Muslimeen United |
- Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH
- Pengarah Ditamas Dibebaskan, Khir Menyusul Kemudian?
- Isteri baru... harap ada Umphhh!!!
- Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh
- Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik
- Kempen BERSIH 2 - Pakai baju kuning setiap sabtu
- Awang Adik Syok Sendiri - Husam
- Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno
- Yang memaki polis 'bodo' itu si Puteri Umno......
- Sabu & Mahfuz Di Barat & Utara, Husam Di Timur, Salahuddin Di Selatan
- Ulas Kemenangan Mat Sabu - PERKASA Huru Hara buat Kenyataan
- Pasca Muktamar: Kemenangan Mat Sabu Percepatkan PR Ke Putrajaya
- Liwat II: Cubaan kali ketiga lucutkan hakim
- BN Cemas : Realiti PAS Ganti Umno Kini Di Ambang Mata
- Kuatkan Media PAS/ Pakatan Rakyat- Husam
Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH Posted: 06 Jun 2011 06:41 AM PDT Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa. Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk. "Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). "Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa. "Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya. Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang. Mengulas muktamar itu, Hishammuddin berkata, jarang berlaku dalam perhimpunan agung sebuah parti memfokuskan menghentam kerajaan semata-mata. |
Pengarah Ditamas Dibebaskan, Khir Menyusul Kemudian? Posted: 06 Jun 2011 06:33 AM PDT
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni daripada tuduhan bersubahat dengan mantan menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, di Shah Alam, empat tahun lalu. Gambar: BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bersama isteri, Datin Seri Zahrah Kechik meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Terdahulu, Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni (gambar kecil), dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam, empat tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap Dr Khir diteruskan namun ia ditunda hingga Rabu ini. Katanya, ini bagi membolehkan pihak pembelaan menerima dan mengkaji dokumentasi terakhir mengenai penemuan terbaru yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Penangguhan itu dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam M Athimulan pada awal perbicaraan bermula pagi tadi apabila dimaklumkan perkembangan terbaru itu. Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya Abdul Wahab Mohamed membantah dan berhujah bahawa dakwaan yang dikemukakan tetap sama dan dokumen yang dihantar itu sepatutnya tiba hari ini. "Meskipun perkembangan baru dalam sesuatu kes bukan asas bagi membuat penangguhan, tetapi kekurangan dokumentasi boleh diterima," kata Mohtaruddin ketika membenarkan penangguhan itu. Pada 6 Disember lalu, Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. ADUN Sungai Panjang itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -tvsnews Ini pun sandiwara jugak. Jika masih ingat, Peguam Negara pernah mengarahkan kepada Khir Toyo supaya beliau diam dari mengulas isu pemberian projek bernilai RM273 juta secara runding terus kepada sebuah syarikat ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini. GB sudah ulas ketika itu. Petikan:
|
Isteri baru... harap ada Umphhh!!! Posted: 06 Jun 2011 04:07 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Umur dah 60 tahun. Sekali beristeri baru, sudah pasti ada momentum baru. Macam Ketua Menteri Sarawak tu. Baru Datuk Patinggi Taib Mahmud kahwin isteri baru, muda pulak tu... menag lagi pihanraya. Muda atau tua bukan ukuran. Yang penting baru. Ada kelainan kot. Yelah! Sekarang ni orang nak kan perubahan baru. Itu sudah fitrah dan keinginan manusia. Persepsinya, yang baru membawa perubahan baru. Begitu jugalah rakyat mengharapkan PR menggantikan Umno-BN yang sudah terlalu lama dan penuh bahana dalam memerintah bumi Malaysia ini. Itulah juga umpama Pas dan pemilihan kepimpinannya. Dalam usia Pas yang telah mencecah 60 tahun, setiap 2 tahun sekali akan ada pemilihan kepimpinan dalam muktamar. Kali ini, YB Ust Nasarudin Mat Isa yang telah memegang tiga penggal berturut-turut gagal mempertahankan kerusi Timbalan Presidennya. Perwakilan memilih Abang Mat Sabu yang sememangnya popular dikalangan perwakilan dan penyokong Pas. Dari segi umur, Ust Nasa lebih muda dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding Abang Mat Sabu tetapi pengalaman, usia dalam perjuangan serta suara vocal Abang Mat Sabu itu menarik perwakilan untuk memberi sokongan dan memilih beliau menjadi Timbalan Presiden. Suasana dalam persiapan untuk menghadapi PRU 13 amat bergelombang sekarang. Apatah lagi dunia politik tidak boleh mengabaikan persepsi. Perubahan baru dalam kepimpinan ini dianggap merupakan perubahan dalam Pas bagi menarik dan mengembeling rakyat khususnya anak muda serta masyarakat berbilang kaum untuk sama-sama menyokong Pas. Pihak perwakilan sesungguhnya sudah matang untuk memilih siapa pemimpin mereka apatah lagi dalam suasana gendang perang PRU sudah dipalu. Saff kepimpinan yang meyakinkan rakyat bagi menghadapi Umno-BN perlu ditonjolkan maka munasabahlah Presiden Pas menggambarkan bahawa kepimpinan baru itu sebagai 'kabinet pilihanraya'. Apapun Pas berjaya mewarisi kepimpinan kepada generasi pelapisnya. Timbalan dan naib-naibnya merupakan pelapis kepimpinan yang telah membina kepimpinan dalam era pemuda Pas. Dan kini menonjol diperingkat kepimpinan utama Pas. Syabas dan tahniah. Kemana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi. Bagaimana pula kepimpinan peringkat negeri-negeri? Adakah menjadi teori domino yang akan melanda perubahan kesemua peringkat? Apapun semoga semua peringkat melaksanakan amanah yang telah dibebankan atas batang tengkok masing-masing. Kepimpinan dan maupun ahli memikul amanah untuk membantu dan mendokong mereka kearah membawa bahtera perjuangan. Semoga kepimpinan baru ini, antara veteran dan orang muda, antara ulama dan yang memiliki pelbagai bidang dapat membantu Presiden agar Pas lebih gah dan marak dipersada perjuangannya. Dimana ada kekurangan, lompang agar dapat dibantu. Semoga pintu Putrajaya terbuka buat PR. Jangan leka. Sekarang adalah masa untuk bekerja. Masa untuk merapatkan saff perjuangan. Sudah habis masa berbulan madu. Semoga kita semua dapat membantu Presiden dan kepimpinan kearah matlamat perjuangan. Jangan menambahkan pening beliau sudah le! |
Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh Posted: 06 Jun 2011 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan. Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis. Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu. "Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu. Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu. Menurut Cynthia Gibrael (gambar kanan) , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi. Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat. "Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya. Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis. Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri. Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang. Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda. Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis. Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu. Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia. Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu. Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang. Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini. -Hrkh |
Hisham: Saya tak tahu kegiatan adik Posted: 06 Jun 2011 04:03 AM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu. Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan). "Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," katanya ketika ditemui semasa pelancaran ibu pejabat daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur. Ditanya sama ada beliau menafikan semua dakwaan dalam laporan itu, Hishammuddin berkata: "Itu yang saya katakan. Ya." Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia. "Securency mengupah Haris Onn Hussein dengan harapan beliau akan menawarkan harapan untuk membolehkan mereka akses kepada, dan mempengaruhi, ahli politik tertinggi Malaysia," laporan itu dipetik. Pada masa itu, Hishammuddin merupakan ketua Pemuda Umno dan juga menteri belia dan sukan. -M'kini |
Kempen BERSIH 2 - Pakai baju kuning setiap sabtu Posted: 06 Jun 2011 03:52 AM PDT Sempena dengan demonstrasi BERSIH 2 yang akan diadakan kurang 33 hari saja lagi, aku nak cadangkan kita semarakkan dengan KEMPEN PAKAI BAJU KUNING SETIAP SABTU. Cenangau DaunkariKempen ni pernah dilancarkan lama dulu pada 13 November 2007, dua hari selepas kejayaan perarakan BERSIH yang pertama dulu. Aku yakin kempen macam ni akan bagi lebih semangat untuk orang ramai turut serta dalam demo BERSIH II nanti. Elok sangat kalau kaki demonstrasi boleh pakai baju kuning, lagi baik kalau pakai baju berlogo BERSIH dan lagi baik kalau boleh pakai baju t-shirt BERSIH yang ada tertulis tuntutan bersih kat belah belakang tu. Lagi cantik kalau kita boleh pakai baju tu sambil mengelewaq rata tempat-tempat tumpuan orang ramai macam stesyen bas, pasar, pusat membeli belah, pasar malam dan sebagainya. Aku yakin, kalau hangpa buat macam tu, tentu akan ada yang tersenyum tengok hangpa sambil angkat ibu jari. Aku mula pakai baju kuning BERSIH tu setiap Sabtu dah dekat sebulan, memang sentiasa ada yang senyum tengok aku, sampai ada masa aku heran pasai apa depa senyum, aku terlupa yang aku pakai baju BERSIH. Lagi cantik kalau Pemuda boleh buat program setiap Sabtu, turun ke tempat tumpuan orang ramai pakai baju BERSIH sambil edar risalah. Kalau ramai yang pakai mungkin tak rasa segan sangat. Sebagai ingatan, cuma ada 4 kali Sabtu saja lagi sebelum 9 Julai tu. Makanya elok sangat kalau boleh mula Sabtu ni. Cantik jugak kalau Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru merangkap Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi Pas, boleh buat pelancaran kempen ni Sabtu depan. Ada sapa-sapa yang rapat dengan Bang Mat Sabu boleh usulkan kat dia? |
Awang Adik Syok Sendiri - Husam Posted: 06 Jun 2011 02:12 AM PDT
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu. Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad. "10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor. Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya. Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS. Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara. Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008. Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan. -tvsnews |
Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno Posted: 06 Jun 2011 02:11 AM PDT IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program 'PAS Ganti Umno' menakutkan dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri. Sehubungan itu, setiausahanya, Salman Saleh merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran program besar PAS negeri yang bertemakan 'PAS ganti Umno' di dua lokasi yang terlibat iaitu Zon Utara di Padang Rengas pada 15 Mei yang lalu dan pada 29 Mei, Zon Selatan di Pasir Salak di dalam usaha mengumpulkan seluruh petugas parti bagi tujuan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti. "Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka. "Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN. Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program 'PAS ganti Umno' ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak. |
Yang memaki polis 'bodo' itu si Puteri Umno...... Posted: 06 Jun 2011 02:10 AM PDT .....yang ditangkap khalwat itu pemimpin Umno Terengganu, benarkah begitu? |
Sabu & Mahfuz Di Barat & Utara, Husam Di Timur, Salahuddin Di Selatan Posted: 05 Jun 2011 08:39 PM PDT Husam: PAS akan lakar pelan kemenangan jelang pilihan raya KUALA LUMPUR: Naib Presiden baru Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam berkata pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan ke arah mempersiapkan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13. Ia adalah antara beberapa rangka merealisasikan tema muktamar PAS, 'Membangun Negara Berkebajikan', yang baru tamat, lapor laman berita rasmi PAS, semalam. Ketika ditemui sejurus selepas diumumkan menang jawatan naib presiden itu, Datuk Husam dipetik oleh laporan laman berita Harakah Daily sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan diperincikan di peringkat semua dewan yang sesuai dengan peranan masing-masing. 'Kita akan adakan pelan kemenangan, iaitu setiap dewan akan diberikan peranan dan tugas masing-masing seperti Dewan Pemuda, yang dicadangkan agar lebih fokus kepada daftar pemilih pengundi muda secara berstrategi,' katanya di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad, Taman Melewar, Gombak, dekat sini, baru-baru ini. Mengulas kemenangannya pada pemilihan pemimpin PAS kali ini, beliau menganggap ia sebagai satu kemenangan yang bersifat kolektif. 'Kemenangan ini turut memperlihatkan bahawa tidak timbul isu ulama terhakis kerana dalam PAS tidak berlaku perbezaan dan kami tidak merasakan ada keganjilan. Isu ini sengaja diada-adakan pihak luar yang ada agenda,' jelasnya. Datuk Husam, yang juga exco kanan kerajaan Negeri Kelantan, menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai satu pasukan yang baru muncul untuk membantu Presiden PAS. 'Kami semua adalah satu pasukan yang mahu bersama Presiden kerana kelebihan dan kekuatan pasukan ini adalah performance atau prestasi mereka sebelum ini. Mahfuz (Omar) dari Utara, Salehudin (Ayub) dari Selatan dan saya dari Timur. 'Kami perlukan pembetulan kerana PAS mempunyai tanggung jawab yang besar dan ia satu pasukan yang boleh diterima - saya berharap kami mempunyai kesempatan berbincang di semua peringkat bagi membantu kemenangan,' katanya lagi. Beliau turut menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana. -BHS |
Ulas Kemenangan Mat Sabu - PERKASA Huru Hara buat Kenyataan Posted: 05 Jun 2011 08:36 PM PDT "MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS. Apa kata raja katak Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa? " Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi" (sumber). Itu kata Ibrahim al kataki, rengkasnya raja katak mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pilihan Tuan Guru Nik Aziz dan Mursyidul Am Pas itu pula mengikut kata Anwar. Agaknya keputusan Tuan Guru Nik Aziz `memberi hadiah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau itu pun dek kerana Anwar yang suruh jika mengikut lojik raja katak tersebut. Lihat betapa cerdiknya Ibrahim Ali di dalam memberi komen. Memang wajar Umporno tidak menawarkannya menjadi ahli parti tersebut kerana beliau terlalu bijak. Apa pula kata Pak Syed, Setiausaha Agung Perkasa? Beliau berkata kemenangan Mat Sabu pasti mengecewakan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, puak `erdogan' dan Ulamak di dalam PAS. Ertinya, Mat Sabu bukan dari golongan di atas. Habis tu, Mat Sabu di pihak mana? Mat Sabu tidak menyokong Anwar, tambahnya. Kenyataan Pak Syed ini bercanggah pula dengan raja katak Ibrahim Ali. Mana satu yang betul? Sahih, kedua-duanya dari Perkasa itu tidak betul belaka kerana semenjak bila Perkasa itu betul? Bukankah Perkasa selalu temberang? Nampaknya kali ini Perkasa terlalu ambil berat dengan PAS. Mengapa? Mungkin kerana ingin tumpang publisiti murahan kerana sesiapa sahaja yang mampu memburukkan PAS dan pemimpinnya pasti akan dapat publisiti percuma. Sebelum ini raja katak dapat publisiti percuma apabila `menawarkan' diri untuk berjihad `Perang Salib'. Orang Islam dahulukala sebut `Perang Sabil, atau Fi-Sabilillah', raja katak sebut `Perang Salib' iaitu istilah yang digunakan oleh puak Kristian dahulu. Mahu guna istilah pun tidak tahu, ada hati mahu komen tentang parti lain. Saya nasihatkan kepada raja katak ini, jika mahu sangat `berjihad', paling senang adalah letak jawatan dari kerusi Parlimen Pasir Mas kerana majoriti pengundi-pengundi yang mengundi beliau dulu tidak redha lagi raja katak menenggek di situ. Jika mahu lepaskan kerusi itu pun raja katak tidak berani, usah bicara pasal `mati syahid' atau `berjihad'. Buat malu saja. Memang bercelaru puak pencacai itu sekarang kerana hajat mereka tidak kesampaian. Perkasa pula semakin dijauhi orang dari kaum Melayu, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu. Di dalam PRU ke 13 nanti, raja katak akan sedar dari mimpinya di bawah tempurung. Ketika itu jangan sampai `mati katak' di Pasir Mas pula. /wfauzdin.blogspot.com" |
Pasca Muktamar: Kemenangan Mat Sabu Percepatkan PR Ke Putrajaya Posted: 05 Jun 2011 07:41 PM PDT Laluan PAS: Cabaran buat Umno, peluang bagi Pakatan? Semangat diperlihatkan perwakilan PAS ketika ceramah perdana malam tadi, kira-kira 10 jam selepas keputusan pemilihan pusat diumumkan. — Foto oleh Choo Choy May ANALISIS, 5 Jun — Berdasarkan laporan Harakah hari ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik berkata saf kepimpinan baru parti itu menjadikan jalan menuju ke Putrajaya "makin jelas." "Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi, insya-Allah. Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," kata Menteri Besar yang mengetuai Kelantan sejak 1990. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam reaksinya berkata, muktamar PAS sekali lagi menyaksikan parti tersebut menolak satu persepakatan politik berbaur rasuah dan penyelewengan kuasa pimpinan Umno-BN. Seperti pemilihan sebelumnya, kata Anwar, ahli PAS memilih pimpinan untuk memperkasa parti tersebut demi memperkukuh permuafakatan Pakatan Rakyat - satu kerjasama yang zahir daripada hasrat menjamin kebajikan serta kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia. "Saya, malah terkesan dengan ucapan dasar Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang tegas menyatakan iltizam untuk terus mara bersama Pakatan Rakyat. Tuan Guru Abdul Hadi turut mengungkapkan betapa pentingnya Pakatan Rakyat tuntas mengungkapkan kepada rakyat rancangan seumpama yang terkandung dalam Buku Jingga," kata Anwar yang dilihat sebagai pengikat kerjasama DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Ketua Pembangkang itu, yang berhadapan dengan kes mahkamah sodomi dan dakwaan video seks juga berpendapat bahawa kini PAS yang dipimpin Nik Aziz dan Hadi, ditunjangi pula Timbalan Presidennya yang baru Mohamad Sabu, pastinya mengorak langkah yang lebih jauh bersama Pakatan Rakyat mendepani segala tentangan serta cabaran, terutamanya berhadapan pilihan raya umum ke-13. Selain saf kepimpinan baru yang menyaksikan pemilihan Mohamad dan kembalinya Datuk Paduka Husam Musa sebagai naib presiden, muktamar tahunan kali ini, kali ke-57, menarik perhatian banyak pihak ke arah ucapan dasar Hadi sendiri. Dalam ucapan dasarnya, Hadi nampak telah menekankan tiga mesej penting — menolak pelawaan kerjasama politik Umno-BN, menekankan keperluan negara berkebajikan dengan mengatakan negara Islam tidak disebutkan dalam al-Quran dan mahu PAS memainkan peranan utama dalam tindakan "membersihkan politik" negara ini daripada perilaku dan gejala politik jijik fitnah dan perkauman sempit dibawa Umno-BN. "Marilah kita memurni dan membersihkan siyasah atau politik sebagai satu bidang dan juzu penting dalam kehidupan umat Islam khasnya, dan rakyat seluruh rakyat amnya, dengan membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan Umno-BN di waktu ini. "PAS mesti mengambil peranan utama dalam menjayakan usaha murni ini untuk menamatkan fahaman dan amalan politik matlamat menghalalkan cara seolah-olah politik adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariat Allah," kata Hadi. Melihat perkembangan terbaru ini, pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat "adalah jelas Erdogan berpengaruh dalam PAS atau lebih tepat mereka yang komited dengan Pakatan Rakyat." Kata Aziz lagi, kemenangan itu menunjukkan gagasan kerajaan perpaduan yang dibawa sejak tiga tahun lalu ditolak. "Kemenangan 'Mat Sabu & Co' adalah berita baik untuk Pakatan Rakyat dan berita buruk untuk Umno-BN," kata Aziz lagi. Justeru, kata pakar perlembangan ini, Hadi perlu lebih komited kerana meskipun telah mengatakan kerjasama dengan Umno telah dikuburkan, beliau dan kumpulannya sering mungkir janji. "Contohnya pada muktamar 2008 di Ipoh parti membuat resolusi menolak kerjasama dengan Umno. Tetapi, Hadi meneruskan rundingan dengan Umno di belakang tabir, terbaru sebelum Krismas 2010 yang lalu," kata Aziz sambil menambah, ucapan Hadi dengan itu tidak meyakinkan. "Tetapi dengan kemenangan kumpulan Erdogan, maka Hadi terkepung. Beliau perlu mendengar nasihat kumpulan ini. Dan, Hadi perlu bersedia untuk berundur," katanya. Pemimpin muda DAP Zairil Khir Johari menyifatkan saf kepimpinan baru ini sebagai "kepimpinan dinamik" yang akan memanfaatkan Pakatan Rakyat. "Tak, saya tidak kata saya sudah menjangkakan keputusan ini (yang diumumkan semalam), tetapi saya melihat sebagai barisan pemimpin individu yang dinamik, yang bagus untuk PAS dan Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. "Keputusan ini satu langkah ke depan bagi Pakatan Rakyat," kata anak bekas menteri Kabinet Umno ini ketika ditemui di lokasi berlangsungnya muktamar petang semalam. Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai satu "peluang" kepada Pakatan Rakyat ketika ramai melihatnya sebagai cabaran dan peringatan kepada Umno dan parti-parti rakannya dalam BN. "Kita akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam Pakatan Rakyat, itu yang mereka (kepimpinan komponen Pakatan Rakyat) mengharapkan sebab PAS merupakan rakan yang penting selaku parti yang terbesar dan tertua dalam Pakatan, sudah tentu PAS akan memainkan peranan lebih penting berbanding dulu," kata Ahli Parlimen Tumpat ini kepada The Malaysian Insider. Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian pula melihat saf kepimpinan ini sebagai lapisan yang menonjol selepas gerakan reformasi akhir 1990-an. "Mereka memperoleh amanat daripada perwakilan PAS untuk membawa PAS ke arena politik tengah negara ini. Dengan ini, Umno pula berhadapan dengan cabaran dua serampang," katanya. Pertamnya, kata Ibrahim, ialah soal mengisi jurang kepimpinan yang diharapkan oleh komuniti Melayu dan satu lagi keperluan mengisi harapan pengundi Melayu luar bandar. "PAS tiada masalah berkenaan sokongan Cina dan India, tetapi bagaimana ia boleh mengisi harapan pengundi Melayu khususnya kawasan luar Bandar . . . ini cabaran bagi PAS, malah cabaran kepada Umno akhirnya," kata beliau yang melihat keputusan kali ini sebagai "perkembangan signifikan." -TMI Kemenangan Mat Sabu dan rakan-rakan memperkuatkan dan memperkukohkan Pakatan Rakyat. Ia jelas. Dan siren ke Putrajaya semakin nyata. Dan sememangnya UMNO BN ada sebab untuk merasa cemas. Apa-apa pun yang nyata juga, grand design Ilahi sentiasa menakluki kesemua perancangan manusia. Walau penipuan di dalam apa kaedah sekalipun demi nak pertahankan Putrajaya oleh UMNO BN, Tuhan Maha Tahu dan Maha Melihat, perancangan UMNO BN itu hanyalah sia-sia. Malah sekalipun UMNO BN cuba pertahankan Putrajaya dengan darah sekalipun seperti digambarkan dengan ucapan retorik Najib sebelum ini, persiapan mereka untuk ayuh angkat kaki untuk keluar dari Piutrajaya semacam sudah tidak boleh dielak lagi. -GB |
Liwat II: Cubaan kali ketiga lucutkan hakim Posted: 05 Jun 2011 07:37 PM PDT Selepas selama tiga minggu ditangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan. Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela dirinya selepas Hakim Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkan beliau membela diri kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut. Ia berikutan mahkamah memustuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa.". Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga. Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan maran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu ditolak. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. -M'kini |
BN Cemas : Realiti PAS Ganti Umno Kini Di Ambang Mata Posted: 05 Jun 2011 04:47 PM PDT Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS? MengapaUtusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan Muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku ekoran keputusan ini? Benarkah dalam Muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu? Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah. Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat. Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu. Menurut Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri. Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia. Lantas apa yang dapat disimpulkan daripada laporan media arus perdana akan pemikiran pemimpin Umno, ahli-politik yang tercicir dalam sayembara siasah Malaysia dan media pencacai mereka ialah cemas, kalut dan sedih. Nada cemas dan membuahkan reaksi kalut ini dapat diukur di segi betapa bercelarunya komen yang dikutip oleh akhbar-akhbar pro-Umno ini. Ada di kalangan pemimpin UImno yang meratapi anjakan yang dibuat oleh PAS kerana dikatakan tidak lagi memperjuangkan konsep Negara Islam dan memilih moto Negara Berkebajikan. Jika benar mereka ikhlas dalam memberi komen, maka kini barulah kita tahu bahawa mereka selama ini adalah pengkagum PAS yang mahu menegakkan Negara Islam. Dan, kini mereka amat bersedih kerana PAS beranjak mahu Negara Berkebajikan. Salah seorang dari mereka dari golongan ini adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Rupa-rupanya Utusan dan pemimpin Umno berkenaan cuba belajar dari sejarah. Melihat kejayaan pejuang Islam mengambil alih pemerintahan Turki dari golongan sekular seperti Umno di Malaysia, mereka cuba melekatkan persepsi bahawa golongan ini di bawah payung pemikiran Anwar ibrahim mahu mengambil alih pemerintahan negara daripada Umno yang sekular. Mereka namakan golongan ini sebagai kumpulan Erdogan, sempena nama pemimpin gerakan Islam Turki hari ini. Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno. Cuma cop kumpulan Erdogan ini digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang belum celik perubahan sejarah, betapa Umno yang sekular akan tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang. Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, Zulkifli Noordin yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh Parti Keadilan Rakyat. Entah ilmu mantik apa yang digunakannya, kesimpulan beliau bahawa DAP kini sudah menguasai PAS ternyata ucapan seorang yang "meroyan" . PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik". Mungkin dengan bercakap betapa PAS terlepas peluang pimpinan ulama, Zulkifli berharap ada ulama yang menaruh belas kasihan dan melamarnya untuk masuk PAS seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti tetapi diambil PAS untuk menjadi anak angkat dan disokong bertanding pilihanraya umum ke-12 lalu. Namun bila golongan profesional memimpin PAS, peluang ini tertutup sama sekali. Kasihan Zulkifli si-janda politik. Apa jua logik yang digunakan untuk menafsirkan pemilihan lebih ramai profesional dalam barisan pimpinan PAS itu, ternyata dibuat dari lubuk hati yang cemas dan menghasilkan komen yang kalut dan dangkal. Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka. Jelas betapa sempitnya kefahaman Islam Kickdefella ini. Mungkin beliau tidak faham bahawa kebaikan dan keadilan yang dilaksanakan di dunia ini akan menentukan ganjaran apa yang diterima di akhirat. Sebab itu PAS mahu menegakkan Negara Berkebajikan untuk kebaikan umat di dunia demi mendapat ganjaran syurga di akhirat! Sukar hendak pastikan pandangan insan sebegini sama ada ia bebal, jahil atau semata-mata kerana pintu hati sudah tertutup daripada mengenali kebenaran. Pandangan yang meragu-ragukan seumpama ini dikutip oleh Utusan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. Beliau dilaporkan sebagai mencabar PAS supaya segera menjelaskan pengertian Negara Berkebajikan dan tidak meninggalkan rakyat tertanya-tanya apakah pengertian Negara Islam yang sebelum ini hendak diperjuangkan oleh PAS. Jika benar itu yang dikatakan oleh Dr Juanda, maka ternyata beliau pun tidak jauh daripada kelompok Kickdefella. Cuma jika benar Dr Juanda berkata demikian, maka dia sendiri seharusnya tahu apa hukumnya iaitu, tugas seorang mufti seharusnya turut mengimarahkan konsep Negara Berkebajikan ke cuping telinga pemimpin-pemimpin Umno beragama Islam dan bukan cuba menanam kesangsian di kalangan rakyat mengenai konsep Negara Berkebajikan itu. Namun Awang Selamat, jaguh Utusan, seperti biasa cuba melontarkan sudut pandang yang negatif terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencabar Umno. Kini apabila PAS melangkah untuk membuktikan dinamisme politiknya, Utusan meratapi kekurangan bilangan kepemimpinan ulama dalam PAS. Memang sikap hipokrit. Ini kerana apabila PAS dipimpin ulama, mudah bagi Utusan menggambarkan betapa ulama tidak arifnya kepemimpinan Pas dalam banyak hal tatakelola kerajaan dan isu antarabangsa. Ini memang alur pemikiran umno. Jika rakyat terus dibebalkan dengan hiburan dan kemunduran ekonomi, ia beranggapan bahawa rakyat, khususnya melayu, akan terus bergantung harap kepada umno untuk memelihara dan memperjuangkan nasib dan masa depan ekonomi mereka. Maka Utusan dan media pro-Umno menggunakan logik ini dalam menafsirkan apa yang berlaku dalam PAS. Ternyata andaian atau gagasan pemikiran ini salah, zalim. Malah ia satu penghinaan terhadap dayafikir orang Melayu-Islam yang membuat dalam keputusan memilih barisan pimpinan baru PAS. Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno! -Wira Arjuna |
Kuatkan Media PAS/ Pakatan Rakyat- Husam Posted: 05 Jun 2011 04:43 PM PDT
KUALA LUMPUR : Naib Presiden PAS yang baru terpilih, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan merangka satu pelan kemenangan bagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13. Perkasa media Beliau menekankan peranan dan kemampuan media dalam memastikan pelan kemenangan itu terlaksana."Saya lihat perlu ada peningkatan kemampuan seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno. "Jika ia boleh berlaku bermakna PAS boleh diharap untuk membawa Malaysia kembali kepada landasan yang baik," ujarnya lagi. Ketika diminta bercakap mengenai gambaran gerak kerja PAS dalam menghadapi PRU-13, beliau menyatakan ia merupakan penekanan yang diberikan secara serius. "Fokus segera kita adalah PRU-13 kerana keadaan politik negara kini berada di persimpangan rejim yang korup daripada semua aspek. "Kita kena meningkatkan kemampuan parti seperti media secara gagah dan perkasa untuk bersaing dengan Umno-BN," katanya lagi. Menyentuh ucapan dasar Presiden PAS, beliau merasakan tawaran Negara Berkebajikan adalah munasabah bagi rakyat untuk diterima dan membandingkannya antara tawaran PAS dan Umno. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan