Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Hingga 400 peguam Pakatan sedia bantu jika ada tangkapan
- PAS Selangor mahu tanding 20 kerusi Dun
- Lagi pemimpin, aktivis BERSIH dipanggil
- Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0
- Tak mengaku, tapi Ramai yang dah faham ...?
- Tangkapan pra kejatuhan Umno BN
Hingga 400 peguam Pakatan sedia bantu jika ada tangkapan Posted: 29 Jun 2011 04:50 AM PDT "Setakat ini, berdasarkan maklumat yang saya terima antara 350 hingg 400 peguam menyatakan kesanggupan mereka membantu jika ada peserta yang ditangkap kerana menyatakan sokongan dan menyertai Himpunan Bersih," kata ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Shuhaimi Shafiei. Ketika bercakap pada sidang media di sini, Ketua Penerangan PKR Selangor itu berkata, bilangan itu dijangka akan meningkat. "Dalam Pakatan sendiri adalah ramai pemimpin kalangan peguam, yang ada asas undang-undang... dalam PAS seperti Hanipa Maidin, dalam PKR seperti R Sivarasa, Lateffa Koya... YB Kula di DAP," kata beliau lagi. Sehubungan itu kata beliau, PKR Selangor akan membolisasikan sekitar 70,000 orang untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0." Sepenuhnya di sini ... |
PAS Selangor mahu tanding 20 kerusi Dun Posted: 29 Jun 2011 02:27 AM PDT Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti mahu memainkan peranan yang lebih signifikan dalam pentadbiran negeri Selangor selepas PRU 13 nanti dengan menambah bilangan kerusi Dun. Kerusi-kerusi Dun itu ialah Sungai Tawar, Sabak, Sungai Burong, Jeram, Meru, Sijangkang, Morib, Paya Jaras, Templer, Tanjung Sepat, Ulu Klang, Gombak Setia, Cempaka, Lembah Jaya, Selat Klang, Dusun Tua, Bangi, Ulu Bernam, Sungai Panjang dan Sri Serdang. "Sebagai langkah awal PAS Selangor telah membuat beberapa rombakan kecil baru-baru ini dalam saf kepimpinan di semua peringkat dan kawasan yang diterajui oleh Pesuruhjaya yang baru, Dr Abdul Rani Othman," katanya. Bercakap kepada FMT beliau berkata, selain dari 20 kerusi yang telah dikenalpasti itu, PAS negeri juga mengintai peluang untuk bertanding di empat kerusi tambahan – Kota Damansara, Sementa, Semenyih dan Pelabuhan Klang. Bagaimanapun katanya, kebenaran untuk bertanding di empat kerusi Dun ini akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti nanti." Sepenuhnya di sini ... |
Lagi pemimpin, aktivis BERSIH dipanggil Posted: 29 Jun 2011 12:57 AM PDT Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur. Mohd Firdaus - ahli parlimen PAS Jerai - telah memberi kenyataan kepada polis Petaling Jaya semalam bersama dengan timbalan presiden PKR, Mohd Azmin Ali. Timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin turut memberi kenyataan pagi ini. Tindakan keras terhadap gabungan itu, yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, menyaksikan 14 orang ditahan - termasuk dua ADUN PKR dan DAP - di Perak pagi ini. Beberapa jam kemudian, kira-kira 20 anggota polis menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya. Beberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini. Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis sosial Hishamuddin Rais; pengarah Tenaganita, Irene Fernandez dan peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur petang ini." Sumber di sini ... |
Polis serbu, gelidah sekretariat BERSIH 2.0 Posted: 28 Jun 2011 10:32 PM PDT Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower. Pejabat BERSIH 2.o terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya. Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini." Sepenuhnya di sini ... |
Tak mengaku, tapi Ramai yang dah faham ...? Posted: 28 Jun 2011 10:18 PM PDT OK lah ... |
Tangkapan pra kejatuhan Umno BN Posted: 28 Jun 2011 08:58 PM PDT "Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. "Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah," ujarnya melalui Twitter. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. "Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional," katanya." Sepenuhnya di sini ... |
You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan