PENYAPU SIAL |
- trio Datuk T dah kantoi...sumpah lahanat tak menjadi...Ada sebab sebab malaun ini mudah mengaku salah....!!!
- LIDAH SYAITAN UMNOPORNO DIBAKAR....!!!
- Polis mungkin menggunakan taktik " KOTOR" Untuk Hapuskan "BERSIH" ...!!!
- Demi kepentingan UMNOPORNO , 3 babi tungangan yang mengaku bersalah, hanya dikenakan denda RM5,500...!!!
Posted: 24 Jun 2011 12:21 PM PDT Sudah pasti ramai tertanya-tanya mengapa ketiga-tiga trio Dato' T ini begitu mudah mengaku salah di atas tuduhan tersebut. Mengapa mereka tidak mengaku salah dan biar ianya dibicarakan di mahkamah. Eskay hanya didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuaib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 . Eskay dan Shuaib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara. Tuduhan yang dibaca berbunyi "Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu." Mengapa mereka mudah mengaku salah? sifirnya mudah sebab mereka tahu Anwar bukan pelaku dalam video tersebut. Video ini adalah fitnah semata-mata. Eskay sendiri mengaku dia kata saya tidak pernah menuduh Anwar berzina selepas bersumpah di Masjid bahawa Anwar adalah pelaku dalam video tersebut. Buktinya seperti video di bawah ini. Bab jam omega pun dah kantoi..dulu gah kononnya jam omega Anwar pemberian hadiah khas Raja Arab Saudi tetapi akhirnya polis mengesahkan jam omega Eskay "made ini Taiwan"... |
LIDAH SYAITAN UMNOPORNO DIBAKAR....!!! Posted: 24 Jun 2011 12:12 PM PDT Walaupun masih terdapat yang membela akhbar milik sekutu Apco ini, namun rata-rata umat Islam khususnya semakin sedar fungsi akhbar ini untuk menjahanamkan bukan sahaja perpaduan rakyat berbilang kaum bahkan menyesatkan umat Islam. Di Kuala Lumpur, kawasan ibu kota yang penduduknya rata-rata dari golongan bijak pandai dan elit, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru. Lakaran kartun yang jelas menghina hukum yang Allah tetapkan itu menjadikan rakyat semakin jijik menyebut nama akhbar Utusan lidah syaitan ini. Akhbar ini menjadikan kerja-kerja Syaitan lebih mudah dan umat Islam wajib terus menentangnya. Jelas, akhbar ini terus mendapat perlindungan dari bos mereka yang sekarang ini sibuk menyebut bahawa PAS kini tidak lagi berhasrat untuk menubuhkan Negara Islam. Seolah-olah mereka kepingin sangat untuk berada di dalam sebuah Negara Islam. Hakikatnya, 50 tahun lebih mereka membawa umat Islam semakin jauh dari Islam. Apabila kita tidak membeli atau membaca akhbar Utusan syaitan ini dengan niat tidak mahu bersekongkol dengan akhbar yang menghina hukum Allah, kita yakin dan percaya Allah akan memberikan pahala kepada kita. Mereka yang membakar akhbar Utusan syaitan ini dengan niat untuk menunjukkan bahawa kita tidak mahu hukum Allah ini dihina, sudah pasti Allah memberikan pahala buat kita. Semoga Allah melaknat mereka yang terlibat dengan kerja-kerja Iblis ini |
Polis mungkin menggunakan taktik " KOTOR" Untuk Hapuskan "BERSIH" ...!!! Posted: 24 Jun 2011 12:06 PM PDT Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh. "Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat. Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu. Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. Perhimpunan haram itu dianjurkan oleh satu puak pengacau bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan alasan mahu menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil. Cadangan mengadakan perhimpunan itu mendapat bantahan meluas kerana orang ramai bimbang ia boleh mencetuskan kekacauan selain menyebabkan kesesakan jalan raya. Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu). "Selain daripada perhimpunan yang menggunakan nama Bersih 2.0 ini, pada masa yang sama juga terdapat dua kumpulan berlainan telah menyatakan hasrat untuk membuat perhimpunan di sekitar ibu kota bagi membantah perhimpuan Bersih ini. "Dengan adanya kumpulan yang tidak sefahaman pendapat ini berhimpun, kita khuatir akan mencetuskan keadaan yang boleh menggangu aktiviti harian, perniagaan dan ketenteraman awam," katanya. Amar Singh meminta penganjur supaya menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu. |
Posted: 24 Jun 2011 10:25 AM PDT Ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka terhadap kesalahan menayangkan video lucah dan bersubahat berbuat demikian pada 21 Mac lalu. Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim yang didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama seksyen 34 mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan rakaman video lucah secara terbuka di Carsosa Seri Negara 21 Mac lalu. Manakala bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dituduh di bawah seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi perbuatan persubahatan. Rahim juga mengaku bersalah di hadapan hakim Aizatul Akmal Maharani. Oleh yang demikian Eskay dikenakan hukuman denda RM3,000, Shuib RM1,500 dan Rahim dikenakan denda RM1,000. Eskay diwakili peguam Zamani Ibrahim, Shuaib diwakili Suhaimi Salleh manakala Abdul Rahim diwakili Datuk Shafee Abdullah. Fakta kes yang dibacakan antara lain menyebut kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang di mana seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita warganegara China. Turut dinyatakan polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan kelibat individu yang didakwa Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Eskay dan masuk ke pangsapuri. Selepas fakta kes dibacakan kepada tertuduh, Eskay kemudian menyatakan kepada mahkamah bahawa terdapat pembetulan pada perenggan terakhir. "Bukan menyerupai, tapi ianya memang Anwar Ibrahim," ujar beliau dari dalam kandang tertuduh. Mahkamah kemudian dipertontonkan rakaman video seks berkenaan melalui dua buah televisyen di dalam galeri mahkamah. Walau bagaimanapun, hakim Aizatul mengarahkan rakaman video tersebut dipercepatkan dan hanya untuk mengesahkan terdapat kejadian seks oleh dua individu seperti yang didakwa. Peguam Shafee yang mengemukakan rayuan di hadapan hakim berkata, Eskay dan Shuib terpaksa melakukan kesalahan kecil untuk mendedahkan kesalahan moral yang lebih besar oleh Anwar kepada umum. Oleh yang demikian katanya, kedua-dua individu itu mengambil keputusan untuk menayangkan rakaman video seks tersebut bertujuan menghalang Anwar daripada terus mengejar cita-cita menjadi pemimpin negara Islam yang tidak bermoral. Katanya tindakan mereka adalah demi kepentingan awam selain menyelamatkan persepsi rakyat daripada terus ditipu oleh perbuatan hipokrit Anwar. "Saya rasa terkejut sebab saya ingat ini perkara yang baik untuk dilakukan," katanya. Antara lain Shafee menyebut perbuatan yang dilakukan tidak melibatkan kepentingan wang selain mereka telah memilih penonton secara berhati-hati. Malah Shafee bertegas rakaman video itu telah diteliti oleh pakar dari Amerika Syarikat yang menyatakan 99.9 peratus adalah Anwar. Beliau sebaliknya menuduh Anwar membuat laporan palsu kepada polis pada 22 Mac sehari selepas kejadian. "Ketiga-tiga mereka ini tidak sepatutnya berada di sini.. tapi Anwar Ibrahim kerana beliau telah buat laporan palsu," ujarnya lagi. Sehubungan dengan itu peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada tertuduh berikutan faktor umur dan keluarga. |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan