Kelab Greenboc |
- Pilihanraya Turki : Parti AKP Pimpinan Erdogan Menang Selesa
- Berkenalan Dengan PJ PAS Selangor: Hajat Sembelih Kambing Tak Sampai
- Wanita Kebas Bag Tangan Di Dalam Surau
- Jangan Sekat BERSIH 2.0, Jika Enggan Tragedi Mesir Dan Tunisia Berlaku Di Negara Ini
- Rais Habiskan Bajet Setengah Tahun Dalam 1 Hari Untuk Hari Seniman Yang Tak Dapat Sambutan
- Kerajaan Keras Kepala, Bekalan Ikan Kurang, Harga Pasti Naik Melambung
- [Bergambar] Ribuan Warga Syria Melarikan Diri Ke Turki
- Himpunan BERSIH: Manifestasi Suara Rakyat Untuk Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih
- Pimpinan Baru PAS Diumumkan [updated]
- Gerhana Bulan Paling Gelap Khamis Ini
Pilihanraya Turki : Parti AKP Pimpinan Erdogan Menang Selesa Posted: 13 Jun 2011 12:40 AM PDT Ankara — Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan memperolehi kemenangan selesa buat kali ketiga berturut-turut tetapi perlu mendapatkan konsensus parti pembangkang untuk meminda perlembagaan negara itu. Gambar: Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan dengan ditemani isterinya Emine Erdogan melambai ke arah penyokong mereka di ibu pejabat Parti AK, Ankara, semalam. — Foto Reuters Erdogan, yang menjadikan Turki Muslim sebagai antara negara yang sedang melalui pertumbuhan pesat di dunia dan mengakhiri kitaran penggulingan kuasa tentera, memperoleh 50 peratus undi di Parlimen dalam pilihan raya yang diadakan semalam. Keputusan itu, yang dijangka merangsang pasaran kewangan hari ini, bermakna Parti AK perlu berganding dengan parti-parti lain bagi meminda perlembagaan yang telah ditulis 30 tahun lalu ketika pemerintahan tentera. "Perlembagaan baru memerlukan konsensus dan dialog dengan parti-parti lain dan juga keseluruhan masyarakat," kata Cengiz Aktar, seorang profesor di Universiti Bahcesehir di Istanbul, kepada Reuters. "Kita akan lihat sama ada Erdogan bersedia untuk yang ini dengan majoriti yang diperolehnya atau akan pergi sendiri untuk meletakkan pandangannya ke atas Turki - dalam keadaan di mana kita akan ada satu situasi yang sukar," kata beliau. Keputusan semalam adalah yang terbaik sejak Parti AK berkuasa sejak 2002 tetapi tidak cukup dua pertiga untuk memanggil referendum berhubung perlembagaan baru. Keputusan awal dengan mengambil kira 99.8 peratus undi yang sudah dihitung, Parti AK memperoleh 49.9 peratus undi atau 325 kerusi, kurang lima kerusi daripada jumlah yang diperlukan untuk memanggil plebisit. Pada Parlimen lalu, ia menguasai 331 daripada 550 kerusi yang diperuntukkan. Pengkritik bimbang Erdogan, yang terkenal dengan reputasinya tidak suka pertentangan pendapat, kemungkinan akan menggunakan kemenangan bagi memperkukuhkan kedudukan beliau, membataskan kebebasan dan mendakwa penentangnya. Tetapi dalam ucapan kemenangan di Ankara beliau berjanji akan bekerjasama dengan pesaing politiknya. "Rakyat memberikan kami mesej untuk membina perlembagaan baru menerusi konsensus dan perundingan. "Kami akan membincangkan soal perlembagaan baru dengan parti-parti pembangkang. Perlembagaan baru ini akan memenuhi tuntutan keamanan dan keadilan," kata beliau. — Reuters |
Berkenalan Dengan PJ PAS Selangor: Hajat Sembelih Kambing Tak Sampai Posted: 12 Jun 2011 11:58 PM PDT Dr Rani hargai kepercayaan, anggap pikul amanah berat SHAH ALAM - Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abd Rani Osman menyifatkan pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor yang baru sebagai satu amanah berat untuk dipikul. Menurutnya, beliau sebelum ini telah menolak tawaran untuk menggantikan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan bernazar jika tidak pilih. Namun menurutnya, beliau terpaksa memikirkan semula tawaran tersebut setelah beberapa ulama parti menasihati beliau untuk menerima jawatan jika telah dipilih sebulat suara oleh pimpinan pusat. "Saya sendiri telah bernazar untuk sembelih kambing jika tidak dipilih sebagai pesuruhjaya Pas negeri, kerana saya melihat ia sebagai satu amanah berat untuk dipikul. "Namun, kini semua terpulang kepada pucuk pimpinan parti, saya akan menunggu surat rasmi pelantikan tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Beliau berkata, sekiranya dipilih menjadi pesuruhjaya negeri, beliau akan memastikan misi utama mengekalkan Negeri Selangor di tangan Pakatan Rakyat (PR) tercapai. Menurutnya, beliau akan berbincang dan bekerjasama dengan kesemua pemimpin Pas negeri khusus dalam persediaan pilihan raya kali ini. "Saya menganggap salah satu tugas yang berat untuk dipikul adalah untuk membawa Pas Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. "Namun, saya berpendapat kesemua keputusan berhubung pilihan raya, perlu diputuskan oleh kesemua ahli jawatankuasa negeri termasuklah timbalan pesuruhjaya negeri, setiausaha, bendahari dan lain-lain," katanya. -SH
|
Wanita Kebas Bag Tangan Di Dalam Surau Posted: 12 Jun 2011 10:25 PM PDT Wanita curi dalam surau MELAKA: Keji apabila seorang wanita bertudung tergamak menjadikan surau di pusat beli-belah di Jalan Tun Razak sebagai tempat mencari 'rezeki terlarang'. Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai berpura-pura berada di situ untuk mengerjakan solat sebelum mengambil kesempatan melarikan beg tangan dan barang berharga mangsa. Namun, perbuatan wanita terbabit berakhir jam 7 malam Rabu lalu apabila diberkas seorang wanita selepas melarikan beg tangan mangsanya beberapa jam sebelum itu. Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini Noryuhani Ramli, 29, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Nor Azzren Bazid, 26, pergi menunaikan solat di surau pusat beli-belah berkenaan. "Ketika masuk ke dalam surau, terdapat seorang wanita berada di situ, namun kami tidak mempedulikannya. "Bagaimanapun, selepas mengambil wuduk dan rakan saya pergi ke tandas, wanita itu hilang bersama beg Nor Azzren lalu kami mencarinya di lokasi kejadian, namun gagal," katanya. Beliau berkata, rakannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru sejurus selepas kejadian. Katanya, ketika dalam perjalanan pulang, dia menghubungi rakannya bertanyakan hal berkenaan dan diberitahu kad kredit yang dilarikan bersama beg tangannya itu digunakan di pusat beli-belah di Ayer Keroh. "Saya kebetulan berada di sekitar lokasi berkenaan ke pusat beli-belah terbabit dan terserempak dengan wanita yang dicam berada di surau beberapa jam sebelum menghampirinya. "Saya bertanya mengenai kehilangan beg berkenaan, namun wanita itu menafikanya dan mengancam menjerit. Saya minta orang ramai menahannya dan wanita itu mengaku mengambil beg rakan saya," katanya. Menurutnya, wanita berkenaan menyerahkan semua barangan yang dilarikan sambil merayu dilepaskan. -hm Ulasan GB Moralnya: Jangan tinggal apa-apa barang berharga termasuk bag tangan walaupun sekejap di mana ppun jua sebelum ia lesap selama-lamanya. |
Jangan Sekat BERSIH 2.0, Jika Enggan Tragedi Mesir Dan Tunisia Berlaku Di Negara Ini Posted: 12 Jun 2011 08:40 PM PDT Himpunan Bersih tetap diteruskan, kata Ambiga dan PAS KUALA LUMPUR, 12 Jun — Datuk Ambiga Sreenavesan dan pemimpin PAS menegaskan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan tetap diteruskan walaupun dibantah banyak pihak termasuk dari Barisan Nasional (BN). Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini menggesa rakyat agar memboikot perhimpunan itu dan memetik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi amaran bahawa "boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan. "Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik," kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Ambiga kepada The Malaysian Insider. "Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati... seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas," katanya. Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, menyifatkan perhimpunan itu sebagai "himpunan aman rakyat." Ketika ditanya mengenai kemungkinan Bersih 2.0 akan dikenakan tindakan keras dari polis, Ambiga berkata "rancangan ini belum muktamad lagi . . . kami mahu mendesak pihak berkuasa mengubah pandangan terhadap himpunan." Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata rakyat akan menyokong himpunan Bersih selagi kerajaan tidak memenuhi tuntutan NGO itu semasa kali pertama pada 2007. Himpunan Bersih pertama yang disertai parti-parti politik beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 2008. "Apabila pilihan raya diadakan dengan tidak adil, ia akan jadi seperti yang berlaku di Timur Tengah. Saya tidak mahu apa yang berlaku di Timur Tengah terjadi di sini," kata Mohamad. Protes besar-besaran berlaku di negara-negara Timur Tengah yang telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia yang dituduh mengamalkan rasuah. "Perubahan berlaku di Singamura . . . mereka (pembangkang) dapat akses dengan media," kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" merujuk pilihan raya Singapura baru-baru ini. Pakatan Rakyat dan aktivis-aktivis parti bersedia menggerakkan himpunan itu pada bulan depan, kali pertama diadakan pada 2007 difahamkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, bagaimanapun disuraikan dengan gas pemedih mata dan meriam air oleh polis. Menurut Mohamad, PAS akan menggerakkan ratusan ribu orang pada himpunan kali ini sebelum pilihan raya diadakan dijangkakan dalam tempoh terdekat. Pada himpunan Bersih 2007, rekod perubahan berlaku apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa berkata laporan muka depan Utusan Malaysia itu adalah "liputan terbaik", menunjukkan lebih ramai rakyat akan menyokong himpunan itu. -TMI |
Rais Habiskan Bajet Setengah Tahun Dalam 1 Hari Untuk Hari Seniman Yang Tak Dapat Sambutan Posted: 12 Jun 2011 06:25 PM PDT Hari Seniman: 'Rais habiskan bajet setengah tahun dalam 1 hari' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam Datuk Rais Yatim kerana menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai "projek mee segera". Lim berkata, secebis daripada jumlah itu, atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. "Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Rais Yatim mesti menjelaskan rasional pembaziran RM100 juta untuk Hari Seniman 2011 pada 29 Mei yang mendapat sambutan hambar penggiat seni. "DAP dikejutkan oleh suatu laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang telah dikritik oleh penggiat seni itu," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Bernama, pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. Lim mempersoalkan sama ada laporan Bernama itu tepat dalam memetik jumlah sebesar itu yang dibelanjakan untuk acara berkenaan. "DAP mengesyaki laporan Bernama itu palsu dan Rais harus menjelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan. "Adalah sukar untuk mempercayai kerajaan boleh memperuntukkan RM100 juta untuk Hari seniman 2011 apabila 27 juta rakyat biasa Malaysia menanggung kenaikan harga kerana potongan subsidi kerajaan BN," tambahnya. -mk
|
Kerajaan Keras Kepala, Bekalan Ikan Kurang, Harga Pasti Naik Melambung Posted: 12 Jun 2011 04:54 PM PDT Tuntutan nelayan tidak dilayan TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu. "Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya. "Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu. Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C. "Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan. -kosmo Ulasan GB Pastikan sesengat UMNO BN terutama menteri yang bernama Ismail Sabri Yaakob itu kalah di dalam pilihanraya akan datang ini. Berdoa kita bersama-sama ke hadhrat Allah s.w.t. Keangkuhannya keterlaluan, rakyat yang menjadi mangsa kerana kenaikan harga bahan makanan. |
[Bergambar] Ribuan Warga Syria Melarikan Diri Ke Turki Posted: 12 Jun 2011 03:15 PM PDT Sekurang-kurangnya 4.300 orang kini sudah melarikan diri dari tindakan kekerasan di Syria dan mencari perlindungan di Turki, kata seorang pegawai kanan Turki. Jumlah yang sebenarnya orang-orang yang meninggalkan Syria kemungkian jauh lebih besar. Sebab, ramai mereka yang yang menyeberangi perbatasan tidak dapt dikesan oleh tentera Turki. Pegawai kanan Kementerian Luar Negeri Turki, Halit Cevik, mengatakan Turki akan menangani kriris pelarian ini dengan sebaik mungkin. Warga Syria itu kebanyakan lari dari kota Jisr al-Shughour yang menjadi sasaran penumpasan oleh tentera pemerintah. Seorang saksi menceritakan serangan tank terhadap satu desa pada hari Jumaat pagi telah mengorbankan ramai rakyat Syria serta merosakkan tanaman utama. Pemerintah Syria memberi alasan pasukannya memasuki kota berkenaan untuk memulihkan keamanan setelah 120 kakitangan keselamatan terbunuh. Pemberontakan di segenap pelosok negara itu hari Jumaat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang. Ratusan orang terbunuh dalam pertempuran dalam minggu-minggu kebelakangan ini oleh penguasa terhadap aksi protes anti-pemerintah yang bermula bulan Mac lalu. Sementara itu, Rumah Putih di Washington mengecam keras "penggunaan kekerasan yang berlebihan" oleh Syria terhadap penunjuk perasaan dan meminta agar tindakan kekerasan "dihentikan segera". -BBC |
Himpunan BERSIH: Manifestasi Suara Rakyat Untuk Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih Posted: 12 Jun 2011 07:50 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. "Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih." Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik. Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan. Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan. "Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi." Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara. "Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan." -tvsnews |
Pimpinan Baru PAS Diumumkan [updated] Posted: 12 Jun 2011 06:45 AM PDT PAS umum lantikan baru, Tuan Ibrahim ketua penerangan KUALA LUMPUR: PAS membuat beberapa rombakan tetapi mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung parti bagi penggal kedua. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kalah jawatan timbalan presiden dilantik ketua penerangan menggantikan Idris Ahmad. Pengarah Pilihan raya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik bendahari. Dr Hatta Ramli bendahari sejak 2007 menjadi pengarah pilihan raya yang baru. Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan baru selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan baru PAS di pejabat agung di sini hari ini. Seorang lagi calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai AJK tambahan. Turut dilantik Idris Ahmad, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkifli Omar dan Abang Ahmad Kardi Ahmad Agus, iaitu calon PAS Beting Maro, Sarawak. Manakala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sabah mendapat pesuruhjaya yang baru. Mereka ialah Abdul Wahid bagi Terengganu, Adly Zahary (Melaka), Dr Rani Osman (Selangor), Aminuddin Alim (Sabah). Menurut, perlantikan baru berkuatkuasa serta merta dan mereka telah setuju menerimanya.
Ulasan GB ... Kepada Sdra Adly Zahari, tahniah daripada GB, kemungkinan sdra Adly merupakan Pesuruhjaya paling muda pernah dilantik. Semuga PAS Melaka bergerak dan bertambah maju di bawah pimpinannya. Kepada semua di dalam barisan kepimpinan, selamat berjuang. |
Gerhana Bulan Paling Gelap Khamis Ini Posted: 12 Jun 2011 03:50 AM PDT Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku Khamis ini iaitu gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi. Gambar: FENOMENA gerhana bulan yang berlaku pada Jun tahun lalu yang dilihat orang ramai di sekitar Menara Taming Sari, di Bandar Hilir, Melaka. Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000. Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. "Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil. "Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang," katanya. Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa. Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra. "Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi. "Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi," katanya. Pada 15 Jun ini, gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap. Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar. "Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit. "Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi. Gerhana bulan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa perlu menggunakan penapis," katanya. -BH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan