Isnin, 6 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


KEPUTUSAN LIGA SUPER 6/6/11

Posted: 06 Jun 2011 08:34 AM PDT




FELDA UNITED 1 : 2 KEDAH

TERENGGANU 0 : 3 KELANTAN

JOHOR FC 1 : 1 PERAK

SELANGOR 7 : 1 PERLIS

N.SEMBILAN 4 : 0 T-TEAM





SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dipaksa Bogel Selepas Diraba

Posted: 06 Jun 2011 05:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dua pekerja perempuan sebuah kedai serbaneka berusia 18 tahun bukan saja diraba tiga lelaki sebaliknya mereka dipaksa berbogel dalam satu kejadian samun di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, kedua-dua mangsa terselamat daripada dibogelkan apabila melarikan diri sebelum mengunci diri mereka dalam sebuah stor.

Menurut sumber, semuanya bermula apabila kedai berkenaan dimasuki tiga lelaki yang memakai topi keledar.

"Mangsa dan rakan yang menyangka tiga suspek adalah pelanggan terkejut apabila dua daripada lelaki terbabit memanjat kaunter bayaran.

"Dua mangsa yang tergamam dipaksa seorang daripada suspek supaya menyerahkan telefon bimbit," katanya.

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Taman untuk orang ramai tanam pokok ganja

Posted: 06 Jun 2011 01:00 AM PDT



PHOENIX - Sebuah syarikat yang beribu pejabat di California, weGrow membuka sebuah taman pokok ganja seluas sebuah pasar raya di sini pada Rabu lalu.

Taman itu menyediakan kemudahan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja milik mereka sendiri untuk tujuan perubatan.

Menurut pengasas syarikat itu, Dhar Mann, pihaknya menjual produk dan perkhidmatan kepada orang ramai yang mahu menanam pokok ganja.

Dia berkata, taman itu menawarkan 2,000 produk termasuk tanah, lampu dan ruang pengairan tetapi tidak menjual pokok ganja.

Seorang doktor juga disediakan di taman itu bagi memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan perubatan dan memohon kad kelulusan daripada Jabatan Kesihatan untuk menanam pokok ganja. - Reuters

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lagi skandal seks Giggs terbongkar

Posted: 05 Jun 2011 09:00 PM PDT



LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs mendapati dirinya menjadi tajuk akhbar sekali lagi, kali ini skandal seks dengan isteri adiknya.

Akhbar News of The World semalam melaporkan, Giggs menjalinkan hubungan dengan adik iparnya, Natasha, 28, selama lapan tahun.


Ekoran dakwaan hubungannya dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas, dakwaan lebih banyak kecurangan Giggs pasti mengejutkan peminatnya.

Menurut akhbar berkenaan, jutawan bola sepak itu juga bermalam dengan Natasha, ejen hartanah pada 9 April lalu.


Tabloid itu juga mendakwa, Giggs berfoya-foya dengan Natasha tanpa pengetahuan Stacey, ketika isterinya itu hamil.


Bekas Personaliti Sukan BBC berusia 37 tahun itu dikatakan menghabiskan masa bersama-sama dengan adik iparnya di beberapa hotel selepas kali pertama bertemunya ketika wanita itu masih bujang pada 2003.

Seorang rakan memberitahu akhbar itu bahawa Natasha pernah berkata kepadanya: "Saya tahu ia salah. Ia adalah kecurangan paling teruk. Saya cuba menamatkan hubungan dengan Giggs tetapi ia seperti satu ketagihan. Apa saja yang dia cakap, saya akan ikut. Saya tidak mampu untuk berkata 'tidak.'" Menurut Natasha, hubungan yang terjalin itu adalah menurut syarat yang ditetapkan Giggs dan bintang bola sepak itu tidak pernah menyatakan cinta kepadanya.


"Giggs tidak pernah menyayangi saya. Ia semata-mata mengenai seks," kata rakan Natasha, memetik kata-kata wanita itu.

Giggs dikatakan berkenalan dengan Natasha lapan tahun lalu di kelab malam Sugar Lounge, Manchester ketika wanita itu masih berusia 20 tahun dan Giggs baru bertunang dengan Stacey.


Mereka mengadakan seks beberapa kali selepas itu.


Natasha kemudian berpacaran dengan adik Giggs, Rhodri pada 2003 sebelum mereka bertunang pada 2005.




Pada 2006, Natasha hamil ekoran hubungan dengan Rhodi. Tetapi dia masih menjalinkan hubungan dengan Giggs. Pada Jun 2008, khabar angin mengenai hubungan Giggs dengan Natasha tersebar tetapi tidak ada bukti menunjukkan ia benar. Rhodi dan Natasha akhirnya berkahwin pada 2010. - Agensi

HM

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

SETAN PUN RESPEK DEPA

Posted: 05 Jun 2011 05:00 PM PDT

Kalau macam tu, syaitan pun respek mereka...


Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.

AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul "Mengutuk Fitnah Menggunakan Video" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba "solehkan, hiaskan video dengan sumpah", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.

Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, "Takkanlah tak betul?"

"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka." Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.

Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk "Ulama Tersingkir" di muka surat depan. Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, "Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!"

Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina. "Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain? Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk."

Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu "liwat" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.

Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:

Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.

Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.

Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.

Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011:

Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.

Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka.

- Merdeka Review

marhaen

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: