Sabtu, 25 Jun 2011

Addin

Addin


Akhirnya Najib Akui 'Kekalahan' BN Di Sarawak

Posted: 25 Jun 2011 11:00 AM PDT

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan anggota parti-parti komponen BN akan memperhebat lagi kerjasama sebagai alternatif penting untuk meningkatkan persefahaman dan permuafakatan dalam BN.Katanya, dalam masa yang sama semua parti-parti komponen BN akan berusaha untuk meningkatkan perpaduan dalaman parti masing-masing. "Ini adalah amat penting untuk menentukan bahawa segala permasalahan dalaman dapat diatasi dan dengan ini parti kita akan bertambah lebih kuat dan lebih kukuh lagi," katanya. 


Ujar beliau, BN telah mengambil kira pencapaian parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dilihat mengurangkan sokongan rakyat ke atas BN melalui post mortem yang telah pun dilakukan. "Banyak pengajaran yang boleh diambil dari PRN Sarawak yang mana kita akan mengambil iktibar dan melihat kepada prestasi sama ada kekuatan dan kelemahan BN agar dijadikan panduan kepada parti-parti lain bukan saja yang ada di Sarawak tetapi juga di Sabah dan Semenanjung," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat BN, Menara Dato' Onn, malam ini.Selain itu, beliau turut memaklumkan BN menerima permohonan keahlian secara terus sebagai anggota BN dari pelbagai badan dan jumlah yang memohon sekitar 10,000 orang.

"Namun demikian, setelah dirujuk kepada parti-parti kompenan BN anggarannya adalah sekitar 3,000 kerana setengah daripadanya telah menjadi ahli kepada mana-mana komponen parti," ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas berkaitan perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh pihak pembangkang sebagai hak masing-masing untuk melakukannya tetapi beliau mengingatkan bahawa negara ini tertakluk pada undang-undang.

Sementara itu, dalam program lain, Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata sudah tiba masanya parti komponen dalam BN bergerak sebagai satu perikatan yang kuat dan bukan hanya bersatu ketika musim pilihan raya semata-mata.

"Ada golongan muda, yang mahu jadi ahli BN tanpa perlu masuk mana-mana parti komponen. Jadi kita harap keahliaan terus yang telah diluluskan pada Konvensyen BN pada tahun lalu akan segera dilaksanakan.

"Walaupun, BN ada 13 parti komponen kita perlu bergerak sebagai satu entiti," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) 2011 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini, Jumaat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, Pemuda BN perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan semangat keterangkuman bagi memastikan kemenangan BN pada setiap pilihan raya.


SPR Akui Wujud Pengundi Hantu

Posted: 25 Jun 2011 09:56 AM PDT

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kewujudan pengundi hantu dalam sistem pilihan raya di negara ini, khususnya dalam kes melibatkan rumah ibu kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. Pada satu kenyataan media, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu. Mengikut Malaysiakini, Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain. 


Mengakui SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan. 

Sebelum ini, Azmin berdasarkan senarai pemilih yang diwarta 13 Mei 2011, mendapati rumah ibunya yang tinggal berseorangan, turut didiami 11 pengundi termasuk lima orang Cina. Selain rumah beliau, 45 pengundi hantu juga didaftar di alamat rumah orang lain di sekitar kawasan kediaman ibunya. 

Azmin pada Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN Sabtu lalu, mencabar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan dalam tempoh 48 jam jika beliau berjaya membuktikan wujud penipuan pendaftar pemilih tetapi Wan Ahmad sehingga kini gagal berbuat demikian, malah memberi bermacam-macam alasan rapuh./KD


5 Lagi Di Tangkap Polis Kerana Pakai T-Shirt BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 08:52 AM PDT

KLANG - Lima anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kapar hari ini ditahan polis ketika bersiar-siar di pusat beli-belah Klang Parade di sini, dengan memakai t-shirt berwarna kuning termasuk empat daripadanya memiliki logo Bersih 2.0. Mereka ialah Pegawai Khas kepada S Manikavasagam, Mohd Fauzi Abdul Majid; Naib Ketua AMK Kapar, Kamarul Zaman Johari; Bendahari AMK Kapar, Asmadi Abdul Hassan; bekas Ketua AMK Kapar, Hazizam Hani dan anggota KEADILAN Kapar yang belum diketahui namanya. 


Empat daripada mereka memakai T-Shirt sempena Perhimpunan Bersih 2.0 manakala seorang lagi yang belum dikenali cuma memakai baju kuning tanpa logo Bersih. Ketika ditahan sekitar jam 5 petang, mereka sedang menunggu kedatangan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam di Klang Parade untuk berbincang mengenai program berkaitan Bersih. 

"Ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Ini bukan pertama kali Bersih mengadakan perhimpunan, mengapa belum pun bermula, tangkapan sudah dibuat?" katanya kepada Keadilan Daily, petang ini./KD


Panas!! Ada Ahli Politik Malaysia Bertemu Almelda Marcos?

Posted: 25 Jun 2011 08:05 AM PDT


Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenaran isu ini, ia di bangkitkan oleh blogger Mutalib MD di Sabahkini.net. Jikalau betul dakwaan ini, bertambah panas situasi politik Malaysia yang sudah sedia panas.. Siapakah ahli politiknya? Apa tujuannya bertemu Imelda Marcos?


Oleh : MUTALIB M.D

LEBIH 11.82 juta pemilih berdaftar di Malaysia mungkin terkejut bahawa seorang Ahli Politik Malaysia telah berjumpa dengan Balu Mendiang Presiden Filipina, Imelda Marcos pada 2007 di Peninsula Hotel, Makati Manila.

Kenapa Ahli Politik Malaysia berkenaan berjumpa Imelda atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Romualdez yang kini sebagai Ahli Parlimen Ilocos Norte?

Mengikut maklumat Manila, mereka berbincang untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun Swiss Bank milik Imelda bagi membiayai kempen Imelda bertanding Wanita Kongres Filipina dan juga anak-anak Imelda, Senator Bong Bong Marcos, Gabenor Imy marcos yang menelan belanja lebih 1billion pesos.

Persoalannya, tahukah anda siapa ahli politik Malaysia yang terlibat dalam pengeluaran wang daripada Swiss Bank tersebut? Berjayakah mereka mengeluarkan wang berkenaan yang dibekukan Kerajaan Filipina? Ikuti kisah selanjutnya dalam episod akan datang.


Bukti Konspirasi UMNO, Dato T Di Beri Layanan Istimewa Di Mahkamah

Posted: 25 Jun 2011 12:45 AM PDT


Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis. 


"Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa. 

"Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain."Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap," tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang. Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

"Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun," bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

"Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya 'testimoni pakar' dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar," soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno./KLT


UMNOporno Terdesak, Guna Mimbar Halang Himpunan BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 12:05 AM PDT

REMBAU – PAS Rembau merasa kesal apabila mimbar masjid ketika khutbah Jumaat pada tengahari ini hampir di seluruh masjid di Negeri Sembilan digunakan untuk menghalang rakyat dari menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 atau "berjalan untuk demokrasi" pada 9hb Julai ini. Ketua Penerangan PAS Rembau, Mohamad Husaini Husin berkata beliau bagi pihak PAS Rembau berasa kesal kerana pelbagai pihak dipergunakan oleh Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menggagalkan perhimpunan aman ini dan sekarang mimbar masjid.


" Jelas Umno-BN menggunakan masjid dan mimbar untuk kepentingan politik dan kerakusan mereka untuk berkuasa walaupun rakyat telah sedar dan bosan dengan karenah dan kejelekan perangai mereka.

" Perhimpunan aman ini merupakan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10(1)(b). Apatah lagi perhimpunan ini hanya meminta supaya pilihan raya di Malaysia ini lebih telus dan adil yang merupakan teras kepada sistem demokrasi itu sendiri", kata Mohamd Husaini.

Mohamad Husaini berkata PAS Rembau telah mengarahkan semua Ahli Jawatankuasanya (AJK) untuk memakai baju kuning Bersih setiap hari terutamanya pada hari Sabtu untuk membangkitkan semangat rakyat untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

" Kita juga meminta semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sama-sama memakai baju kuning Bersih setiap hari.

" PAS Rembau sedang berusaha untuk menghantar seramai yang mungkin ke perhimpunan Bersih 2.0 dan sasaran kami adalah untuk menghantar 10,000 orang peserta. Insya Allah.", tegas Mohamad Husaini./FMT


Bekas Calon Ahli Parlimen Pekan Di Tangkap Kerana Pakai Baju BERSIH

Posted: 24 Jun 2011 09:34 PM PDT

Lihatlah betapa bangganya seorang anak muda yang tahu dirinya ditangkap kerana beliau menyokong perhimpunan aman Bersih 2.0. Semangat ini yang kita mahu pada setiap anak muda. Beberapa ketika kemudian, pemuda ini telah dibebaskan tanpa sebarang ikat jamin kerana tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Jadi apa tujuan pemuda ini ditangkap dan digari di depan khalayak ramai (Up Town)? Sila jawab sendiri soalan ini. 


Dari maklumat yang diterima juga, pemuda ini melalui peguamnya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman ke atas pihak Polis kerana menggari dan menahannya di hadapan khalayak ramai sedangkan tiada sebarang tuduhan yang dikenakan ke atasnya./milosuam

Addin :


Pemuda di dalam gambar ini adalah pimpinan AMK iaitu Khairul Anuar Zainuddin. Beliau juga merupakan bekas calon ahli parlimen Pekan semasa PRU 12 pada 2008 yang menyaksikan beliau bertanding melawan Najib Razak. Kawan sebagai anak jati Pekan sokong sangat pemuda ni.. syabas!! Tangkapan ini menyerlahkan lagi KEBANGANGAN Polis..


Tiada ulasan: