Biaqpila |
- Kita lawan sistem pilihanraya kotor, bukan polis
- Najib pun tak berani buat pilihan raya tahun ini !
- ORANG NAK BERJIMAK DEPA PUN NAK BERJIMAK
- CIKGU PENGSAN 4 KALI KETIKA PERIKSA KERTAS JAWAPAN
- Namakan Mereka Nama Yang Indah
- TERKINI: BLOGGER UMPORNO DITAHAN KERANA MUATNAIK VIDEO SEKS
Kita lawan sistem pilihanraya kotor, bukan polis Posted: 17 Jun 2011 03:00 PM PDT JASIN, 17 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia. "Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis. Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi. Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut. Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia. "Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya. Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil. Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini. Turut berceramah pada program tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin dan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San; Ketua Pemuda PAS negeri, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Jasin, Kamarudin Sidek. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Najib pun tak berani buat pilihan raya tahun ini ! Posted: 17 Jun 2011 08:00 AM PDT Oleh Dinsman Kemana-mana pergi orang masih lagi bercakap pasal kemenangan angkatan baru dalam PAS yang diketuai Mat Sabu. Suasana dan moodnya agak lain macam sedikit. Tak tahu kenapa! Terasa macam semua orang bergembira dengan kemenangan angkatan atau kumpulan baru ini. Entah saya yang terasa begitu kerana saya memang sukakan orang-orang ini, atau memang betul ada suasana dan mood yang begitu, tak dapatlah nak dipastikan. Tapi tengoklah ucapan Tok Guru Nik Aziz sendiri malam itu di Taman Melewar. Jelas dan terang menampakkan kegembiraannya menyambut kemenangan Mat Sabu, hingga dibandingkannya dengan panglima perang Islam Khalid Ibn Walid dan graduan yang pulang dari Mesir, bagi menegaskan yang Mat Sabu lebih memahami Islam daripada mereka. Malah Tok Guru Nik Aziz juga mengatakan dengan kemenangan Mat Sabu ini orang-orang Umno akan tak lena tidur. Begitu besar sekali impaknya. Maka ketika berbual-bual di sebuah restoran dengan kawan-kawan orang filem dan drama, (kebetulan mereka ada yang sedang meninjau lokasi untuk filem baru mengenai fenomena rock 80-an, dan ada kawan yang sedang merancang sebuah videoklip atau dokumentari pendek kempen pilihanraya PR), saya mengatakan: "Dengan kemenangan Mat Sabu dan angkatan baru PAS ini, Najib tak akan berani buat pilihan raya dalam tahun ini." "Mana dia nak berani," sambut seorang pengarah filem dari Melaka, yang kebetulan juga ahli PAS, "itu yang baru menang semua tu samseng PAS tu!" Nah! Mat Sabu, Salahuddin, Husam, Mahfuz, Mazlan Aliman dan Dr Hatta itu diistilahkan-nya sebagai "samseng PAS". Tapi kita jangan terkejut. Ini istilah di kalangan rockers dan orang-orang filem angkatan baru. Pengertiannya baik dan positif Maksudnya ialah orang-orang yang berani, handal, cerdik, ikhlas, tak takut ditangkap, pernah ditahan ISA, pernah masuk penjara, tak teragak-agak untuk mengambil keputusan yang agresif, atau turun berdemonstrasi di jalanraya. Itulah imejnya bagi golongan seniman yang agresif itu. Bagi golongan rakyat kebanyakan pula mereka itu adalah pemimpin-pemimpin yang berjiwa rakyat. Mereka adalah pejuang rakyat yang telah terbukti sanggup berkorban demi kepentingan rakyat Begitulah, nampaknya PAS pasca-muktamar 57 ini sedang memasuki satu era baru, yang menjanjikan beberapa harapan baru. Bukanlah Mat Sabu, Salahuddin, Husam dan Mahfuz yang membawa PAS memasuki era baru ini, tetapi ahli-ahli PAS yang memilih mereka itulah yang secara ramai-ramai telah membuat keputusan berani untuk melakukan perubahan. Mereka telah memilih satu angkatan pimpinan yang mereka percaya mampu untuk membuat perubahan. Bukan soal label ulama atau professional yang menjadi pertimbangan. Hal itu mereka letak sebelah dulu buat masa ini, kerana ada perkara yang lebih penting daripada itu. Seperti saya katakan dalam keluaran lalu: Realiti politik hari ini. Pengalaman dalam pilihan raya umum yang lalu dan dalam beberapa pilihan raya kecil, serta berita-berita yang mendedahkan kerja-kerja jahat pihak Umno-BN yang mengkhianati dasar dan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan, seperti memberi kerakyatan sewenang-wenang kepada pendatang asing semata-mata untuk mendapatkan undi mereka, dan sebagainya – itu semua yang mencorakkan sikap dan pemikiran rakyat, khasnya ahli-ahli PAS, bahawa yang diperlukan hari ini adalah tokoh-tokoh yang memiliki sifat-sifat mirip 'samseng' seperti Umar al-Khattab yang agresif itu, untuk mengubah keadaan. Syabas ahli-ahli PAS! Sekarang muktamar telah selesai. Pemilihan sudahpun dibuat. Yang menang bergembiralah sekejap kerana menang. Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sedang menanti. Manakala yang kalah pula tak perlu bersedih, kecuali kalau anda mempunyai niat dan kepentingan peribadi seperti kebanyakan pemimpin Umno. Harap-harap tidaklah ya! Ruang untuk berjuang dan berbakti sedikit pun tak berkurang kerana kekalahan itu. Alhamdulillah, di sini PAS menunjukkan satu perbezaan yang besar dan jelas dibandingkan dengan Umno. Kematangan dan kewajaran berpolitik dalam Islam. Ada had dan batas-batasnya. Makanya pimpinan PAS tidak pernah bimbang untuk menghadapi pemilihan, padahal di pihak Umno mereka sanggup menunda agenda pemilihan pimpinan mereka kerana bimbang ia akan menjejaskan gerakkerja pilihan raya. Di sini saja pun boleh dinilai ciri-ciri keIslaman PAS dan ciri-ciri keIslaman Umno (kerana masih ada orang Melayu yang percaya Islam Umno itu lebih baik daripada Islam PAS). Dan di sini juga sepatutnya orang-orang Umno memperhatikan ciri-ciri politik PAS dan mengapa PAS tidak memisahkan politik dengan agama. Ada perbezaan antara ciri-ciri politik PAS dengan ciri-ciri politik Umno, dan perbezaan itu boleh dilihat dalam cara mereka menghadapi dan melalui proses pemilihan pemimpin. Dalam PAS mereka melakukannya kerana kepentingan agama, dan berdasarkan nilai dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam. Bukannya kerana kepentingan peribadi atau untuk merebut peluang membuat harta dan kekayaan material. Tetapi apakah dalam Umno mereka mengadakan pemilihan pemimpin kerana kepentingan agama, dan menghadapi serta melalui prosesnya berdasarkan nilai dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam? Jawapannya adalah tidak. Sebab itulah mereka tidak pernah memahami kenapa PAS tidak mahu memisahkan politik dengan agama. Ini adalah asas perbezaannya. Dan agak menghairankan di kalangan ilmuan Islam kita pun masih ramai yang menyokong supaya politik di negara ini hendaklah dipisahkan dari agama. Mereka memahami politik itu dengan fahaman dari Barat. Itulah masalahnya. Pemikiran masih tidak merdeka daripada pengaruh Barat. Tetapi cubalah fakir – wajarkah orang Islam berfikir dengan pemikiran Barat yang menolak Islam? Dan sekarang kita mempunyai "samseng-samseng PAS" ini sebagai pemimpin, bagi menghadapi golongan yang masih enggan berfikir dengan pemikiran Islam itu, dan enggan menerima hakikat yang rakyat negara ini sudah menolak kepimpinan mereka, dengan bergantung pada undi-undi 'hantu' yang pelbagai jenis itu. Kalau istilah 'samseng' ini pun akan dimanipulasi oleh mereka, ingatlah suatu ketika dulu kita pernah kecoh sekejap dengan isu "Tuhan samseng", ekoran mereka itu tidak memahami fikiran kita, disebabkan mereka berfikir ikut pemikiran Barat, sedangkan kita berfikir mengikut pemikiran Islam seperti yang terdapat dalam Quran dan Sunnah. (Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my DD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
ORANG NAK BERJIMAK DEPA PUN NAK BERJIMAK Posted: 17 Jun 2011 05:00 AM PDT DEY MACHA!!! ORANG NAK BERAK DEPA NAK BERAK ORANG NAK MAIN DEPA NAK MAIN ORANG NAK BERJIMAK DEPA NAK BERJIMAK ORANG NAK BERDEMO DEPA PUN NAK BERDEMO KAH! KAH! KAH! Pemuda Umno Akan Anjurkan Perarakan Pada 9 Julai PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin. Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih. Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia. Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas. Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata. Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.-mstar SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
CIKGU PENGSAN 4 KALI KETIKA PERIKSA KERTAS JAWAPAN Posted: 17 Jun 2011 12:00 AM PDT Soalan Peperiksaan: Jawab soalan dengan jawapan yang betul. Berikan 3 fadilat ketika ziarah orang sakit. Jawapan yang diberikan oleh pelajar ni: orang yang sakit selalu minum ubat orang yang tak sakit selalu duduk rumah kalau tak sakit jangan naik motor kalau jatuh motor baru sedar diri DEY MACHA!!! MANA BUDAK KASI TULIS INI MACAM PUNYA JAWAPAN BETUL-BETUL UMPORNO KELAS SATU PUNYA OTAK PENGSAN...PENGSAN...DAPAT MURID INI MACAM KAH! KAH! KAH! TAKPA DIK,BELAJAQ RAJIN-RAJIN TERUSKAN USAHA MURNI SEMURNI USAHA NG YEN YEN, MANA TAU BESAQ NANTI DAPAT TENDER BUAT PAGE FESBUK CUTI-CUTI, Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia BOLEH LA PERABIH LAGI RM 1.8 JUTA KAH! KAH! KAH! SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Namakan Mereka Nama Yang Indah Posted: 16 Jun 2011 09:00 PM PDT Setiap pasangan ibu bapa idamkan sesuatu yang istimewa terhadap cahaya mata mereka. Lalu pelbagai usaha dilakukan agar cahaya mata meleka lahir dengan sempurna dan diberikan keperluan secukupnya. Ada yang yakin dengan membaca surah Yusuf ketika bayi dalam kandungan, bayi itu akan sempurna rupa parasnya sebagaimana Yusuf Alaihissalam.. begitu juga yang idamkan anak perempuan dengan surah Maryam. Baguslah, jika amalan ini dilakukan kerana membaca ayat2 suci al-Quran itu adalah ibadah namun janganlah terlalu bergantung harap kerana lain pula jadinya jika sesuatu yang diinginkan tak tercapai. Selain itu, sesuatu yang ibu bapa sentiasa berfikir ketika bayi mereka masih dalam kandungan ialah tentang nama anak mereka. Kerana nama yang telah diberikan akan terpahat pada diri setiap manusia hingga di Padang Mahsyar kelak. Namun begitu, adakah semua ibu bapa mengambil berat tentang makna nama yang telah mereka berikan kepada anak mereka. Tak kisah lah dalam apa jua bahasa asalkan tidak tersalah pilih. Sebagai adatnya, rata-rata nama anak-anak Melayu di Malaysia menggunakan bahasa arab pada kebanyakannya. Dan agak biasa permulaan nama bagi lelaki ialah Muhammad (atau apa jua cara tulisannya), Ahmad, Abdul ~, dan sebagainya. Bagi perempuan pula kebiasaannya dimulakan dengan Nur, Siti, Nurul ~, dan lain-lain. Ini mungkin dipengaruhi oleh kedatangan masyarakat Arab yang datang berdagang di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Namun, tak kurang juga yang meletakkan nama Melayu pada anak mereka contohnya Tuah, Megat, Melati, Bunga, dan selainnya. Tak kisah lah asalkan maknanya baik dan indah. Walau bagaimanapun, hak ibu bapa untuk meletakkan nama pada zuriat mereka harus diteliti tentang maknanya kerana nama juga mempengaruhi kehidupan mereka ketika anak-anak mereka meningkat dewasa. Jangan tersalah letak nama kerana ini mungkan akan menimbulkan aib kepada anak-anak tersebut. Contoh-contoh nama yang agak selalu didengar dan tidak sepatutnya diletakkan pada nama manusia adalah seperti: 1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :
aulakalimah SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
TERKINI: BLOGGER UMPORNO DITAHAN KERANA MUATNAIK VIDEO SEKS Posted: 16 Jun 2011 06:00 PM PDT DEY MACHA!!! BILA NAK TEGUR HAI KEPADA BLOGGER UMPORNO YANG UPLOAD VIDEO SEKS? KAH! KAH! KAH! DENGAN UMPORNO NAK TEGOQ PUN TAK BERANI APATAH LAGI NAK AMBIK TINDAKAN KAH! KAH! KAH! BLOGGER UMPORNO DITAHAN KERANA MUATNAIK VIDEO SEKS, ERRR......DITAHAN DARIPADA DIAMBIL TINDAKAN KAH! KAH! KAH! DOUBLE CHEESE PUNYA DOUBLE STANDARD KAH! KAH! KAH! SKMM TEGUR KOMEN DI SABAHKINI.NET Saudara Pengarang, PIHAK Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan kandungan dan komen-komen yang terdapat didalam blog tuan yang mana ada mempunyai unsur penghinaan terhadap inidvidu tertentu dan tidak sensitif terhadap isu-isu agama atau kaum. Maklumbalas yang diterima juga mengulas bahawasanya pihak tuan tidak bertanggungjawab dalam mengawal atau mewujudkan artikel-artikel yang sihat menjadikan laman blog ini sebagai landasan bagi menjatuhkan dan memalukan orang lain. Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) "sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain". Oleh yang demikian, pihak tuan juga diminta agar mengambil perhatian yang sewajarnya bagi memastikan topik-topik dan intipati perbincangan yang dibuat di dalam laman forum ini tidak bercanggah sama sekali di bawah AKM serta undang-undang lain yang terpakai di dalam Malaysia. Sekian, terima kasih. Bagi Pihak Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Jabatan Pengawasan dan Pematuhan Kandungan Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya, Malaysia Tel: +603 8688 8000 Fax: +603 8688 1003 Emel: crd@cmc.gov.my SABAHKINI SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan