Jumaat, 3 Jun 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Tsunami Melanda Melewar, Mohammad Sabu menang cemerlang, Takbiirrrrr

Posted: 03 Jun 2011 07:53 PM PDT

Angin dan gelombang yang bertiup sejak mula pemilihan jawatan sempena Muktamar PAS ke57 akhirnya membuahkan Tsunami yang kuat dengan Mohammad Sabu (Abg Mat) sah ditabalkan selaku Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011-2013.

Abg Mat dilihat mampu menjadi 'leader' yang lengkap kebolehannya menyediakan resipi kepada Presiden PAS berdepan Umno-BN...

Malah abg Mat juga akan menjadi pihak yang akan membawa Ustaz Hadi jauh ke depan berbanding Anwar Ibrahim..

Sementara gandingan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar dilihat cukup mantap menjadi pembantu Abg Mat yang akan masuk ke dalam masyarakat, berjalan bersama masyarakat membawa perubahan yang dikehendaki.

ABG MAT TAHNIAHHHH TAKBIRRRRRRRR

ps : Hati ini puas dengan kemenangan.....lega

Mat sabu menang Timbalan Presiden PAS?

Posted: 03 Jun 2011 06:22 PM PDT

Angin kencang di Markaz Taman Melewar sedang bertiup, meranapkan usaha geng Fatwa untuk terus mendominasi PAS.

InsyaAllah Abang Mat Sabu (Mohammad Sabu) akan ditabalkan selaku Timbalan Presiden PAS sebaik pengumuman dibuat sebentar lagi..

Tiada ulasan: