Ahad, 12 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NASIB NELAYAN MOGOK DAPAT SIMPATI PKR KUANTAN

Posted: 12 Jun 2011 08:44 PM PDT

PEMIMPIN PKR BERSAMA NELAYAN YANG MOGOK DI KUANTAN

Akhbar Sinar hari ini melaporkan lebih kurang 1,000 pemilik bot, nelayan dan peniaga ikan telah melakukan mogok tidak keluar ke laut selama 3 hari bermula semalam. Mogok tersebut diadakan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuantan.


Sekitar pertemuan Dato' Fauzi bersama kumpulan nelayan di jeti LKIM Kuantan

Mereka terpaksa mengadakan mogok kerana ingin menunjukkan rasa kekecewaan di atas tindakan kerajaan menarik subsidi harga diesel sehinggakan mereka kini terpaksa membeli diesel dengan harga RM 1.80 se liter bagi bot pukat tunda C2 yang berkuatkuasa bulan ini.

Kekecewaan mereka turut dikongsi oleh Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang mewakili MP Kuantan YB Fuziah Salleh yang telah turun menemui sekumpulan nelayan tersebut pagi ini (12 Jun) dan mendengar sendiri keluhan golongan tersebut. Meskipun awal kedatangan Dato' Fauzi iaitu bekas MP Kuantan dan Adun Beserah sewaktu di dalam Umno itu cuba dihalang oleh salah seorang AJK Persatuan Nelayan Kuantan, namun majoriti dari mereka bersedia menerima kehadiran Pengerusi Keadilan Pahang ini.

Dato' Fauzi turut melahirkan rasa simpati di atas nasib yang mereka alami. Beliau juga telah menceritakan bagaimana beliau sewaktu di dalam Umno dan juga MP Kuantan turut terlibat menubuhkan LKIM di Kuantan. Bagaimana sebagai ahli Umno yang setia dan menjadi ahli persatuan ada di antara mereka tidak mempunyai bot sendiri, katanya.

Hakikatnya, langkah kerajaan menaikkan harga minyak sememangnya menyusahkan semua pihak. Penarikan balik subsidi minyak ke atas bot nelayan dan juga lori-lori pengangkutan memperlihatkan wajah sebenar kununnya kerajaan kebajikan berkonsep `rakyat didahulukan' oleh Umno/Bn.

Tiada pilihan lain, rakyat mesti bangun menumbangkan kerajaan Bn dan bersama-sama kita merasai suasana baru di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di negara tercinta ini./pkrpahang

PEDULIKAN JAMIL KHIR, KERAJAAN P.PINANG TERUSKAN MARTABAT ISLAM

Posted: 12 Jun 2011 04:01 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR sekali lagi menunjukkan `bijak'nya di dalam isu agama dan politik. Apabila Kerajaan Negeri P.Pinang bercadang untuk mengadakan pilihanraya bagi melantik AJK Masjid, maka Jamil Khir pun mengaitkan DYMM YDP Agung di dalam isu ini.

Jamil Khir mahu Kerajaan Negeri P.Pinang merujuk dahulu kepada YDP Agung kerana P.Pinang tiada mempunyai Raja yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama Islam. Ertinya, untuk menentukan perlantikan AJK Masjid, perlu ada perkenan YDP Agung/Sultan Negeri. Kita mahu bertanya adakah Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan selama ini mendapat perkenan YDP Agung sebelum melantik AJK Masjid?

Di dalam konteks Islam, perlantikan AJK Masjid termasuk Imam dan Bilal hendaklah dipilih mengikut keredhaan ahli Jemaah Qariah masjid berkenaan. Imam wajib diredhai oleh majoriti Makmum. Hanya ahli Qariah masjid sahaja yang tahu menilai seseorang itu layak atau tidak menjadi pemimpin atau Imam di masjid berkenaan tidak mengira fahaman politik. Mereka akan menilai ilmu dan akhlak Imam dan AJK masjid tersebut sebelum memilihnya. Inilah yang sebaiknya dilakukan dan sepatutnya Jamil Khir menyokong kaedah seperti ini.

Kerajaan Negeri P.Pinang nampaknya lebih peka terhadap kehendak Islam di dalam aspek ini berbanding dengan Jamil Khir seorang tokoh yang berkelulusan agama. Kerajaan Negeri P.Pinang tidak menetapkan syarat bahawa mesti AJK masjid itu di kalangan PAS, PKR mahupun DAP. Jadi, apa masalahnya di dalam isu ini?

Kununnya akan berlaku pecah-belah jika diadakan pemilihan suara majoriti, adalah satu alasan yang remeh. Jika benar begitu, haramkan sahaja sistem pilihanraya di negara ini. Haramkan juga pilihanraya di kampus. Pemilihan di dalam AJK PIBG juga wajar diharamkan.

Saya berharap Kerajaan Negeri P.Pinang meneruskan usaha baik ini demi kebaikan umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: