Jumaat, 10 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KONTRAK KPN TELAH DISAMBUNG, ISU VIDEO SEKS TIDAK JUGA SELESAI

Posted: 10 Jun 2011 07:00 PM PDT

Kebal undang-undang kerana `baju besi'?

Oleh: WFAUZDIN NS


SEMENJAK Trio Datuk 'T" membuat pengakuan terbuka dan disiarkan melalui seluruh media perdana di negara ini bahawa mereka terlibat menayangkan video seks (lucah) bertempat di Seri Carcosa, sehingga kini mereka masih tidak didakwa di atas kesalahan tersebut.

Apa yang berlaku, video seks tersebut terus disiarkan melalui TV dan akhbar, diulas panjang lebar oleh beberapa orang termasuk pemimpin Umno. Trio Datuk 'T' bebas malahan mendapat `kawalan istimewa' dari pihak berkuasa apabila trio berkenaan ingin melakukan amalan khurafat di dalam masjid iaitu bersumpah kununnya DS Anwar adalah pelaku di dalam video berkenaan. Mereka memang kebal dari segi undang-undang mungkin kerana mereka mempunyai `baju besi kalis peluru'.

Selama ini kita sangka pihak berkuasa kita tersangat cekap, maklumlah sehelai `bulu' DS Anwar mereka boleh jumpa. Malangnya, kita tersilap sangka kerana sehingga kini isu video seks tidak selesai. Video seks yang dikatakan hanya ada satu salinan yang asal yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa, tiba-tiba dimuat turun melalui internet dan kini bercambah edarannya ke peti-peti surat rumah orang sehingga ke pintu masjid.

Apabila melihat situasi ini, kita merasa seolah-olah negara kita tiada pihak yang berkuasa atau mereka sebenarnya tidak cekap. Jika video seks yang melibatkan pemimpin MCA dahulu, sepantas kilat mereka boleh bertindak tetapi kali ini berbeza. Mereka sibuk mengistiharkan tulennya video seks berkenaan tetapi trio yang menayangkan video seks tersebut masih bebas. Apakah tulen atau tidak video lucah ini boleh menjadikan tayangan video lucah itu halal?

Terbaru, timbul pula video yang kununnya melibatkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Jawapan pihak berkenaan tetap sama iaitu masih disiasat. Mungkin dalam kes video Mat Sabu ini lebih lama untuk di selesaikan kerana akan diuji juga tulen atau tidak video berkenaan. Kalau kes video seks Seri Carcosa pun masih belum selesai, mana mungkin kes yang kununnya melibatkan Mat Sabu akan selesai segera.

Sukar sangatkah untuk menangkap dan mendakwa trio yang sudah mengaku menayangkan video seks ini? Perlukah siasatan dibuat setelah mereka mengaku? Rakyat tertanya di peringkat awal, mengapa tidak ditangkap trio yang mengaku menjadi penyiar video tidak bermaruah ini sebelum pelaku di dalam video berkenaan disiasat. Dakwa dahulu yang menayang dan mengedar video lucah tersebut, kemudian terpulang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengesan pelaku di dalam video berkenaan.

Apabila rakyat menuduh Umno terlibat, pemimpin Umno marah kerana mereka kununnya tidak tahu menahu di dalam video seks berkenaan. Jika benar begitu, adakah pemimpin Umno sebagai tunjang kerajaan juga tidak tahu menahu bahawa menayangkan dan mengedar video lucah adalah satu kesalahan? Tidak boleh kita bayangkan jika video berkenaan melibatkan Najib atau Muhyiddin. Tentu sekali tidak sampai satu jam selepas video itu ditayang, pasti ada yang telah dimasukkan ke dalam lokap.

Mungkin benar bak kata DS Anwar, apa jua yang melibatkan beliau pasti ada keistimewaan'nya berbanding dengan orang lain. Sebab itu kita tidak hairan apabila DS Anwar menyebut ini semua kerja `Pandi Kutti'. Memang benar pun./wfauzdin.blogspot.com

FOTO - SAMBUTAN DI PASIR MAS - ZUL KULIM, ZAHRAIN BANTU IBRAHIM RAJA KATAK

Posted: 10 Jun 2011 09:45 AM PDT

(GAMBAR) 10K DENGAR CERAMAH BRAHIM KATAK & ZUL KT TMPT ANA

Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan


Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati....
Zul katak tiba pada jam 11.00 malam agak lewat sedikit kerana tersesat... maklum la... Dataran Tok Him takde dalam GPS apa tah lagi Google maps.
Hadirin semakin ramai memenuhi kerusi.... tak nampak gak...? sah memang nak mati le korg nie...

Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut...
Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka
Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka/dppwm.blog

AHLI GERAKAN LEBIH BIJAK DARI PEMUDA UMNO

Posted: 10 Jun 2011 01:30 AM PDT

?
Oleh: WFAUZDIN NS

BOLEHLAH kita ucapkan sedikit tahniah kepada beberapa peguam dari Parti Gerakan yang akan menyertai Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Alasan mereka bijak dan bertamadun kerana mereka menyatakan Perlembagaan membenarkan perhimpunan secara aman.

NONE" Keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman" (Malaysiakini).

Kita tidak memaksa sesiapa pun untuk bersama dengan pendapat dan tuntutan kita, tetapi asas mereka yang menyokong perhimpunan aman ini patut dipuji kerana mereka memahami Perlembagaan. Mereka yang menentang perhimpunan itu adalah terdiri daripada mereka yang otaknya beku.

Seperti juga dengan perhimpunan yang diadakan oleh Perkasa dan beberapa kumpulan yang menuntut DS Anwar menyerahkan DNA nya dahulu. Kita semua tahu mereka jahil tentang DNA, tetapi kita boleh menerima mereka berhimpun secara aman malahan mereka buat di seluruh negeri. Tiada masalah pun.

Lucu juga kita bila melihat beberapa kumpulan dari NGO dan Pemuda Umno yang berdemontrasi membantah demontrasi. Begitulah keadaannya apabila merasa bersalah maka mahu digunakan kuasa untuk menghalang rakyat dari bangun menyuarakan perasaan mereka.

Wakil Peguam dari Parti Gerakan P.Pinang turut menyatakan, " setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka," kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai ini nanti adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Sewajarnya semua rakyat Malaysia menyokong usaha ini jika mahu melihat demokrasi di negara ini terpelihara. Usah bertanya kepada rejim yang ingin mengekalkan kuasa, sudah pasti mereka selesa dengan demokrasi tempang yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH NAJIB, ROSMAH DAN UMNO MAHU NEGARA ISLAM ?

Posted: 09 Jun 2011 10:35 PM PDT

Mahu Negara Islam dan Hukum Hudud?
Oleh: WFAUZDIN NS

SERANGAN puak sekutu Apco dengan gerombolan pencacai mereka kini tertumpu kepada PAS setelah mereka kecewa menyerang PKR dan DS Anwar. Cita-cita PAS untuk mewujudkan Negara Berkebajikan dijadikan modal besar mereka untuk memburukkan imej PAS seolah-olah Umno terlalu rindu dan kepingin kepada sebuah Negara Islam.

Pada suatu ketika, PAS menyebut tentang Negara Islam beserta Hukum Hudud, puak ini lah juga menentang sekuat-kuatnya mengalahkan DAP, MCA, MIC dan Gerakan. DAP juga pernah menentang penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud atas faktor Perlembagaan Negara sekarang tidak membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan. Mereka menentangnya bersebab selain dari sebab sememangnya mereka tidak beriman dengan Islam. Peliknya, Umno menentang bukan sekadar penentangan mulut seperti DAP lakukan, bahkan menentangnya secara bertulis dan menggunakan kuasa yang mereka miliki.

Jika DAP hanya menentang di mulut kerana kejahilan mereka terhadap hukum ini, Umno lebih teruk dari DAP. Umno yang mengaku Islam, menentang hukum ini secara konsisten melalui kuasa yang mereka miliki. Kini, apabila PAS mengambil pendekatan lebih berhikmah dan bijaksana iaitu ingin menubuhkan Negara Berkebajikan, puak ini mula menunjukkan minat terhadap Negara Islam. Kejahilan mereka menyebabkan mereka merasa seolah-olah Islam tidak mementingkan kebajikan terhadap rakyat. Mereka lupa bahawa mereka telah memerintah lebih 5o tahun, usahkan Negara Islam dan Hukum Hudud, kebajikan rakyat pun mereka abaikan.

Adakah dengan adanya kementerian yang menjaga kebajikan maka itu bukti kebajikan telah mereka lakukan? Adakah kebajikan yang mereka buat boleh dibuktikan dengan adanya `loteri kebajikan'? Jika benar Umno telah lama mengamalkan kebajikan, kita tidak akan merasa kehidupan yang semakin susah sekarang. Kenaikan harga minyak, gula, barang-barang keperluan dan letrik membuktikan kerajaan gagal menunaikan kebajikan terhadap rakyat. Amalan rasuah yang berleluasa, penyelewengan dan salahguna kuasa, salah laku pegawai-pegawai kerajaan seperti SPRM, SPR dan pihak Polis yang sering menimbulkan kontroversi menunjukkan kerajaan amat lemah mengurus negara ini.

Sistem kehakiman yang bercelaru dan undang-undang zalim seperti Akta ISA, rampasan royalti minyak adalah di antara perkara yang membuktikan kerajaan tidak merealisasikan kebajikan sebenar. Pendek kata, negara ini bukan sebuah negara berkebajikan.

Justeru itu, PAS merasa bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat. Negara yang mempunyai unsur-unsur kebajikan mesti didirikan. Islam juga mewajibkan pemerintah melakukan kebajikan atau ihsan kepada rakyat. Kewajipan ini turut disokong oleh rakan-rakan di dalam PR yang semuanya menyedari bahawa rakyat sekarang terhimpit dan tertekan dengan pemerintah yang tidak memikirkan kebajikan mereka.

Oleh yang demikian, gesaaan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin agar PAS memohon maaf kepada Umno adalah satu lawak bodoh dari orang Linkyang takut kehilangan kuasa. Tuduhan bahawa PAS pernah mengkafirkan Umno adalah satu tuduhan basi yang berpuluh tahun dimainkan. Isu kafir mengkafir ini telah pun Umno debatkan di dalam `debat olok-olok' PAS lawan Umno. Hasilnya, di dalam debat yang mereka `lakunkan' itu pun, Umno tewas tanpa hujah.

Serangan Umno terhadap PAS adalah satu percubaan untuk memecahbelahkan PAS setelah usaha mereka untuk memecahbelahkan kerjasama di dalam PR gagal. Ada baiknya juga Umno menumpukan kepada PAS sekarang kerana sekurang-kurangnya masalah mereka dengan MCA, Gerakan dan Perkasa akan terbiar. /wfauzdin.blogspot

Tiada ulasan: