SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 06 Jun 2011 03:55 AM PDT Yang dipilih bukan kerana induvidu itu ulama atau profesional. Yang dipilih adalah kerana mereka adalah aktivis parti. Yang bekerja menggerakkan program parti. Yang berjumpa dengan orang ramai. Yang membangkitkan isu. Yang menyedarkan rakyat. Yang memprotes dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Yang mampu berwacana dengan sang muslim dan bukan muslim. Yang... macam macamlah lagi. Apalah guna menggunakan label ulama atau profesional tetapi malas, penakut dan tiada idea menggerakkan kerja parti. Ada yang sudah menjadi ahli parlimen tetapi masih gagal memainkan peranannya. Ada yang telah menjadi exco tetapi gagal melaksanakan atau mendokong program parti. Ada yang pakar motivasi tetapi sudah tak bermotivasi lagi. Ada yang memegang ketua lujnah tetapi gagal mengadakan program. Dan adalah paling malang sekali jika ada yang kerjanya bukan buat program parti tetapi kerjanya ialah menghalang sang aktivis parti memegang jawatan lebih dari dia. Wooo Alhamdulillah, sang perwakilan ada mata melihat, ada telinga mendengar dan ada akal berfikir. Maka terpilihlah sang aktivis sebagai anggota pimpinan PAS kali ini. Syabas. Takziah kepada yang dipilih kerana jawatan adalah amanah, bukan untuk glamour sahaja. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan