SIASAH |
Demo Bersih, Hishamuddin beri amaran kepada Khairy Posted: 17 Jun 2011 03:23 AM PDT Tindakan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu menyertai demonstrasi Bersih pada 9 Julai nanti disekat oleh partinya sendiri apabila Hishamuddin Hussein memberi amaran perhimpunan oleh Pemuda Umno juga bakal berdepan tindakan polis. Menurut Hishamuddin, sebarang perhimpunan yang tidak mempunyai permit dianggap haram termasuk anjuran Pemuda Umno. Pihak polis menyatakan tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan pada 9 Julai. Khairy sebelum ini mengumumkan mahu menggerakkan perhimpunan anti-Bersih kedua dengan tujuan yang dilihat menyokong pendirian gerakan menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya itu. Umno dan kumpulan propemerintah berpendapat perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai nanti akan mencetuskan masalah sosio-ekonomi dan mampu menjejaskan keselamatan negara. Ratusan laporan polis juga telah dibuat menentang perhimpunan besar-besaran anjuran Bersih. Rancangan perhimpunan Pemuda Umno akan menambahkan lagi bilangan peserta perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tindakan Khairy itu merupakan yang terbaharu menyamai pendirian pembangkang selepas kritikannya terhadap apa yang disifatkan pembaziran oleh kerajaan tidak lama dulu. Ketua Pemuda Umno itu terus menjadi tokoh tidak popular dalam parti disebabkan hubungannya dengan perdana menteri sebelum ini dan peranannya yang didakwa menyumbang kepada kekalahan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum lalu. Tindakan mahu menyertai protes diketuai PAS itu mencetuskan perbezaan pandangan yang hebat dalam partinya, kerana boleh dilihat mewajarkan protes yang ditentang hebat Umno dan Perkasa yang juga mewakili pandangan Umno. |
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan