shalehudin |
- Amboi... berpesta sakan hampa noo...
- Anwar yang sebenaqnya dihukum
- Mai la tengok pihak Anwar jawab apa?
- Mai tengok fakta kes video seks Anwar - Dah sah nak hukum Anwar
- Pemuda MCA naik angin... kahkahkah...
- Demo lawan demo, nasihat sapa ni...
- Awat yang takut sangat nih... hihi...
- Berlubang sana, berlubang sini
Amboi... berpesta sakan hampa noo... Posted: 24 Jun 2011 08:55 AM PDT Perbicaraan Datuk T atau pesta serang Anwar? Wira Arjuna Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu? Atau, adakah memadai untuk peguam negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar. Tidak ada peluang untuk peguam-peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan Datuk T. Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh peguam negara, polis dan peguam Datuk T untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka. Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan "pakar" dan bukti-bukti lain yang dikemukakan semalam. Justeru persoalan yang amat relevan adalah: Adakah peguam negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau? Tak berani minta dibicarakan Jika jawapan Gani adalah "ya", maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji "bukti-bukti" pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinchi "semangat patriotik' gandingan Datuk T dalam menayangkan video lucah berkenaan Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Shahryl Eskay Abdullah tidak pula mengaku tidak bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri. Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam-peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas "pakar-pakar" pendakwaraya. Namun ini tidak berlaku. Gandingan Datuk T sebaliknya cepat-cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan. Sebaik sahaja keluar mahkamah, Datuk T dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar. Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah Datuk T adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis? Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar. Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian. Satu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk ijazah pertama sahaja. Kewibawaannya dalam bidang penyelidekan ala-CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu. Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam Datuk T pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan. Menyelamatkan Malaysia? Rahim, Shuib dan Eskay kemudian "dilepaskan" dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup "mengorbankan diri" dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia. JIka itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka. Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang. Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan Datuk T, oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;
Umno tak terlibat? Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek-aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya. Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan. Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam Datuk T "melanyak" beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar. Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka? Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri. Rasanya Khairy tahu maksud pepatah "lontar batu sembunyi tangan" |
Posted: 24 Jun 2011 06:27 AM PDT Anwar telah diaibkan semahu mereka dengan fitnah video ini tapi mereka hanya dikenakan denda keseluruhan RM5,500 sahaja... inilah keadilan ala Umno dalam negara Malaysia bapak depa yang punya. Apa la sangat kan denda sebanyak tu bagi jutawan macam Datuk T ni ya dak? |
Mai la tengok pihak Anwar jawab apa? Posted: 24 Jun 2011 06:04 AM PDT |
Mai tengok fakta kes video seks Anwar - Dah sah nak hukum Anwar Posted: 24 Jun 2011 05:21 AM PDT Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur: 1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah, 2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik 3. Dato' Shuaib Lazim. Fakta kes 1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai "Dato' Eskay") telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Shuaib") di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Seri Anwar") dengan seorang perempuan warganegara China. 2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai "Tan Sri A Rahim") berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara. 3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut. 4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib. 5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara. 6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin). 7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara. 8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain. 9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut. 10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya. 11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari. 12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11. 13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011. 14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. 15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. 16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur. 17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011. 18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel. 19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl. 20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar. Barang kes: 1. Tun HSL Report 9703/11 2. Alat perakan DVR 3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo 4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat. |
Pemuda MCA naik angin... kahkahkah... Posted: 24 Jun 2011 05:10 AM PDT Pemuda MCA sudah mula naik angin dengan rakan UMNO, PERKASA Oleh: wfauzdin_ns SATU lagi tamparan buat Umno apabila Pemuda MCA Indera Mahkota hari ini membantah sikap Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang melampau dan ekstrim terhadap kaum Cina di dalam isu Perhimpunan Bersih 09 Jul nanti. Hari ini, Sinar melaporkan Pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, Kuantan mahu agar KDN bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali. PERKASA, diakui atau tidak sememangnya adalah ejen Umno di dalam senyap dan buktinya pemimpin PERKASA bebas berbuat apa sahaja. Sebelum ini Ibrahim Ali menimbulkan isu `Perang Salib' kununnya ada pihak yang mahu agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di negara ini. Akhirnya isu tersebut dibawa angin lalu, tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa sama Ibrahim Ali, Blogger yang menyiarkan cerita karut tersebut termasuk akhbar Utusan yang menghangatkan lagi cerita tepi longkang berkenaan. Setelah tidak laku dengan mainan `Perang Sabil' Ibrahim Ali mahu menjadi hero katak di dalam isu Perhimpunan Bersih. Kaum Cina terus menjadi sasaran persatuan yang murahan ini. Ibrahim Ali terus selamat walaupun mengeluarkan amaran `kaum Cina perlu simpan stok makanan' di rumah. Mengapa Ibrahim Ali selamat? Tahu-tahu sudah lah sepertimana kita tahu mengapa Datuk Eskay masih tidak ditangkap atau didakwa walaupun mengaku menayang video lucah. Justeru itu, harapan kita amat cerah ke Putrajaya dengan bantuan tanpa disangka oleh PERKASA ini. Malahan kita terus berharap agar Ibrahim Ali sihat dan tidak dimasukkan ke wad lagi bagi membolehkan `katak' ini terus berbunyi walaupun semakin sumbang. /wfauzdin.blogspot.com" |
Demo lawan demo, nasihat sapa ni... Posted: 23 Jun 2011 09:00 PM PDT Ni semua ataih nasihat APCO kot kat Piem Umno... Lawan demo dengan demo, tapi kuatkan suara minoriti tu, bagi pulak sokongan penuh media seolah olah kekacauan besaq akan berlaku kalau majoriti ni engkar. Takut takutkan pulak rakyat terutama bangsa lain yang kerap sangat diulang ulang sebagai golongan pendatang tuh... haha... Sebab tu dari dulu lagi aku berpandangan Perkasa tu adalah perkakas Umno... tok sah dok menyorok belakang NGO laa... Ini semua idea bernas dari penasihat luaq negara mereka tu laa... Piem Umno Najib Razak telah dengan bijak memperkudakan sepenuhnya alat ciptaan Mahathir ni iaitu Perkasa yang lantang dan ekstrim semata mata untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan. Golongan keris telanjang ni bertugas dengan baik selama ini bagi pihak Umno, la ni sekali lagi jasa dan khidmat mereka diperlukan untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih menuntut pilihanraya yang bersih. Jangan tak percaya kerana rakyat yang perihatin yakin, jika tidak kenapa Najib sampai la ni dok berdiam diri dan langsung tak tegur ugutan yang dibuat oleh Polis, oleh Hishamuddin dan perkakas Umno... Perkasa sendiri. Sah la, ni semua permainan Umno nak takutkan orang ramai. Dah tu sudah pi la, siap ngan ada ugutan bunuh lagi kat orang orang tertentu dalam Bersih dan pakatan pembangkang... |
Awat yang takut sangat nih... hihi... Posted: 23 Jun 2011 07:00 PM PDT Agak agak hampa la, macamana rupa Bersih pada pandangan Umno, pada tilikan Polis, pada tenungan Perkasa, pada risikan Najib khasnya? Nampak macam hantu raya atau nampak dah nak kalah pilihanraya? kahkahkah... Kalau Bersih ni tak kuat mana, kalau Bersih ni tak dak power langsung... apa yang nak ditakutkan sangat? Orang ramai nak berarak kat jalanraya, suarakan permintaan depa secara aman kat Agong pun jadi salah besaq sangat ka? Sampai nak kena suruh orang orang Perkasa buat kacau... sampai upah samseng samseng hantaq sms ugut nak bunuh... Bab jalan tutup ni tak boleh nak jadi alasan... dah selalu sangat dah dok tutup, lumba beskal hari tu pun tutup gak, tak dak berpuloh pun laporan polis yang depa buat kononnya peniaga dan geng bawak teksi tak leh cari makan? Hek ellehh... depa tutup baru ni pasai himpun sejuta belia tak pa punnn.... haha... banyak akai betoi laa.... Awat, pasai anjuran Piem Umno nak kawal Putrajaya dari Pakatan Rakyat kot jadi Polis tak leh nak kacau? Pada pihak Polis, suka rakyat terbanyak nak berpesan. Jangan dok ikut sangat apa yang si Muhyiddin tu merapukan... Bersih bukan nak gulingkan kerajaan dengan cara pemberontakan. Kalau nak berontak, kita tak pilih pilihanraya laa... Rakyat ni bukan apanya, nak tengok SPR lebih professional, tak jadi perkakas Umno dan BN nak jaga periuk nasik depa. SPR kena lebih berani melakukan reformasi dalam sistem pilihanraya kita supaya lebih telus dan saksama. Bersih pulak bukan mintak yang bukan bukan. Depa cuma mintak tempoh kempen minimum tu up ke 21 hari, gunakan dakwat kekal di jari nak elak hantu siang hari... dan jugak pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun. Mana ada bau pembangkangnya... ada apa apa kot dok takut sangat sangat nih... kahkahkah... |
Berlubang sana, berlubang sini Posted: 23 Jun 2011 05:00 PM PDT Oleh Aspan Alias Apabila sampai waktu dan masanya pilihanraya akan diadakan. Di waktu itu rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menuju ke peti undi memilih siapa dan parti mana yang patut memerintah negara. Di dalam sebuah negara demokrasi seperti kita memilih mana-mana parti yang terdaftar secara halal tidak menjadi kesalahan. Itu sebabnya negara memperuntukan di dalam perlembagaan untuk rakyat memilih mana-mana parti yang dipimpin oleh sesiapa pun. Rakyat sebuah negara demokrasi sebenarnya mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga negara ini. Pemimpin yang dipilih atau parti yang diberikan mandate itu adalah tanggungjawab rakyat sebenarnya. Rakyat mesti memilih pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk menjaga mandat mereka. Apa pula yang di mandatkan oleh rakyat itu? Sesungguhnya rakyat memandatkan pemimpin dan parti yang di pilihnya itu untuk menjaga negara dengan baik. Apa pula ingredien kebaikan itu? Ringkasnya, parti yang terpilih itu mesti menjaga keselamatan negara dari ancaman luar serta sentiasa memertabatkan kedaulatan (sovereignty) negara dan rakyat yang berlindung di bawahnya. Negara adalah kepunyaan rakyat dan rakyat berhak untuk sentiasa mencari dan memilih pihak mana yang lebih dipercayai oleh mereka. Jika rakyat mendapati pihak yang telah di pilih sebegitu lama untuk mentadbir negara kepunyaan rakyat itu telah menyimpang dari apa yang sepatutnya mereka lakukan, rakyat boleh menggantikannya dengan pihak atau kumpulan yang lain. Itulah sebabnya adalah tidak wajar pihak yang memerintah menggunakan kuasa dan pengaruh dengan sewenang-wenangnya dengan menutupi apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan oleh pihak yang telah menyimpang dari tanggunjawab mereka untuk mentadbir rakyat dengan baik. Rakyat wajar meneliti rekod mereka yang telah memerintah itu. Pemimpin negara itu adalah hamba kepada rakyat dan bukannya rakyat yang diperhambakan oleh pemimpin.yang mereka pilih. Apa yang selalu terjadi ialah mereka yang terpilih itu memperhambakan rakyat dengan membohongi mereka secara terbuka. Rakyat pula akhirnya yang dikelirukan dengan memberikan kefahaman yang salah oleh pemimpin yang telah terpilih oleh rakyat tadi. Rakyat pula sebaliknya disekat dari mengetahui apa kesalahan yang mereka lakukan dengan menggunakan alat-alat yang dibuat dan di gubal oleh wakil-wakil mereka di Dewan-dewan lagislatif seperti OSA (Akta Rahsia Resmi) dan sebagainya. OSA itu memanglah satu akta yang penting untuk menjaga keselamatan negara kerana banyak perkara-perkara yang rahsia bagi negara untuk tidak diketaui oleh negara-negara lain serta agensi-agensi yang boleh memudharatkan negara. Tidak ada siapa dari rakyat yang bertanggunjawab akan membantah kewujudan akta seperti ini kerana hendak menjaga keselamatan negara. Tetapi pemimpin-pemimpin yang diberikan mandat ini menggunakan akta ini untuk merahsiakan kegiatan kotor mereka seperti rasuah dan menggunakan kuasa secara salah. Akta ini dipergunakan untuk menutupi segala perlakuan rasuah dan sumbang mereka dari pengetahuan rakyat. Apa bahayanya untuk membuka dan mendiklasifikasikan perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat konsessi lebuhraya misalnya? Kenapa letakan perjanjian di antara IPP dengan kerajaan (TNB) dibawah akta rahsia resmi sehinggakan Menteri yang bertanggungjawab tentang tenaga ini menyatakan adalah salah untuk "declassify" perjanjian ini bagi pengetahuan rakyat. Katanya itu adalah rahsia di antara kerajaan (TNB) dengan syarikat-syarikat IPP itu. Tidak ada sebab isu perjanjian ini hendak dirahsiakan dari rakyat dengan menggunakan OSA ini jika tidak ada apa yang hendak disorokan dari rakyat. Rakyat ingin tahu kenapa harga pengeluaran kuasa yang hanya 0.12 sen itu dibeli oleh TNB dengan harga 0.23 sen misalnya. Rakyat bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa? Rakyat merasakan "keferasatan"nya kerana mereka (pemimpin) yang dipilih mereka itu tidak jujur dan ingin menutupi perkara-perkara yang berlaku di dalam pembelian "paksa" terhadap TNB ini. Rakyat berfikir tentu ada pemimpin-pemimpin dan pihak yang "songlap" harga tambahan yang begitu tinggi dari harga pasaran tenaga itu. Isu ini bukannya isu ringan yang boleh di ambil dengan sambil lewa oleh pemimpin yang telah dipilih rakyat tadi. Kalau lah mereka yang diberikan mandat itu tadi masih berdegil di dalam negara demokrasi mereka (rakyat) boleh memberikan kuasa itu kepada pihak lain yang dirasakan lebih dipercayai. Kalau rakyat membuat "bising" pemimpin-pemimpin ini bertindak dengan marah-marah pula dan sebaliknya menuduh pihak pembangkang yang sengaja memanaskan isu ini untuk menjatuhkan mereka. Kalau tidak mahu rakyat marah kenapa takut-takut dan bersilat-silat dengan mereka (rakyat) untuk mengelak dari mereka mengetahui perkara yang sebenarnya? Buktikanlah pembangkang itu yang bersalah dengan mengeluarkan segala butiran perjanjian itu kepada mereka (rakyat). Kenapa gunakan OSA untuk mengelak dari rakyat mengetahui perkara yang sebenarnya. Begitu juga perjanjian di antara kerajaan dengan syrikat konsessi lebuhraya. Perjanjian ini juga diletakan dibawah OSA. Kenapa OSA? Apa bahayanya kepada negara jika di "declassify" kan? Mungkin jika di "declassify" kan ianya merbahaya bagi mereka yang telah mendapat kepentingan peribadi secara haram. Itu secara otomatik menjadi persepsi rakyat.Rakyat hendak tahu bagaimana harga toll semakin hari semakin tinggi sedangkan trafik yang menggunakan lebuhraya itu semakin hari semakin berlipat kali ganda jumlahnya. Kenapa di dalam perjanjian itu pengguna dipaksa membayar toll yang semakin tinggi? Kenapa tidak berkurangan dari masa kesemasa sedangkan "fixed cost" pembinaan dulu sudah di "amortise" sekian lama? Rakyat hendak tahu tentang itu. Jangan marah jika rakyat bertanya kerana bukan perasuah sahaja yang pandai membuat kira-kira untuk kepentingan mereka. Rakyat pun sudah belajar dan kesekolah sikit-sikit dan sudah pandai membuat kira-kira, tetapi untuk kepentingan pengguna (rakyat). Kenapa tidak cari jalan yang lebih mudah dan murah untuk melaksanakan sistem MRT yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan itu. Kenapa kosnya melebihi RM50 billion termasuk mengambil alihan tanah? Boleh atau tidak jika rakyat mengambil "initiative" untuk menghantar consultant bebas untuk meneliti kos terhadap projek ini. Salah kah jika rakyat merasa curiga terhadap ketelusan tentang harga projek ini? Bukan kah telah terlalu banyak contoh kos pembinaan pembangunan negara dilipat kali gandakan oleh pihak kerajaan. Bukankah rakyat sudah nampak tentang kos procurement terhadap pembelian alat-alat dan komponan pertahanan negara ditambah dan ditambah berlipat kali ganda untuk kepentingan mereka yang berkuasa hasil dari mandat rakyat tadi? Salah kah rakyat merasa curiga kerana mereka telah sedar yang selama ini wang mereka telah dipergunakan oleh pimpinan dan perlaksana dengan sesuka hati mereka? Apabila rakyat menuduh mereka meminta bukti perlakuan rasuah mereka pula. Bagimana rakyat hendak tunjukan bukti walaupun rasuah itu benar-benar berlaku kerana segala-galanya dilindungi oleh OSA? Kenapa terlalu biasa memperbodohkan rakyat? Kalau rasa terdesak kenapa kita dengan senang menyalahkan pembangkang? Itu hak rakyat untuk memilih. Memanglah pembangkang itu akan mejadi pilihan mereka jika segala persoalan ini tidak boleh dijawab oleh mereka yang sedang memimpin sekarang? Salahkah jika rakyat memilih pihak "alternative" jika yang menyandang kuasa sekarang terus-terusan bersilat-silat dengan persoalan yang diajukan oleh rakyat? Sekarang ini nampaknya kesabaran rakyat sudah nampak menghilang dan telah bersedia untuk melakukan pemilihan yang baru. Jawapannya ialah melalui pilihanraya. Itulah sebabnya Bersih hendak menunjukan manifestasi rakyat ramai dengan rally yang dirancang mereka. Itu pun mendapat kutukan dari media masa perdana setiap waktu dan masa. Salah lagi rakyat. Semua pihak salah kecuali mereka yang diragukan rakyat itu. Nampaknya pemimpin yang telah diberikan mandat sebegitu lama hanya menumpukan masa untuk menutup lubang-lubang yang mereka korek sendiri. Sudah ditutup lubang ini terbuka pula lubang yang lain. Akhirnya pemimpin kita tidak ada kerja lain selain dari menutup dan membuka lubang-lubang sahaja. Sekarang semuanya sudah berlubang-lubang. Ada lubang besar dan ada lubang kecil. Macam-macam lubang ada. Akhirnya Umno aku akan masuk lubang dan tertimbus. Tetapi itu hakikat. Kita keluar dari lubang dan di akhir kalam nanti kita akan masuk lubang juga. Apabila sudah berada di dalam lubang nanti tahulah kita nasib masing-masing. — aspanaliasnet.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan