Ahad, 26 Jun 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Belanja lawatan rasmi Najib 2011 lebih RM900 ribu sebulan

Posted: 26 Jun 2011 12:52 AM PDT

BUAH tangan dari parlimen untuk pembaca MiLo SuaM hari ini. Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri yang korang sayangi untuk setengah tahun ini (Jan hingga Jun 2011) melebihi perbelanjaannya sepanjang tahun 2010. Laporan menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.


Kalau kita lihat, gaji bulanan Perdana Menteri Najib ialah RM22,826.65 sebulan [myMetro]. Namun beliau menghabiskan lebih RM 900 ribu atau lebih 40 kali ganda gajinya setiap bulan sejak Januari tahun ini untuk lawatan.


Setakat RM 5 juta untuk lawatan, apalah sangat bagi seorang Perdana Menteri seperti Najib. Sebelum ini Najib menghabiskan RM65 Juta untuk mengubahsuai kediaman rasminya di Putrajaya. Ahli Perlimen gerombolan songkok tinggi dengan bangganya bersetuju terhadap usul tersebut. RM 5 juta kalau bagi Bik Mama, sehari je dah boleh habis buat beli 5 buah beg tangan import.

ReJaM© "Kalau korang fikir Najib paham kesusahan rakyat bawah, korang silap besar kah kah kah"

Rozan Azen pakai baju BERSIH 2.0 dalam Balai Polis

Posted: 25 Jun 2011 02:43 PM PDT

SEMALAM ReJaM© ada siarkan beberapa keping gambar pemuda yang ditangkap dan digari oleh Polis di depan khalayak ramai hanya kerana memakai baju berwarna kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 saat beliau sedang minum kopi di uptown Shah Alam, rujuk sini [Tangkapan lucu]

Semasa Khairul Anuar Zainuddin sedang disoal siasat (untuk cukupkan syarat sebab Polis dah tangkap), seorang kawannya bernama Rozan Azen Mat Rasip telah hadir ke Balai Polis selepas mendapat berita bahawa rakannya ditahan Polis kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Apa yang menarik dan melucukan, Rozan Azen hadir di balai Polis sambil memakai baju BERSIH 2.0 iaitu baju yang telah menyebabkan Khairul Anuar ditangkap Polis ketika sedang minum kopi di Uptown Shah Alam sebelum itu.



Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapakah Rozan Azen tidak ditangkap sedangkan dia memakai baju berwarna kuning serta memaparkan tulisan BERSIH 2.0? Malah Rozan Azen hadir di dalam kawasan balai Polis yang dilihat sudah memudahkan kerja Polis bagi menangkapnya. Polis bagaikan kucing yang kekenyangan melihat tikus menari-nari di depannya.

Khairul Anuar Zainuddin memakai baju BERSIH 2.0 di Uptown Shah Alam ditangkap dan digari di depan khalayak ramai, tetapi Rozan Azen siap masuk Balai Polis dengan memakai baju BERSIH dibiarkan saja. Bagaikan pengedar dadah menjual dadah di pintu lokap Balai Polis....

Rupa-rupanya Polis tangkap baju kuning depan orang ramai je kah kah kah...

ReJaM© "Cuba tanya... Polis tangkap orang pakai baju kuning untuk menguatkuasakan undang-undang atau takut dibuang kerja?"

Tiada ulasan: