Ahad, 26 Jun 2011

SharpShooter

SharpShooter


Pakai dan jual baju BERSIH ditangkap, blog sokong BERSIH juga akan ditangkap?

Posted: 26 Jun 2011 01:41 AM PDT


Gila...dah memang gila...umporno dan polis apco dah gila...meroyan meraban tandanya akan dikapankan...Pakai baju KUNING BERSIH kena tangkap....jual baju KUNING BERSIH kena tangkap...Sebagai sokongan kepada BERSIH, sharpshooter tukar warna blog kepada KUNING BERSIH....sharpshooter menyeru kepada semua blogger yang menyokong BERSIH tolak KOTOR, KUNINGKAN blog dan laman web anda tanda sokongan...

Kelmarin di Kepala Batas 31 rakyat ditahan kerana memakai baju KUNING BERSIH. Hari ini mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata polis apco umporno.

Semalam mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0, yang dijadualkan akan diadakan 9 Julai.

Mereka terdiri daripada 14 wanita dan 17 lelaki dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam percakapan.

Bagaimanapun seorang yang ditahan telah dibebaskan kerana bawah umur.

Pada sidang media di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar yang dipetik saluran Astro Awani berkata, perintah tahanan reman dipohon bagi siasatan mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122," kata beliau.

Seksyen yang sama pernah digunakan dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah.

Polis mendapati perhimpunan yang dirancang itu juga cuba membawa semula fahaman komunis kerana pihaknya menemui bahan berkaitan dengan pertubuhan yang telah diharamkan itu.

Ketika ditahan semalam, polis turut merampas beberapa sepanduk, risalah dan kemeja-T yang didakwa menghasut.

Ya kami memang menghasut rakyat untuk gulingkan kerajaan umporno b-end, memang itu kerja pembangkang sama seperti pembangkang umporno di Pulau Pinang yang berdemo untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Anwar juga turut memakai warna baju KUNING sebagai tanda sokongan kepada BERSIH. Hanya KOTOR, PENGOTOR dan MENGOTORKAN akan tolak BERSIH.


Ek eh..mana pula hilangnya perut boroi Anwar seperti dalam video umporno? Anwar sapu krim apa dan pakai ubat apa untuk cepat hilangkan perut boroi..hahahahaha...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umporno cabul undang2

Posted: 25 Jun 2011 07:52 PM PDT

Pencabulan kepada kebebasan bersuara, melahirkan pendapat dan hak berhimpun di Malaysia saban hari semakin parah.

Apa yang berlaku semenjak beberapa hari lepas memperlihatkan ketakutan 'ngeri' pemerintah di Putrajaya. KEADILAN Selangor mushkil, apakah taraf demokrasi di negara ini yang sudah pun satu anak tangga dibawah kedudukan Myanmar mahu di pecah rekodkan dalam 'Malaysian Book of Record, hingga ke taraf Mesir era Hosni Mubarak?

Kes pertama; penjualan baju kuning Bersih 2.0 seolah-olah ia dadah larangan setaraf heroin dan kokain!. Seorang pemuda yang berniga baju ini di ceramah JELAS 2- Tawan Malaysia! anjuran Pakatan Rakyat Sepang dihalang menjualnya, malah ditahan dan disoal siasat. Semua penceramah di cari dan di siasat kerana di dakwa menpromosikan Bersih 2.0 yang dikatakan 'haram' diadakan.

Kes kedua; penangkapan beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda PAS sehari dua ini hanya kerana berpakaian baju T berwarna kuning Bersih 2.0 di Shah Alam dan Klang merupakan satu penghinaan yang maha besar oleh institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada Kedaulatan Undang Undang dalam Rukun Negara. Bahkan penghinaan tanpa selindung kepada Perlembagaan Negara!

Ajaibnya ratusan laporan polis oleh pelbagai pihak keatas video cakera padat karya Dato T disepikan begitu sahaja tanpa apa apa tangkapan selain penayangnya. Amat memalukan negara, 'kepala wayang gambar' ini hanya dikenakan hukuman minima berbanding seorang pemandu bas yang dikenakan penjara tiga tahun. Dunia sedang melihat keadilan 'ala Malaysia'.

Kedua dua tindakan itu, samada trio Dato T mahupun pemandu bas adalah salah, namum hukumannya sangat jelas memperlihatkan perbezaan 'antara dua darjat'. Rakyat bertanya, kemana rasa malu rakyat Malaysia hendak di sorok dengan keputusan ini?

Kes ketiga; penahanan 7 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Johor, 31 orang lagi di Pulau Pinang kerana mengedar risalah berkaitan Bersih 2.0, memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0 dan berhasrat berceramah menerangkan tentang hak serta kebebasan rakyat di kira sudah sama tarafnya dengan gerakan komunis zaman 40an.

Pelek pada rakyat, mereka yang berbaju lengkap di tangkap, manakala yang berbaju sendat dan separuh bogel bebas berjalan kemana mana tanpa seorangpun ulamak UMNO menegur perbuatan itu!

Mengapakah pihak berkenaan rela diperlakukan bagaikan 'gurkha Nepal zaman penjajah' kepada pihak yang berkepentingan sedangkan tugas utama pasukan keselamatan adalah menjaga rakyat?

Rakyat berhujah, tindak tanduk polis Malaysia kebelakangan ini tidak ubah seperti polis Israel yang menyekat kebangkitan rakyat Palestin satu ketika dahulu. Pastinya ia adalah mengikut selera pimpinan UMNO BN.

KEADILAN Selangor ingin melihat PDRM maju kehadapan dalam soal membela dan melindungi rakyat. Mana mungkin di zaman globalisasi moden ini apabila cahaya demokrasi sudah mampu terpancar di negara negara yang dahulunya di kuasai oleh individu yang gila kuasa seperti Hosni Mubarak di Mesir dan Zainal Ebidin Ben Ali di Tunisia, rakyat di Malaysia berasakan sedang dimalapkan dalam kegelapan demokrasi akibat tindakan PDRM! - semestinya atas arahan sang penguasa di Putrajaya.

Khayalak teramai rakyat kini tidak lagi dapat menerima peraturan baru 'pengharaman' pemakaian baju T Bersih 2.0! Apakah ini satu jenaka yang cuba di sogok oleh PDRM kepada rakyat? Ingin ditekankan bahawa pencabulan ini mesti di tentang dan dihentikan! Hanya negara kuku besi sahaja yang memaksakan 'peraturan gila' seperti ini!

KEADILAN Selangor juga ingin bertanya mana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam pencabulan ini? Usah dibiarkan hak asasi rakyat 'di pijak hancur sampai lumat' oleh mereka yang berkepentingan! Sewajarnya pihak SUHAKAM melakukan sesuatu jika tidak mahu di lihat bersekongkol.

KEADILAN Selangor menyarankan agar Biro Antarabangsa Parti membawa perkara ini ke pengetahuan mesyarakat antarabangsa sesegera mungkin jika SUHAKAM gagal bertindak.

Kesemua kes yang berlaku menampakkan bahawa 'peraturan' dikuatkuasakan mengikut kehendak UMNO / BN demi kepentingan politik mereka. Alasan 'mengikut arahan' bukan 'undang undang' yang mesti dipatuhi. KEADILAN Selangor akan terus menyokong perhimpuan aman rakyat 9 Julai ini dan akan memastikan mobilisasi 70,000 anggota KEADILAN Selangor ke himpunan Bersih 2.0 berjalan lancar.

Pihak berkuasa boleh menahan, boleh menangkap, boleh mendakwa dan penjarakan semua orang kanan Bersih 2.0, namun tiada kuasa yang dapat menyekat semangat dan kebangkitan rakyat!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

30 rakyat ditahan di IPD Kepala Batas hanya kerana memakai baju BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 04:49 AM PDT

30 rakyat yang memakai baju BERSIH kini ditahan di IPD Kepala Batas, Pulau Pinang.

Saudara Chung Khai adalah di antara yang ditahan di IPD Kepala Batas, sehingga berita ini ditulis mereka belum lagi diambil sebarang kenyataan.

Mereka sengaja ditahan polis apco umporno untuk melumpuhkan kempen mereka yang sepatutnya berceramah di Sg Ara malam ini.

Polis apco umporno kini dilanda wabak demam KUNING, mereka terlalu fobia dengan warna KUNING, adakah polis apco umporno mahu menghina warna KUNING warna Raja Raja Melayu?

Tenyata hanya orang yang KOTOR dan MENGOTORKAN sahaja yang tidak mahu BERSIH..ayuh kita BERSIHKAN mereka yang KOTOR pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Pemuda umporno kononnya juga akan turun pada hari yang sama sebagai "berok jalanan sumpahan khairy" dengan memakai baju merah..

Kuning merah...merah kuning..jangan marah nanti pening..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: