Watak Cina dalam Komik Najib Berhidung BABI! Posted: 17 Jun 2011 06:15 AM PDT Saya petik: [FMT] PETALING JAYA: Sebuah buku kartun bertajuk 'Transformasi Najib' nukilan Akmar Hisham Mokhles merupakan bahan terbaru yang memperkecilkan masyarakat minoriti di Malaysia.
Kali ini masyarakat Cina menjadi sasaran. Watak anggota masyarakat Cina digambarkan sebagai bermata sepet dan berhidung babi.
"Watak Cina dalam buku ini sengaja digambarkan dengan hidung babi. Seseorang tidak sepatutnya sengaja melukis dengan sedemikian rupa sedangkan etnik lain di dalam buku karikatur ini tidak digambarkan sedemikian," kata Helen Ang kepada FMT.
"Jika anda melihat bahan propaganda berbahasa Melayu dalam Internet, anda akan melihat gambaran masyarakat Cina yang berbaur perkauman ini," tambah Helen yang juga seorang bekas wartawan yang berpengalaman.
Menurutnya, buku kartun 'Transformasi Najib' diedarkan kepada semua peserta yang menghadiri Persidangan Pemblog Malaysia – Rantau Asean pertama dalam bulan April tahun ini.
Buku setebal 109 halaman terbitan Qalif Umar Creative ini mengisahkan kisah hidup Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembaharuan sosio-ekonomi dan politik yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya. Buku terbitan Qalif Umar Creative telah pun dicetak empat kali.
Carian di dalam Internet menunjukkan Akmar merupakan bekas wartawan Utusan Malaysia yang kini bertugas sebagai setiausaha akhbar Najib.
P/s: Ah, saya "kenal" lelaki itu! |
[PANAS] Ajaib, Syarikat Peroleh Kontrak Facebook RM1.8 Juta, Tiada Laman Sesawang! Posted: 17 Jun 2011 04:30 AM PDT
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.
Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya 'akan datang' tidak lama lagi.
Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang 'konsultan', Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan.
Laman web Impact Creations Sdn Bhd boleh dicapai di sini.
P/s: HABIS TERBURAI! KRONI MENTERI!
|
Isu Kartun Utusan Hina Hukum Islam: Kenyataan Akhbar Dewan Ulama PAS Pusat Posted: 17 Jun 2011 02:00 AM PDT
Saya petik:
Kenyataan akhbar Dewan Ulama PAS Pusat (16hb Jun 2011)
Mengutuk Penyiaran Karikatur Utusan Yang Menghina Undang-undang Islam. Secara konsisten Utusan secara terus menerus memburukkan lagi imej Islam di kalangan rakyat Malaysia. Utusan terus merelakan dirinya untuk diperalatkan untuk menjadi talibarut dan lidah kepada United Malays National Organisation (UMNO). Nampaknya kelibat UPCO semakin menyerlah dari semasa ke semasa dalam membentuk minda yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan memberi amaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dilaporkan berlaku dalam salah satu pilihanraya kecil baru-baru ini. Pada kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. Kali ini dilakukan oleh salah sebuah institusi akhbar yang mengaku bahawa dirinya mewakili umat Islam di Malaysia. Kali ini sasarannya pula agak berlainan kerana sasaran mereka adalah umat Islam. Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-UMNO iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS. Tapi rakyat Malaysia sudah lama tahu tentang permainan jijik utusan-UMNO ini. Dewan Ulama PAS percaya rakyat Malaysia sudah pun cerdik dan bersedia melakukan perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang untuk membalas keceluparandan kebiadapan Utusan-UMNO ini!
Dewan Ulama PAS Pusat memandang serius sikap Utusan-UMNO yang mendalangi penyiaran kartun yang mempersendakan Islam yang disiarkan dalam akhbar tersebut. Daripada karikatur tersebut dapat difahami bahawa utusan seolah-olah ingin menggambarkan bahawa mendatangkan 4 orang saksi dalam kes rogol adalah melambangkan kezaliman. Malangnya ianya di tatapi oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Inilah wajah UMNO yang sebenar ! Utusan-UMNO lansung tidak mengambil pengiktibaran terhadap siri karikatur yang menghina Islam di barat suatu ketika dahulu. Di mana umat Islam seluruh dunia menzahirkan kemarahan mereka dijalan-jalan raya terhadap kebiadapan tersebut.
Pihak utusan-UMNO hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil. Ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh. Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat. Sekiranya pembuktian ini dipandang ringan maka akan ramailah yang akan menjadi mangsa pertuduhan palsu sepertimana yang kita saksikan dalam senario politik negara kita sejak mutakhir ini. Penggunaan peralatan teknologi moden mungkin mendedahkan kita kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bukan sepatutnya. Oleh kerana itulah mendatangkan penyaksian seramai empat orang saksi adalah suatu perkara yang sangat penting dalam menghukum mereka yang benar-benar bersalah. Sekiranya si pengadu tidak mempunyai pembuktian yang sewajarnya maka si pengadu boleh menyerahkan bukti yang seadanya dan menyalurkan aduan itu kepada pihak yang berwajib agar ianya dapat disiasat secara terperinci oleh mereka yang benar-benar pakar di dalam bidangan terbabit dan akhirnya dapat menjejaki si penjenayah yang sebenar! Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan maruah mereka yang tidak berdosa. Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya. Itulah prinsip Islam yang sebenar dan kerana itulah PAS menentang keras undang-undang menangkap seseorang tanpa perbicaraan dan bukti. Ianya bukan sahaja prinsip Islam tetapi prinsip yang turut diamalkan oleh para pengamal undang-undang seluruh dunia. Sekiranya pengaduan boleh dibuat sesuka hati tanpa bukti yang kukuh nescaya akan rosaklah sistem institusi kemasyarakatan yang mulia ini. Sebahagian kesannya telah pun kita saksikan pada hari ini lantaran tuduhan yang mengaibkan orang lain tanpa bukti. Qaedah Feqhiyyah ada menyebut " la dharar wala dhirar" yang membawa maksud bahawa Islam bukan sahaja menghalang sesuatu kemudharatan itu daripada berlaku pada permulaannya bahkan menghalang agar kemudharatan itu tidak tersebar luas tanpa penghujung dalam sesuatu institusi masyarakat yang akhirnya mengundang ketidakstabilan dalam menjaga hak dan maruah manusia yang mulia.
Dengan itu Dewan Ulama Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya lakaran kartun yang biadap ini. Dewan Ulama PAS mendesak pihak utusan agar melutut meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia terutamanya atas tindakan yang sangat biadap ini! Seolah –olah utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh. Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah bermula dari ayat ke 13 ketika memperihalkan tentang tuduhan yang dilemparkan kepada pendokong Islam bahawa mereka adalah golongan yang bodoh( mudahan mereka tidak termasuk dalam golongan tersebut). Allah menerangkan perihal golongan ini yang bermaksud : "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama dengan kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok dan mempermainkan (akan orang-orang yang beriman). (14) Allah s.w.t pasti akan membalas olokan dan mainan mereka itu serta membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Dewan Ulama PAS menyeru supaya pihak Utusan-UMNO terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya itu seterusnya meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. Dewan Ulama PAS juga turut mendesak agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera serta mendakwa mereka yang terlibat atas penghinaan terhadap Islam, di samping memberikan nasihat dan amaran kepada Utusan dan mana-mana individu atau institusi supaya jangan sama sekali mempersendakan agama Islam ini samada melalui ucapan, tulisan dan tindakan apatah lagi sekiranya jenayah itu dilakukan secara terbuka. Jangan sampai rakyat Malaysia hilang kepercayaan mereka terhadap institusi agama di negara ini dek kerana sikap kita.
|
[Kemas Kini] UMCO Berjaya Melindungi Pengaruhnya di Masjid P. Pinang Buat Sementara Waktu Posted: 17 Jun 2011 01:15 AM PDT
Pemilihan jawatankuasa kariah masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim lapor TMI.
Beliau berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.
"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini, Bernama melaporkan sebanyak 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4 530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.
Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.
Abdul Malik juga berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
P/s: Seperti yang dijangka, UMCO akan menggunakan apa-apa sahaja cara untuk menghalang pemilihan ini yang sudah tentu menjejaskan pengaruhnya di masjid.
|
Felda Kena Saman RM344 Juta!!! Posted: 17 Jun 2011 12:45 AM PDT
Saya petik: [MK] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.
Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.
Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.
Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.
Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.
Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.
Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua.
Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.
Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.
Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja.
|
Wow, Al Ustazz Perkasa dan Al Ustazz Jurublog UMCO "FATWAKAN" Utusan Tidak Menghina Hukum Islam! Posted: 16 Jun 2011 11:35 PM PDT Beberapa orang cerdik agama ada berhujah dalam blog/portal tentang perbezaan zina dan rogol. Mengapa zina tidak boleh disamakan dengan kes rogol? Mengapa kes zina memerlukan empat saksi, manakala kes rogol memerlukan bukti? Anda boleh baca di sini, di sini, dan di sini. untuk mendapatkan gambaran lanjut.
Saya petik sedikit kata-kata SU Agung Persatuan Ulama Malaysia, "Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu. Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham."
Sebenarnya, kisah penghinaan hukum Islam ini dapat kita baca sejak tersebarnya video fitnah Mac lalu di blog-blog pro-UMCO. Kalau anda rajin menjenguk blog-blog yang "bertuhankan" UMCO, anda tentu biasa membaca artikel yang ditulis berlandaskan logik akal mereka berkaitan dengan hal ini. Sampai ada yang menggantikan 4 saksi kepada DNA, video, dan sebagainya. Baru sebentar tadi, seorang pengunjung memberikan komen pada artikel tentang lelaki lahanat yang merogol anak jiran dan mencabul anak kandungnya. Katanya "bayangkan kalau dia minta 4 orang saksi....mesti lepas punya...". Walhal saya ada memautkan beberapa artikel yang menyentuh isu perbezaan zina dengan rogol dalam blog ini dalam kiriman sebelumnya, namun orang yang gelap hatinya, yang taksub kepada dakyah jurublog UMCO enggan menerima hujah atau membaca artikel-artikel tersebut.
Hari ini al ustazz Perkasa dan al ustazz jurublog UMCO seperti yang disiarkan oleh keratan akhbar di atas cuba menjustifikasikan penyiaran kartun yang menghina hukum Islam di Utusan. Semalam al ustazzz Zul Kulim telah menulis perkara yang sama di blognya. Tulisannya langsung tidak ubah seperti tulisan pencacai UMCO. Persoalannya, siapa mereka mahu memberikan pandangan? Kata al ustazz Perkasa, karikatur bertajuk Kekeliruan Kes Rogol tidak menghina Islam sebaliknya, mahu menyindir pihak yang terlalu obses serta takut untuk menghukum pemimpin politik yang melakukan zina. Kata SUnya, sindiran tersebut wajar dibuat kerana terdapat golongan yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, sanggup membela dan menutup sebelah mata mengenai kesalahan zina, meskipun segala bukti jelas mendedahkan aksi jijik tersebut.
Pertama, apa kelayakan si Syed Hassan Syed Ali atau jurublog kaki fitnah ini untuk bercakap soal hukum sedangkan Persatuan Ulama Malaysia yang mempunyai kelayakan sudah menegaskan bahawa kartun itu menghina hukum Allah? Kedua, siapa pemimpin yang dikatakan berzina itu? Jika tuduhan/fitnah dilemparkan kepada DSAI, apa bukti mereka berkata demikian? Sehingga kini, polis masih berdolak-dalik tentang pelaku dalam video itu. Mereka pun tidak berani menyebut nama pelaku video itu. Jika benar polis dapat mengesahkan pelaku dalam video itu, sudah lama PDRM mengumumkan secara rasmi di media. Anda fikir PDRM akan berdolak-dalih jika mempunyai mereka mempunyai bukti yang kukuh mengaitkan DSAI dengan video fitnah itu? Namun sehingga kini, mereka hanya berdolak-dalik! Apa bukti yang mengatakan DSAI berzina, melainkan tuduhan yang dibuat itu hanya fitnah semata-mata? Jika ada bukti, maka buatlah pertuduhan di mahkamah syariah. Apa susah-susah?
| Persoalan mudah: Siapa malaon yang berlakon sebagai DSAI pada video yang kononnya dirakam pada 21/2? Sila lihat perbezaan yang terdapat pada gambar! |
Manakala jurublog UMCO seperti yang dipetik oleh akhbar itu hanya memeprtahankan karikatur tersebut, tanpa memberikan hujah dari sudut agama. Yang pelik, sehingga kini, tuan mufti yang ditugaskan menjaga hal ehwal agama langsung tidak bersuara. Walhal isu yang dipersendakan melibatkan hukum Allah. Adakah kerana yang membuat angkara itu akhbar UMCO, maka mereka menikus takut untuk bersuara? Majlis Fatwa Kebangsaan pula apa cerita? Takut juga? Jika begitu halnya, pandai-pandailah menjawab nanti! Kalau orang melabelkan anda sebagai "syaitan bisu", janganlah pula melenting!
|
Lelaki 4 Isteri, 15 Anak Cabul Anak Kandung, Rogol Anak Jiran Posted: 16 Jun 2011 06:45 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: [BH] KUANTAN: Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya.
Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan dilakukannya.
Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya.
Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.
P/s: Seorang lagi lahanat yang patut dicantas anunya! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan