Jumaat, 24 Jun 2011

PERAKITE

PERAKITE


Trio Dato T dihadap ke mahkamah

Posted: 23 Jun 2011 07:36 PM PDT


Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dihadapkan di Mahkamah jalan Duta atas tuduhan bersubahat dengan dua lagi "Datuk T' menayangkan rakaman video seks kepada media 21 Mac lalu.
Dua lagi rakan dalam grup trionya, Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim pula dikenakan tuduhan menayangkan rakaman video itu.


Mereka bertiga terbabit dalam tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu. Eskay dan Shuib diidakawa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Sekyen 34 yang berbunyi:

"Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."
Tuduhan terhadap Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan , kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Aizatul Akmal Maharani.
azlan
Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal kemudiann menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Tiada ulasan: