelab suami taat, yang menganjurkan suami menjadi gigolo kelas pertama pula," katanya. Kata beliau, cadangan agar isteri melayan nafsu seks suami seperti pelacur kelas pertama menjatuhkan maruah wanita. "Ia mengukuhkan stereotaip wanita sebagai objek seks, lemah dan rendah intelek. "Bagi mereka yang tidak pernah melanggan pelacur atau mendapat perkhidmatan pelacur kelas pertama, mereka tidak tahu cara, tapi bagaimana pula kelab itu tahu aksi pelacur kelas pertama memberi perkhidmatan?" kata timbalan menteri. Kata beliau, daripada respons masyarakat umum, ramai juga lelaki termasuk suami dan bapa berasa terhina cadangan ini kerana tidak mahu isteri dan anak perempuan diistilah pelacur. "Justeru, apakah motif sebenar Kelab Taat Suami membuat cadangan itu? "Kelab Taat Suami adalah penjenamaan semula Kelab Poligami Ikhwan, diasaskan Hatijah Aam, isteri kedua Ashaari Muhammad, pengasas kumpulan Al-Arqam," katanya lagi. Kata beliau, tujuan kelab itu adalah untuk memberi kaunseling pernikahan, pendidikan seks dan kefahaman tentang taat kepada suami. "Pada asasnya nampak baik tetapi tujuan yang baik tidak serta-merta menghasilkan kebaikan jika jalan diambil adalah keliru, salah dan menderitakan orang. "Penyampaian dan mesejnya juga tidak sesuai. Adakah ahli-ahli kelab ini mendidik anak-anak perempun mereka bermentaliti pelacur apabila berkahwin kelak?" kata Mashitah. Tambah beliau, dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri taat dan melayan suami. Namun, tidak bermakna suami boleh lakukan apa sahaja terhadap isterinya. "Suami juga kena hargai isteri yang bekerja dan penat lelahnya sepanjang hari mengurus rumah tangga dan keluarga," kata beliau lagi. Seterusnya Mashitah menulis, walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, tetapi jangan kaburi pemahaman isteri tentang taat atau pengorbanan semata-mata untuk berkahwin ramai. "Taat isteri ada hadnya. Perbuatan suami yang menyeksa, memaksa atau mendorong isteri ke arah dosa dan mungkar tidak perlu diikuti," katanya yang turut menekankan bahawa punca sesuatu perceraian tidak semesti kerana layanan seks isteri kepada suami tidak setaraf pelacur kelas pertama. Kata Mashitah, ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan atau mentua, tiada persefahaman, malah kerana perbezaan politik pun ada. "Jika suami makan luar, tidak semestinya salah isteri, suami masih boleh berlaku curang," kata beliau. "Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal," kata beliau. Dalam ulasannya minggu lalu, Mashitah berkata, Kelab Taat Suami cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih publisiti dan mencari populariti bagi menarik lebih ramai ahli menyertai kelab itu. Mashitah berkata, kewujudan kelab itu juga menimbulkan tanda tanya kerana ia dibimbangi menjadi kelab yang digunakan oleh golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk menyampaikan mesej "taat" kepada golongan isteri dengan cara yang salah. Kata beliau, kewujudan kelab itu perlu dilihat semula bagi mengetahui siapa yang berada di sebaliknya yang mengambil inisiatif untuk menggerakkan kelab berkenaan. Baru-baru ini, Naib Presiden Kelab Taat Suami Dr Rohaya Mohamed dipetik berkata golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti "pelacur kelas pertama." Bagaimanapun penganjur kelab itu menafikan pihaknya ada menggunakan istilah sedemikian. Mashitah juga meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan. |
Renungan pagi : Dari hal YB Tian Chua dan YB Seng Giau Posted: 16 Jun 2011 06:07 PM PDT June 17, 201117 JUN — Pada majlis perkahwinan anak Salahuddin Ayub di Taman Melewar Kuala Lumpur antara yang beribu hadir saya nampak dari jauh seorang tinggi kurus berpakaian Melayu lengkap masuk ke dewan. Saya rasa seolah-oleh kenal tapi saya tidak perasan siapa. Tidak ramai yang berpakaian Melayu bersongkok dan bersaimping melainkan bapa pengantin dan penyambut tamu. Lelaki itu datang mendekati meja saya dengan wajahnya sentiasa tersenyum. Bersama dengan kami. Bertuah! Rupanya YB Tian Chua, laki-laki Cina yang menjadi Anggota Parlimen Pakatan Rakyat Batu. Inilah yang menyusahkan tetamu VIP Melayu lain yang kebanyakannya berbaju batik tanpa songkok seperti Dr. Hatta Ramli MP Kuala Kerai dan Mahfuz Umar, Naib Presiden PAS. Orang Melayu tidak berpakaian Melayu ke majlis itu, Cina Tian Chua pula berpakaian Melayu. Dia tidak nampak kekok berpakaian begitu. Semua yang melihatnya senyum kesenangan dengan caranya berselama. "Ini yang menyusahkan orang Melayu," kata Dr. Hatta. "Kita datang berbaju batik, Tian Chua pula nampak macam orang Melayu." Saya fikir Dato Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang tiada tolak bading kuatnya Melayunya itu mungkin payah hendak kata apa dengan penampilan Cina yang berkawan dengan PAS itu. Ibrahim pun kalau ke majlis perkahwinan orang biasa seperti itu berpakaian biasa saja sekali pun dia wira Melayu sekarang. Tidak berapa lama kemudian masuk pula Dr. Tan Seng Giau, MP Pakatan Rakyat kepung. Dia juga berpakaian kemas, seperti orang Malaysia biasa berkemeja tangan panjang dan bertali leher. Dia duduk di meja tamu sebelah yang terssedia hidangan dan pingan-pinggannya. Mungkin meja untuk tetamu Melayu kerana tiada sudu dan gerpu. Meja saya ada sudu dan garpu. YB Seng Giau termangu sedikit hendak memulakan makan. Mulanya disangka tidak bersudu. Pelayan tami, Kassim Sabu, adik Mhamad Sabu, Timbalan Presiden PAS baru datang membawa sudu dan garpu diletakkan di sebelah pinggan Seng Giau. Tetapi dia bukan mahukan sudu dan garpu. Dia mahu air basuh tangan. "Lebih senang makan dengan tangan," ujarnya. Kassim bergegas ke meja sebelah mengambil bekas basuh tangan dan menjurus air ke tangan kanan Dr. Tan. Dia selesa dan berselera makan masakan Melayu itu. Orang-orang Melayu di meja-meja lain menggunakan garpu tetapi YB yang berkawan dengan PAS ini senang makan dengan tangan. Kata saya, "Ini semua mencabar kemelayuan semua orang Melayu. Tetamu Melayu makan dengan sudu dan garpu, Cina Seng Giau makan dengan tangan." Seng Giau tergelak mendengar usikan saya. Sekali lagi saya teringatkan kemelayuan Ibrahim Ali yang tidak ada di situ. Kata Mahfuz, "Inilah lebihnya Cina berkawan dengan PAS. Depa boleh pakai baju Melayu, makan dengan tangan. Berpuluh tahun MCA berkawan dengan Umno, mana ada Cina MCA pakai baju Melayu?" Teringat saya di satu majlis PAS yang dihadiri Dr. Teng Chew Peh sebelum dia jadi pembesar MCA. Kami tidak menyediakan sudu. Nampak seksa sangat dia hendak menjemput dan menyuat nasi. Terpaksa kami mencari sudu untuknya. Dua Cina yang berkawan dengan PAS, seorang dari PKR dan seorang dari DAP nampak tidak canggung menampilkan diri sebagai orang Malaysia yang patut pada 1Malaysia. Saya selalu melihat Tuan Chua bersongkok ke majlis orang Melayu apa lagi ketika dia menjiarahi jenazah di kawasannya. Tetapi bersamping baru sekali itu. Saya cuba membayangkan kiranya selepas ini Tian Chua berpakaian begitu ke Parlimen. Sekali seminggu dan dari semasa ke semasa. Boleh memalukan Speaker. Speaker pun jarang berpakaian Melayu. Bagaimana mana Tian Chua lebih kerap berpakaian Melayu dari Ibrahim Ali. Menteri-Menteri pun hari Jumaat saja berbaju Melayu. Kalau hari-hari lain Tain Chua pula berpakaian Melayu, bagaimana? Saya tidak dapat bayang bagaimana kelurunya orang Melayu terutama Umno kalau Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menggalakkan orang-orang DAP berpakaian seperti Tian Chua dari semasa ke semasa atau sekali sekala? Akan pengsan masing-masing kalau Karpal Singh masuk Dewan Rakyat berpakaian Melayu. Tidak hilang Sikh, Cina dan Indianya bagi mereka berpakaian Melayu ke majlis rasmi. Bukan suatu yang mustahil pemimpin Pakatan Rakyat membiasakan pendekatan berkebudayaan Melayu dalam membentuk masyarakat Malaysia yang tidak perkauman. Ia permulaan bagi bukan Melayu yang baru saja berkawan dengan PAS, tetapi tidak dapat dilihat dari MCA dan Gerakan yang sudah lama bersama dengan Umno. Cina Tian Chua dan Cina Seng Giau memang lain dari Cina MCA. - TMI oleh : Subky Latiff |
Kemana kita dengan 'Anak Malaysia' ? Posted: 16 Jun 2011 08:05 AM PDT oleh Najwan Halimi Saya fikir ada banyak isu lain yang lebih penting dan memerlukan keutamaan ketimbang gimik untuk mendaftarkan anak yang baru lahir dengan identiti bangsa 'Anak Malaysia'. Timbul juga hujah lucu, kononnya tindakan ini sebagai langkah 'awal' untuk menghapuskan politik perkauman dan diskriminasi yang diterap dalam sistem pentadbiran sedia ada. Menjadi Melayu, Cina, India, Cindia (istilah bagi anak kacukan Cina-India), Iban dan sebagainya sebenarnya bukanlah suatu yang bermasalah meski ada kerisauan seolah-olah pengkelasan identiti kaum sebegini bakal mengundang diskriminasi dan kesukaran kepada anak tersebut di masa hadapan. Sebetulnya yang wajar dibicara dan dipolemikkan adalah sistem yang menunjangi diskriminasi itu sendiri. Ini bukan soal 'kedudukan istimewa' Melayu atau tuntutan samarata oleh bukan Melayu, tapi yang lebih mustahak adalah – ke mana hala tuju anak-anak di negara ini jika yang diheboh-heboh oleh ibu bapa mereka masih lagi berkisar soal bangsa dan perkauman? Asas kewujudan dan ketamadunan manusia, sejak zaman-berzaman adalah cukup jelas – yakni semuanya diidentitikan menerusi pengenalan kaum dan etnik. Ini tidak salah. Tak sama sekali. Yang menjadi masalah adalah bila mana wujud kecenderungan untuk bersifat angkuh dan ta'asub dengan identiti tersebut. Sejarah telah mencatatkan, umpamanya dasar Apartheid di Afrika Selatan yang dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa yang waras. Dasar ini diwujud dan dipertahan oleh pemuka-pemuka kulit putih di Afrika Selatan bukan kerana dasar ini bagus atau hebat sebaleknya kerana wujud keangkuhan dan sifat ketuanan oleh penguasa-penguasa kulit putih ini terhadap subjek pentadbiran mereka yang majoritinya berkulit hitam. Seolah-olah berkulit hitam itu suatu kehinaan. Maka sebaik tokoh anti-Apartheid, Nelson Mandela dibebaskan dari penjara dan menang jawatan presiden Afrika Selatan, dasar yang mendiskriminasi itu dimansuh dan dibatalkan serta merta. Pada masa sama, identiti etnik di kalangan rakyat Afrika Selatan maseh dikekalkan dan kerukunan hidup bernegara di antara warga kulit hitam dan kulit putih dipulihkan. Ini semua memerlukan iltizam politik yang tinggi dan jitu. Bukan sekadar gimik murahan dan retorik picisan. Kitab suci turut merakamkan misalan bila mana keangkuhan dan keta'asuban pada ketuanan kaum menjadi punca krisis di kalangan makhluk Tuhan. Di dalam Al-Qur'an, pada ayat ke-61 hingga 63 dalam Surah Al-Israa' diriwayatkan kisah pengingkaran Iblis terhadap Tuhan. Kisah yang dihuraikan secara ringkas di dalam Al-Qur'an ini boleh dibaca dengan lebih terperinci di dalam kitab Injil Perjanjian Lama dalam bab Genesis. Menurut riwayat, sebaik sahaja Tuhan selesai menciptakan Adam di syurga, telah diperintahkan agar seluruh malaikat supaya sujud sebagai tanda hormat dan memuliakan Adam selaku makhluk baru yang bakal diangkat sebagai khalifah di Bumi. Para malaikat taat dan patuh namun terdapat satu makhluk bernama Iblis yang enggan menuruti arahan tersebut. Iblis bersoal jawab dengan Tuhan dan berhujah mempertahankan tindakannya tidak mahu sujud kepada Adam. Dengan penuh angkuh, Iblis mendakwa adalah tidak layak bagi dirinya untuk sujud dan memuliakan Adam memandangkan dia (Iblis) dicipta daripada unsur api sedangkan Adam dicipta dengan unsur tanah. Arakian Iblis mendakwa dirinya lebih mulia dan tinggi darjat ketimbang Adam. Kesan daripada keangkuhan dan sifat ta'asub terhadap unsur kejadiannya itu, maka Tuhan mengusir Iblis keluar dari syurga dan digolongkan oleh Tuhan sebagai kafir. Justeru, soal pendaftaran bangsa anak dengan nama 'anak Malaysia' ini sewajarnya tidak dibingkaikan dalam gimik sebegitu. Apa yang lebih penting adalah komitmen dan dedikasi semua terutamanya pimpinan politik, aktivis sosial dan gerakan massa untuk mendobrak sistem sedia ada yang bersifat diskriminatif dan tidak lagi relevan dalam lanskap sosio-politik negara masa kini. Tidak kira sama ada anak-anak kita memakai nama bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya, apa yang mustahak adalah dengan mengajar dan mendidik mereka bahawa semua bangsa tak kira dari negara atau wilayah mana adalah sama tarafnya di sisi Tuhan. Jangan sekali-kali kita benarkan sifat angkuh dan naluri ketuanan kaum menguasai minda mereka demi menjamin kerukunan hidup di negara ini. Polemik 'Anak Malaysia' tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang harus diperjuangkan adalah reformasi sistem supaya ianya menjadi lebih baik dan memberdayakan. Diskriminasi tidak akan lenyap hanya dengan menghapuskan identiti kaum semata-mata. Sejarah telah pun membuktikannya. Esei ini diterbitkan buat kali pertama di laman jalantelawi.com pada 9 Jun 2011 Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15331 STONE : Aku tentang habis-habisan cadangan Hannah Yoeh dan suaminya untuk meletakam Bangsa Malaysia pada anaknya. ... tak lain tak bukan hanya bermotifkan politik. |
Pemuda UMporNO juga akan berarak pada 9 Julai - KJ Posted: 16 Jun 2011 05:58 AM PDT Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan yang sama. Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan. Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan BERSIH dan pihak-pihak yang menentang perhimpunan itu. Keputusan untuk mengadakan perhimpunan tersebut dibuat dalam mesyuarat exco pergerakan itu hari ini. Bagaimanapun, masa untuk perhimpunan tersebut belum ditetapkan. Keputusan itu dinyatakan oleh ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin dalam twitternya malam ini. Ketika dihubungi Malaysiakini, Khairy mengesahkan perkara itu.. - mKini STONE : BERSIH vs PERKASA vs UMporNO ..... ini sudah bagus ... Datang jangan tak datang. Tak datang rugi sangat2 ..... hahahaha |
Video seks : Polis gagal laksana tugas - DSAI Posted: 16 Jun 2011 05:24 AM PDT Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis yang gagal melaksanakan tugas berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya. Beliau berkata, tindakan berdiam diri polis secara tidak langsung menggambarkan bahawa wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagimelindungi trio 'Datuk T' yang membuat tayangan serta menyimpan rakaman video aksi seks tersebut. "Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka. "Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu video seks berkenaan yang dilihat 'sejuk' ekoran tiada perkembangan terbaru berhubung isu berkenaan. "Sebab itu saya katanya perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno.Trio 'Datuk T' ini hanya perkakas kepada Umno," katanya. Bagaimanapun Anwar mengelak ketika diajukan soalan sama ada beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap trio 'Datuk T'. "Kita tungggu tindakan polis, saya sudah buat laporan polis," katanya. Mac lalu, trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), DatukShuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahanvideo seks terbabit. - mStar |
Ramai ahli akademik menikus, kuat 'mengipas' - Prof Aziz Bari Posted: 16 Jun 2011 03:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Ramai golongan cendikiawan atau ahli akademik di negara ini bersikap membisu dan tidak berani menyatakan pendirian terhadap sesuatu isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, ia disebabkan budaya mengampu yang begitu menebal di kalangan mereka dan ketakutan sekiranya terlepas jawatan atau kenaikan pangkat. "Ketakutan ini sudah merebak ke mana-mana; dari istana sampai ke badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, universiti, syarikat kerajaan (GLC), JKKK, pegawai agama dan lain-lain. "Di universiti pun begitu; amat ramai profesor yang menikus kerana mereka mimpi dan melobi jawatan; nak jadi naib canselor, rektor, timbalan naib canselor, dekan dan macam-macam lagi. "Ada yang berangan-angan nak dapat gelaran tan sri, datuk, nak jadi anggota majlis itu dan ini. Yang sudah pencen berangan-angan hendakkan kontrak perkhidmatan mereka disambung dan macam-macam lagi. "Tetapi punca besar ialah kerana mereka tahu mereka tak layak, tak cukup ilmu dan mereka mendapat kedudukan itu kerana mereka kuat mengipas dan membisu, " kata Aziz kepada Keadilandaily.com. Aziz berkata, disebab budaya takut kepada Umno dan agensi yang diwujudkan kerajaan, ramai golongan cendikiawan termasuk di universiti tempatan merasakan pangkat dan kedudukan mereka tergugat. "Mereka takut kerana mereka berasa Umno dan agen-agen mereka berada di merata tempat. "Mungkin mereka berasa yang tiang dan pintu pun boleh melaporkan apa yang mereka kata kepada pejabat perdana menteri. "Sebab itu mereka takut untuk ikut peraturan yang ada, bagi mereka apa yang perlu ialah mereka berbuat sesuatu yang mereka fikir akan menyeronokkan pemimpin Umno," kata pakar perlembagaan itu lagi. Ketika ditanya mengenai masyarakat yang semakin hilang rasa hormat terhadap golongan intelektual ini, Aziz berkata, ia sudah tidak penting lagi kepada mereka. "Mereka tidak peduli orang hormat atau tidak. Bagi mereka yang penting mereka dapat apa yang mereka mahu dan dinobatkan jadi tokoh itu dan ini, jadi profesor ulung dan sebagainya," ujar beliau lagi. Menurut Aziz, majoriti profesor di universiti umpamanya lebih selesa untuk 'duduk diam' atau menyokong kerajaan, daripada bersikap kritis terhadap sesuatu isu. "Nak sebut yang salah apa lagi lah. Nak sebut yang betul – tanpa menyalahkan – pun tak berani," ujar beliau. Ditanya apakah saranan beliau kepada golongan berkenaan, Aziz berkata "Biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka". "Lagipun lebih penting kembali kepada rakyat; kepada mereka yang komited dan kita kena pantau mereka; jangan nanti bila tukar kerajaan mereka datang (kepada pembangkang) pula dan mengatakan dulu mereka sokong (dalam hati). Bila menang nanti jangan biarkan budaya mengampu ini berterusan," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15289 |
Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat - Tuan Ibrahim Posted: 16 Jun 2011 03:39 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara. "Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka," bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh "pelbagai pihak" terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan. "PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil. "Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil," tambahnya. Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai. Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. "Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik," kata beliau. Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat. "Sayangnya, pasukan polis hanya 'boleh' menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum," katanya dengan kesal. Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan. "Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan," kata beliau. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau. "Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. "Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara," tegasnya |
Posted: 16 Jun 2011 01:29 AM PDT Dewan Pemuda PAS melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen. PERKASA yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu/Islam dalam semua aspek dan hak pribumi ini, dimanakah Perkasa di dalam memperkatakan isu murtad ini? Apakah pendirian PERKASA di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun baru-baru ini. Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut? Kami curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh PERKASA jika isu murtad ini langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangan PERKASA yang wujud selama ini? Hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, PERKASA sesuai menukar namanya kepada PERKASI. Bagi kami, perjuangan PERKASA hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. PERKAAS langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini. PERKASA akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja. Dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno/BN sahaja. Jelas rakyat perlu menolak perjuangan PeERKASA yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanahair. Dalam masa yang sama, PERKASA dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini. Penulis adalah Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS |
Karikatur : Utusan Malaysia dah jadi 'Denmark Malaysia' - TGNA Posted: 16 Jun 2011 12:07 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed PutraJune 16, 2011 KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai "Denmark Malaysia" ekoran penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam. Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah. "Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam. "Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut," kata Nik Aziz pada laman sosial Facebook beliau hari ini. Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Tindakan itu mendapat kecaman hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka. Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti. Dialognya berbunyi "Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!". Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa. Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan. Golongan ulama termasuk PAS mengecam penggunaan video seks itu yang turut didakwa bertujuan menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu tertentu. Kecaman itu turut dibuat dalam bentuk usul pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 awal bulan ini. - TMI |
Rakyat Malaysia berhak tahu ... DSAI Posted: 15 Jun 2011 11:52 PM PDT Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia. Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby. Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun. Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian. Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble. Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan. Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta. Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu. Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato 'Seri Najib Tun Razak. Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato 'Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato' Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat. Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global? Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan