Anak Sungai Derhaka |
- Kalau Kalah Jangan Salahkan SPR !
- Siasat Khairy!! - Wira PERKASA
- 99% dari 1.3 juta responden sokong BERSIH diteruskan.
- Bersih : Tidakkah Blogger ini juga menghasut?
- Demi Rakyat : Jelaskan Status RM 250 bilion harta pusaka..
- Din Binjai, Rais diperintah fail pernyataan
- Ketua Puteri UMNO Jerlun Didakwa Berkhalwat (Video)
- Demi Rakyat the Video...
Kalau Kalah Jangan Salahkan SPR ! Posted: 21 Jun 2011 05:18 AM PDT "Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza. Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR," kata Abdul Aziz. Sentimen??. kerana sentimen juga rakyat akan turun kejalanraya bagi menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih dari segala penipuan oleh SPR yang diperkudakan oleh UMNO.. Dan pesanan buat yang memegang daftar Pemilih terbaru yang telah dikemaskinikan pada Mei lalu oleh SPR.. sila perhatikan betul-betul Daftar Pemilih Anda itu.. kerana untuk Permatang Pauh aku nampak ada yang tak betul.. bila aku dah compile banyak sikit baru aku publish.. Sehingga sekarang aku telah melihat ada beberapa alamat yang jumlah pengundinya boleh dipertikaikan dan akan menyebabkan Anwar Ibrahim sendiri tidak selesa.. SPR: Kemenangan parti ikut sentimen pengundi Kemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. "Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza. "Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar di Kuala Lumpur, malam semalam. Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya. Katanya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang. "Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya. Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka. Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini. "Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). "Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya. - Bernama |
Siasat Khairy!! - Wira PERKASA Posted: 21 Jun 2011 02:53 AM PDT "Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis." kata Wira Perkasa, Irwan Fahmi. Ceh!!! KJ suruh Polis siasat Presiden PERKASA.. Wira PERKASA pula gesa Polis siasat KJ.. oleh kerana kedua-dua mereka bukan dari Pakatan Rakyat.. tunggulah.. kita tunggu sampai babi boleh terbang pun Polis belum tentu akan menyiasat.. Rasis - Wira Perkasa Balas Kenyataan KJ. KUALA LUMPUR 21 Jun - Wira Perkasa hari ini menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB. Khairy Jamaluddin menjaga Pemuda UMNO dengan lebih baik agar dasar sayap parti tersebut sealiran dengan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketuanya, Saudara Irwan Fahmi mendakwa, Ahli Parlimen Rembau itu sewajarnya dapat membezakan peranan Parti Pemerintah dan Badan Bukan Kerajaan seperti Perkasa yang sememangnya mahu memastikan keutuhan dan kedaulatan Bangsa terus dipertahankan. Beliau turut membuat kenyataan balas terhadap desakan YB. Khairy yang mendesak Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali disiasat dan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Jika KJ menyarakankan supaya Presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya KJ juga perlu disiasat di bawah akta yang sama kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan BERSIH. KJ bukan Ketua Polis Negara mahpun Hakim yang mahu mengajar pihak polis." Saudara Irwan Fahmi turut berasa kecewa dengan pendekatan YB. Khairy yang sepatutnya dilihat sebagai seorang Jaguh Melayu dan mengambil pendekatan berhemah dalam berunding, bersatu dan mempertahankan Melayu. Beliau menasihatkan agar Ketua Pemuda UMNO itu merujuk semula asas Perjuangan Parti yang telah memainkan peranan penting membebaskan bangsa Melayu dari terus dijajah. Beliau juga meminta masyarakat tidak terpengaruh dengan laporan Perkasa melalui portal Malaysian Insider yang membuat kenyataan berlainan dari apa yang diperkatakan. Wira Perkasa akhir sekali meminta agar kesemua ahli Perkasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Datuk Ibrahim Ali dan tidak sesekali lupa akan landasan perjuangan. |
99% dari 1.3 juta responden sokong BERSIH diteruskan. Posted: 21 Jun 2011 12:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Tinjauan portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan. Menurut Malaysiakini, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu telah diturunkan sejak tengahari tadi. Berdasarkan paparan skrin berkenaan yang disiarkan pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi ini, berdasar petikan dari google cache. Berdasarkan pertanyaan 'Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini', seramai 1,312,917 responden menjawab 'Ia patut dibenar diteruskan'. Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan "Ia patut dibatalkan'. Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook 'Curi-Curi Malaysia' yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan. Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star. http://www.keadilandaily.com/?p=15609 |
Bersih : Tidakkah Blogger ini juga menghasut? Posted: 20 Jun 2011 09:19 PM PDT Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku." Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini. "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya. Berikutan itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya. Dan Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu."Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," Biarpun tidak bersetuju dengan Akta Hasutan , Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee telah menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan. Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu krisis perlembagaan Perak, maka saya tidak nampak mengapa kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu.". Jika Ibrahim Ali perlu dikenakan tindakan dibawah Akta Hasutan.. bagaimana pula dengan Blogger ini? Yang juga menurut jejak Ibrahim Ali mengugut dan menakut-nakutkan masyarakat Cina?? Video yang disiarkannya.. Link dibawah hanya untuk rujukan.. korang jangan klik!! Blog tersebut ialah Panglima Perang Cyber |
Demi Rakyat : Jelaskan Status RM 250 bilion harta pusaka.. Posted: 20 Jun 2011 08:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan dituntut menjelaskan kedudukan 309,696 unit wasiat dan jumlah tabung amanah yang diuruskan Amanah Raya Berhad bernilai lebih RM 250 bilion, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar, beliau difahamkan bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividen kepada waris si mati, tetapi wang amanah tersebut dilabur sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Saya dimaklumkan dengan bukti nyata bahawa Amanah Raya tidak lagi membayar dividen kepada wang pusaka yang dipegang, tetapi dilaburkan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini secara kompetetif. Malah, segala dividen yang diperolehi dipotong sebagai 'acceptance fee'. "Persoalannya, kemana perginya dividen sepatutnya diagihkan kepada pewaris-pewaris si mati yang wajar dinikmati hasil pelaburan amanah ini? "Apakah dengan penarikan subsidi kepada rakyat melibatkan wang dividen pewaris si mati? Apakah Kementerian Kewangan kering kontang? soalnya dalam ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 hari ini. Anwar mempersoal prestasi pelaburan wang amanah yang diuruskan Amanah Raya Berhad kerana ia melibatkan unit wasiat dan jumlah nilai yang besar. Beliau merujuk kepada satu kes di Terengganu bahawa tidak wujud langsung rekod pengagihan dividen bagi tempoh 2009, 2010 dan sehingga Jun 2011. Amanah Raya dikorporatkan pada 1995 dengan tujuan untuk melabur wang pusaka yang terbeku, sama ada di pejabat Pesaka atau Mahkamah Tinggi untuk memberi faedah hasil pelaburannya kepada pewaris-pewaris sementara menunggu penyelesaian pembahagian pusaka. Sebelum ini, ia dikenali dengan nama Jabatan Pemegang Amanah Raya Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka ditubuhkan sejak 1921. Amanah Raya Berhad dikorporatkan di bawah Akta Syarikat pada tahun 1995 sebagai syarikat milikan penuh kerajaan dengan pegangan saham oleh Kementerian Kewangan. http://www.keadilandaily.com/?p=15561 |
Din Binjai, Rais diperintah fail pernyataan Posted: 20 Jun 2011 07:49 PM PDT KUALA LUMPUR 20 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan penulis blog, Amizudin Ahmad supaya memfailkan pernyataan saksi dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebelum atau pada 1 Julai ini. Kedua-dua pihak diarah berbuat demikian oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof sebelum perbicaraan kes saman itu didengar selama tiga hari bermula 4 Julai ini. Peguam Azad Bashir yang mewakili Rais selaku plaintif memberitahu pemberita, hari ini pihaknya telah memfailkan ikatan dokumen dan isu-isu yang dipersetujui selain kenyataan fakta untuk diputuskan oleh mahkamah. Dalam pengurusan kes yang dibuat di kamar hakim itu, peguam C.W. Gan mewakili Amizudin yang dinamakan sebagai defendan. Pada 26 April lalu, Azad memberitahu bahawa Rais akan memberi keterangan sebagai saksi utama dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap Amizudin pada 31 Januari lalu. Rais menyaman Amizudin yang juga anggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung artikel yang disiarkan dalam blog defendan itu, bersama gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu. Plaintif pada 2 Februari lalu, memperoleh injunksi yang memerintahkan Amizudin menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com. dan defendan pada 21 Mac lalu bersetuju berhenti menyiarkannya. Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata, maksud artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah dirinya dan ia membawa makna beliau bersalah melakukan jenayah serius merogol serta mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia. Lidah Rasmi UMNO |
Ketua Puteri UMNO Jerlun Didakwa Berkhalwat (Video) Posted: 20 Jun 2011 10:49 AM PDT Link Video sila lihat di akhir entry.. Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki. Yusmawati Yaacob (gambar), 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil (gambar kecil), 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama. Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu. Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes. Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu. Video sila lihat di SINI |
Posted: 20 Jun 2011 10:18 AM PDT Kata Anwar Ibrahim.. Dalam kehidupan kita dan dalam sejarah mana-mana Negara ada ketikanya dimana keputusan kita akan menentukan corak hidup kita, mutu persekolahan anak-anak kita, kesihatan yang dapat kita nikmat, taraf pekerjaan dan ekonomi .. masa dan ketikanya adalah sekarang… Demi Rakyat .. seterusnya korang saksikanlah video dibawah.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan