shalehudin |
- Enam Pegawai Polis KL jadi Pengedar Dadah
- Perkasa suruh kaum cina simpan bekalan makanan dirumah
- Bersih yang membersih
- Sengit baru syokk...
- 18 Perkara kat Ayahanda Pekida
- Usaha haramkan Nik Aziz oleh Utusan Malaysia
- Takat ni ja kepala hotak menteri Najib
Enam Pegawai Polis KL jadi Pengedar Dadah Posted: 19 Jun 2011 10:00 AM PDT Oleh: amkns " ENAM PEGAWAI POLIS DITAHAN KERANA EDAR DADAHKUALA LUMPUR 18 Jun 2011 : Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas. "Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu. Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang. http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/6/18/mstar_jenayah/20110618152811&sec=mstar_jenayah 6 POLIS DITAHAN EDAR DADAH KUALA LUMPUR 18 Jun - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah sesuai bagi seorang pegawai dan lima anggota polis yang diamanahkan tugas untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah. Keenam-enam mereka yang bertugas dalam cawangan narkotik di sini, sepatutnya memburu pengedar dadah tetapi sebaliknya mengambil kesempatan untuk terlibat sama dalam kegiatan mengedar dadah kepada para penagih di sekitar ibu negara. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm POLIS EDAR DADAH SINDIKET DITAHAN KUALA LUMPUR - Seorang kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sini ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm |
Perkasa suruh kaum cina simpan bekalan makanan dirumah Posted: 19 Jun 2011 09:48 AM PDT Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan. Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut. Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara. "Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah. "Apa sahaja boleh berlaku," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan "Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Mengulas mengenai perhimpunan Gerak Aman pada 9 Julai ini, Ibrahim berkata beliau akan bermalam di Jalan Bellamy pada tengah malam 8 Julai sebelum berarak ke Istana Negara pada keesokan paginya. "Jangan balik, selepas subuh kita akan menuju ke Istana Negara, untuk mempertahankan negara," katanya. Beliau menjangkakan ramai penyokong Gerak Aman akan terlibat dengan perhimpunan itu, bahkan barisan yang dipertua negeri-negeri telah berjanji akan membawa penyokong dengan 20 buah bas bagi setiap negeri. Menurutnya lagi, pihaknya juga telah menyediakan peguam untuk membela penyokongnya yang ditahan dan tidak bertanggungjawab sekiranya mereka melakukan perbuatan jenayah pada hari tersebut. Beliau juga menyarankan agar para hadirin yang hadir agar mengedarkan risalah yang dibekalkan dan wakil NGO menggantungkan kain rentang yang dibekalkan sebagai usaha menguar-uarkan perhimpunan 'Gerak Aman'. Berdasarkan risalah - "Menolak perhimpunan BERSIH 2.0 yang sebenarnya kotor - terdapat empat lokasi utama untuk para penyokong 'Gerak Aman' berkumpul pada tarikh tersebut seawal jam 7 pagi. Lokasi terbabit adalah perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya" yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC). "Demi keamanan negara dan rakyat Malaysia, kalau saya berkayuh dengan lidi, saya akan pertahankan keamanan... Membujur lalu melintang patah. "Kita bukan golongan pengacau, kalau mereka berhenti (untuk berarak) kita berhenti. Kita mahu menghalang tindakan melanggar undang-undang," kata Ibrahim lagi. Ibrahim - yang akan mengetuai kumpulan Gerak Aman - mendakwa BERSIH 2.0 mempunyai "agenda lain" dengan mengambil aspirasi yang berlaku di Tunisia, Mesir dan di negara Timur Tengah yang didakwanya untuk menumbangkan kerajaan melalui jalan raya. Ibrahim menegaskan tindakan BERSIH untuk berarak ke Istana Negara tidak mendapat restu secara majoriti di kalangan rakyat Malaysia. "Sebab itu kita buat penentangan bagi seluruh dunia tahu. Jangan bimbang, jangan takut dengan Ambiga. "Saya sudah dua kali ditahan ISA, saya kenal Mat Sabu, saya kenal pemimpin DAP,"katanya. Beliau menggesa penyokong PERKASA agar tidak berasa takut kerana tindakan mereka menghalang sebagai tindakan mencegah dan tidak agenda politik tertentu. "Pemuda Umno nak herhimpun, kita tidak campur dengan Pemuda Umno... Kita rakyat, satu batalion," katanya sambil bertanyakan kepada hadirin siapa yang ingin ditahan ISA. Kelihatan segelintir penyokong mengangkat tangan dan ada juga yang berkata "saya" bagi menyahut cabaran Ibrahim. "Jangan jadi seperti di Asia Barat, kita mahu membantu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) kerana kita buat kerja baik supaya rakyat mengikuti undang-undang," tegasnya. Sementara itu, dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan, Ibrahim menggesa Kementerian dalan negeri dan Ketua Polis negara agar bertindak sekarang dan tidak hanya sekadar memberi amaran. Beliau juga menggesa polis mengguna segala peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menegakkan keamanan di negara ini. Ditanya mengenai permit, Ibrahim berkata tidak mempunyai permit, bahkan akan berdepan dengan kumpulan BERSIH. Katanya, beliau akur sekiranya perhimpunan gabungan itu membatalkan hasrat mereka, pihaknya juga akan berbuat demikian. Turut hadir wakil NGO Pekida, pemimpin politik seperti Datuk Khalid Yunus dan Zulkifli Nordin dan wakil penjaja dan persatuan teksi, untuk memberi sokongan membantah perhimpunan BERSIH 2.0. Khalid dan Zulkifli turut berucap menyokong Gerak Aman dan membantah BERSIH 2.0. |
Posted: 19 Jun 2011 07:11 AM PDT Kita patut berbangga, bukan macam Mahathir yang berbangga Robert Mugabe mai Malaysia tapi kita berbangga ribuan anak muda Melayu mulai mengenal erti reformasi dan betapa bergunanya demonstrasi jalanan dalam menegakkan hak mereka. Kalau kita nak harapkan ruang demokrasi, pakai mati berdiri la kerana ternyata demokrasi secara pilihanraya yang kotor tidak mampu menggoncang pemerintah yang ada. Malah pilihan raya hanya menguatkan posisi kerajaan saja. Sebab itu Bersih diujudkan untuk menyedarkan SPR khususnya kerajaan bahawa peri pentingnya sebuah pilihanraya yang bersih di adakan. Bersandarkan pada sistem pilihanraya yang bersih saja, kita akan menumbangkan kerajaan sekarang melalui proses demokrasi secara anak jantan. Sasaran Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah untuk menghimpunkan lebih 500,000 rakyat. Mereka dijadual berarak ke Istana Negara bagi menuntut reformasi pilihan raya. Berakar umbi kejayaan pembangkang menganjur demontrasi, maka pihak lain juga menggunakan medan sama bagi meluahkan perasaan. Ini yang baiknya bila lebih banyak NGO sekarang menggunakan medan serupa untuk tunjuk jagoh. Baru-baru ini Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka berhimpun bagi menyatakan tidak senang dasar baru kerajaan. Mereka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengkaji semula pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa Jun ini. NGO terbabit mendakwa peraturan baru digubal mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan. Perhimpunan aman lain juga dianjur pengusaha bot laut dalam. Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan menuntut kerajaan mengembali kan subsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Puncanya nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter. Sekarang mereka kena beli diesel pada harga RM1.80 sen. Ternyata hari ini bukan sekadar parti politik berhimpun membantah ketidakadilan kerajaan, sebaliknya NGO dan pihak lain mengambil langkah serupa. Ini kerana perhimpunan dianjur mampu mengubah sikap kerajaan. Buktinya perhimpunan membantah cadangan kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menyebabkan ia ditangguh sehingga sekarang. Maka menumpang kejayaan perhimpunan rakyat, kerajaan juga baru-baru ini menganjurkan perhimpunan sejuta belia di Putrajaya. Biar pun nawaitunya berlainan, namun perhimpunan aman juga menjadi pilihan. Perhimpunan anjuran kerajaan hanya sekadar mahu hiburkan anak muda. Berbeza jauh berbanding perhimpunan dianjurkan pembangkang dan NGO. Mesejnya lebih jelas. Cuma Dato' Seri Najib Razak tiba-tiba tersasul memperalatkan perhimpunan sejuta belia anjuran kerajaan dengan mengajak anak muda mempertahan Putrajaya. Sebelum ini Umno dan BN juga pernah menganjurkan perhimpunan yang dikenali Juara Rakyat. Program itu hanya mampu bertahan seketika. Juara Rakyat atau apa sahaja perhimpunan yang dianjur Umno dan kerajaan tidak lebih sekadar menghimpunkan kakitangan awam. Lebih kurang sama seperti perhimpunan bulanan penjawat awam. Contohnya pelancaran Gelombang Merah di Pasir Puteh, Kelantan April lalu mengerah semua guru di jajahan itu hadir. Pernah juga kedatangan Perdana Menteri ke Kelantan di era Tun Dr Mahathir Mohamed mewajibkan guru yang hadir menandatangani kedatangan. |
Posted: 19 Jun 2011 02:00 AM PDT Menanti Pertembungan Sengit Di Parlimen Oleh Mohd Rashidi Hassan Parlimen minggu ini kembali rancak dengan kemasukan semula empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO. Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden KeADILan,R Sivarasa kembali ke Parlimen 16 Jun lepas Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kerajaan Malaysia. Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Azmin (KeADILan-Gombak) dan Sivarasa (KeADILan-Subang) digantung kerana menghina dewan akibat membantah penggantungan Anwar. Isunya di sini bukan soal penggantungan empat MP Pakatan Rakyat semata-mata. Tugas menggantung adalah hak Speaker, namun usul dan motif penggantungan itu yang dipertikaikan. Umno-Barisan Nasional mengemukakan usul tersebut mereka mereka sudah tidak tahan dengan Anwar. Anwar dan MP Pakatan Rakyat, berjaya membongkar rahsia besar Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggunakan khidmat perunding Yahudi untuk kepentingan BN. Itu sahaja isunya. Ketiadaan Anwar dan tiga lagi MP selama enam bulan tidak dinafikan memberikan sedikit kesan. Pertembungan dengan BN tidak setajam ketika semua MP Pakatan Rakyat hadir semuanya. Tiada siapa dapat menafikan masalah besar kepada Umno-BN adalah Anwar. Sasaran mereka adalah Anwar. Fitnah yang dilemparkan juga teruknya ke atas Anwar. Mengapa Anwar? Ketika saya bersembang sembang dengan rakan dari Umno di lobi Parlimen, beliau dengan serius mengatakan, "Umno tidak ada pilihan, kalau Anwar masuk dalam (penjara) baru Umno selamat. "Belum tentu Umno selamat, itu andaian saudara, bagaimana jika sebaliknya?" soal saya. Beliau tidak menjawab soalan yang bersifat futuristik tersebut. Pada beliau, by hook or by crook, Anwar harus direhatkan jika Umno mahu selamat. Namun beliau tidak pula menafikan Umno agak gelojoh dalam usaha mereka untuk memusnahkan karektor peribadi Anwar. Belum pun kes liwat selesai, Umno-BN mendalangi isu video seks, macam-macam lagi yang dijangka akan dikeluarkan, semata-mata untuk menghapuskan hayat politik Anwar. Tetapi Umno juga sedar, bukan senang mereka hendak berhadapan dengan Anwar. Umno-BN agak termanggu apabila PAS dan DAP cukup setia bersama Pakatan Rakyat dalam menangani isu Anwar Usaha mereka untuk memecah belahkan Anwar dengan PAS dan DAP gara-gara isu video, menjadi buntu. "Saya berterima kasih kepada PAS dan DAP, khususnya kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang meluluskan usul menolak isu video seks," kata Anwar kepada saya semasa kami bersembang-sembang di lobi MP bersama Senator Saiful Izham Ramli dari Kedah. Saya turut bertanya kepada Anwar, jadualnya disusun begitu padat, kudrat sesiapa pun ada batasnya. "Tidak letih ke Dato' Seri menghadapi tekanan setiap hari?" soal saya. Sambil tersenyum beliau menjawab, "Letih juga, tetapi mengenangkan kejahatan Umno-BN yang melampaui batas, ia menzahirkan kekuatan. "Kita tidak akan beri mereka laluan mudah, kita harus bertekad tumbangkan mereka (PRU nanti)," katanya penuh keyakinan. "Apa pilihan yang kita ada?" tambahnya. Pada saya, semangat seperti inilah yang diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Semangat ini harus diterjemah dan diwarisi oleh seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat jika kita mahu menumbangkan BN pada PRU akan datang. Kami terus berbual-bual mengenai isu politik semasa. Anwar kelihatan mahu memesan makanan, tetapi beliau tidak tahu apa yang hendak dimakan. "Saya belum makan apa lagi, tapi tengahari ini saya tak mahu makan yang berat-berat. Kawan-kawan selalu ingatkan saya, jangan makan banyak sangat nanti perut buncit macam dalam video," seloroh beliau. Akhirnya beliau memesan semangkuk sup cendawan yang dimakan dengan roti. Saya cukup dengan kopi o secawan. Sambil-sambil bersembang datang beberapa orang MP BN yang menyapa Anwar. Tetapi mereka kelihatan agak takut untuk duduk lama-lama dengan Anwar. Mereka sekadar hanya bersalaman dan mengucapkan selamat kembali ke Parlimen, kemudian berlalu pergi. Beberapa orang menteri dan MP Umno hanya menjenguk dari jauh. Agaknya mereka takut dekat dengan Anwar. Takut dituduh simpatisan Anwar, walaupun hakikatnya memang begitu. Kelibat Anwar dan rakan-rakan MP Pakatan Rakyat ditakuti kerana mereka mampu menggegarkan Dewan Rakyat. BN nampaknya tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. MP Umno-BN ibarat keris tumpul. Sebab itu mereka menggunakan MP pencacai untuk menggendong najis-najis BN. MP-MP yang khianat daripada KeADILan ini, bersama 'sang katak' digunakan setiap hari oleh media talibarut Umno sama ada TV mahu pun akhbar untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka hanya kelihatan menang di tv dan akhbar. Hakikat sebenar dalam dewan, mereka tidak mampu berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Yang penting, sepanjang sebulan ini Parlimen akan kembali rancak. Kembali hiruk pikuk kerana panglima-panglima sudah berkumpul semuanya. Pertembungan dengan BN dijangka kembali sengit. Sayangnya hiruk pikuk ini terpaksa saya tinggalkan seketika kerana mempunyai tugasan yang besar di luar negara bersama misi kemanusiaan Yayasan Amal. Ketika rencana ini disiarkan saya sudah berlepas ke Mesir, dari sana saya akan memasuki Rafah dan terus ke Gaza jika tidak dihalang di sempadan. Insya Allah jika tiada aral, kami akan merentasi laluan yang jauh ke sempadan Libya untuk meninjau pelarian yang terperangkap akibat kezaliman Muammar Gaddafi. |
18 Perkara kat Ayahanda Pekida Posted: 18 Jun 2011 11:30 PM PDT Aku terima satu komen dari Anonymous yang aku kira sesuai dan baik untuk dikongsi dengan semua berkenaan dengan Pekida nih... Aku gerenti, Anonymous ni bukan lah geng jahat yang godam laman web Najib, tapi Anonymous baik yang ingin melihat Pekida berjalan dijalan yang lurus... Insyaallah, bersama sama kita hayatinya tanpa di audit sikit pun... ************************ Syarat Menjadi Hamba Allah Islam – Surah Al Furqan Ayat 63 hingga 74 1. Sentiasa berjalan dengan sopan santun/rendah diri. 2. Sentiasa menyebarkan budaya Salam. 3. Laksana Qiamulail (berdiri dan sujud kepada Allah) waktu malam. 4. Sentiasa berdoa dijauhkan dari siksa neraka jahanam. 5. Sentiasa sederhana, tidak kikir dan boros semasa berbelanja. 6. Hanya berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah sahaja. 7. Tidak membunuh. 8. Tidak Berzina. 9. Sentiasa Bertaubat. 10. Sentiasa Beriman. 11. Sentiasa Beramal Saleh. 12. Tidak memberi persaksian palsu. 13. Berpaling dari kejahatan dan menjaga kehormatan diri. 14. Tidak bersikap tuli dan buta kepada Ayat Allah. 15. Sentiasa berdoa kebaikan kepada pasangan/isteri. 16. Sentiasa berdoa kebaikan kepada anakx/zuriat. 17. Wajah disenangi dan menenang hati bila dipandang. 18. Menjadi Pemimpin yang bertakwa. 6/19/2011 10:49 AM |
Usaha haramkan Nik Aziz oleh Utusan Malaysia Posted: 18 Jun 2011 08:47 PM PDT Utusan dakwa Nik Aziz lebih teruk dari Ayah Pin KUALA LUMPUR, 19 Jun — Akhbar mingguan Kumpulan Utusan mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang memperlihatkan pendirian tegas terhadap Umno dan media miliknya, lebih 'teruk' daripada Ayah Pin yang didakwa mengetuai kumpulan ajaran sesat di Terengganu lebih lima tahun lalu. Awang Selamat dalam ruangan Mingguan Malaysia hari ini mendakwa "lebih banyak kecelaruan dicetuskan oleh Nik Aziz berbanding individu lain termasuk Ayah Pin, yang sedang diburu oleh pihak berkuasa." "Angkara siapakah yang menampakkan Islam tidak ubah seperti kartun?" kata Awang Selamat lagi yang menulis pandangan itu ekoran keputusan kerajaan Kelantan semalam mengharamkan akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan acara yang melibatkan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta. Kelmarin, PAS melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan Rabu lalu. Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. "Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya. Awang Selamat menambah Nik Aziz telah mengumumkan keputusannya mengharamkan Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara melibatkan beliau dan sidang DUN berkuat kuasa serta-merta. "Langkah tersebut sebagai membantah karikatur yang dikatakan menghina Islam berhubung isu rogol dan zina. "Awang hanya senyum. Nampaknya Nik Aziz mengikut jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut memulaukan Utusan Malaysia," tambah Awang Selamat. Kata Awang Selamat, strategi memulaukan media sebagai senjata dan ugutan adalah pemikiran zaman dinosaur dan "rasanya tiada lagi mana-mana kerajaan yang memerintah peringkat pusat, negeri atau wilayah di negara lain yang berbuat demikian." "Kebebasan media dan hak bersuara seperti yang dijanjikan oleh DAP, PKR dan PAS dalam manifesto pilihan raya umum hanya gimik. "Awang tidak terkejut dengan tindakan Mursyidul Am PAS itu kerana beliau sememangnya condong kepada DAP dalam percaturan politiknya," katanya. Awang Selamat menulis dia hanya hairan mengapa karikatur itu yang disiarkan 15 Jun lalu dianggap menghina Islam sedangkan ia hanya menyindir pemimpin PAS kerana mengambil pendirian yang mengelirukan ekoran kes rakaman video seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Tidak perlu untuk Awang mempertahankan karikatur itu kerana sudah banyak pihak tampil memberikan gambaran sebenar terutama dalzam laman blog," katanya lagi.- TMI |
Takat ni ja kepala hotak menteri Najib Posted: 18 Jun 2011 08:03 PM PDT Memalukan, sorang senior minister of Malaysia pi boleh buat ulasan yang paling tak masuk akai dan yang paling tak munasabah. Kalau aku jadi Piem, dah lama aku tendang tersungkoq keluaq dari kabinet aku dah... stetmen bangang ala ala nak bodek tetapi jadi stetmen paling meloyakan dalam sejarah 1Malaysia... sampai termuntah muntah... kahkahkah... Sangat sangat tak berasas, macam budak budak dan diluaq jangkauan akal kita yang matang bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu. Komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan... Rais Yatim berkata serangan siber baru baru ini ada berkaitan dengan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai nanti... itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman. Ramai yang meloya dan muntah hijau kerana sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau Rais Yatim terhadap Bersih 2.0 dalam usaha mereka memperlekehkan perhimpunan Bersih nanti. Kata Rais lagi, beliau juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan. Takat ni ja ka kepala hotak menteri kabinet hang, Najib oiii.... haha... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan