A Mum Of Three Mohd |
- Pengkhianat rakyat
- Apa pasal?? Tak der pasal!!
- Mengata dulang paku serpih
- Semangat Kuning
- Perbuatan bangang!!
Posted: 25 Jun 2011 12:44 AM PDT Juak-juak dan penyangak UMporNO sering menuduh kita... Pakatan Rakyat akan mengubah perlembagaan jika kita memerintah. Itu fitnah berlaka.You all jangan percaya pada penyebar fitnah ini. Dusta!! Dusta!! Sebaliknya mereka yang sering tidak menghormati perlembagaan. Mereka pinda ikut suka hati mak bapak mereka. Selain itu.... mereka juga langgar apa saja yang dijamin oleh perlembagaan untuk rakyat, demi menjaga kepentingan dan menguntungkan mereka. Mereka salah guna pelbagai akta yang mereka buat untuk mengekang hak dan kebebasan rakyat. Mereka ini pengkhianat rakyat!! Pihak berkuasa yang menjadi barua UMporNO telah menolak permit BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Itu salah guna kuasa kerana belum apa-apa lagi sudah tolak hasrat kita. Tarak guna!! Salah guna kuasa!! [sini] Itu sudah melanggar hak rakyat untuk berhimpun secara aman yang dijamin dalam perlembagaan. Itu sudah salah di sisi undang-undang. But what to do... pihak berkuasa negara ialah Raja di Malaysia. Mereka boleh buat apa saja mereka suka kerana mereka diberi 'lesen' untuk melanggar perlembagaan dan undang-undang negara melalui pelbagai akta zalim. Siapa yang beri mereka lesen itu dan untuk apa?? Kerajaan UMporNO!! Untuk.... menjaga kepentingan politik mereka. Kepentingan dan hak rakyat bagaimana?? Mampuih pi la....!! Itu bermakna, pihak berkuasa sudah khianat kepada rakyat yang bayar gaji mereka. Kalau macam tu.... halalkah gaji yang mereka bagi makan kepada anak bini?? Cer, muhasabah diri dan tanya diri hangpa.... Bahagiakah kehidupan aku?? Moral dan perangai anak-anak aku macam mana?? Pelajaran anak aku lagu mana?? Aha... muhasabah diri hangpa dengan ikhlas. Kalau baik... alhamdulillah, tetapi kalau sebaliknya, bagaimana?? Lu pikirlah sendiri... Ingat.... TUAN hangpa bukan UMporNO tetapi RAKYAT. Laknatlah hangpa kalau khianati rakyat dan ikut telunjuk UMporNO!! Apa-apa pun, pedulikan larangan depa... Jom kita BERSIH-kan sistem pilihan raya kita, agar kita dapat buat perubahan kepada keadaan gila pandi yang melanda sistem pemerintahan negara di bawah UMporNO. |
Posted: 24 Jun 2011 09:47 PM PDT Salut BERSIH!! Keramamu, banyak menteri sudah hilang dan ketiadaan telor mereka. Bukan itu saja, tetapi mereka juga sudah jadi BODOH. Ini... sorang lagi Timbalan Menteri 1Malaysia yang telah berjaya masuk carta MENTERI@YB BODOH 1MALAYSIA. Ha ha ha.. Kali ini... malaon yang bertuah itu ialah si Fuad Zarkashi. Tak kosa aku nak letak Dr depan namanya.... sebab dia tak layak menggunakan gelaran itu. Bikin malu kompeni jer. Dr kalu... bercakap guna akai dan otak, tapi malaon sorang ni... letak otak dia, kat kepala lutut. Dalam tempurung kepala.... kosong!! Eeeee.... bodohnya. Dah ler bodoh, angkuh pulak tu. Jenis suka main ugut-ugut. Depa ingat orang takut. Cer baca.... "Jika mereka didapati menghadiri demonstrasi itu pihak sekolah dan kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, seharusnya mereka ini perlu menghabiskan pengajian. "Pihak polis diminta mengenal pasti jika wujud pelajar-pelajar menyertai perhimpunan itu agar dirujuk kepada pihak sekolah supaya tindakan dikenakan ke atas mereka" [sini] Wei... lu ingat orang takut ka sama lu punya amaran?? Penakut!! Sama pelajar universiti lu olang takut... pelajar sekolah menengah dan rendah pun, lu olang takut jugak, ka?? Haiyooo....Tadika punya budak, tarak takut?? Dei... lu, sama lu punya amaran.... boleh poooraah!! Ciiittt!!! Layak jadi Pegawai jaga budak tadika jer malaon ni!! Lepas tu pulak komer... ada ke dia suruh BERSIH adakan demo atas jambatan Pulau Pinang. Alasan bodoh dia...kerajaan PR Pulau Pinang sokong BERSIH 2.0. Hisy.... ajer nyer bodoh!! [sini] Orang berdemo... sebab nak antor memo tuntutan BERSIH pada Agong. Ater udah Agong diam di Kolumpor.... berkumpoi ler sesemuanya di sana. Apa ke jadah nak menyusahkan diri dan orang lain, pergi berdemo jauh-jauh nun ke utara tu?? Cara mudah ada, ngapa nak pilih cara susah?? Eeee.... bangang betoi!! Resmi deme tu, asyik nak menyusahkan orang jer. Lagi pun KL terletak ke di tengah-tengah. Bior ler orang berpusu-pusu di situ... baru ler balance. Kalau berkumpul di utara, mau terjongket Semenajung Malaysia. Tenggelam utara... terjongket selatannya. Oleh itu, usah komer layan cakap si Puad, otak di lutut tu, tak der paedahnya. Turun beramai-ramai join BERSIH 2.0. Ajak dan bawak semuanya.... kecik, besor, tua, muda dan siapa saja ler... 9 Julai ini.... JOOMMM BERSIIIHHH!!! |
Posted: 24 Jun 2011 06:30 PM PDT Fulaamakk....!! Si hipokrit tua ni, pandai berkata-kata. Orang semua tak betul... Dia jer yang betul. Dia anggap semua orang bangang.... dia jer yang bijak. Hmmm.... bijak mentekedarah duit rakyat!! Cer baca apa dia kata tentang Tok Guru Hj Hadi.... "Saya rasa dia (Hadi) ikut bersih sahaja, dia bukan berapa bersih betul. Kalau hati dia bersih betul, saya fikir dia takkan buat benda-benda macam ini. "Orang ikut BERSIH memang hati tak bersih," [sini] Woit... dengar sini nak habaq mai kat hang!! Orang ikut Mahathir... memang kuat auta hei Orang ikut si Kutty... memang busuk hati!! Busuk sampai ke usus!! UMNO sudah busuk sampai ke usus. Bukan kita yang kata... tetapi si Kutty yang kata. Ater, kalau dah busuk tu... tak bersih ler!! Kalau tak besrish tu, maknannya... KOTOR ler!! Macam man tak kotor, kalau bergelumang dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, ketirisan, salah urus tadbir. Sebab dah terlalu berkarat KOTOR-nya lah kita nak BERSIH!! Mengata dulang paku serpih Mengata orang tak bersih, awak tu lagi bernajis!! |
Posted: 24 Jun 2011 05:30 PM PDT Tangkapan sulong... Ditangkap kerana pakai baju warna kuning. Fuiyo... femes ko Jonah. Begitulah semangat anak muda. Tidak gentar dengan ujian. Hidup Jonah!! Hidup warna KUNING!! BERSIH Tetap BERSIH!! BERSIH Tetap BERSIH!! [sumber: sini] |
Posted: 24 Jun 2011 09:30 AM PDT Kalau ia pun nak sabotaj... ini bukan caranya. Ayat suci al-Quran jangan dipersenda dan dihina. Buruk padahnya.... Moreover.... apa faedah kau dapat buat macam tu. Perbuatan bodoh yang sengaja mengundang laknat Allah ke atas diri sendiri. Tak ke bangang!! Celakalah mereka yang bertanggung jawab atas perbuatan keji ini!! Sebanyak 11 naskhah Surah Yasin yang diletakkan sekeping gambar berwarna yang memaparkan pelbagai aksi lucah ditemui di Masjid Negeri Pulau Pinang, semalam. I mam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata gambar lucah itu ditemui di dalam naskhah Surah Yasin di rak ruang solat utama masjid itu oleh seorang pengawal keselamatan masjid yang ingin membacanya sementara menunggu solat Asar pada kira-kira jam 4.30 petang. "Beliau kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada siak masjid dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Yusuff berkata naskhah Surah Yasin itu dipercayai baru diletakkan di rak berkenaan kerana keadaannya yang masih elok dan tidak terusik dan naskhah itu juga berbeza dengan naskhah Surah Yasin sedia ada di masjid. Katanya seorang daripada imam masjid membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Air Hitam berhubung perkara itu, petang semalam. [sumber; sini] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan