Addin |
- Inilah Racun Pembunuh Yasser Arafat
- UMNO Sebati Dengan Demonstrasi Ganas
- Kabinet 1Malaysia Makin Sakit Tenat
Inilah Racun Pembunuh Yasser Arafat Posted: 21 Jun 2011 09:00 AM PDT Sekian lama jadi misteri, seorang penasihat senior pemimpin Palestin Yasser Arafat mengatakan penyebab kematiannya kerana keracunan thallium. Zat apakah itu? Thallium (TI) ditemukan oleh Sir William Crookes pada 1861. Ketika terlepas ke udara, thallium berkilat seperti logam dan langsung mengeluarkan asap kebiruan. Sebuah oksida berat terbentuk dalam TI jika dibiarkan di udara, dan jika ditambah air maka hidroksida terbentuk. Logam ini sangat lembut dan lunak dan boleh dipotong pisau. TI digunakan untuk membuat kacamata khusus lensa reflektif. Garam TI digunakan sebagai bahan reaksi dalam riset kimia. TI sulfat dijual di negara sederhana di mana pertisida masih diizinkan. Namun di negara Barat, TI dilarang. Elemen dan senyawa TI bersifat racun atau toksik dan harus ditangani dengan hati-hati. TI tak banyak dipakai manusia dan hanya digunakan sebagai racun tikus dan bahan industri kimia dan teknik elektro. Secara efektif, tubuh manusia boleh menyerap TI, khususnya melalui kulit, organ-organ pernafasan dan saluran pencernaan. Keracunan TI biasanya kerana tak sengaja terekspos racun tikus yang isinya sejumlah besar adalah sulfat TI. Akibatnya, perut akan sakit dan sistem saraf mengalami kerosakan. Dalam beberapa kes, kerosakan tak boleh dikembalikan dan akan segera mati. Ketika manusia selamat dari keracunan TI, konsekuensi dari gangguan sistem saraf pun mengancam, termasuk gemetar, lumpuh dan perubahan perilaku. Jika bayi belum lahir keracunan TI, maka bayi akan mengalami gangguan bawaan. Akumulasi TI di tubuh manusia memiliki kesan kronik, seperti kelelahan, sakit kepala, depresi, kurang nafsu makan, sakit kaki, rambut gugur, dan gangguan penglihatan. Efek lebih lanjut adalah saraf merasakan rasa sakit dan nyeri sendi. Hal tersebut merupakan konsekuensi serapan TI melalui makanan. Arafat meninggal pada 2004 di Ramallah. Dia perlahan sakit dengan beberapa gejala tersebut hingga akhirnya koma dan menghembuskan nafas terakhir./Inilah.com Addin : Setiap kejadian pasti ada asbabnya, ini mungkin asbab kematiannya.. yang pasti ajalnya sudah sampai.. wallahualam.. |
UMNO Sebati Dengan Demonstrasi Ganas Posted: 21 Jun 2011 07:14 AM PDT Saya merujuk kenyataan Datuk Salleh Tun Said yang menyelar hasrat BERSIH mau menganjurkan demonstrasi aman bagi menzahirkan rasa tidak puas hati di atas sikap membisu SPR ke atas beberapa tuntutan BERSIH supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya yang berat sebelah ditangani segera. Datuk Salleh menyifatkan demonstrasi yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini sebagai bukan budaya rakyat Malaysia. Saya tidak terkejut dengan kenyataan dari pemimpin UMNO seperti Datuk Salleh. Beliau bukan seorang pemimpin tulen, melainkan hanya tau mengampu, membodek dan 'angkat kaki'. Sayang, seorang yang berpendidikan tinggi seperti Datuk Salleh tidak mampu menyerlahkan daya intelektual beliau bila berhujjah. Tetapi begitulah realiti politikus Sabah, bila sudah ada jawatan, ada habuan projek bernilai ratusan juta ringgit, ada ribuan ekar kawasan balak, maka otak mereka pun jadi dungu, bengap dan jumud. Mereka mula merapu, bercakap seperti seorang budak Tadika. Memalu dan mengaibkan diri sendiri. Saya tidak bersetuju menggunakan pendekatan demonstrasi bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Itu semua tidak perlu. UMNO telah lakukan pendekatan tersebut di Perak. Tetapi UMNO buat-buat bodoh bahawa sebenarnya merekalah yang menggunakan jalan 'huru-hara' bagi menjatuhkan sebuah kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi. UMNO juga telah lakukan pendekatan secara menipu dengan kerjasama SPR ke atas kerajaan PAS di Trengganu pada tahun 2004 yang menyaksikan PAS kalah melalui jumlah pengundi yang meningkat secara luar biasa di hampir semua kerusi DUN di Trengganu. UMNO juga telah lakukan pendekatan ala samseng pada tahun 1978 bagi menjatuhkan kerajaan Kelantan yang diterajui PAS ketika itu. UMNO juga melakukan pendekatan secara jijik dengan membeli beberapa wakil rakyat PBS bagi menjatuhkan kerajaan PBS pada 1994. Semua insiden ini telah dilakarkan dalam sejarah dan rakyat hanya perlu menelaahnya melalui bahan bacaan sama ada secara maya ataupun dalam susunan rak buku-buku diperpustakaan. Sebelum BERSIH memutus untuk mengadakan demonstrasi aman pada 9 Julai, 2011, pelbagai pendekatan secara ilmiah dan budiman telah dilakukan oleh pihak penganjur. Berpuluh memorandum juga telah dihantar kepada SPR yang menggesa supaya kepincangan dalam sistem pilihanraya di perbetulkan. Tetapi malangnya, sebagaimana diketahui umum, SPR adalah alat dan perkakas kepada UMNO/BN. Jadi, mana mungkin SPR bersedia untuk memperbetulkan kepincangan dalam sistem pilihanraya yang memberi kelebihan kepada UMNO. Banyak kepincangan yang dibiarkan oleh SPR seperti undi pos, media TV yang membiarkan pemimpin UMNO terus berkempen walaupun tempoh berkempen sudah tamat, penggunaan dakwat hitam di jari setiap pengundi bagi mengelakkan pengundi hantu dan juga dari mengundi dua kali, etc., etc. Hanya setelah SPR terus membisu dan bersikap 'buat bodoh' di atas cadangan-cadangan ini, maka tiada jalan lain melainkan menzahirkan perasaan melalui demonstrasi. Itulah pilihan terakhir. Datuk Salleh kata demonstrasi bukan budaya rakyat Malaysia. Datuk Salleh pun bukan faham sangat matlamat demonstrasi tersebut. Beliau berfikiran demonstrasi BERSIH ni macam demonstrasi yang UMNO buat, penuh dengan perbuatan ganas, mengheret kepala lembu bagi menzahirkan kebencian mereka keatas penganut agama Hindu sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor. UMNO anjurkan demonstrasi di Kelantan dengan menghasut orang asli menentang projek Ladang Rakyat. TV 3suku pula bersedia menjadi penyambung lidah ke atas perbuatan yang tidak bertamaddun ini dengan mencanangkannya ke seluruh negara. UMNO anjurkan demonstrasi di Pulau Pinang dengan mendapat sokongan dan dokongan PERKASA yang bersifat rasis. Bagi Datuk Salleh, mungkin demonstrasi sebeginilah yang sepatutnya menjadi budaya rakyat Malaysia. Kalau beginilah caranya yang beliau inginkan, maka UMNO lah sebenarnya menjadi punca tercetusnya huru hara dalam negara ini. Apakah tidak wajar UMNO ditumbangkan dalam PRU akan datang bagi merealisasikan sebuah kerajaan berteraskan ketuanan rakyat? Jawapannya ada pada setiap rakyat yang cintakan kepada demokrasi sebenar!/Sabahkini Addin : Apa aku nak komen haa?? ko orang komenlah kat bawah ni.. |
Kabinet 1Malaysia Makin Sakit Tenat Posted: 21 Jun 2011 03:52 AM PDT Kabinet 1Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semakin tenat kerana Sindrom Membazir, Menyalahguna Kuasa dan Celupar sehingga membuatkan rakyat Malaysia menjadi batu asah pisau belati untuk memudahkan rakyat menyembelih BN pada pilihanraya umum akan datang. Keceluparan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mencabar 'Blogger' berperang menyebabkan lebih 198 laman web tempatan, termasuk portal rasmi kerajaan diserang para penggodam. Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan untuk menyediakan pertahanan dan memperbaiki laman web yang digodam, tidak termasuk kerugian akibat kehilangan pelanggan atau pelancong. Siapa yang mahu bertanggung jawab? Serangan pertama para penggodam ini hanya olok-olok untuk menguji ketahanan sistem multimedia dan ICT kerajaan. Bagaimana jika dibuat dalam skala yang besar dan dengan kerjasama penggodam bertaraf dunia? Selain Rais, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mungkin menyebabkan Malaysia kehilangan pelaburan bernilai RM5 Billion di Sudan hanya kerana membuat kenyataan liar membantah kehadiran pemimpin Sudah di Dialog Antarabangsa Langkawi (LID). Sekalipun Nazri dikhabarkan meminta maaf secara terbuka kepada Kabinet Malaysia, namun sudah terlewat kerana Sudan sudah menarik diri daripada LID dan Petronas bakal kehilangan kontrak mencarigali di Sudan yang sudah ditawarkan sebelum ini, kerana dikhuatiri kontrak berkenaan ditawarkan kepada Negara China. Manakala Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyalahguna kuasa melantik Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan. Nong Chik tahu bahawa Yusof mempunyai kepentingan peribadi kerana beliau berhutang RM4 juta dengan Perbadanan Labuan dan RM8 juta daripada Sabah Development Bank serta mempunyai rekod buruk apabila syarikat miliknya, Labindo Engineering Sdn.Bhd dan syarikat anaknya, Utara Kita Sdn.Bhd gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan. Begitu juga dengan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen yang berbangga dan tidak merasa bersalah membelanjakan lebih RM250,000 daripada peruntukan asal RM1.8 juta untuk membina laman Facebook bagi mempromosi pelancongan; sedangkan Facebook boleh didapati secara PERCUMA! Tidak dinafikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal paling banyak menimbulkan masalah di Sabah kerana menganggap wang kerajaan sebagai wangnya dengan memfaraidkan semua peruntukan pembangunan sesama kroninya melalui kontrak runding terus dengan kos yang berlipat kali ganda. Rakyat Sabah marah kerana Shafie gagal memastikan projek NKRA mencapai matlamat di Sabah, terutama meningkatkan prasarana seperti menaiktaraf Jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air di luar bandar. Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkily; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas; dan kesemua menteri kabinet lain, termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pelbagai penyakit tenat termasuk isu GSTT, pencemaran alam sekitar, plagiarism hak cipta, penggunaan bateri asid plumbum yang berbahaya dan isu PATI yang semakin berleluasa. Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, saya sudah letih dan bosan menegur kerajaan terutama menteri Kabinet, tetapi ternyata mereka sudah rosak akhlak dan tidak pandai malu menghadapi pengundi setiap kali pilihanraya berlaku, apatah lagi pengundi disodorkan dengan calon yang setaraf dengan 'pencacai najis' di zaman P Ramlee yang membidas Alif Mim Nun Wau sebagai SARKAS!/Sabahkini Addin : Kabinet 1Malaysia dah lame tenat.. tunggu nak ditalkinkan je pada PRU 13.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan