Jumaat, 10 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


KL Gengstar & Kongsi : Pekida minta Yusof dan David minta maaf

Posted: 10 Jun 2011 06:56 PM PDT

PUTRAJAYA: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka RoslanDahaman memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua penerbit filem Kongsidan KL Gengstar untuk meminta maaf secara terbuka.

Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkan KL Gengster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi).

Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen.

"Isu kedua-dua filem ini telah menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Kami memberi masa selama tujuh hari untuk kedua-dua penerbit itu meminta maaf secara terbuka.


Ahli Pekida berkunjung ke pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia bagi membantah filem Kongsi dan KL Gengster.

"Mereka yang menimbulkan perkara ini dan sepatutnya bertanggungjawab. Kami hanya meminta mereka meminta maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut," ujarnya pada sidang di pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), di sini, Jumaat.

Majlis sidang media tersebut diadakan berikutan isu penggunaan dialoq dan pekara-pekara lain dalam filem tersebut telah menyentuh perjuangan Pekida.

Tambah Roslan, pihaknya tidak mahu perkara berkenaan berulang kembali sehingga menjadi ikutan kepada penerbit filem tempatan dalam menghasilkan karya masing-masing.

"Saya tidak mahu apa yang dihasilkan dalam dua filem itu menjadi trend penerbit lain apabila mereka mmenghasilkan filem seumpama itu," tuturnya.

Dalam pada itu, Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata penapisan trhadap filem berkenaan dibuat mengikut garis agensi itu.

"Pihak kami membuat tapisan mengikut empat garis panduan utama iaitu mengambil kira soal keselamatan, kententeraman awam, sensitiviti agama dan tatasusila masyarakat.

"Kedua-dua filem tersebut melepasi keempat-empat tapisan tersebut dan selepas dinilai seramai 70 ahli penal LPFM," katanya.

Bagaimanapun Hussain berkata pihaknya meminta maaf dan mengaku kesilapan mereka melepaskan kedua-dua filem tersebut.

"Saya dan ahli panel yang menilai filem ini tidak arif tentang sensitiviti yang berkaitan dengan apa-apa juga pertubuhan seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

"Kami berjanji selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terutamanya melibatkan sensitiviti segelintir pihak," jelasnya.

Katanya, dia akan membuka peluang kepada ahli Pekida untuk menjadi ahli panel bagi filem-filem akan datang sekiranya ia menjurus kepada pertubuhan tersebut. -mStar

STONE : Nak bawa  kes ke Parlimen? Apa kes? Biar betul Pekida ni ... hehehe.

Tayang video lucah - Penjara 3 tahun ... 3 Boroi macamana? Tak kan lepas kot?

Posted: 10 Jun 2011 06:31 PM PDT

STONE : Hampa tengok tajuk dia dan hampa baca cerita dia.  Berita ni dalam HARIAN METRO pagi ni.
Tajuk sebenarnya dia cuba tutup. Sebenarnya, Drebar bas tayang video lucah dipenjara bukan cuba rogol. Perbicaraan rogol belum lagi.

Hampa pun tau baru- baru ni (6/6/11) ada sorang pemanda bas yg tayang video lucah dalam bas dan bawa penumpang dia kesatu ladang kelapa sawit dan cuba nerogol.  Baru saja 5 hari lalu kejadian tu berlaku dan semalam dia dah dijatuhi hukuman, tapi apa hal dengan  kes 3 boroi yang tayang video lucah di Carcosa?

Drebar bas cuba rogol penumpang dipenjara
Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Gara-gara menayangkan video lucah kepada seorang wanita warga asing yang juga penumpang bas yang dipandunya, seorang bapa empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, P Kanapathy, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Terdahulu, tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun apabila tiga daripadanya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja.

Tertuduh turut mengakui tindakan menayangkan video lucah adalah satu kesalahan apabila soalan mengenainya diaju Zaharah terhadapnya.

"Kalau isteri awak menaiki bas dan pemandu melakukan tindakan sama seperti apa yang awak lakukan terhadap mangsa, adakah awak mahu? Bermakna tindakan awak juga salah," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed meminta hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa pada waktu malam dan tindakan itu mengundang pelbagai perkara buruk.

Mengikut pertuduhan, Kanapathy didakwa dengan sengaja menunjukkan secara awam gambaran video cakera padat (VCD) lucah dengan maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap mangsa, 32, dalam sebuah bas bernombor nombor pendaftaran AFC 4311 di tepi Jalan Bukit Kajang ke Tehel, kira-kira jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum itu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu cuba merogol mangsa sama di lokasi dan tarikh yang sama kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Sesyen 376/511, Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Harian Metro Rabu lalu melaporkan, kejadian wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan ke negeri ini dengan menaiki sebuah bas ekspres nyaris diperkosa pemandu terbabit di sebuah ladang kelapa sawit.

Pemandu itu dipercayai sudah merancang dari awal untuk mencari mangsa bagi memuaskan nafsunya apabila menayangkan filem lucah sebaik menyedari wanita itu menjadi penumpang terakhir perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Teminal Melaka Sentral itu.

Lelaki terbabit kemudiannya melencongkan bas dipandu ke arah laluan ke daerah itu selepas menyedari peluang untuk merogol mangsa.

Mangsa bernasib baik apabila suspek gagal meneruskan niat jahat untuk menodainya selepas dua anggota polis yang melakukan rondaan dengan kereta peronda terserempak dengan bas berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan
Ini berikutan enjinnya masih hidup sebelum anggota polis menghampiri bas berkenaan dan terdengar jeritan wanita sebelum berjaya memberkas pemandunya.

Zaharah menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan.

Ceramah DSAI di Salak Tinggi - 10/6 (Video)

Posted: 10 Jun 2011 09:12 AM PDT

"Syukur Allah buka hati saya" - artis Irma Hasmie

Posted: 10 Jun 2011 06:12 AM PDT

"Garis panduan TV Al Hijrah sendiri menetapkan pemakaian tudung dan mereka yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan,"

by Nor Hantina Mohd Nor

PENAMPILAN Irma Hasmie yang kini bertudung bukanlah menjadi cerita baru lagi. Dia tidak pula mencanang diri dengan perubahan yang dilakukan itu kerana setiap dilakukan adalah atas kerelaan dan keikhlasannya.

Malahan dengan melihat perubahan pada penampilannya, sudah cukup untuk menceritakan mengenai sendirinya. Bagaimanapun, kemunculan dengan imej terbaru itu masih tidak dapat mengelakkan diri Irma daripada gosip apabila baru-baru ini dia pernah dikaitkan dengan Sharnaaz Ahmad.

Pengalaman dalam dunia seni menjadikan Irma tidak cepat melatah apabila menghadapi desas-desus seperti itu. Baginya, itulah lumrah dalam dunia hiburan.

"Jika betul ada, saya akan bagi tahu. Kalau kita layan khabar angin yang kita sendiri tidak tahu betul atau salah tapi kalau dilayan ia akan jadi fitnah pula," jelas Irma Hasmie, yang masih mengelak untuk menjawab apabila ditanya ura-ura mengenai dirinya yang dilihat bersama, Sharnaaz Ahmad, ketika keluar bersama-sama di sebuah pusat beli-belah di pinggir ibu kota.

Irma yang ayu bertudung dilihat lebih berhati-hati mengalun bicara dan setiap percakapannya kini dilihat lebih menjurus kepada dakwah dan bicara kerohanian.

Katanya, apa yang berada di kotak fikirannya kini hanyalah tumpuan pada kerjaya dan dia mengaku masih menyandang gelaran 'single' sehingga kini.

"Saya perempuan, takkanlah saya pula yang kena keluar mencari lelaki. Tidak manislah begitu. Kalaupun mahu mencari pasangan lebih baik menggunakan orang tengah supaya ia lebih sopan," katanya yang turut membintangi drama Alauddin dengan memegang peranan sebagai isteri kedua kepada Alauddin yang bukan berdarah raja.

Menurutnya lagi, dia memang tidak menolak takdir untuk hidup berpasangan tetapi buat masa ini, dirinya semakin tenang dan mahu terus kekal dengan perubahan yang dilakukannya kini.

"Saya mahu mencari akhirat pula. Kadangkala saya terfikir kenapa tidak sedar dari awal lagi? Kenapa ketika usia saya 29 tahun, baru saya berubah? Tapi saya tetap bersyukur kerana Tuhan buka hati saya," kata Irma yang mahu menjadikan bidang lakonan sebagai medium untuk berdakwah ke jalan yang Esa.

Tidak putus-putus mendapat sokongan daripada peminat sehingga dia dibekalkan pelbagai doa keberkatan daripada peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.

Malahan, Irma tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan TV Al Hijrah kerana dunia penyiaran terbaru itu mempunyai garis panduan yang amat sesuai dengan dirinya.

"Saya senang bekerja di bawah TV Al Hijrah dan setakat ini tidak ada masalah bagi saya yang bertudung untuk berada di dalam bidang seni kerana apabila saya ditawarkan watak, semuanya bersesuaian dan mungkin mereka sudah tahu identiti saya kini.

"Garis panduan TV Al Hijrah sendiri menetapkan pemakaian tudung dan mereka yang bukan muhrim tidak boleh bersentuhan," katanya ketika ditanya perubahan dirinya itu tidakkah mengganggu perjalanannya sebagai anak seni atau menyekat rezekinya sebagai artis.

Irma yang sentiasa memohon kepada Illahi supaya perubahan yang berlaku ke atas dirinya itu tidak hanya separuh jalan, turut melihat perubahan yang dilakukan itu lebih merapatkan dirinya dengan peminat.

"Ada juga peminat yang beri saya doa-doa yang boleh saya hafal untuk kesejahteraan hidup," katanya yang melihat perubahan diri sebagai sesuatu yang cukup positif untuk dilakukan.
Kerjaya seni tetap diteruskan

MENDAMBAKAN lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan paling utama mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar, Irma membawa watak Tun Senaja yang cemburu kepada isteri pertama Alauddin dan sentiasa menggunakan waris lelaki yang dilahirkan olehnya sebagai cara untuk mengikat Alauddin supaya memberi perhatian kepadanya.

"Watak saya dalam Alauddin tidak besar dan saya sendiri tidak rasa puas membawakan watak ini yang cukup istimewa.

"Tun Senaja ini bersifat cemburu sehingga melarang Raja Fatimah memegang anaknya dan dia sentiasa mempunyai niat tidak baik kepada Raja Fatimah," terang Irma ketika mengulas serba sedikit plot penceritaan drama bersiri ini.

Berbicara berkenaan perjalanan kariernya, Irma masih mendapat undangan pengacaraan dan kini menjalani penggambaran drama Kasih Aliya yang akan bertemu penonton pada Ramadan nanti.

Sempat berpesan, Irma mahu media mewar-warkan rancangan terbaru TV Al Hijrah yang akan menjalankan sesi uji bakat dalam masa terdekat iaitu program realiti bertajuk Solehah.

"Program ini adalah pencarian wanita idola muslimah yang cukup didikan agamanya dan boleh membimbing ke arah agama dan wanita di luar sana yang berminat menyertai program itu perlulah sentiasa menjadi teman setia untuk mendapat maklumat terkini berkenaan program.," katanya - malaysiadigest

Filem Kongsi dan KL Gangster - Yusof Haslam David Teo sangkal dakwaan Perkida

Posted: 10 Jun 2011 05:03 AM PDT

PETALING JAYA: Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.

"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.

"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.

Penerbit filem Kongsi, David Teo

Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.

"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisiti Kongsi," katanya.

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula. = mStar

Penolakan Hukum Hudud - Surat Mahathir kepada TGNA

Posted: 10 Jun 2011 01:10 AM PDT

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Sumber DI SINI

Tiada ulasan: