Selasa, 21 Jun 2011

shalehudin

shalehudin


Bangkang, jangan tak bangkang... kahkahkah...

Posted: 21 Jun 2011 09:00 AM PDT

Giliran BN ambil alih kerja membangkang
Oleh: Mat Zain Mat Isa

'Bangkang, jangan tak bangkang'. Momokan itu sejak sekian lama dipalitkan kepada parti-parti pembangkang negara. Secara sinis ungkapan itu kerap diulas sebagai tabiat parti-parti lawan kepada Barisan Nasional (BN), yang didakwa hanya tahu membangkang apa saja dikemuka atau dilakukan parti pemerintah itu.

Sejak sekian lama para pemimpin BN, dibantu media kroni dan berbagai alat propaganda, dianggap berjaya membentuk persepsi umum sebegitu. Bahawa kewujudan parti-parti pembangkang tidak mendatangkan faedah kepada negara.

Gambaran dilihat seolah-olah mereka tidak ada kerja lain untuk negara kecuali membangkang apa sahaja," catat seorang kolumnis sebuah tabloid harian, Khamis (16 Jun) lalu.

Sepertimana lazimnya, komentar yang secara jelas dibuat untuk mengampu BN itu hanya memberatkan cerita keburukan parti pembangkang. Penulis terbabit malah secara sinikal memperlekeh kualiti minda dan tahap kesedaran politik anggota pembangkang.

Cuma beliau barangkali terlupa bahawa kecenderungannya terlampau merendahkan pembangkang itu sebenarnya ikut memakan diri sendiri. Mana tidaknya jika diambil kira perkembangan terkini dalam masyarakat, khususnya setelah BN menjadi pembangkang di beberapa negeri.

Tidak keterlaluan dikatakan BN pula yang seakan tidak ada kerja lain selain membangkang apa juga yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Lihat saja apa kerja mereka di Kelantan. Usaha kerajaan negeri menaik taraf sebuah pasar lama, contohnya, hanya dicari kelemahan dan kekurangan, bukan yang positif. Tidak cukup sekadar merungut dan memberikan nilaian negatif, BN malah menggalakkan segelintir peniaga terus membantah dan mengadakan demonstrasi memburukkan imej kerajaan negeri.

Di Perak, sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat dulu, berbagai isu dimanipulasi untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan negeri. Satu contoh agak ekstrem, sehinggakan perancangan membina sebuah stesen minyak pun dijadikan bahan kontroversi dan dimanipulasi menerusi media massa.

Kononnya ia mengganggu masyarakat setempat. Beberapa warga emas yang tinggal berdekatan tapak cadangan pembinaan itu ditemubual. Mereka mendakwa kononnya pembukaan stesen minyak boleh menyebabkan gangguan kesihatan, terutama ekoran terpaksa menghidu bau minyak, gangguan bunyi bising kenderaan dan berbagai lagi hujah remeh.

Nampak sangat BN sengaja memanipulasi emosi penduduk secara negatif. Semata-mata kerana pembinaan stesen itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, terus sahaja BN mengusahakan agar ia dibangkang. Jahatnya BN, bukan?

Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu sewaktu di bawah PAS dulu. Kita masih ingat bagaimana sekumpulan manusia yang mendakwa sebagai nelayan bersama anak-anak dan isteri dipercayai didalangi Umno berkumpul di depan banguan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia berlaku ketika sidang Dewan Undangan Negeri Terenganu sedang berlangsung yang antara lain bercadang meluluskan usul kenaikan elaun wakil rakyat. Itulah yang dibantah para 'nelayan' tadi.

Kononnya itu bukan masanya untuk kerajaan negeri menaikkan elaun wakil rakyat, kerana nasib mereka (nelayan) belum terbela dan hidup dalam kemiskinan.

Kes terpencil itu diperbesarkan media kroni BN. Gambaran dan ulasan diberikan hanya segala yang negatif. Sedangkan sepertimana diketahui umum, kelulusan anjakan elaun wakil rakyat itu adalah sejajar tindakan sama diluluskan BN di peringkat Pusat.

Ia malah turut dilakukan kerajaan negeri-negeri lain diperintah BN. Mengapa tidak ada pun pihak membantah? Nampak sangat bantahan itu hanya kerana ia dibuat kerajaan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, yang menjuarai bantahan terhadap pembaharuan terbaru diperkenalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dalam kaedah pemilihan Jawatankuasa Masjid ialah penjuak-penjuak Umno. Sekali lagi dapat kita simpulkan bahawa Umno mempamerkan sikap 'bangkang, jangan tak bangkang' apa juga yang diperkenalkan kerajaan parti lawan.

Etinya, menilai kehangatan pentas politik negara kini, gelagat 'membangkang apa sahaja' itu agak ketara bukan lagi menjadi milik mutlak parti-parti pembangkang. Ia sebaliknya dapat dilihat semakin menjadi kegemaran dan kecenderungan di kalangan pendokong BN sendiri.

Kes hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan raksasa kali kedua awal Julai nanti adalah contoh nyata. Tidak sukar dibuktikan betapa para pemimpin BN khususnya Umno berada di belakang bersemarak dan menyeluruhnya bantahan terhadap hasrat Bersih itu.

Sehingga rencana ini ditulis, ada maklumat mengatakan sudah lebih 400 laporan polis dibuat pelbagai pihak menuntut pihak berkuasa bertindak menggagalkan perhimpunan tersebut. Ertinya, yang kalut dan ghairah membantah dan 'membangkang' usaha Bersih itu ialah 'tangan dan kaki' BN.

Amat malang sekiranya kecenderungan yang begitu menyerlah dan diperkatakan seluruh negara kini gagal dilihat dan dinilai mana-mana pemerhati dan pengulas politik. Justeru, andainya ungkapan 'membangkang apa sahaja' masih mahu dimomokkan hanya kepada parti-parti pembangkang, ia menandakan kualiti minda dan tahap kesedaran politik orang berkenaan amat rendah dan sempit!

Akuilah bahawa kerja membangkang kini semakin banyak diambil alih BN

Demi rakyat, we vote for change

Posted: 21 Jun 2011 08:17 AM PDT

Indonesia nak ganyang Saudi pulak ka?

Posted: 21 Jun 2011 03:30 AM PDT

Indonesia panggil balik duta, berang isu pancung rakyatnya

JAKARTA: Indonesia memanggil balik dutanya di Arab Saudi kerana berang dengan hukuman pancung ke atas seorang pembantu rumah dari republik itu yang disabitkan kesalahan membunuh majikannya, kata Menteri Luarnya, Marty Natalegawa.

Natalegawa berkata, Riyadh menjalankan hukuman itu menggunakan pedang tanpa memaklumkan kepada Indonesia terlebih dulu.

"Kita tidak boleh terima perkara (insiden pancung) ini dan akan memfailkan protes kepada kerajaan Arab Saudi," katanya sambil menambah duta berkenaan dipanggil balik untuk melakukan perbincangan.

Wanita itu, Ruyati Saputi, didapati bersalah membunuh seorang wanita Arab Saudi, Khairiya Hamid Mijlid dengan menyerangnya bertubi-tubi di kepala menggunakan pisau pemotong daging dan menikamnya di leher. - AFP

Memang betul betul gila... kahkahkah...

Posted: 21 Jun 2011 03:13 AM PDT

Perkasa sakit jiwa, ramai sangat yang nak dok depan ni...

Posted: 21 Jun 2011 02:00 AM PDT

Bersih 2.0: Apa pun ancaman, rakyat tetap turun ke jalan- AMK

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

"Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak," tegasnya dalam satu kenyataan petang ini.

Respon itu ekoran kenyataan secara berangkai oleh Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, yang menunjukkan kedangkalan dan sikap tidak matang mereka berdepan suara rakyat.

Khairul mengingatkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan telus, selaras peruntukan perlembagaan.

"AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah," kata Khairul yang juga dikenali sebagai Jonah.

Tegasnya, perhimpunan itu bertujuan untuk memperbaiki sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menuntut kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.

"AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka perlu takut denganperhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan bersih?,"

"Sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan menguntungkan KEADILAN ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi," tegasnya.

Pemuda Umno dan Perkasa sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.

Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.

Malah pertubuhan pelampau itu turut memberi ancaman kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menyatakan beliau sebagai 'Wanita Hindu yang berbahaya'.- KD

PDRM nak ikut sapa?

Posted: 21 Jun 2011 01:03 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI SELANGOR
21 JUN 2011

BERSIH yang merupakan Jawatankuasa Bertindak bersama bagi reformasi sistem pilihanraya akan mengadakan 'Walk for Democracy' pada 9 Julai 2011. KEADILAN Selangor, inshallah akan bersama sama kebangkitan rakyat seluruh negara 'berjalan untuk demokrasi dan keadilan'
demi rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan BERSIH 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan, bahkan juga pemulihan sistem pilihanraya Malaysia yang nyata kotor dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Antara 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0 adalah penyemakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding. Kalaupun ini merupakan tuntutan asas yang bakal mencerminkan semangat di dalam Perlembagaan Malaysia, namun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih gagal memenuhi, hatta satu pun tuntutan BERSIH ini. Alasan keperluan meminda perlembagaan bukan alasan terbaik oleh SPR, 'hendak seribu daya' wajar di dalami mereka dari 'seribu daleh' yang mengesah 'cop mphor' SPR adalah antara 'alat kawalan' pemerintah di Putrajaya. Jika alasan pindaan itu yang menjadi masalah, ayuh kemukakan supaya anggota Dewan Rakyat boleh berbahas dan membuat keputusan.

KEADILAN Selangor tegaskan soal reformasi terhadap sistem pilihanraya Malaysia penting bagi pembinaan negara yang di hormati masyarakat dunia. Di atas semangat Perlembagaan Negara, KEADILAN Selangor nyatakan komitmen dan sokongan padu kepada Himpunan Rakyat BERSIH 2.0 ini.

KEADILAN Selangor akur pada saranan peringkat pimpinan pusat yang menggesa semua pimpinan peringkat Cabang dan akar umbi untuk siap sedia mengemudi gerakan rakyat dalam himpunan aman terbesar di Kuala Lumpur nanti. Penglibatan KEADILAN Selangor secara langsung dalam BERSIH 2.0 ini akan membuktikan perjuangan parti dalam mengangkat nilai luhur demi menegakkan keadilan.

Cukuplah dengan bantahan demi bantahan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang dipandang ringan oleh SPR yang nyata tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah suruhanjaya yang seharusnya bebas dan tidak berpihak.

Kali ini KEADILAN Selangor yakin BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan oleh rakyat biarpun pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah mengeluarkan arahan untuk tangkapan pencegahan. Peleknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat di ancam untuk di tangkap!

Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Dato' Seri Khalid Abu Bakar yang mengugut rakyat supaya tidak menyertai himpunan aman BERSIH ini menunjukkan betapa tidak profesionalnya beliau dalam mengeluarkan kenyataan sedangkan tugas PDRM sewajarnya mengawal keselamatan supaya himpunan rakyat ini tidak disabotaj oleh pihak yang mengamal politik sempit dan cuba menimbulkan kekacauan. Dimanakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang di ikuti PDRM? Jika benar Polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

KEADILAN Selangor tegaskan, tidak boleh lagi rakyat negara ini diugut, diperlakukan bagaikan pesalah oleh PDRM sedangkan negara ini terbina kerana kepedulian rakyat pada demokrasi atas kefahaman pada Perlembagaan Negara. Mana mungkin perhimpunan rakyat yang mahu membuat tuntutan asas terhadap pemulihan Sistem Pilihanraya dianggap sebagai kesalahan jenayah oleh PDRM sedangkan pengedar vcd porno masih lagi bermaharajalela menabur fitnah jahat VCD saban hari?

Faktor keselamatan negara yang cuba dibangkitkan oleh menteri di Kementerian Dalam Negeri juga tiada asas kerana sejarah telah membuktikan bahawa himpunan aman oleh rakyat menunjukkan kematangan rakyat Malaysia dalam meraikan demokrasi. Keselamatan UMNO BN sahaja yang dikira terjejas atas kesedaran rakyat ini!

KEADILAN Selangor memandang tindakan beberapa pihak dan jabatan yang memberikan kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu keselamatan negara yang lebih berat dan atas sebab itulah BERSIH 2.0 sewajibnya disokong tanpa belah bahagi.

Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin yang cuba menjadi hero untuk menimbulkan provokasi murahan dengan menyatakan Pemuda UMNO turut berhimpun di himpunan BERSIH sedangkan beliau sendiri mendapat bangkangan keras dari Dato Seri Hishamudin Hussein. Khairi di amaran akan menerima akibat dari keputusan Pemuda UMNO untuk turut serta dalam himpunan BERSIH ini. Secara tak langsung ini menunjukkan behawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin secara terang-terangan ditolak oleh kepimpinan atasan UMNO jika tidakpun ia sebahagian dari 'drama minggu ini' yang diarahkan oleh 'Director PERKASA', Ibrahim Ali.

Kenyataan dangkal Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin yang telah mengatakan perhimpunan BERSIH ini perhimpunan haram dan cuba menjatuhkan BN adalah satu kenyataan 'turun taraf' oleh Ketua UMNO Cawangan saja layaknya. Ini merupakan pandangan yang ultra-partisan dari seorang yang sepatutnya 'ada suara' menilai semula tahap efisyensi Suruhanjaya Pilihanraya dan memandang serius tuntutan BERSIH memandangkan beliau berada dikedudukan selaku Timbalan Perdana Menteri. Nyata Muhyidin 'kecut perut' dengan kebangkitan rakyat kali ini.

KEADILAN Selangor memberi komitmen akan turun dibarisan hadapan bersama pimpinan BERSIH 2.0 sebagaimana yang telah disepakati dalam Konvensyen Pilihanraya ahad lepas. Apa jugalah amaran yang dikeluarkan baik oleh Menteri KDN mahupun PDRM, KEADILAN Selangor akan tetap membantu himpunan aman ini dan akan mengarahkan semua ahli akar umbi untuk turun beramai-ramai.

Segala macam ugutan dan tafsiran 'zaman batu' oleh PDRM, Muhyidin, Hisyammudin maupun PERKASA berhubung semangat perlembagaan yang membenarkan perhimpunan aman rakyat ini, tidak akan diendah oleh KEADILAN Selangor.
Rakyat sudah bersedia dan tidak akan berundur. Ia adalah soal keupayaan PDRM untuk memahami dengan sejujurnya himpunan ini yang mahu menghantar memorandum kepada DYMM Yang Dipertuan Agong demi pilihanraya yang adil dan bersih.

PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, KEADILAN Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!

PDRM, adilah dimata rakyat sebelum lakukan sesuatu!

Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan
KEADILAN Selangor /
Adun Sri Muda

Demi rakyat

Posted: 21 Jun 2011 12:48 AM PDT

Aku sokong hang kutuk Berahim... haha...

Posted: 21 Jun 2011 12:40 AM PDT

Aku nak sokong KJ sat... kahkahkah...

Posted: 20 Jun 2011 09:00 PM PDT

Blog ni nak bagi penghormatan sikit kat Khairy Jamaluddin pasai dia berani luku kepala Berahim Ali... kahkahkah...

Hangpa jangan salah paham, aku tak jatuh rel lagi ni... haha... saja ja nak kacau depa bagi lawan sesama depa... kahkahkah... kita kena jadi batu api, biaq Perkasa lawan Umno, last last rakyat jugak yang menang... kahkahkah....

Jangan jangan depa yang bakaq api, tetiba Mat Sabu yang kena masuk lokap... hihi...


*************************

"Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata Khairy Jamaluddin

Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

"Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

"Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy

Mulianya hati KJ, tak macam Berahim yang hitam legam... kahkahkah...

Sapa Mat Sabu sampai nak merayu rayu... kahkahkah...

Posted: 20 Jun 2011 08:00 PM PDT

Lendir hitam dari peluh Perkasa

Posted: 20 Jun 2011 07:00 PM PDT

Betoinya, majoriti rakyat Malaysia dah masak sangat dah sapa diri sebenaq Perkasa tu. Perkasa tu Umno dan Umno tu Perkasa. Perkasa hanya perkakas Umno secara kulitnya tapi hati dan nawaitu adalah Umno. Maka warna sebenaq Perkasa telah lama diketahui.

Terkini dengan satu langkah kebelakang yang dibuat oleh Perkasa dalam usaha mereka kononnya nak jaga keamanan negara, maka terburailah lagi lendir lendir berwarna hitam dari peluh Perkasa, warna sebenaq mereka dimata rakyat jelata. Paling membingungkan suara Perkasa ternyata hanya membela kepentingan satu kaum saja, menafikan slogan 1Malaysia Umno dan apakah ini direstui oleh Umno?

Kehadiran Khairy mewakili Pemuda Umno hanyalah gimik seolah olah menunjukkan pada dunia bahawa Umno tidak merestui Perkasa yang lebih Melayu dari Melayu dalam Pakatan Rakyat. Namun, wayang pacak yang dimainkan oleh Perkasa dan Umno ini mudah dihidu rakyat. Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur.

Tidak pernah seorang pun dalam sejarah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat perkauman dengan menyeru masyarakat tertentu untuk meyimpan bekalan makanan. Kenyataan seperti itu tidak boleh langsung diterima oleh setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Ini jelas menunjukkan bahawa slogan 1 Malaysia tidak lebih daripada khayalan dan penipuan secara besar-besaran.

Umno atau lidah mereka Perkasa mesti berhenti daripada terus menyemarakkan sentimen perkauman dan agama kerana ia amat berbahaya dan mendorong kepada kekacauan. Hakikatnya, semua rakyat Malaysia hidup secara aman dan tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.

Jangan la gelak... kahkahkah...

Posted: 20 Jun 2011 06:00 PM PDT

Jangan la gelak... tak baik woiii dok gelak kat orang... kahkahkah...

SPR pengotor

Posted: 20 Jun 2011 05:00 PM PDT

Potong stim betoi la Anwar nih... hihi...

Posted: 20 Jun 2011 04:00 PM PDT

Apa la Nuar nih, potong stim betoi... chittt...

Dedah 'anak siapa' di sebalik IPP


Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.- Harakahdaily

Tiada ulasan: