Rabu, 29 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


TALIBAN cabar Mufti Perak kemuka dalil BERSIH itu HARAM

Posted: 28 Jun 2011 09:47 PM PDT

Taliban mencabar Mufti Perak menyemak Perlembagaan Negara sebelum mengeluarkan kenyataan yang dangkal serta mengklasifikasikan Himpunan Bersih itu haram.


"Himpunan Bersih itu bukan haram.. kerana tujuannya adalah jelas untuk menuntut keadilan, tetapi media dan kerajaan yang mengklasifikasi sebaliknya, dan ia sama sekali tidak menyanggahi Perlembagaan Negara," kata Alfadhil Ustaz Norazli Musa


Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak  berkata Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya bukan sekadar mendengar pandangan dan khabaran dari media sebelum menjatuhkan hukum halal haram.


"Seseorang itu mesti berada di lokasi bekenaan, melihat dan mendengar apa yang diperjuangkan dan barulah boleh mengeluarkan dalil mengenai hukum halal atau haram terutama dalam Himpunan Bersih itu," tegas Norazli kepada Penangdaily.com.


Harussani menyifatkan Himpunan berkenaan (yang belum diadakan) sebagai haram dan usaha menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Beliau juga berkata himpunan itu tidak mendatangkan faedah.


Norazli berkata yang peliknya, Harussani tidak sedikitpun memberi ulasan daripada sudut agama bersesuaian dengan kedudukannya tetapi lebih berminat mengulas daripada sudut pengaruh politik.


Oleh itu seeloknya, kata beliau, sudah sampai waktunya Umno  memberi peluang kepada Harussani yang berminat berpolitik untuk bertanding pada pilihan raya Umum nanti untuk melihat kemampuan dan keadilan yang boleh dilaksanakannya dalam UMNO.


Umno juga wajar melantik Harussani sebagai ketua Majlis Ulama Umno agar dapat memberi nasihat dan fatwa langsung kepada Umno yang sehingga ini belum berbuat demikian, tegas beliau.


Harussani dilihat tidak konsisten dan tetap dalam memberi pandangan kerana sebelum ini dalam isu perarakan kepala Lembu di Shah Alam dan rampasan kuasa di Perak, beliau sekadar mendiamkan diri.


Ustaz Norazli berkata, benarlah Ulama akhir zaman ini terbahagi kepada dua golongan iaitu yang bersuara atau bercakap berasaskan agama, manakala sebahagian lagi bercakap untuk kepentingan dirinya.


"Ada Ulama yang memperjuangkan kebenaran ilmunya, manakala sebahagian lagi ulama menjual ilmunya," kata Norazli.
(Hajee) 

Anda selamat jika bukan pakaian bersih dan kuning: 14 diberkas hari ini

Posted: 28 Jun 2011 09:42 PM PDT

Kerajaan Umno-BN phobia warna kuning. Diharap rakyat Malaysia jangan memakai pakaian bersih dan yang berwarna kuning. Pakailah yang KOTOR dan hijau. Kalau nak kena berkas polis silakan memakai warna kuning dan bersih.


Hari ini sebanyak 14 aktivis ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mereka mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

Lapan daripada mereka memakai kemeja T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah'.

Aktivis itu tiba di pasar berkenaan kira-kira jam 9 pagi tetapi polis tiba 15 minit kemudian dan mengheret mereka ke balai polis.

12 daripada mereka adalah ahli DAP dan dua lagi ahli PKR.

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausaha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Ketika dihubungi, Leong mengesahkan bahawa beliau ditahan tetapi belum diberitahu di bawah akta atau undang-undang mana mereka ditangkap.

"Kami diberitahu polis mendapat arahan daripada 'pihak atas' untuk tangkap sesiapa yang memakai kemeja T BERSIH," katanya.

Tiada ulasan: