shalehudin |
- Dasar perut busuk
- Rakyat didahulukan... kahkahkah...
- Nampak sangat Anwar kena naya...
- Najib bangga tak terkira bila Polis pandai kerja
- Dah agak dahh...
- BERSIH 2.0 - Promo
- Sapa penasihat depa taktik takut takutkan rakyat nih...
- Munkee bangang... kahkahkah...
- Kot mana pun Anwar jugak yang kena
Posted: 25 Jun 2011 10:00 AM PDT Hanya orang buta yang tak nampak wayang kulit yang sedang dimainkan oleh Umno dibelakang perbicaraan Datuk T semalam. Hanya orang orang bangang saja yang tak boleh nak baca adanya tangan Umno yang kotor dibelakang pendakwaan terhadap Datuk T. Sandiwara yang disusun untuk terus menganiaya Anwar Ibrahim tanpa Anwar berpeluang untuk membalas dan mempertahankan diri. Agak aneh bagaiman maklumat "luar biasa" yang diperolehi oleh peguambela Shafee Abdullah daripada kertas siasatan polis semata mata untuk mengaibkan Anwar di dalam dan di luar mahkamah. Elok sangat la, perangai penakut Umno itu diteruskan juga dengan kerjasama pihak yang punya kuasa. Selepas melontar pelbagai tuduhan terhadap Anwar di dalam mahkamah semalam, pendakwaraya dan Shafee menutup peluang untuk Anwar membela diri apabila tetiba gandingan Datuk T mengaku bersalah menayangkan video lucah pada 21 Mac lalu. Jahat dan perut busuknya mereka kerana kisah video ini tidak diakhiri dengan pengakhiran sebenaq kerana hingga kini rakyat masih tidak tahu siapa pelaku sebenar dalam rakaman video seks tersebut. Ini lah dosa Umno yang paling besar menggantung kes ini tanpa kesudahan. Yang pastinya, Anwar terhukum dan akan terus dihukum tanpa kesudahan ceritanya. Ini lah yang dikatakan keadilan ala Umno... yang belum terdengar lagi di negara negara barat walaupun mereka masih asing dengan Islam.... |
Rakyat didahulukan... kahkahkah... Posted: 25 Jun 2011 04:06 AM PDT Pemuda PAS, PKR ditahan polis Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini. Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0. Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis. Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH. Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily, Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'. Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu. Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob pula dilapor menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan BERSIH. "Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama. Sepanjang tempoh diambil keterangan, dilaporkan juga kira-kira 20 orang dipercayai penyokong AMK dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.- Malaysiakini |
Nampak sangat Anwar kena naya... Posted: 25 Jun 2011 03:47 AM PDT Video seks: Belum putus tubuh s'jaya diraja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks yang memaparkan seorang lelaki dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita belum buat apa lagi keputusan, itu ada macam-macam pandangan, yang mana sekarang ini pihak polis telah hantar tape itu kepada pihak yang pakar dalam hal ini dan laporan itu telah diserahkan kepada mahkamah," katanya. Najib, yang juga pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi. Beliau diminta mengulas tentang pengesahan dua pakar dari Amerika Syarikat yang rakaman video seks itu adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan. Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret semalam setelah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Sebelum ini beberapa pihak mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks berkenaan. Najib berkata rakyat sendiri perlu buat penilaian mengenai pendedahan itu. "Kalau kita kata apa-apa pun, yang paling penting ialah untuk mencari kesahihan dan kebenaran. Itu yang kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan," katanya. Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib, ada berjumpa dengan beliau di parlimen semalam, Najib berkata dakwaan itu adalah suatu pembohongan. "Tiada, itu dia (Anwar) boleh dakwa, tapi Tan Sri Rahim tiada jumpa saya sama sekali... itu satu pembohongan," katanya. --Bernama |
Najib bangga tak terkira bila Polis pandai kerja Posted: 24 Jun 2011 11:00 PM PDT 6 pemimpin BERSIH dipanggil polis Kow Gah Chie BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini. Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan. Menurut Maria, pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil. Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini. Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini. |
Posted: 24 Jun 2011 09:00 PM PDT Benda ni dah dijangka, depa ni memang akan didakwa dan dihukum tapi hukuman terhadap Trio Datuk T yang mengaku bersalah di Mahkamah hanyalah wayang ikut skrip yang ditulis sekian lama. Hukuman ringan yang bebudak sekolah pun boleh bayaq. Hukuman yang membolehkan Umno syok sendiri mengelakkan diri depa dari dipalit kegelojohan Datuk T... khiaakk putttuiihhh..... Mereka mengaku bersalah atas penayangan dan didenda, tapi yang sebenar benar dihukum disini adalah Anwar Ibrahim... Dia difitnah lagi dalam Mahkamah Umno tanpa peluang bagi dia membela diri... inilah keadilan cara Umno, pembela Islam nombor wahid... Anwar telah diaibkan semahu mereka dengan fitnah video ini tapi mereka hanya dikenakan denda keseluruhan RM5,500 sahaja... inilah keadilan ala Mahkamah Umno dalam negara Malaysia bapak depa yang punya. Apa la sangat kan denda sebanyak tu bagi jutawan macam Datuk T ni ya dak? http://shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 24 Jun 2011 08:00 PM PDT |
Sapa penasihat depa taktik takut takutkan rakyat nih... Posted: 24 Jun 2011 07:00 PM PDT Ni semua ataih nasihat APCO kot kat Piem Umno... Lawan demo dengan demo, tapi kuatkan suara minoriti tu, bagi pulak sokongan penuh media seolah olah kekacauan besaq akan berlaku kalau majoriti ni engkar. Takut takutkan pulak rakyat terutama bangsa lain yang kerap sangat diulang ulang sebagai golongan pendatang tuh... haha... Sebab tu dari dulu lagi aku berpandangan Perkasa tu adalah perkakas Umno... tok sah dok menyorok belakang NGO laa... Ini semua idea bernas dari penasihat luaq negara mereka tu laa... Piem Umno Najib Razak telah dengan bijak memperkudakan sepenuhnya alat ciptaan Mahathir ni iaitu Perkasa yang lantang dan ekstrim semata mata untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Golongan keris telanjang ni bertugas dengan baik selama ini bagi pihak Umno, la ni sekali lagi jasa dan khidmat mereka diperlukan untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih menuntut pilihanraya yang bersih. Jangan tak percaya kerana rakyat yang perihatin yakin, jika tidak kenapa Najib sampai la ni dok berdiam diri dan langsung tak tegur ugutan yang dibuat oleh Polis, oleh Hishamuddin dan perkakas Umno... Perkasa sendiri. Sah la, ni semua permainan Umno nak takutkan orang ramai. Dah tu sudah pi la, siap ngan ada ugutan bunuh lagi kat orang orang tertentu dalam Bersih dan pakatan pembangkang... http://shalehudin.blogspot.com/ |
Munkee bangang... kahkahkah... Posted: 24 Jun 2011 06:08 PM PDT MAT BANGANG JADI BODOH SILA TANYA ISA SAMAD nota: tanya munkee ini siapa dia budak itam? apa terjadi dengan budak itam dalam hotel di port dickson kah kah kah ISA SAMAD : PINJAM DUIT KWSP SATU PENGHORMATAAN – mkini Mohd Isa Samad berkata tidak ada masalahnya jika Felda meminjam wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – berjumlah RM6 bilion seperti yang ditimbulkan oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebelum ini. Mohd Isa turut menangkis tanggapan bahawa pinjaman berkenaan menunjukkan Felda kini menghadapi krisis kewangan walau dilaporkan meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun. Beliau berkata pinjaman berkenaan merupakan satu "penghormatan" kepada Felda kerana ia menunjukkan keyakinan KWSP bahawa lembaga pembangunan tanah itu mampu melunaskan pinjaman berkenaan. "Apa masalahnya pinjam? Kita pinjam pun daripada (KWSP), (KWSP) bagi kita pinjam itu juga satu penghormatan sebab yakin pada kita, kita boleh bayar. NOTA: ini munkee bangang bangang kerana tak tinggi inilah sindrom orang bangang dan kontot soalan ialah pinjam nak buat apa? felda dikatakan untuk 1 bilion ringgit tapi ada hutang 6 bilion ringgit kepala bana apa macam ini yang nak mampus siang malam ialah peneroka siang malam pagi petang kerja yang kaya pegawai felda dulu madey rembat duit kwsp nak selamatkan anaknya kali ini mat mongol pinjam duit felda keran ank buat kenduri anak nak berancuk kah kah kah dulu ghafar ba ba ada cakap macam ini ghafar ba ba ini cukup bijak dai ada dua ijazah satu dari universti malaya dapat ba satu lagi dari universiti kebangsaan juga dapat ba kah kah kah (Bro: TT) |
Kot mana pun Anwar jugak yang kena Posted: 24 Jun 2011 05:16 PM PDT Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur: 1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah, 2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik 3. Dato' Shuaib Lazim. Fakta kes 1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai "Dato' Eskay") telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Shuaib") di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Seri Anwar") dengan seorang perempuan warganegara China. 2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai "Tan Sri A Rahim") berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara. 3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut. 4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib. 5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara. 6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin). 7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara. 8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain. 9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut. 10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya. 11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari. 12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11. 13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011. 14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. 15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. 16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur. 17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011. 18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel. 19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl. 20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar. Barang kes: 1. Tun HSL Report 9703/11 2. Alat perakan DVR 3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo 4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan