Sabtu, 11 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


UMNO perlukan keranda,batu nesan atau wad Tanjung Rambutan

Posted: 10 Jun 2011 10:44 PM PDT

Tiga perkara yang menyebabkan UMNO semakin gila, meroyan, meracau, terpekik terlolong, makan tidak kenyang mandi tidak basah ialah :

1) PAS dan DAP semakin akrab dan faham memahami antara satu sama lain.

2) Mat Sabu jadi Timbalan Presiden.

3) Negara Berkebajikan menjadi slogan dan trademark PAS.

UMNO menangis kecewa macam Iblis gagal untuk memperdayakan dan menggoda anak Adam.

Tok Pepijat

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

‘Mohon maaf atau hadapi saman’

Posted: 10 Jun 2011 07:14 PM PDT

"Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena 'gentlemen'...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan," kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.

Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.


Roslan berkata, dia juga meminta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) menjadi orang tengah untuk menyelesaikan perselisihan faham, kerana mendakwa LPFM turut bertanggungjawab meluluskan penyiaran filem berkenaan tanpa membuat kajian lebih mendalam.

"Kami tunggu dalam tempoh itu. Kalau mereka enggan memohon maaf secara terbuka...kami mengambil tindakan lain termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


"Kalau mereka masih enggan, jalan terakhir adalah menyaman mereka berdua. Jadi, kami meminta mereka menggunakan tempoh ini sebaik mungkin... kami hanya nak mereka memohon maaf, dan kami akan melupakan perkara ini," katanya pada sidang media selepas sesi dialog dengan Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie, semalam.


Roslan mendakwa filem yang diterbitkan Skop Productions dan Metrowealth Movies Production itu menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli kerana banyak babak menggunakan perkataan berkenaan seolah-olah merujuk kepada pertubuhan.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Video seks: Individu sebar VCD dapat perlindungan khas

Posted: 10 Jun 2011 07:03 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa individu menyebarkan VCD lucah yang dikaitkan dengan dirinya mendapat "perlindungan khas" ekoran kegagalan pihak berkuasa membuat sebarang tangkapan sehingga kini.

"Siapa tauke besar di Malaysia boleh edarkan VCD lucah ini? Sudah tentu dia tauke besar... siapa yang buat ini sudah tentu diberikan perlindungan dan jaminan.

"Apa jaminannya? Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, selepas kes liwat tidak berjaya sekarang video seks pula," katanya pada pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi.


Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata sepatutnya polis sudah melakukan tangkapan memandang VCD lucah itu telah diedarkan di seluruh negara.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas memberitahu, kegagalan polis menyebabkan banyak persoalan yang timbul mengenai siapa yang mengedarkan VCD lucah yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Saya difahamkan polis sedang cuba untuk mencari siapa yang mengedarkan video lucah ini, kita tahu siapa (yang edarkan) tapi polis kata mahu lakukan siasatan.

"Namun sehingga kini polis kata mereka masih gagal buktikan siapa yang terbitkan (video lucah), boleh percayakan? Kadang-kadang polis ini mahu permainkan kita.

"Polis kata tidak tahu tapi kita tahu, siapa yang boleh cetak dan terbitkan video lucah ini? Mengapa tiada tangkapa dibuat," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pihaknya masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran video lucah yang dikaitkan dengan Anwar (gambar).

Beliau berkata pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.

"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah," katanya.

Sejak bulan lalu, pengedaran VCD lucah ini mula diedarkan di sekitar negeri Selangor, malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga menerimanya.

Difahamkan selain diedarkan dalam ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, VCD lucah itu juga diposkan ke rumah pemimpin parti perikatan itu.

Terbaru Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin telah menerima VCD lucah itu yang diposkan ke rumahnya di Ampang.

Dalam ceramah itu juga Anwar menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar melakukan lebih banyak transformasi tanpa membelakangkan kepentingan rakyat.

"Selangor mesti terus melakukan pembangunan, tarik lebih banyak pelabur tapi jangan lupa matlamat... iaitu pembangunan insan bukan buka gedung, buka kilang tapi pendapatan rendah, bukan naikkan harga minyak yang akhirnya rakyat merana dan ini bertentangan dengan prinsip Islam.

"Kita mesti melakukan ihsan, berikan keadilan dan jaga kebajikan rakyat, jadi kita perlu perbanyakkan program yang memberi matfaat kepada masyarakat," katanya.

Kata Ketua Umum PKR itu, setiap janji dibuat mesti dikotakan agar rakyat tidak rasa tersisih.

"Jangan kita sambil melakukan pembangunan (pada masa sama) kita robohkan pula.

"Jadi pemimpin bukan hanya pandai bercakap tapi mesti menunjukkan keilkhlasan jiwa kepada rakyat," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ku Li mahu Putrajaya tubuh suruhanjaya siasat konsesi IPP

Posted: 10 Jun 2011 08:54 AM PDT

GUA MUSANG, 10 Jun — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat konsesi syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) — yang membekalkan kuasa kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Sejak kebelakangan ini banyak pihak juga meminta kerajaan agar mendedahkan perjanjian IPP, yang didakwa berat sebelah, kepada umum.

Pemimpin veteran ini berkata kandungan perjanjian IPP menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi, sekali gus membebankan kehidupan rakyat.

Mulai 1 Jun lalu, tarik elektrik dinaikkan purata 7.1 peratus.


"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini hari ini.

Menurut laporan Bernama Online, Tengku Razaleigh (gambar), bekas menteri kewangan berkata, beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

"Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Kata Tengku Razaleigh, peniaga-peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

"Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB memonopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas," katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

"Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama," katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Pengedar Video Lucah Mat Sabu Terbongkar.. Polis Patut Tangkap Orang Ini..

Posted: 10 Jun 2011 05:38 AM PDT


seperti yg dijanjikan PAPA GOMO (sebut Pandy Kutty) untuk menyebarkan video lucah pada hari jumaat ini...

Aku tau polis tak tau pape pun.. kehkehkehkeh

Sumber - Baginda

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Mat Sabu Tak Kesah...

Posted: 10 Jun 2011 05:23 AM PDT

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."


Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: