shalehudin |
- Mat Sabu betoi betoi cari pasai... haha...
- Awat yang peluh dahi nih... haha...
- Biaq depa samseng... baik untuk Malaysia... kahkahkah...
- Wallawoii... panjangnya, tapi ada geliga laa... haha...
- Umno dah jammed... kahkahkah...
- Lemah jantung jangan baca oiii...
- Eeiii... takutnya... kahkahkah...
- Biaq orang kampung tengok sendiri kelaku Umno...
- Apa Anwar main tuduh tuduh nih... kahkahkah...
- Awat yang peluh dahi nih... haha...
- Tak baik la perli Rosmah camni... hihi...
- Pandai bohong leh jadi menteri... kahkahkah...
- Kuruih pun tak sedap dok gak nih... hihi...
Mat Sabu betoi betoi cari pasai... haha... Posted: 29 Jun 2011 09:21 AM PDT Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh Jimadie Shah Othman Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini. Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual. Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya. "Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka. Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya. Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah. Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar. Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan. Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'. Sementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini. |
Awat yang peluh dahi nih... haha... Posted: 29 Jun 2011 08:00 AM PDT Dengaq kata bukan main depa la ni dah dapat balik sokongan penuh rakyat, dengaq macam best ja... maklum la kan dah berapa pilihanraya kecik yang depa jadi juara.... haha... Baguihlah kalau macam tu.... Tapi tup tup, la ni awat pulak yang dahi tiba tiba berpeluh? Awat yang Umno tiba tiba berasa gelisah macam kucing nak beranak? Awat yang nampak muka naik pucat kekuningan tuh... kahkahkah... Terkena wabak demam KUNING ka? Kahkahkah... Kalau kita tengok la ni, bermacam macam dah kelaku hodoh Umno / BN yang depa tunjuk kat rakyat jelata. Jelaih sangat la yang depa dah jadi gelabah bewak setiap hari, setiap jam malah hampir setiap saat menjelangnya tarikh 9hb Julai nanti... Aaiikk... Bukan ka Umno / BN dah dapat sokongan penuh rakyat? Ka hangpa pakai main gempaq ja ka? |
Biaq depa samseng... baik untuk Malaysia... kahkahkah... Posted: 29 Jun 2011 06:34 AM PDT Umno mungkin terlupa kot, lagi kuat rakyat ditekan akan lagi kuatlah ketahanan diri depa. Lagi kejam dan kotor permainan politik depa maka akan lagi kreatif lagi lah rakyat nak mengelakkannya. Oppsss... bangsa Umno ni bukan terlupa, tapi depa jenih tak reti nak baca... kahkahkah... Akhir akhir ini kita tengok permainan politik Umno / BN semakin kotoq, semakin kejam menekan rakyat jelata. Secara tak langsungnya aku ucapkan terima kasih pada bangsa Umno nih kerana lagi ganas tindakan depa akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Tak bagi kelebihan caman lagi dah, rakyat sendiri yang akan semakin sedaq dan celik dari buta tengok kekejaman didepan mata. Biaq orang kampung sendiri jadi saksi, tengok Umno naik sawan babi... Terbaru sekali adalah tindakan ala samseng Umno dengan ugutan demonstrasi balas Pemudanya dan Perkasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. Organ organ kerajaan yang sepatutnya menjadi non-partisan telah diperkudakan semahunya buat penangkapan dan soal siasat beramai ramai terhadap pimpinan parti politik. Hilang akai betoi, tokoh rakyat seperti A. Samad Said pun nak di penjarakan mindanya. Sekaligus memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu. SMS ugutan bunuh tok sah dikira la, saban masa diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan yang lain. Semalam, ada sekumpulan samseng yang ubun ubun masih lembik dengan panaih mentari dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat. Umno dah gagal berfungsi sebagai pejuang rakyat terbanyak. Depa lebih suka berretorik dengan slogan kosong pengubat jiwa lara... haha... Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luaq negara Piem bangsa Umno dan isteri tersayangnya dalam masa tiga tahun mencecah RM17 juta. Semua ni tidak dibahas dan disentuh langsung oleh ahli ahli bangsa depa. Depa cipta kontroversi baru setiap hari supaya rakyat terlindung isu yang cuba ditudung... Biaqkan, biaqkan... lagi samseng depa, lagi mudah kita dan akan lebih membantu Pakatan Rakyat memenangi hati pengundi nanti... |
Wallawoii... panjangnya, tapi ada geliga laa... haha... Posted: 29 Jun 2011 04:35 AM PDT Warkah terbuka untuk pemimpin PAS an PKR Oleh Sri Taman Cicely Cakap-cakap berkenaan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 begitu kuat kedengaran sejak akhir-akhir ini. Di mana-mana sahaja kita berada samaada di dalam atau di luar negara perbincangan berkenaan tarikh pilihan raya umum, semakin hari semakin menyerlah dan menjadi isu penting dalam perbincangan. Ramai juga pihak samaada parti politik, akhbar tempatan dan orang awam menunjukkan minat mereka untuk mengulas berkenaan perkara ini. Daripada cakap-cakap itu, ramai yang mengandaikan pilihan raya umum yang akan datang diadakan dalam waktu terdekat ini dan tidak kurang juga yang mengandaikan secara spesifik pilihan raya umum bakal diadakan sebelum umat islam mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ogos 2011 ini. Walaubagaimanapun, penulis berpandangan Pilihan Raya Umum ke-13 berkemungkinan berlaku selepas pembentangan Bajet Negara 2012 yang dijadualkan pada 7 Oktober 2011. Hal ini disebabkan penulis lebih berat melihat Perdana Menteri akan menekan beberapa perkara yang dilihat tidak mengembirakan sebahagian rakyat Malaysia semasa pembentangan Bajet Negara 2011 yang lalu. Antara perkara yang penulis lihat bakal ditekankan semasa Bajet Negara 2012 ialah pemberian bonus sebulan gaji kepada lebih daripada 1.2 juta kakitangan kerajaan. Selain itu juga, pada pengamatan penulis, Perdana Menteri akan menekankan beberapa pendekatan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang ekoran daripada penyelarasan subsidi dan ketidaktentuan harga minyak di pasaran global dan negara. Atas sebab yang diberikan penulis lebih menjurus kepada pandangan Pilihan Raya Umum ke-13 kemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet Negara 2012. Jika ditanya secara spesifik, sukar untuk diramalkan secara tepat tarikh pilihan raya umum yang datang tetapi ianya hampir pasti selepas Bajet Negara 2012. Berapa lama dari tarikh pembentangan Bajet Negara 2012 masih menjadi persoalan tetapi penulis percaya ia tidak lama dari pembentangan Bajet tersebut bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional mengekalkan momentum pembentangan tersebut. Persoalan berkenaan tarikh pilihanraya adalah penting tetapi persoalan yang lebih penting daripada itu ialah adakah Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13? Saya mengambil pandangan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pilihanraya Keadilan pada 19 Jun 2011 yang lalu yang mensasarkan pertambahan 5% perubahan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan membolehkan Pakatan Rakyat mencipta sejarah politik tanahair dengan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional dan seterusnya menerajui Putrajaya yang menjadi harapan dan impian Pakatan Rakyat. Pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR juga telah berulang kali menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya ke-13. Walaubagaimanapun, penulis lebih cenderung mengatakan bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum yang akan datang. Perkara ini disebabkan pengamatan dan sedikit analisis yang dibuat melalui trend dan corak pengundian beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk juga Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu. Penulis melihat trend pengundian sebelum ini telah menjurus kepada penemuan beberapa faktor penting iaitu Faktor Geographical, Faktor Demografi, Faktor Umur dan Faktor Jantina. Warkah kali ini penulis hanya memberikan fokus kepada dua (2) faktor sahaja. Pertamanya, dapat dilihat dengan jelas dalam Faktor Geographical iaitu corak pengundian di kawasan bandar dan luar bandar adalah berbeza di mana Pakatan Rakyat dilihat lebih kukuh di kawasan bandar manakala Barisan Nasional mengekalkan kekuatannya di kawasan luar bandar. Walaupun Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka berjaya menembusi kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional selama ini tetapi penulis beranggapan sebaliknya iaitu Pakatan dilihat tidak begitu berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar untuk menyokong mereka. Kenyataan ini dibuat berdasarkan fakta daripada keputusan Pilihan Raya Kecil di peringkat Parlimen di Hulu Selangor dan Batu Sapi dan Pilihan Raya Kecil di peringkat Negeri di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Faktor kedua yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan faktor Geografical yang begitu penting untuk dihalusi oleh kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu Faktor Demografi. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui trend pengundian terkini, jelas sekali corak pengundian etnik Cina yang mewakili sekitar 25% populasi penduduk Malaysia secara konsisten memihak kepada Pakatan Rakyat. Ada yang membuat analisis sehingga 70% ke 80% pengundi etnik Cina memihak kepada Pakatan tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar. Ini berdasarkan kepada keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, trend pengundian etnik India yang mewakili sekitar 7.5% populasi penduduk Malaysia sejak akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dan sebahagian kecilnya sudah mula beralih kepada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat perlu melihat punca trend pengundian etnik India yang sebilangan kecil beralih kepada Barisan Nasional. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan bagaimana Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat menangani isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja dan keluarga di ladang dan estet, bantuan kepada Sekolah Tamil serta peningkatan taraf hidup masyarakat India di kawasan ladang dan di luar bandar terutamanya di bawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Satu fakta yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana pihak dan parti-parti politik di Malaysia ialah kerajaan persekutuan hanya boleh dibentuk oleh mana-mana parti politik atau gabungan parti politik yang mendapat undi daripada majoriti pengundi melayu dan Islam. Hal ini kerana pengundi Melayu dan Islam mewakili lebih 60% daripada populasi penduduk di Malaysia. Trend pengundian dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak memberikan isyarat yang jelas kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi etnik Melayu dan Islam. Amat jelas sekali masyarakat Melayu dan Islam tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, komitmen dan situasi politik yang akhirnya mempengaruhi trend pengundian mereka. Penulis percaya politik adalah berdasarkan kepada persepsi dan daripada persepsi tersebut akan dizahirkan kepada pengundian. Penulis akan memperincikan dimanakah silapnya Pakatan Rakyat sehingga mereka berhadapan dengan masalah untuk mengekalkan trend pengundian etnik Melayu dan Islam yang telah mereka perolehi sebelum ini melalui Pilihan Raya ke-12 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Buku Jingga Pertamanya, langkah Pakatan Rakyat menerbitkan dan memperkenalkan Buku Jingga merupakan satu inisiatif yang amat baik dan ini adalah satu kriteria penting kepada mana-mana pembangkang di mana-mana negara untuk memperkenalkan cadangan polisi mereka untuk dilaksanakan sekiranya diberikan peluang oleh rakyat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dalam hal ini, ia juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat boleh menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan memperkenalkan polisi yang lebih baik daripada polisi Barisan Nasional dan akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat. Banyak perkara-perkara yang diketengahkan dalam Buku Jingga sebenarnya memberikan impak yang positif kepada Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tetapi penulis lebih terarah melihat kepada isu pokok dan persoalan yang tersemat di lubuk hati kaum Melayu dan Islam di Malaysia. Mereka inginkan jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum mereka membuat pilihan samaada mengundi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Selagi mereka tidak mendapat jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat, penulis percaya Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR akan berhadapan dengan situasi yang tidak berubah iaitu mengekalkan isu yang sama yakni berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Ke-13. Terdapat enam (6) soalan dan harapan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia seperti berikut: a) Siapakah Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Perdana Menteri sekarang ia akan mengubah persepsi negatif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Sekelompok kumpulan berkata mengapa tidak memilih yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dengan bersandar kepada pemilihan Barrack Obama sebagai Presiden US. Perlu dijelaskan di sini bawah Barrack Obama dipilih oleh rakyatnya kerana beliau beragama Kristian. Sekiranya beliau beragama Islam tentu sekali tidak akan dipilih oleh rakyatnya sebagai Presiden US dan beliau juga berkali-kali semasa kempennya menyatakan beliau merupakan penganut agama Kristian bagi tujuan menyakinkan rakyatnya untuk memilih beliau. Ini bermakna negara maju sekalipun masih mempunyai elemen agama dalam pemilihan ketua Negara.) b) Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Timbalan Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Timbalan Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Timbalan Perdana Menteri sekarang ia akan memperbaiki lagi persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam perkara ini.) c) Apakah komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri atau Timbalan Menteri untuk setiap Kementerian cukup sekadar memperincikan komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sahaja. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi kabinet sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam hal ini.) d) Siapakah Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Menteri Besar atau Ketua Menteri tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Menteri Besar dan Ketua Menteri sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan pengumuman daripada pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan calon bakal Ketua Menteri Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, telah terbukti membentuk persepsi yang akhirnya memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.) e) Apakah komposisi Exco Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Negeri? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Exco untuk setiap negeri cukup sekadar memperincikan etnik atau agama komposisi Exco tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi Exco sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan daripada ketidakseimbangan komposisi exco di tanah tumpahnya darah penulis iaitu di Negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebelum ini yang tidak mencerminkan populasi sebenar penduduk Negeri Perak iaitu lebih 55% merupakan Melayu dan Islam, berkemungkinan memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Perak pada pilihan raya umum yang akan datang. Penulis percaya penyelesaian terbaik dalam hal ini ialah membahagikan komposisi Exco mengikut populasi etnik dan agama penduduk di negeri tersebut dan tidak wajar dibahagikan mengikut bilangan kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.) f) Apakah pandangan Pakatan Rakyat berhubung isu Biasiswa PSD dan biasiswa lain yang diminta untuk diberikan berdasarkan kepada Merit sahaja? (Walaupun isu ini dilihat tidak terlalu besar, tetapi penulis berpandangan isu ini amat besar impaknya bagi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Penulis percaya kesan daripada salah satu gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP yang bersungguh-sungguh menekankan bahawa biasiswa perlu diberikan berdasarkan Merit telah memberikan satu persepsi yang negatif daripada masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa isu biasiswa adalah isu yang sensitif dan dengan penglibatan parti politik dalam isu ini telah memberikan impak dan kesan kepada survival politik parti lain dalam gabungan Pakatan Rakyat. Penulis berpandangan masyarakat Melayu dan Islam rata-rata gusar dan risau terhadap situasi ini yang mana ruang biasiswa yang mereka perolehi dipertikaikan dan diminta untuk diberikan berdasarkan Merit. Banyak petikan berhubung kenyataan pemimpin DAP dalam hal ini seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada penerimaan masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS dan sebahagian PKR. Penulis percaya apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ada kelemahan dan kekurangan, tetapi Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara apa yang ingin dibuat penambahbaikan. Adakah penambahbaikan bermaksud pemberian biasiswa berdasarkan kepada Merit sepenuhnya atau langkah kerajaan sekarang berdasarkan kepada kouta dan hanya 20% Merit bersesuaian cuma dilakukan penambahbaikan daripada sudut lain. Perkara ini perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat Melayu dan Islam kerana isu ini telah membentuk satu persepsi daripada mereka kepada Pakatan Rakyat.) Persepsi Di warkah ini cukup sekadar penulis mencatatkan enam (6) persoalan yang perlu dijawab oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia bagi menyokong semula Pakatan Rakyat. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pemimpin beranggapan bahawa persepsi orang Melayu dan Islam boleh diubah dalam tempoh masa 2-3 minggu semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13. Pemimpin-pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin Pakatan tidak mudah mengubah persepsi seseorang dalam masa yang singkat. Sungguhpun PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan ditambah pula dengan adanya gabungan saf kepimpinan baru dan lama yang dilihat lebih menyakinkan antaranya Mat Sabu, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar tetapi penulis percaya ia tidak mudah untuk mengubah persepsi dan pemikiran masyarakat Melayu dan Islam dalam masa yang singkat. Kunci dan bayangan harapan orang Melayu dan Islam telah penulis berikan berupa enam (6) soalan yang perlu dijawab bagi mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam. Terpulang kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS dan pemimpin Melayu dan Islam dalam PKR untuk menjawab soalan tersebut. Ia amat penting bagi mengubah persepsi dan menyakinkan masyarakat Melayu dan Islam khususnya bahawa Pakatan Rakyat merupakan perisai yang lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional untuk menjaga dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Kegagalan PAS dan PKR mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap mereka akan memungkinkan kesan dan prestasi yang buruk kepada PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang yang akhirnya PAS dan PKR bukan sahaja tidak dapat mengekalkan apa yang ada, bahkan boleh kehilangan lebih banyak kerusi dan negeri yang dimenanginya sebelum ini yang majoriti etniknya adalah masyarakat Melayu dan Islam. Pada ketika itu, janganlah pula dipersalahkan pengundi Melayu dan Islam lantaran tidak mengundi Pakatan Rakyat kerana isyarat awal kepada Pakatan Rakyat dan PAS khususnya telah diberikan. ------------------------------------------------------------------------------------------- Penulis adalah seorang pelajar Malaysia yang sedang membuat PhD di luar negara. Beliau adalah ahli PAS dan penyokong kuat Pakatan Rakyat. |
Umno dah jammed... kahkahkah... Posted: 29 Jun 2011 02:00 AM PDT Apa ada dengan UMNO, BN? 26 JUN – Apabila PAS laksanakan usaha negara berkebajikan, UMNO kata ia sudah lama amal konsep itu. Apabila PKR laksanakan usaha reformasi, UMNO kata ia sudah ada transformasi. Apabila DAP laksanakan amalan cekap, akauntabel dan telus (CAT), UMNO tak kata apa-apa kecuali menyumpah seranah DAP. Apabila Pakatan Rakyat lahirkan Buku Jingga, UMNO keluarkan video seks. UMNO dan Barisan Nasional berkuasa sejak zaman Perikatan, sejak sebelum Merdeka apabila dipupuk oleh penjajah British untuk dilatih mentadbir negara pada 1955. Sejak Merdeka hingga sekarang, daripada politik kaum kepada perkauman yang didominasi UMNO, pemerintahan BN semakin menutup ruang kebebasan, demokrasi dan peluang-peluang yang adil. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan malaikat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang adil dan demokrat. Tun Abdul Razak Hussein bukan demokrat tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak ada salahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang berjiwa rakyat dan bersifat kolektif. Tun Hussein Onn bukan bersifat kolektif tetapi berbanding apa yang ada sekarang, tidak adas alahnya melihat Allahyarham sebagai seorang pemimpin konservatif yang agak tulus dan bersih. Bermula dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, walau ada sedikit jasanya, lebih banyak kebejatannya. Semakin lenyap sifat-sifat terbuka, intelek dan daya kreatif. Slogan Malaysia Boleh melahirkan masyarakat mediocre atau "lebih kurang"; rupa ada, gayaa da, isi tiada. Pakatan Rakyat sedar masalah besar ini.Oleh itu, dilaksana reformasi, dilaksana amalan CAT, dilaksana usaha negara berkebajikan.Semua untuk kepentingan rakyat. Apa pemimpin UMNO buat?
UMNO dan BN hanya ada video seks dan Utusan Malaysia. Dan kini UMNO, BN mahu tunjuk angkuh dan bongkak dengan melanggar Perlembagaan Persekutuan untuk mengharamkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julaiini yang dengan jelas dibenarkan oleh undang-undang tubuh negara - Roketkini |
Lemah jantung jangan baca oiii... Posted: 29 Jun 2011 12:30 AM PDT Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari. Kos baik pulih pula mencecah RM60,000 sebulan, bil elektrik RM5,704 sehari dan bil air RM1,092 sehari. "Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya. "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau. Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka. "Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang. "Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya. |
Eeiii... takutnya... kahkahkah... Posted: 28 Jun 2011 11:00 PM PDT 'Jangan main-main dengan kami', Pemuda Umno beri PKR amaran Oleh Debra Chong KUALA LUMPUR, 28 Jun — Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar mempertahankan tindakan 'ganas' sekitar 600 ahli sayap itu di luar ibu pejabat PKR dekat sini malam tadi atas alasan ia satu-satunya cara untuk memastikan pesaing politik menerima mesej bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman ke atas pemimpin mereka. "Kami tahu pemimpin-pemimpin PKR di belakang ugutan bunuh ke atas Ketua Pemuda kami. Itu sebabnya kami mahu menghantar mesej. Jangan cuba main-main dengan kami," kata beliau (gambar) kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi pagi ini. Rakaman gelagat mereka mengepung ibu pejabat PKR lewat malam tadi boleh diikuti di YouTube. Sesetengah pihak menyamakan tindakan mereka itu seolah-olah aksi 'mat rempit'. Rizalman tidak menafikan label itu selepas sayap tersebut berjanji akan mengadakan perhimpunan balas dengan aman pada 9 Julai ini. Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada tarikh tersebut. "Kami tidak melihat adanya cara lain. Jika kami melakukan dengan cara yang baik, kumpulan macam ini, sangat sukar untuk bercakap dengan mereka. Mereka selalu mempolitikkan isu-isu semasa," katanya yang merujuk kepada PKR. "Ini adalah tahap maksimum untuk menunjukkan kami ini serius," kata beliau. Lewat malam tadi, sekitar 600 anggota Pemuda Umno yang bermotosikal mengepung ibu pejabat PKR, dilihat sebagai satu tindakan mengugut menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, susulan SMS ugutan bunuh diterima Khairy. Ahli jawatankuasa Pemuda Umno Lokman Noor Adam mendakwa dia mengetuai kumpulan 600 ahlinya sekitar pukul 10.30 malam tadi, menghalang laluan di depan ibu pejabat PKR dengan membuat laungan kuat. Kata beliau, tindakan ahli-ahli Pemuda Umno dari Selangor dan Kuala Lumpur adalah untuk menghantar "mesej yang jelas kepada PKR bahawa kami tidak takut dan kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka lebih awal." Khairy, yang kini berada di luar negara berkata, beliau menerima ugutan bunuh menerusi SMS kelmarin, meminta pihaknya membatalkan perhimpunan balas yang hendak diadakan menentang Himpunan Bersih 2.0. Tindakan Pemuda Umno ini diadakan beberapa jam selepas wakil Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa dipanggil polis berhubung perhimpunan mereka bulan depan. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insiderbahawa sekitar 300 ahli Pemuda Umno kebanyakannya bermotosikal bergerak dari Shah Alam tetapi tidak dihalang oleh polis meskipun membawa bendera Umno. |
Biaq orang kampung tengok sendiri kelaku Umno... Posted: 28 Jun 2011 09:00 PM PDT Umno mungkin terlupa kot, lagi kuat rakyat ditekan akan lagi kuatlah ketahanan diri depa. Lagi kejam dan kotor permainan politik depa maka akan lagi kreatif lagi lah rakyat nak mengelakkannya. Oppsss... bangsa Umno ni bukan terlupa, tapi depa jenih tak reti nak baca... kahkahkah... Akhir akhir ini kita tengok permainan politik Umno / BN semakin kotoq, semakin kejam menekan rakyat jelata. Secara tak langsungnya aku ucapkan terima kasih pada bangsa Umno nih kerana lagi ganas tindakan depa akan memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13 nanti. Tak bagi kelebihan caman lagi dah, rakyat sendiri yang akan semakin sedaq dan celik dari buta tengok kekejaman didepan mata. Biaq orang kampung sendiri jadi saksi, tengok Umno naik sawan babi... Terbaru sekali adalah tindakan ala samseng Umno dengan ugutan demonstrasi balas Pemudanya dan Perkasa terhadap perhimpunan aman BERSIH 2.0. Organ organ kerajaan yang sepatutnya menjadi non-partisan telah diperkudakan semahunya buat penangkapan dan soal siasat beramai ramai terhadap pimpinan parti politik. Hilang akai betoi, tokoh rakyat seperti A. Samad Said pun nak di penjarakan mindanya. Sekaligus memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu. SMS ugutan bunuh tok sah dikira la, saban masa diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan yang lain. Semalam, ada sekumpulan samseng yang ubun ubun masih lembik dengan panaih mentari dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat. Umno dah gagal berfungsi sebagai pejuang rakyat terbanyak. Depa lebih suka berretorik dengan slogan kosong pengubat jiwa lara... haha... Isu kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luaq negara Piem bangsa Umno dan isteri tersayangnya dalam masa tiga tahun mencecah RM17 juta. Semua ni tidak dibahas dan disentuh langsung oleh ahli ahli bangsa depa. Depa cipta kontroversi baru setiap hari supaya rakyat terlindung isu yang cuba ditudung... Biaqkan, biaqkan... lagi samseng depa, lagi mudah kita dan akan lebih membantu Pakatan Rakyat memenangi hati pengundi nanti... |
Apa Anwar main tuduh tuduh nih... kahkahkah... Posted: 28 Jun 2011 08:00 PM PDT Bersih: Arahan tertinggi Umno punca tindakan polis- Anwar (Oleh: Masdar Wahid) KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berhubung kenyataannya mengenai Perhimpunan Bersih 2.0. Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, pimpinan KEADILAN dan peguam dari lawyers For Liberty (LFL), tiba di IPD berkenaan untuk dirakam percakapannya pada jam 5 petang. Ketika ditemui pemberita selepas keterangannya diambil, Anwar berkata arahan pimpinan atasan Umno punca polis tidak berlaku profesional dengan menekan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung penganjuran perhimpunan 9 Julai ini. "Inilah satu negara di mana keputusan mengadakan pilihan raya bebas dan adil dikecam media milik Umno. "Saya yakin dan percaya Polis tidak akan bertindak menghalang himpunan ini jika tidak mendapat arahan pimpinan atasan Umno," kata Anwar Kata Anwar, ia terbukti apabila polis membisu mengenai tindak tanduk terbaru Pemuda Umno dan Perkasa yang mengancam untuk membakar Ibu Pejabat KEADILAN, malam tadi. Namun pada masa yang sama, kata Anwar, polis menangkap aktivis Bersih dan pimpinan Pakatan rakyat untuk mengganggu hasrat rakyat yang mahu berhimpun secara aman, pada 9 Julai. Menurut Anwar, beliau menjangkakan lebih ramai pemimpin Bersih 2.0 ditahan sebelum perhimpunan itu dianjurkan. Ketua Pembangkang ini juga tidak menolak penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi melindungi kepentingan penguasa Umno-BN. "Pemimpin yang korup dan zalim ini akan mengunakan apa sahaja alasan bagi mengekalkan pegangan mereka kepada kuasa," tegas Anwar. Anwar menegaskan bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut menyeru pihak berkuasa supaya membenarkan perhimpunan aman itu dijalankan. Tegasnya, orang ramai mempunyai hak berhimpun dan menyuarakan pandangan, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan dan Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat "Suhakam juga sudah membuat kenyataan bahawa himpunan ini harus diteruskan kerana ia selaras dengan hak kebebasan rakyat untuk berhimpun sebagaimana yang dijamin perlembagaan," katanya. Selain Anwar, dua Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, N Surendran, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan peguam, Fadiah Nadwa Fikri turut diambil keterangan oleh polis hari ini. |
Awat yang peluh dahi nih... haha... Posted: 28 Jun 2011 07:00 PM PDT Dengaq kata bukan main depa la ni dah dapat balik sokongan penuh rakyat, dengaq macam best ja... maklum la kan dah berapa pilihanraya kecik yang depa jadi juara.... haha... Baguihlah kalau macam tu.... Tapi tup tup, la ni awat pulak yang dahi tiba tiba berpeluh? Awat yang Umno tiba tiba berasa gelisah macam kucing nak beranak? Awat yang nampak muka naik pucat kekuningan tuh... kahkahkah... Terkena wabak demam KUNING ka? Kahkahkah... Kalau kita tengok la ni, bermacam macam dah kelaku hodoh Umno / BN yang depa tunjuk kat rakyat jelata. Jelaih sangat la yang depa dah jadi gelabah bewak setiap hari, setiap jam malah hampir setiap saat menjelangnya tarikh 9hb Julai nanti... Aaiikk... Bukan ka Umno / BN dah dapat sokongan penuh rakyat? Ka hangpa pakai main gempaq ja ka? |
Tak baik la perli Rosmah camni... hihi... Posted: 28 Jun 2011 06:00 PM PDT Terlalu Lama Depan Televisyen, Komputer Punca Obesiti KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan. Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif. "Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin. "Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.- mStar |
Pandai bohong leh jadi menteri... kahkahkah... Posted: 28 Jun 2011 05:00 PM PDT Buku rakam ketakutan zaman Dr M Oleh Jimadie Shah Othman Bukan sahaja dunia politik bergelora apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Reformasi pada 1998, tetapi pergolakan antara kaum intelektual dan budayawan juga yang tidak kurang hebatnya. Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kemudiannya - yang dilabelkan sebagai zaman getir dan pahit - golongan inilah yang dilihat sebagai 'tidak berguna', sekali gus mengumpul pelbagai gelaran negatif. Dalam Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, penulis Raja Ahmad Aminullah mengambil tindakan berani merekodkan semua gelaran itu, termasuklah pengampu, 'pahlawan kesiangan', laih, terkembiri dan terpalit dengan 'sindrom cium tangan'. "Sebenarnya terlalu ramai golongan intelektual apatah lagi yang disebut 'era reformasi' 1998-2003 memilih apa yang dianggap mereka sebagai jalan selamat tapi sebenarnya merupakan suatu penzaliman terhadap ilmu yang mereka miliki," tulisan dalam bab "Ruang Ketiga" itu dipetik. Raja Ahmad - yang terkenal sebagai aktivis budaya dan pemilik galeri seni rupa terkenal di ibu negara - merumuskan, walaupun wujud gelombang subterranean (bawah tanah) melalui muzik, teater dan penulisan, golongan itu dipinggirkan di arus perdana. Malah, tambahnya, bagi sebahagian ahli politik, ia dianggap sebagai "bahan bakar" dan "ramuan" apabila diperlukan. Dalam buku setebal 127 halaman itu, Raja Ahmad bagaimanapun nampak segan-segan menyebut secara langsung pihak yang dikritianya. Oleh yang demikian, membaca koleksi esei-esei budaya ini menyebabkan kita sering terjumpa pihak yang hanya dirujuk sebagai "bekas menteri itu", "seorang teman" dan "penceramah agama dan motivasi itu". Fenomena 'jangan petik saya' Dengan gaya santai, Raja Ahmad banyak mengungkapkan kebisuan golongan budayawan dan intelektual melalui kisah dan anekdot ringkas bagi menggambarkan budaya takut pada masa itu. Antaranya, beliau merakamkan sifat kritikal golongan itu yang gundah dengan perkembangan politik semasa tetapi ironisnya sering pula mengakhiri perbualannya dengan kata-kata "don't quote me" (jangan petik saya). Bagi Raja Ahmad, kumpulan itu lebih bertindak sebagai "pengumpul rungutan" daripada membentuk dasar, menulis buku atau mengimarahkan wacana. Beliau sampai kepada kesimpulan itu apabila menghadiri sesi perbincangan semasa Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang didominasi pesara penjawat awam. Ketika membincangkan tentang relevansi karya sastera klasik Melayu, bekas pegawai kerajaan yang hadir mengambil peluang "menyenaraikan rungutan" terhadap orang politik, jabatan awam, agensi budaya dan orang muda. "Soalan yang saya rasa mendesak untuk keluar daripada halkum saya ialah: apakah yang telah mereka lakukan sewaktu menjawat jabatan-jabatan kanan di agensi-agensi dan jabatan-jabatan tersebut," Raja Ahmad dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun, di sebalik kisah-kisah negatif itu, Raja Ahmad juga tidak lupa menyanjung tokoh akademik, antaranya seorang bekas naib canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikatakan dituntut letak jawatan kerana menyindir menteri. Profesor sindir menteri disingkir Semuanya hanya gara-gara profesor itu Dr Zohadie Barjae dikatakan membaca pantun Sasterawan Negara Usman Awang dalam majlis makan malam universiti yang berbunyi: "Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri". Bagaimanapun, membicarakan pergolakan antara 1998 hingga 2003, tidak lengkap tanpa menyentuh tentang Anwar dan perdana menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana, perseteruan dua tokoh penting ini dilihat sebagai pencorak utama kepada keadaan politik pada hari ini. Dalam buku ini, Dr Mahathir nampaknya dirakam sebagai antara penyumbang ke arah wujudnya "budaya takut" yang berpanjangan dalam masyarakat kita. "Selepas berakhir zaman tersebut, sebahagian mereka masih lagi termangu-mangu mengenangkan apa yang berlaku sekitar tahun 1998-2003 tersebut," tulisan dalam bab "Merentas Waktu" itu dipetik. Malah, Anwar yang dikatakan menjadi mangsa "tindakan aib" pula digambarkan mempunyai wilayah pengaruh yang tersendiri, bermula dar zaman gerakan pelajar sekitar tahun 1970-an sehingga jadi "pembantu setia" Dr mahathir sehingga tahun-tahun 90-an. "...pengaruh (Anwar) tetap ada walau tidak semestinya sama dengan pernyataan-pernyataan dan kenyataan politiknya," tulis Raja Ahmad lagi. Sama ada Anwar membuat comeback, Raja Ahmad tidak mampu memberikan jawapan pasti. Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pada masa, keupayaan diri sendiri serta kesediaan kawan dan penyokongnya untuk terus percaya pada perjuangannya.M/kIni |
Kuruih pun tak sedap dok gak nih... hihi... Posted: 28 Jun 2011 04:00 PM PDT Kurus. Adakah Tandanya Sihat? Oleh: kopi_o Anda kurus? Pernahkah anda membaca diakbar-akbar keluaran tempatan atau diperingkat antarabangsa mengenai kekurusan sesaorang? Apakah yang berlaku kepadanya. Trend kurus, trend takut gemuk, dah menjadi lumrah kehidupan manusia zaman kini. Perkara2 sebegini sering berlaku terutama pada kaum hawa. Bagi yang lelaki, ada juga tapi bak kata Arwah P.Ramlee jarang2 kita dengar ataupun kadang-kadang baru sekali berlaku. Ingat lagi tak cerita Nujum Pak Belalang. Ya, tidak dinafikan bahawa gemuk itu biasanya dikaitkan dengan penyakit.Tetapi adakah kurus itu sihat? Mari kita baca, apa kata pakar kesihatan tentang kurus. Apa kaitanya dengan kesihatan kita. Tidak semestinya kurus itu sihat. Lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas - yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar - sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian bentuk badan orang gemuk. "Kurus tidak bermakna secara automatik anda tidak gemuk," kata Dr Jimmy Bell, Profesor Imbasan Molecular di Kolej Imperial, London. Sejak 1994, Bell dan rakan setugasnya mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari di mana lemak tersimpan. Menurut data yang diperoleh Bell, mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk. Sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet. "Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting," kata Bell. Daripada 800 responden, Bell mendapati 45 peratus yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 peratus adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," katanya. Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan. Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik. Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung. "Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey. Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan. Nah, apa kata anda pula? Apakah pilihan anda. Nak kurus atau nak gemuk? Apa? Dua-dua tak nak?..Pilihan ditangan anda... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan