Jumaat, 3 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CABARAN BODOH DARI RUSLAN KASSIM

Posted: 03 Jun 2011 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA dua perkara melucukan malam tadi apabila saya menonton Buletin Utama TV 3. Pertamanya, punyalah gopohnya TV pencacai ini untuk menyiarkan berita memburukkan Husam Musa berkaitan dakwaan Blogger Kickdefella, yang diulas adalah kenyataan Blogger berkenaan tetapi gambar dikaca TV pula kelihatan Najib turun dari kereta melakukan lawatan di luar negara. Lepas itu, saya lihat merah padam muka si Pembaca berita berkenaan. Itulah standard TV 3 suku.

Berita tentang isu kununnya Husam Musa memberi wang RM350, 000 kepada Kickdefella diulang lagi kemudiannya setelah tersilap siar. Kelucuan kedua, apabila Ruslan Kassim seorang lagi pencacai Umno yang telah lama keluar dari Parti Keadilan itu turut mengulas isu yang sama. Beliau mencabar Husam Musa agar menyaman Kickdefella atau Husam mendakwa Kickdefella berbohong. Mengapalah bertambah bengap si Ruslan Kassim ini?

Peliknya, kenapa Ruslan Kassim tidak mencabar Kickdefella membuat laporan kepada SPRM tentang pemberian wang tersebut? Atau, jika Ruslan Kassim ini anak jantan dari PERKASA, beliau sendiri boleh membuat laporan kepada SPRM jika beliau percaya cakap `orang mabuk' tersebut? Masakan Ruslan Kassim tidak tahu atau jahil sangat, iaitu prinsip undang-undang orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti, bukan yang dituduh melakukan saman.

Cabaran Ruslan Kassim agar Husam Musa berkata bahawa dakwaan Kickdefella itu bohong, telah lama Husam Musa lakukan. Apabila Husam Musa menafikan beliau ada memberi wang kepada Kickdefella, secara tidak langsung Husam menunjukkan kepada kita bahawa Kickdefella yang berbohong. Mahu cabar apa lagi? Atau, Ruslan Kassim mahu Husam Musa memakai baju kalis peluru dan bersumpah laknat pula?

Pencacai seperti Ruslan Kassim ini akan bercakap apa saja walaupun percakapannya itu memperbodohkan dirinya sendiri. Itulah akibat atau `sumpahan' apabila khianat kepada perjuangan, otak yang cerdik Allah jadikan bodoh macam lembu. Kita boleh lihat mereka yang khianat kepada perjuangan semuanya akan bercakap seperti `lembu bercakap'. Betapa hinanya mereka pada pandangan masyarakat sekarang./wfauzdin.blogspot.com

NEGARA BERKEBAJIKAN DAN NEGARA ISLAM, APA BEZANYA?

Posted: 03 Jun 2011 09:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, hiruk pikuk puak-puak sekular dari sekutu Apco mengulas tentang ucapan dasar Presiden PAS bahawa PAS akan berjuang untuk Negara Berkebajikan dan kununnya meninggalkan cita-cita untuk menubuhkan sebuah Negara Islam. Baca sini. Besarnya harapan puak itu agar PAS menubuhkan sebuah Negara Islam. Lucu bukan?

Memanglah melucukan apabila puak sekular mahu sangat PAS menubuhkan Negara Islam, sedangkan selama lebih 50 tahun mereka memerintah, mereka tidak pernah meletakkan Islam di atas sedangkan di dalam parti mereka boleh dikatakan 100% Melayu berugama Islam. Mereka hanya berharap pada PAS sahajakah untuk menegakkan Islam? Di mana tanggungjawab mereka sebagai orang Islam?

Jika kita memahami Islam itu sepenuhnya, tiada yang pelik dari ucapan Presiden PAS itu. Apa masalahnya dengan Negara Berkebajikan jika dibandingkan dengan menyebut Negara Islam? Bukankah Islam itu berkait rapat dengan kesejahteraan dan keadilan, dan bukankah kedua-duanya itu berhubungkait dengan kebajikan? Ertinya, di dalam Islam membuat kebajikan kepada semua rakyat itu hukumnya wajib dan melakukan kezaliman itu haram. Apabila PAS menyebut perkataan Negara Berkebajikan, ertinya PAS tetap konsisten untuk mewujudkan Negara Islam yang sebenarnya.

Pendekatan PAS di dalam mendekati golongan bukan Islam dengan mempopularkan Negara Berkebajikan adalah satu pendekatan yang bijak dan penuh berhikmah. Tiada alasan atau hujah untuk Umno mendakwa PAS menggugurkan tuntutan Negara Islam kerana di dalam Muktamar PAS kali ini dasar PAS tidak berubah seinci pun. Rakan sekutu PAS di dalam PR semuanya faham dengan dasar PAS, cuma Umno sahaja yang tidak faham.

Ada puak Umno yang bertanya mengapa tidak menyebut Negara Islam beserta dengan hukum Hudud? Kita ingin bertanya juga pada mereka, bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan jika negara itu tiada kebajikan? Di dalam keadaan rakyat yang susah dan miskin, rasuah yang tidak dibenteras, ekonomi yang tidak diurus dengan baik, masalah sosial tidak diatasi dengan baik dan dengan pendidikan yang tidak sempurna, bagaimana mahu dilaksanakan hukum tersebut? Di mana pengutamaannya?

Berbeza dengan Umno, mereka ternyata mengabaikan banyak perkara seperti yang disebutkan tadi. Umno gagal di dalam banyak aspek sepanjang memerintah negara ini. Negara dibelenggu dengan masalah sosial, ekonomi, pendidikan, hak asasi, perundangan bahkan di dalam aspek keselamatan pun mereka cuai. Kesemua kecuaian yang telah Umno/Bn lakukan ini menjadi tumpuan utama oleh PAS untuk diperbaiki kerana aspek itu juga wajib diuruskan sebagai sebuah Negara Islam.

Justeru itu, tiada bezanya untuk menyebut sebuah Negara Berkebajikan dengan Negara Islam kerana Negara Islam itu sendiri mewajibkan perlaksanaan kebajikan dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com

PAS TIDAK MELATAH DENGAN KICKDEFELLA

Posted: 02 Jun 2011 11:58 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang yang menyerahkan kepada SPRM berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Blogger Kickdefella atau Syed Azidi yang mendakwa mendapat wang dari Exco Kelantan, YB Husam Musa.

Tetapi saya yakin, Kickdefella tidak boleh `cari makan' lebih jauh dari itu dan percayalah isu ini akan hilang sejurus selesai Muktamar PAS yang sedang berlangsung sekarang. Isu ini timbul kerana YB Husam masuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS, jika tidak mungkin tidak timbul kerana jika benar, sudah lama ianya akan timbul. Mengapa perlu tunggu muktamar?

Kenyataan Presiden PAS memang bijak kerana beliau sedar ada perangkap sedang dipasang. Selepas ini, samada YB Husam menang atau tewas kita mahu lihat siapa yang berani membawa isu ini ke pihak SPRM. Apa pun saya yakin, isu ini akan hilang dibawa angin lalu sehari dua ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: