"BERANI KERANA BENAR!" |
- Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan
- UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN
- Himpunan Rakyat BERSIH 2 – Demokrasi mesti di pulihkan
- Perihal Tukang Karut Ekonomi Makro
- Takut dengan “PAS Ganti UMNO”
- Tiba-tiba…
- Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno
- “Jika Utusan fitnah kamu, maka kamu patut diam saja”
- Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi
- Aktifkan Segera Jentera Pilihanraya PAS!!
- Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam
- Muktamar Mat Sabu mara, Umno hilang punca!
- Kartunis Utusan, Rogol Dan Zina
Masa untuk PAS semarakkan aktiviti kebajikan Posted: 18 Jun 2011 08:30 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Di antara perkara yang disentuh agak kerap oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada muktamar tahunan parti itu di ibu negara dua minggu lalu ialah peri pentingnya jentera parti mempergiatkan usaha dan aktiviti memasyarakatkan PAS. Walau pun beliau tidak menyebutkan kalimah tersebut secara khusus, intipati hasrat itu terakam dalam beberapa bait ucapannya. "Semua Dewan dan aktiviti PAS Kawasan hendaklah sekurang-kurangnya melaksanakan 70% tumpuan program ke arah mendekati pengundi yang masih menunggu PAS bertemu dengan mereka dan golongan atas pagar yang masih belum membuat keputusan (menyokong parti mana) dalam pilihan raya yang akan datang nanti," baca ucapan itu. Tidak syak lagi penegasan Tuan Guru Presiden ini mengambilkira hakikat bahawa dalam sistem politik demokrasi, rakyat adalah hakim. Di tangan merekalah kekuasaan sebenar menentukan jatuh-bangun sesebuah kerajaan. Hak dan kuasa mereka untuk memilih siapa atau parti mana bukan sahaja terjamin menurut sistem digunapakai, malah turut menjadi bahan percaturan pihak-pihak yang bertanding. Sebab itu mereka mesti dijadikan sasaran dan rebutan. Pemikiran mereka perlu dikuasai. Kecenderungan politik mereka bukan sahaja mesti dijadikan bahan kajian, malah dijadikan asas kepada parti menyusun tindakan memujuk dan memaut sokongan mereka. Akuilah bahawa setinggi mana pun hasrat dan keazaman sesebuah parti untuk mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan, ia tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan undian rakyat. Sebab itu fokus utama gerakerja parti semestinya dihalakan ke arah mendampingi dan menambat hati mereka selaku pengundi. Tugas dan tanggungjawab merealisasikan agenda itu terpikul di bahu semua pihak, sama ada pemimpin, ahli atau pendokong. Bagaimana pun secara praktikalnya pihak paling bertanggungjawab menjayakan hasrat ini ialah jentera di peringkat akar umbi. Sebab itu Tuan Guru menyambung penegasannya, "manakala jentera di peringkat UPU (Unit Peti Undi) pula wajar mengalami perubahan drastik di atas peranan mereka yang semakin penting, terutamanya kerana merekalah yang setiap hari berada paling hampir dengan pengundi". Justeru katanya lagi, menjadi suatu tanggungjawab bagi jentera di peringkat itu 'mengenali kesemua pengundi di lingkungan mereka seumpama mereka mengenali saudara-mara mereka sendiri'. Gerakerja memperkenalkan PAS ke dalam masyarakat sebetulnya bukan terlalu asing dalam kalendar aktiviti parti, terutama di peringkat akar umbi. Contohnya, kita sering adakan ceramah terbuka yang boleh disertai segenap lapisan masyarakat. Surau dan markas parti kita juga tidak kurang dengan program kuliah dan ceramah agama saban minggu. Namun itu belum cukup memesrakan PAS ke tengah masyarakat. Bahkan di sebilangan kampung atau lokaliti, penduduk merasakan seolah PAS masih asing, walau pun jarak rumah mereka dalam lingkungan berjalan kaki sahaja dengan markas atau surau tempat berkumpul orang-orang PAS setempat. Inilah hakikatnya. Sebab itu kita kerap dimaklumkan ada kumpulan petugas muslimat PAS yang turun berkempen rumah ke rumah di waktu pilihan raya mendapat reaksi yang agak mengecewakan. Tidak sedikit antara mereka dilontarkan pertanyaan sinis, "kenapa tiba-tiba datang ziarah kami ni? Ada hajat besar barangkali?" Puncanya ialah kerana selama ini, sejak entah berapa tahun atau sejak pilihan raya lalu, mereka tidak pernah dijengah oleh orang PAS. Malah sebilangan mereka tidak langsung pun ada interaksi dan perbualan dengan jentera parti, jauh sekali untuk mewujudkan perasaan mesra dan saling kenal-mengenali. Seakan wujud benteng pemisah yang menghalang wujud kemesraan antara orang PAS dengan anggota masyarakat setempat. Barangkali kepimpinan tertinggi PAS menyedari dan menginsafi hakikat ini. Sebab itu, Ucapan Dasar Presiden PAS yang terbaru menggesa perubahan drastik menangani realiti ini. Tuan Guru turut mengandaikan 'pendekatan ceramah terbuka kadangkala hanya berlegar di kalangan ahli kita sahaja'. Manakala kuliah-kuliah agama oleh para ulamak disifatkannya sekadar memenuhi program kebiasaan dan gagal 'mendepani isu-isu yang memerlukan ulasan kalangan ulamak terutamanya yang menyentuh suasana semasa'. Di sana tersurat sudah hasrat dan arahan dari pemimpin tertinggi PAS. Pun begitu, apa-apa hasrat tidak selesai setakat slogan. Ia mesti diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan gerakerja sebenar. Begitu juga hasrat memasyarakatkan PAS atau menjadikannya parti yang mesra rakyat atau dilihat orang sebagai pihak yang prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka. Justeru, selain membuktikan dalam kadar termampu di beberapa negeri dikuasai atau dikongsi perintahnya, ada baiknya PAS tidak perlu menunggu menjadi parti bergelar kerajaan untuk memula atau menyemarakkan aktiviti kebajikan dalam masyarakat. Untuk itu, aktivit-aktiviti menjurus ke arah itu sepatutnya tidak sekadar memenuhi kalendar tahunan di musim tertentu, seumpama di ambang Idulfitri atau menjelang bermulanya penggal baru persekolahan sahaja. Lebih teruk lagi sekiranya ia hanya menjadi agenda bermusim di saat kempen pilihan raya berada di kemuncak. Nilaian keutamaan menyusun program parti perlu diubah. Agenda kebajikan perlu dijulang. |
UMNO sedang berada di puncak KETAKUTAN Posted: 18 Jun 2011 08:27 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Puas Umno melalui semua media mereka menjolok PAS berhubung isu negara Islam, namun tiada seorang pun pemimpin PAS dari atas hingga ke bawah yang melatah. Umno benar-benar kebingungan. Tindakan PAS mengutarakan negara berkebajikan dalam muktamar parti yang ke 57 tidak membawa sebarang perubahan terhadap dasar parti. Antara negara berkebajikan dan negara Islam, bukan dua konsep yang eksklusif antara satu sama lain. Ia bukan antara Islam dan kafir, di mana hanya salah satu pegangan mesti dipatuhi. Negara berkebajikan adalah intipati negara Islam tetapi rakyat lebih mudah mentafsir negara berkebajikan dari mereka mentafsir mengenai negara Islam. Rakyat bebas memberi apa sahaja maksud mengenai negara berkebajikan kerana maksud 'kebajikan' tiada yang negatif. Sedangkan negara Islam, sekalipun Islam itu mulia tetapi tafsiran mengenainya bermacam-macam. Dengan manipulasi oleh pihak Barat, dibantu oleh momokan jahat jentera propaganda BN dalam negara, istilah negara Islam menjadi fobia kepada sesetengah pihak. Hudud misalnya cuma satu aspek dalam negara Islam yang mewakili tidak sampai satu peratus dari keseluruhan Islam yang syumul tetapi hudud dimomokkan oleh jentera propaganda BN sebagai tunggak utama negara Islam yang mesti ditakuti terutama oleh bukan Islam. BN menguasai media, justeru mereka boleh meyakinkan rakyat bahawa 'ubat makjun itu taik kambing dan taik kambing itu sebagai makjun'. Ini dilakukan BN sudah separuh abad dalam negara yang majoriti rakyatnya Melayu Islam, tetapi keyakinan yang kental terhadap Islam tidak menjadi suara majoriti di kalangan Melayu Islam. Isu PAS menolak negara Islam bukanlah baru. Pada pilihanraya umum 1990 sewaktu PAS bertahalluf dengan Parti Melayu Semangat 46, PAS menggunakan frasa 'menjadikan Islam sebagai addin' dalam manifesto Angkatan Perpaduan Ummah. Wartawan menjolok Ketua Penerangan PAS Pusat, Haji Subky Latiff mengapa dalam manifesto tidak disebut istilah negara Islam? Subky menjelaskan bahawa sejak sekian lama pun, istilah negara Islam tidak pernah disebut dalam manifesto PAS. Besoknya semua media melaporkan bahawa PAS telah menggugurkan matlamat menegakkan negara Islam. Jika isu negara Islam dimainkan semula hari ini, maka ianya cuma ulang tayang filem lama untuk generasi baru. Bezanya dahulu filem hitam putih, sekarang warna. Bezanya juga sekarang para pemimpin serta ahli-ahli PAS matang dan tidak melatah. 20 tahun lalu terdapat juga segelintir yang melatah sehingga mewujudkan kumpulan Islah. Peliknya sebahagian anggota Islah yang tertipu dengan manipulasi Umno itu akhirnya berada atas pentas UMNO menyerang PAS, walhal Umno bukan setakat pada istilah, dalam angan-angan pun hasrat untuk Islam didaulatkan. Sekarang apabila konsep negara berkebajikan difokuskan oleh PAS, ia mendapat sokongan dari kalangan ulamak non partisan, NGO hinggalah masyarakat bukan Melayu. Semua maklum bahawa pengundi bukan Melayu berpihak kepada pembangkang atau Pakatan Rakyat bermula Mac 2008. Tetapi episod demi episod ledakan perkauman yang berlaku dalam negara, sama ada oleh Umno atau rakan kongsi mereka Perkasa, sekonyong-konyong muncul pula penegasan PAS terhadap negara berkebajikan, maka sokongan bukan Melayu menjadi bertambah-tambah. Ada yang menganggarkan sudah melebihi 70 peratus berbanding sekitar 60 peratus pada PRU ke 12. Umno berhempas pulas mengacah PAS, melakukan provokasi kononnya PAS sudah meninggalkan perjuangan Islam demi mengikut telunjuk DAP tetapi yang termakan dakyah Umno itu hanyalah penganut Umno yang tanpa manipulasi isu negara Islam pun mereka tidak pernah mengundi PAS selama ini. Pemimpin PAS sedar, tujuan provokasi itu ialah supaya PAS mengeluarkan kenyataan yang boleh menjarakkan sokongan bukan Melayu. Jika Umno benar-benar ikhlas untuk menegakkan negara Islam mengapa mereka tidak lakukan sekarang, sewaktu mereka di persada kuasa? Mengapa sibuk mencanang kononnya PAS tidak mahu buat, sedangkan mereka juga tidak buat? Dalam waktu yang sama Umno memberitahu bahawa mereka sendiri sudah pun mewujudkan negara Islam. Habis, kalau Umno dah tegakkan negara Islam nak tunggu PAS buat apa lagi? Umno kelu untuk menjawab. Semua serangan kembali membelit leher mereka. Di saat Umno tenggelam punca menghadapi kebangkitan imej PAS, imej Anwar gagal dilenyapkan. Mereka melakukan apa sahaja, menayangkan video lucah kepada tok-tok imam, mengedarkan video lucah kepada kanak-kanak dan menggunakan cawangan Khas untuk memusnahkan imej Anwar dalam ceramah terbuka tetapi hasilnya setiap ceramah Anwar didatangi lautan manusia. Himpunan 300 ribu rakyat untuk Bersih 2.0 jika berjaya diadakan menepati sasaran akan meletakkan Najib berada pada kedudukan Hosni Mubarak. Ia bukan mustahil. Kebangkitan rakyat akan berlarutan dan diterjemahkan hingga ke peti undi. Segala kekayaan mereka serta kroni akan runtuh dalam sekelip mata. Rakyat akan berpusu-pusu ke mahligai Perdana Menteri di Putrajaya untuk membilang beg tangan berjenama milik Rosmah Mansor. Igauan seperti ini membuatkan UMNO sekarang sedang berada di puncak ketakutan. Secara kebetulan sewaktu PAS memberi penekanan terhadap negara berkebajikan, Parti Kebajikan (AK) di Turki mencatat kemenangan paling besar sepanjang tiga penggal pilihanraya. Pemimpin AK ialah Reccep Taib Erdogan yang namanya dijadikan simbol kumpulan Erdogan (kononnya) yang menguasai PAS sekarang. Semuanya memberi imej positif terhadap PAS. Bila sampai masa Umno akan tumbang, segala yang mereka buat serba tak kena termasuk tuduhan buruk yang dicipta untuk pihak lain pun akan jadi positif. |
Himpunan Rakyat BERSIH 2 – Demokrasi mesti di pulihkan Posted: 18 Jun 2011 08:17 PM PDT Oleh Dr.Syed azman Syed ahmad Pelbagai reaksi yang dapat di rasakan dari pengistiharan terbuka Gabungan Pilihahan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bagi mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada 9 hb Julai akan datang. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan mendesak perhimpunan itu dibatalkan segera kerana ia boleh memburukkan imej negara dan sekiranya ia hendak diteruskan maka ia boleh diadakan di dalam stadium. Beliau juga telah memberi amaran terbuka kepada Bersih bahawa sebarang bentuk himpunan haram "boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan". Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga turut menggesa rakyat Malaysia agar memboikot perhimpunan Bersih tersebut. Beberapa NGO pro-Umno pula telah membuat laporan Polis serta meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan dan Timbalan Presiden Pas, Hj. Mohamad Sabu yang didakwa menjadi pencetusan serta memainkan peranan utama bagi mengadakan demonstrasi Bersih. Malahah NGO ini telah meminta pihak polis segera mengambil tindakan undang-undang serta janga teragak-agak menahan dalang utama perhimpunan Bersih di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan menegaskan bahawa Himpunan Bersih 2.0 adalah merupakan "himpunan aman rakyat" dan ia tetap akan diteruskan walaupun dibantah banyak pihak terutamanya dari Umno/BN. Bagi beliau, "Pembangkang adalah normal. Ini adalah negara demokratik. Dalam pemerhatian saya ramai menuntut kami agar mengadakannya. Terdapat banyak rasa tidak puas hati...seperti ketika (pilihan raya) Sarawak, tidak gembira tentang rasuah dan tidak gembira mengenai institusi-institusi yang tidak bebas," Bagi saya, himpunan BERSIH 2 adalah himpunan rakyat yang terdiri dari semua lapisan masyarakat yang cintakan keadilan dan mahukan hak serta maruah mereka di kembalikan. Ia bukannya inisiatif yang mempunyai agenda kepartaian yang sempit. Tuntutan bersih 2 adalah amat jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihan raya yang adil dan bersih. Begitu juga dengan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kembali berperanan sebagai sebuah badan bebas yang boleh di lihat dapat menjalankan pilihan raya secara adil dan telus. Namun apa yang berlaku adalh di sebalikknya, SPR kini lebih merupakan badan yang menjadi alat serta kuda tunggangan Umno/BN. Ia di lihat oleh kebanyakan rakyat sebagai badan yang gagal berperanan untuk memastikan perjalanan pilihan raya di negara kita berjalan secara telus dan tidak berat sebelah. Sesungguhnya hasrat rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman sudah tidak boleh lagi di sekat oleh mana-mana pihak. Ini adalah kerana kebanyakan tuntutan Bersih bukannya tuntutan yang baru. Ia wujud sejak himpunan Bersih yang pertama pada tahun 2007 lagi. Namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan dan di pandang enteng oleh pimpinan kerajaan pimpinan Umno/BN walaupun pelbagai bantahan dan memorandum telah di hantar kepada mereka. Antara tuntutan awal Bersih adalah; 1. Penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda (undi hantu) 2. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; 3. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang telus dan bersih; 4. menyediakan akses yang sama rata kepada media massa termasuk TV, radio dan akhbar utama kepada semua parti politik termasuk parti-parti pembangkang; 5. menbenteras penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan. Ya, inilah realiti demokrasi tempang yang wujud di negara kita sehingga kini. Apabila pilihan raya dijalankan secara tidak adil dan terlalu banyak berlaku penyelewengan maka sudah pasti rakyat akan lambat laun bangkit menuntuk kembali hak dan maruah mereka. Dan inilah juga yang telah dan sedang berlaku di Timur Tengah. Protes besar-besaran rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan anak muda bagi menuntut hak dan kebebasan mereka sehingga kini telah berjaya menjatuhkan kerajaan autokratik di Mesir dan Tunisia. Pemimpin-pemimpin ini juga dituduh mengamalkan penipuan pilihanraya secara berleluasa serta memperalatkan Suruhanjaya Pilihan raya untuk kepentingan politik mereka. Ayuh rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama menyahut seruan terbuka Bersih kepada rakyat Malaysia untuk mengembalikan demokrasi dan kebebasan kita. Hak dan maruah kita sebagai warga Malaysia juga telah sejak sekian lama tercabar dek kerana keangkuhan kerajaan Umno-BN. Mari kita berani bersama dalam Himpunan Bersih 2 di Kuala Lumpur. Demi menjamin masa depan anak cucu kita, demokrasi dan kebebasan rakyat mesti dikembalikan… |
Perihal Tukang Karut Ekonomi Makro Posted: 18 Jun 2011 08:10 PM PDT Oleh: Shirzad Lifeboat Menguruskan ekonomi Negara bukannya macam menguruskan perniagaan goreng pisang di tepi jalan.Bahkan ia juga bukan macam menguruskan sesebuah badan korporat, termasuk yang terkelas dalam golongan konglomerat multi-nasional.Walaupun prinsip asasnya hampir sama – lebihan terimaan harus melebihi perbelanjaan, namun pengagihan lebihan ini sama sekali berbeza. Bagi penjualan goreng pisang, segala lebihan, juga disebut keuntungan adalah milik sepenuh pengusahanya. Bagaimana lebihan itu digunakan adalah urusan pemilikinya menurut apakah skala keutamaan ekonominya dan sekiranya ia mahu keuntungan lebih (sama ada kerana tamak atau atas alasan lain yang lebih munasabah dan murni), maka apa yang perlu dilakukan hanyalah menaikkan sahaja harga goreng pisang yang dijual itu. Bagaimanapun ia bukanlah tanpa risiko kerana apabila harga dinaikkan mungkin ada pengguna yang tidak akan membeli lagi goreng pisang jualannya. Ini kerana goreng pisang bukanlah satu barangan perlu dalam kehidupan seharian dan biasanya bukanlah tersenarai sebagai keperluan utama dalam skala keutamaan seseorang pengguna. Berbeza sedikit dengan dunia korporat, keuntungan daripada perniagaan perlu diagihkan kepada pemegang sahamnya dalam bentuk dividen di atas pelaburan atau dalam bahasa mudahnya di atas jumlah sumbangan modal seseorang pemegang saham. Dan pemegang saham juga mungkin pengguna dan mungkin juga bukan pengguna barangan atau perkhidmatan yang diperniagakan oleh syarikat korporat berkenaan. Begitupun dalam kedua-dua kes ini kehandalan atau betara 'terror'nya seseorang pengurus – dari yang bergelar pengusaha sehinggalah kepada yang bergelar CEO malah Pengerusi Eksekutif ialah sebanyak manakah keuntungan yang mampu dicatatkan, banyak mana aset yang dapat dikumpulkan dan sama ada nisbah liabiliti dengan aset berada dalam kadar yang sepatutnya. Begitupun hal yang sama tidak dikongsi oleh seseorang menteri Kabinet yang ditugaskan untuk menguruskan kewangan negara. Walaupun menteri berkenaan, iaitu lazimnya seorang Menteri Kewangan bertanggungjawab ke atas punca dan sumber perolehan hasil negara namun kemampuan mendapatkan sebanyak mana perolehan sahaja tidaklah memadai. Malah ia tidak relevan kepada tugasnya sebagai menteri berkenaan. Justeru tidak ada gunanya seseorang menteri kewangan mendabik dada dan menghebohkan ke sana ke mari kononnya dia telah berjaya membawa balik sekian banyak pelaburan atau pendapatan negara melonjak tinggi atau ekonomi negara menikmati pertumbuhan pesat sekiranya dia gagal memanfaatkan hasil seperti yang digembar-gemburkan itu untuk kepentingan rakyat. Di negara kita hari-hari Menteri Kewangan dan kerajaan UMNO-BN bercakap tentang betapa hebatnya prestasi ekonomi kita. Pendek kata tidak ada lagi Menteri Kewangan negara lain yang dapat menandingin kehebatan prestasi ini. Setiap waktu ada sahaja pelaburan asing yang di bawa balik oleh anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri sendiri. Setiap waktu ada sahaja kenyataan dan cerita betapa projek itu dan ini akan mempertingkatkan lagi pendapatan negara. Tapi yang pelik, di sebalik kehebatan yang dicanangkan ini, kerajaan nampaknya terperangkap dalam aliran wang tunai yang serius sehinggakan rakyat perlu dihukum dengan pelbagai penarikan subsidi. Kita meraka hairan mengapakah tindakan seperti itu dilakukan sekiranya cerita-cerita mengenai prestasi ekonomi adalah cerita benar. Dalam keadaan sedemikian, bukankah sepatutnya kerajaan UMNO-BN mempertingkatkan lagi jumlah subsidi yang diberikan kepada rakyat. Nak beri setiap rakyat wang tunai tentulah tidak munasabah tetapi apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN ialah mengagihkan pendapatan negara yang maha hebat ini dalam bentuk subsidi. Di sebalik kenyataan demi kenyataaan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana menteri memberikan alasan mengapa kerajaan perlu menarik balik pelbagai subsidi, persoalannya mengapakan kerajaan tidak lagi memilik dana mencukupi untuk melunaskan subsidi yang telah diberikan oleh rakyat ini? Kita semakin keliru dan tidak faham betapa di waktu lain telinga kita disogokkan dengan cerita lunak tentang ekonomi, transformasi ekonomi, pendapatan tinggi untuk setiap rakyat tetapi dalam waktu lain pula kerajaan UMNO/BN, menerusi muka sedih dan muka 10 sen pemimpinnya mengumukan penurunan jumlah subsidi dan kenaikan tarif elektrif perlu dilakukan bagi mengelakkan jumlah subsidi menjadi tidak lagi dapat ditampong oleh kerajaan atau mengelakkan dari berlakunya defisit dalam bajet. Sekiranya kita boleh menerima alasan ini dan rakyat terpaksa mengalami penguncupan ketara dalam pendapatan sebenar mereka disebabkan terpaksa membayar jumlah berlebih untuk semua barangan dan perkhidatan yang subsidinya telah dikurangkan oleh kerajaan serta kenaikan barang makanan yang dianggar telah naik sebanyak antara 30-40 peratus sejak tahun 2005, maka ini bermakna ekonomi kita sebenarnya tidaklah sehebat mana. Tapi dalam waktu yang sama, kita percaya ekonomi Malaysia bukanlah terlalu buruk kerana kita memiliki pelbagai komoditi yang dipasarkan di pasaran antarabangsa termasuk minyak. Oleh itu, persoalannya kini, apakah kerajaan UMNO/BN telah menguruskan ekonomi Malaysia secara terbaik dengan mengutamakan keperluan dan hal ehwal rakyat seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, 'rakyat didahulukan.'? Atau apakah menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Malaysia ini cuma merasakan kewajipannya hanyalah untuk menggambarkan kepada rakyat betapa pendapatan negara adalah bagus dan sedang dilipat gandakan sedangkan dalam waktu yang sama, keperluan rakyat tidak perlu difikirkan sangat? |
Posted: 18 Jun 2011 07:56 PM PDT Apabila PAS membawa slogan dan konsep negara Islam, UMNO menolaknya. Apabila PAS membawa undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu, UMNO turut menolaknya.Walau pun ia tidak bererti semua rakyat Malaysia pelbagai kaum setuju dengan tindakan PAS, ia membuktikan UMNO menolak apa yang PAS perjuangkan selama ini Buktinya ialah apabila PAS membawakan negara berkebajikan yang selaras dengan konsep negara Islam bersifat universal, UMNO masih menolaknya. Apabila PAS mendapat saf pimpinan baru yang seimbang baru-baru ini – ulama, profesional, akademik, aktivis dan birokrat – UMNO tetap menolaknya, walau pun ia tidak ada kena-mengena dengan parti itu kerana ia adalah hal dalaman PAS. Selepas keputusan pemilihan kepimpinan di muktamar PAS ke-57 diumumkan hujung minggu lalu, UMNO mencipta bermacam-macam alasan dan konspirasi. Yang jelas dalam propaganda UMNO, tidak ada orang PAS yang menang dalam pemilihan PAS. Bagi UMNO, yang menang dalam pemilihan PAS adalah DAP, PKR, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Reçep Tayyip Erdogan dan entah siapa lagi. Semuanya gara-gara UMNO gagal dalam kempen mereka yang mahu apa yang mereka takrifkan sebagai golongan ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat PAS. Hingga mereka lupa bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah ulama. UMNO juga lupa bahawa pimpinan Dewan Ulama PAS semuanya menang tanpa bertanding; maksudnya semua mereka adalah para pemimpin ulama yang "disokong" oleh UMNO melalui lidah rasminya Utusan Malaysia. UMNO turut lupa bahawa Dewan Pemuda PAS juga dipimpin oleh wakil yang dilihat setia dengan golongan ulama. Bagi UMNO, semua itu tidak penting kerana kempen Utusan dan UMNO untuk menjadikan ulama pilihan mereka sebagai presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan AJK pusat PAS telah gagal. Yang pelik ialah mengapa UMNO yang menolak Negara Islam ala PAS, yang menolak hudud ala PAS, yang menolak apa sahaja yang PAS perjuangkan selama ini, begitu kemaruk mahu melihat PAS diterajui oleh golongan ulama? Persoalan yang belum dijawab oleh UMNO sehingga kini ialah: Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan kepimpinan ulama? Adakah UMNO mahu ulama menjadi presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden serta menduduki kerusi majlis tertinggi UMNO? Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan negara Islam mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini? Adakah UMNO bercadang untuk melaksanakan hudud mengikut versi PAS yang dibawakan sebelum ini? Dan di mana sebenarnya para pemimpin UMNO meletakkan ulama dalam parti mereka? Akhirnya terdedah konspirasi UMNO melalui rencana Utusan pada 6 Jun yang kembali mempertikaikan PAS di bawah tajuk "Layakkah PAS ganti UMNO?" – yang bermaksud PAS memang selama-lamanya tidak layak dan tidak ada class seperti UMNO. Maksudnya lagi, segala kempen Utusan untuk ulama dalam PAS selama ini tidak ikhlas dan tidak jujur; semata-mata mahu melihat ulama yang mereka anggap tidak cerdik serta buta politik dapat menguasai PAS untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Dalam rencana Utusan itu, PAS diperlekehkan dengan pertanyaan: Layakkah PAS berada pada kedudukan itu (untuk menggantikan UMNO sebagai wadah orang Islam) atau setaraf dengannya (dengan UMNO)? Apakah PAS mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana UMNO? Dengan angkuh, rencana itu mendabik dada, "Akui sahajalah PAS tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat PAS hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu". Tidak cukup dengan itu, Utusan mendakwa: PAS sekarang bukan lagi sebuah parti Islam PAS adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana…menegakkan negara berkebajikan. Hairan juga, bagaimana Utusan boleh menjatuhkan hukum bahawa PAS bukan lagi mewakili Islam sedangkan UMNO sentiasa menuduh PAS mengkafirkan UMNO. Apakah kini UMNO menganggap PAS parti kafir? Tembelang UMNO juga terdedah apabila rencana itu menyatakan PAS "bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN)". Para pemimpin Pakatan Rakyat telah banyak kali menjelaskan bahawa PAS, PKR dan DAP berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam satu saf dengan status hak saksama, dan tiada siapa yang dominan dalam gabungan itu. Apa yang UMNO dedahkan sekarang ialah hanya UMNO yang menjadi tuan dalam BN manakala 12 parti komponen lain hanyalah pengikut sahaja. Yang perlu menjawab persoalan ini ialah 12 parti berkenaan – MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PBRS, SPDP, PBS, UPKO, PBRS dan LDP – yang mana mereka dianggap oleh UMNO sebagai parti kelas dua. Kesemua 12 parti itu yang mewakili majoriti kaum Cina, India, Iban, Kadazandusun, Murut, Bidayuh, Bajau, Orang Ulu dan pelbagai etnik lain hanya mampu tunduk di bawah dominasi UMNO. Memulangkan paku buah keras rencana itu, kesemua 12 parti komponen BN itu "hanya menjadi pemerhati sahaja terhadap tindak tanduk kerajaan UMNO di negara ini yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas rakyat Malaysia". Dalam merebut sokongan orang Melayu, nampak jelas UMNO amat bimbang dengan kempen "PAS Ganti UMNO" yang menawarkan alternatif ke arah politik baru negara. Ini adalah kerana apa yang UMNO ada sekarang, PAS pun ada – profesional, akademik, aktivis dan birokrat. Malah, PAS ada lebih dari itu. PAS adalah ramai ulama yang aktif sedangkan dalam UMNO golongan itu dipinggirkan. Selain "PAS Ganti UMNO", orang Melayu kini sudah ada banyak pilihan, bukan sahaja boleh menyertai PKR dan DAP tetapi juga SNAP di Sarawak dan SAPP di Sabah. Malah UMNO patut bimbang jika Melayu yang masih mahu bersama BN mula menyertai Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain. Dan apabila seorang pemimpin UMNO melahirkan rasa dukacita kerana PAS tidak mahu kepada perpaduan Melayu, maka Pakatan Rakyat juga sedih kerana UMNO tidak mahu kepada perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. – Roketkini.com |
Posted: 18 Jun 2011 07:43 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Tiba-tiba Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO berkempen untuk menaikkan ulamak dalam kepimpinan PAS, walhal sejak berdekad akhbar tersebut menjadi pencaci kemimpinan ulamak dalam parti Islam terbesar di negara ini. Tiba-tiba UMNO menjadi 'sedih' kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulamak dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulamak dalam PAS dituduh sebagai ulamak politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa. Tiba-tiba PAS didakwa telah dikuasai oleh PKR dan DAP, dengan perubahan yang hanya berlaku di dua tempat iaitu satu Timbalan dan satu Naib Presiden, sedangkan lebih 90 peratus kepimpinan PAS Pusat yang menang dalam muktamar lalu adalah mereka yang pernah berada berada dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat sesi lalu. Tiba-tiba pendokong Anwariyyun, sedangkan nama Mohamad Sabu selama ini diungkitkan oleh UMNO sebagai pengkritik kuat Anwar suatu masa dulu dengan gelaran tertentu. Tiba-tiba UMNO 'susah hati' kerana PAS didakwa telah meninggalkan matlamat menegakkan negara Islam walhal sejak berzaman negara Islam dan hudud menjadi bahan persendaan UMNO, manakala dalam UMNO sendiri negara Islam dan hudud tidak pernah menjadi agenda pun. Tiba-tiba UMNO menggelepar kerana PAS mahu laksanakan negara berkebajikan sedangkan selama ini UMNO dikatakan mahu menegakkan negara Islam. Tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan Karpal Singh dan DAP yang untung kerana berjaya halang PAS laksana hudud, sedangkan penghalang besar hudud ialah beliau sendiri apabila mengurus surat kepada Menteri Besar Kelantan untuk mengambil tindakan jika kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud seperti yang diluluskan dalam Sidang DUN Kelantan. Tiba-tiba Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang dispekulasikan sebagai bakal perdana menteri melalui kenyataan adu domba pemimpin BN terhadap kedua-dua pemimpin itu. Walhal selama ini spekulasi calon Perdana Menteri hanya datang dari parti UMNO. 'Tiba-tiba' adalah peristiwa mengejut, biasanya berlaku di luar kebiasaan. Dalam kehidupan manusia apabila tiba-tiba seseorang berperangai pelik ia membawa dua maksud. Pertama, jika orang itu sudah tua dia sedang memasuki zaman nyanyuk. Kedua dia dikatakan 'buang tebiat', perangai ganjil seseorang yang dilakukan menjelang ajalnya yang hampir. UMNO adalah parti yang sudah tua, 65 tahun sebagai pemerintah. Kenyataan para pemimpin mereka hampir tidak boleh dipakai lagi. Asyik merapu, meraban dan sentiasa kontradik. Contohnya dalam isu negara berkebajikan, ada pemimpin UMNO yang berkata Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan negara berkebajikan kerana jika dibuat juga maka Malaysia akan jatuh bankrap. Ada pula pemimpin UMNO yang berkata, PAS sudah ketinggalan zaman kerana negara berkebajikan telah lama diaksanakan oleh UMNO. Mana satu yang betul? UMNO selalu berhujah, macam mana PAS nak buat negara Islam bertanding cuma 60 kerusi, kalau menang semua pun tak boleh buat negara Islam tanpa sokongan parti-parti bukan Melayu yang memang menolak negara Islam. Bila PAS isytihar nak buat negara berkebajikan, UMNO tuding jari tengok PAS dah tolak negara Islam. Mana satu yang betul? Begitu juga dengan isu negara Islam. Pemimpin UMNO berkata PAS sudah meninggalkan perjuangan menegakkan negara Islam tetapi di dalam akhbar-akhbar Cina mereka memberitahu, orang Cina kena berhati-hati. PAS kononnya cuma berpura-pura meninggalkan negara Islam untuk menarik undi bukan Melayu. Mana satu yang betul? Presiden PAS kononnya telah menukar polisi parti, untuk menaikkan dirinya sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Dalam waktu yang sama, PAS yang diterajui beliau dikatakan tunduk kepada Anwar, mengagungkan Anwar dan tetap mahu mengangkat ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri walaupun (kononnya) tahu beliau bermasalah. Mana satu yang betul? Kerajaan BN dikatakan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, mampu memberi pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat dalam apa juga aspek yang menjadi keutamaan rakyat. Kerajaan BN menaikkan harga minyak, gula dan tarif elektrik kerana tidak mampu lagi menanggung beban subsidi yang besar akibat sumber kewangan yang terbatas. Mana satu yang betul? Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin memberitahu RM19 billion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi. Tetapi kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan BN adalah kerana merasionalkan subsidi atau bahasa yang mudah difahami ialah subsidi ditarik balik. Sekejap subsidi, sekejap bukan. Mana satu yang betul? Bertabiat pelik dan berpemikiran celaru adalah imej terkini UMNO menjelang hari-hari terakhir berada di tampok kuasa. Bila sikap sudah tindak konsisten, cakap makin hari makin merapu maka elok kalau kita ingat akan pesan orang tua-tua. "Orang gila jangan dok layan sangat, nanti orang tuduh kita pun sama gila…" http://kedahla.blogspot.com/ |
Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno Posted: 18 Jun 2011 07:30 PM PDT Oleh: Mat Zain Mat Isa Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutan ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis.Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam. Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih 'Membangun Negara Berkebajikan' sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya. Kejahilan dan kedangkalan para pemimpin Umno memahami konsep Negara Islam dalam konteks lebih menyeluruh adalah satu hal yang sudah dimaklumi. Namun persoalan yang lebih wajar ditanyakan ialah apakah keprihatinan Umno terhadap halatuju PAS itu bertitik tolak daripada hasratnya yang juga mahukan Negara Islam? Kalau tidak kerana rekod pemerintahannya yang penuh dengan agenda mungkar dan sering pula menganjurkan perkara bercanggah dengan ajaran agama, sudah tentu tidak wajar bagi mana-mana pihak memperkecilkan komitmen Umno terhadap kedaulatan Islam di negara ini. Malangnya, apa yang dapat dilihat, didengar dan dialami seluruh warga negara ini tidak membantu sesiapa pun memberikan kredit kepadanya di atas usaha memartabatkan hukum dan peraturan Tuhan. Hendak dikatakan parti itu tidak berpeluang merealisasikan hasrat itu amat tidak munasabah. Ia telah diberikan kesempatan amat luas. Lebih separuh abad selaku peneraju pemerintahan negara, tanpa pernah diselang-selikan oleh mana-mana parti lain walau seketika, sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk Umno menyempurnakan pelaksanaan agenda Islam, sekiranya ia betul-betul berhasrat sedemikian. Malangnya, hakikat itu tidak berlaku. Mungkin itu sebab orang susah percaya jika hal ehwal menegakkan Islam cuba dikaitkan dengan sikap dan pendirian Umno. Barangkali juga ia disebabkan tabiat Umno sendiri yang bukan sahaja tidak mewarnai wajahnya dengan warna Islam, malah kerap bertindak dalam bentuk yang dinilai sebagai tidak mesra terhadap mana-mana pihak yang mahu menegakkan nilai hidup Islam. Contohnya, selaku parti tunjang kerajaan tentu sekali Umno tidak boleh lari dari dipertanggungjawabkan apabila usaha menyemarakkan dakwah Islam dan operasi pembanterasan maksiat sering berdepan karenah birokrasi yang rumit. Bahkan dalam sebilangan kes, para pemimpin Umno sendiri tampil membantah pihak-pihak di bawah bidang kuasanya yang cuba mempertahankan peraturan Islam yang telah digunapakai sekian lama. Dalam kes yang lebih menyerlah, Umno muncul sebagai penghalang nombor satu bagi PAS memperkenalkan undang-undang Islam di negeri-negeri diperintah parti lawannya itu. Bukankah para pemimpin parti itu yang secara terbuka memberi amaran keras kepada pemimpin kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud dan Qisas suatu ketika dulu? Sebab itu rakyat melihat sikap Umno yang kononnya amat prihatin dengan matlamat PAS menubuhkan Negara Islam kini tidak lebih suatu sandiwara politik. Ia mengingatkan kita kepada kes Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu. Sejurus PAS memerintah Terengganu pada akhir 1999, Umno menjadi pendesak utama agar Hudud dilaksanakan. Hampir setiap simpang jalan yang strategik dinaikan pemidang mendesak perkara itu. "Mana hudud?", "Bila lagi nak laksanakan hudud?", "Rakyat Terengganu Mahukan Hudud", baca beberapa pemidang itu. Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah dan program riuh-riuh anjuran Umno, isu kegagalan kerajaan PAS laksanakan Hudud turut dilaungkan. Anehnya, apabila enakmen Hudud dan Qisas dibentang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, empat Adun Umno mengambil pendirian berkecuali. Mereka tidak mengundi, sama ada menyokong atau membantah. Sepatutnya dengan keghairahan melebih-lebih penjuak Umno di luar sana, kesemua empat Adun itu menjadi orang paling awal mengangkat tangan menyokong enakmen tersebut. Hipokrasi Umno dalam menuntut pelaksanaan Hudud oleh PAS lebih terserlah apabila enakmen itu diluluskan dan kemudiannya diwartakan. Ada kenyataan pemimpin Umno mempertikai kewajaran melaksanakannya. Ertinya, suara mereka mendesak PAS melaksanakan hukum itu sebelum itu rupa-rupanya hanya persendaan. Ia tidak lebih sekadar mewujudkan tekanan politik kepada PAS atau memberikan gambaran kegagalan pemerintahan parti itu. Umno membuktikan ia memang tidak pernah berhasrat melihat hukum Islam itu terlaksana. Sebab itu selepas ia kembali berkuasa di Terengganu, eakmen Hudud dan Qisas 'diperap' dari pengetahuan umum, seolah-olah ia tidak pernah dibentang, diperbahas dan diluluskan Dun. Sedangkan ia telah diperkenankan Tuanku Sultan, diwartakan sebagai undang-undang sah bagi kerajaan negeri Terengganu dan hanya tunggu dilaksanakan Itulah bukti hipokrasi Umno dalam menjunjung hukum Tuhan. Kini, episod hampir sama berkumandang lagi. Umno seolah mahu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang paling mahukan Negara Islam. Lalu, apabila PAS tidak menyebut kalimah itu dalam muktamarnya kali ini, Umno seolah-olah menjadi pihak "paling dukacita". Cheh! |
“Jika Utusan fitnah kamu, maka kamu patut diam saja” Posted: 18 Jun 2011 07:23 PM PDT Mungkin mengajar ketam berjalan betul lebih mudah daripada memujuk Utusan Malaysia supaya menghentikan perbuatan keji dan terkutuk memfitnah DAP dan Pakatan Rakyat.Sidang pengarang Utusan atas nama Awang Selamat kini membawa satu lagi ajaran fitnah – jika Utusan fitnah DAP kamu, maka kamu patut diam saja. Utusan telah menuduh DAP terlibat dalam isu pemilihan khariah masjid di Pulau Pinang, dan walau pun laporan itu bohong dan palsu, Utusan mahu DAP duduk diam dan terima sahaja fitnah kejam itu. "Usahlah melatah" Dan "usahlah melatah", tajuk kolum Awang yang mengkhiri pojok pendek Mingguan Malaysia hari ini dengan ayat "Jika DAP tidak sedikitpun terlibat, diam sahaja. Janganlah wujudkan persepsi siapa makan cili, dia terasa pedas". Fitnah sedemikian kini sudah menjadi darah daging Utusan – walau pun akhbar itu adalah nadi perjuangan kemerdekaan negara pada suatu masa dahulu – yang disifatkan oleh bekas Ketua Pengarangnya Said Zahari sebagai suara perkauman yang sempit. Modus operandi Utusan mudah saja. Mula-mula cipta fitnah, contohnya, membuat pembohongan bahawa "keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya bagi jawatan kuasa masjid di negeri itu" dan kemudian cari pemimpin-pemimpin UMNO dan yang bersekongkol dengan mereka untuk "mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak". Selepas itu, dibuat rumusan palsu bahawa "perkembangan tersebut dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian. Ramai orang Islam di Pulau Pinang resah". Dengan susunan propaganda palsu sedemikian, jelas Utusan untuk kesekian kalinya menabur fitnah untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu. Utusan tidak sedikit pun menyentuh tentang keputusan pemilihan khariah masjid itu adalah 100 peratus usaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di mana tidak ada seorang wakil dari DAP pun yang duduk dalam majlis itu. Walau pun semua media arus perdana di Malaysia berpihak kepada UMNO dan Barisan Nasional, Utusanlah yang paling kerap mengada-adakan yang tiada, menyembunyikan kebenaran dan memutarbelitkan fakta. Apabila Awang menulis "Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, Abdul Malik Kassim dari PKR mengesahkan hal tersebut", ia cuba memberi gambaran bahawa exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang beragama Islam itu telah mengakui kononnya DAP yang membuat keputusan itu. Sedangkan apa yang disahkan oleh Abdul Malik ialah MAINPP yang meluluskan usaha untuk mengadakan pemilihan khariah mengikut undang-undang yang ada, bagi menggantikan sistem perlantikan, untuk memberi hak kepada ahli-ahli khariah memilih sendiri calon-calon jawatankuasa khariah masjid mereka. Tidak ada sepatah perkataan pun daripada Abdul Malik yang mengakui DAP terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran Islam itu. Tapi Utusan tidak peduli itu semua. Cereka ciptaannya lebih penting dari yang benar dan yang hak. Apabila ADUN Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan polis terhadap laporan palsu Utusan itu, Awang menulis "Awang hairan mengapa Wei Aik perlu melatah". Rakyat Malaysia juga hairan mengapa Awang dan Utusan tidak serik-serik membuat fitnah semata-mata kerana mahu menjadi juara perkauman sempit. Rakyat hairan mengapa Awang tidak rasa berdosa berbuat fitnah. Rakyat juga hairan bagaimana pemerintahan 1Malaysia boleh membenarkan sebuah akhbar menyebarkan fitnah setiap hari sedangkang hak rakyat untuk berhimpun secara aman, sebagaimana yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan, diancam dengan ugutan oleh kerajaan. "Bersih atau kotor" Awang pun turut tumpang sekaki mengutuk hak rakyat untuk berkumpul secara aman dalam pojoknya "Bersih atau kotor" dengan mempertahankan hak-hak pelancong, jalan raya yang sesak dan ketenteraman awam yang sentiasa tergugat oleh fitnah-fitnah Utusan. Dengan menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai depan sebagai :kotor", Awang mahu perhimpunan aman itu yang mahu menuntut proses pilihan raya yang adil, bersih dan telus, disekat oleh pihak berkuasa. Yang peliknya, Awang yang tidak mahu perhimpunan aman itu dibenarkan, telah mencadangkan supaya orang-orang yang bersetuju dengan pandangan Utusan supaya menyertai perhimpunan itu dengan membawa sepanduk "skandal" pemimpin pembangkang. Malah Awang mengajar mereka cara membawa sepanduk itu dengan "paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat". Siapa yang menjadi mangsa liwat siapa? Sudahkah mahkamah membuat keputusan? Di mana keadilan – sama ada mengikut undang-undang sivil atau Islam – jika orang yang dituduh atau dibicarakan telah dijatuhkan hukuman oleh orang yang bukan hakim atau mahkamah? Inilah perangai manusia yang berselindung di belakang dan menyuruh orang lain membuat kerja kotor untuk dirinya. Setidak-tidaknya para pemimpin Pakatan Rakyat lebih jujur dan berani. Pemimpin-pemimpin Pakatan yang menggalakkan ahli dan penyokong mereka menyertai Bersih 2.0 sudah berjanji untuk sama-sama turun padang menyertai perhimpunan. Siapa terdesak, siapa terasa pedas Betapa terdesaknya golongan perkauman sempit ini. PAS yang dipujuk supaya bersama dengan UMNO, telah menolaknya. Ini menyebabkan UMNO dan Utusan terpaksa kembali menyerang PAS. Dan dengan ini, hancur usaha UMNO untuk melemahkan PAS dalam Pakatan. UMNO juga terpaksa meningkatkan usaha keji meneruskan fitnah terhadap DAP. Mengikut perkiraan UMNO dan Utusan, jika orang Melayu sudah tidak takut atau tidak benci dengan DAP, maka orang Melayu akan selesa dengan kerjasama DAP, PAS dan PKR. Dengan itu, orang Melayu tidak akan berasa was-was untuk mengundi salah satu daripada parti komponen Pakatan itu dalam pilihan raya umum akan datang. Serangan terhadap PKR pula ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan fitnah yang sentiasa ditambah-tambah, bukan sahaja untuk melahirkan rasa curiga di kalangan ahli-ahli PKR dan Pakatan tetapi juga rakyat Malaysia amnya. Namun rakyat sekarang bagai jauhari mengenal manikam. Sehinggakan Awang dan Utusan cuba menyamakan keadaan di mana pemimpin politik luar negara yang terlibat dalam skandal telah meletakkan jawatan, maksudnya menyuruh Anwar letak jawatan walau pun tidak terbukti apa kesalahan Ketua Umum PKR itu. Sedangkan boleh dikira dengan jari pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang telah meletak jawatan kerana pelbagai skandal termasuk skandal seks, penyelewengan, rasuah dan bermacam rompakan terhadap harta dan hak rakyat. Tak cukup dengan itu, Awang menuduh "Anwar masih menegakkan benang basah meskipun bukti saintifik cukup kukuh". Tak sangka sama sekali kepakaran Awang lebih hebat, jauh menandingi hakim-hakim yang bijaksana di negara ini. Kes belum selesai, Awang sudah pun menjatuhkan hukuman terhadap seorang insan yang belum dibuktikan bersalah atau tidak. Siapa yang benar-benar terdesak? Siapa yang terasa pedas fitnah sekarang? – Roketkini.com |
Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi Posted: 18 Jun 2011 07:16 PM PDT Oleh Wira Arjuna Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklindia parliament new anti terror law 181208 01an-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan. Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat "yang bakal" dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena. Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India. Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak. Menyayat hati Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah. NONESaya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion. Utusan Malaysia melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan. Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India? beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini. Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup. Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita. Bajet tambahan Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion. asli capital market summit 131107 awang adek"Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara," kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri). Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi. Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran! Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita. Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan? azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri? Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini? Keperitan hidup Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah? azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya. Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara. Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat? Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni. NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan. Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini. Ungkapan kroni, kronisme Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme. Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya. NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan. Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi. Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak. Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca "kebesaran ETP dan NKRA" di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam. Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN. (M/kini) ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang. Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. |
Aktifkan Segera Jentera Pilihanraya PAS!! Posted: 18 Jun 2011 07:04 PM PDT Oleh Mohd Faris Jika sebelum ini pihak lawan sudah mula memalu gendang perang, memberi arahan kepada jentera mereka untuk bersiap sedia dan banyak lagi, adakah pihak jentera Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS masih berada dalam zon selesa, tidak mahu menggerakkan jentera dari akar umbi dengan segera secara serius?? Saya puji ada beberapa PAS negeri yang telah melancarkan jentera PRU 13 mereka baru-baru ini. Dengan rentetan kenyataan Najib Tun Razak yang sanggup menggunakan apa sahaja 'senjata' untuk merampas negeri-negeri yang dimenangi terutama negeri Selangor, adakah kita masih mahu berdiam diri? Jika tuntutan-tuntutan BERSIH 2.0 dipenuhi, mungkin kita lebih yakin untuk sedikit selesa dengan situasi rakyat yang mahukan perubahan. Jika tidak, jangan harap untuk kita berlengah, kecuali suasana getir akan berlaku oleh perancangan licik pihak musuh. Tambahan dengan pendedahan beberapa kawasan di Selangor terdapat penambahan pengundi berdaftar secara mendadak di beberapa kawasan yang dimenangi PAS dalam PRU 12 yang lepas, adakah tiada lagi semboyan perang yang bersungguh dan serius dari PAS Pusat kepada seluruh jentera PAS peringkat kawasan dan cawangan? Dari Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang lalu, sewajarnya PAS Pusat terutama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat yang baru, yang saya kira memberikan kita harapan lebih segar, mengambil iktibar dari PRN Sarawak bahawa pilihanraya ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat kerja berfokus hanya setelah Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan. Lihat sahaja di Sarawak, PAS hampir-hampir sahaja mencipta sejarah dengan memenangi DUN yang pertama di Sarawak, tetapi ternyata jika gerak kerja pilihanraya hanya betul-betul serius bermula setelah tarikh pembubaran dibuat, hasilnya belum cukup menyeluruh dan membekas. Gelombang rakyat yang mahukan perubahan tidak cukup jika jentera pilihanraya PAS hanya bersikap tunggu dan lihat sahaja. Kita seharusnya mengambil iktibar dari PRU yang lalu, bagaimana Terengganu yang PAS berjaya menawannya tahun 1999, namun tidak dapat dikekalkan dalam PRU 11 dan tidak berjaya untuk merampasnya juga dalam PRU 12 yang lepas. Kita tidak mahu perkara seperti itu berulang di Kedah dan Selangor yang telah kita tawan dalam PRU yang lepas. Banyak juga kerusi PAS di dua buah negeri tersebut. Kita tahu SPR dan JPN pula bukanlah dari pasukan yang akan menyebelahi kita, jadi mahukah kita sekadar berpeluk tubuh dari sekarang? Contohilah DAP yang mana jentera mereka bergerak dengan tersusun malah menggandakan jumlah kerusi dimenangi mereka dalam PRN Sarawak yang lalu. PAS yang yakin mampu menawan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kerusi di Sarawak, namun ianya hanya tinggal harapan. Kesemuanya tewas. Di Dun Beting Maro sahaja PAS tewas dengan majoriti tipis. Kita tidak mahu jawapan yang sama keluar dari mulut pimpinan setelah PAS kalah, seperti mana BN yang sudah menyediakan alasan-alasan yang sudah dihafal rakyat bawahan apabila mereka menang atau kalah. Begitu juga skrip yang serupa, ketika pimpinan BN memberi jawapan yang sudah dihafal oleh rakyat bila harga minyak atau barang naik. PAS juga tidak boleh meniru cara BN. Memberi alasan serupa setiap kali tewas. Kenapa tiada usaha berkesan untuk menangani media yang hanya dikuasai BN? Tiadakah media alternatif? Kenapa isu pengundi hantu tidak diperjuangkan PAS dari sekarang?? Soal SPR telus dan penggunaan dakwat semasa pilihanraya untuk mengelakkan orang mengundi dua kali? Undi pos sudahkah PAS perjuangkan habis-habisan sebelum ini sejak PRU 2008, setelah 3 tahun berlalu? PAS jika tidak mampu menang, PAS tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan dalam negara. Jika kalah namun masih berbangga dengan alasan tewas dengan majoriti yang semakin mengecil, adakah itu sudah cukup memuaskan hati ahli dan rakyat yang mengundi PAS? Alasan pengundi hantu misalnya, kenapa dari sekarang tidak menggempur habis-habisan setelah terdapat pendedahan di beberapa kawasan melayu yang ditandingi PAS di Selangor dan Perak? Di Kelantan dan Kedah juga, hati-hati dengan warga 'import' sama ada dari Siam atau Kemboja, untuk dieksploitasi pihak musuh kita. Pendedahan YB Siti Zailah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap ahli parlimen Rantau Panjang mengenai penyusupan masuk warga Kemboja ke Malaysia akhir-akhir ini juga amat merisaukan kita. Kita khuatir, setelah BN telah pun selesai berkomplot dengan SPR dan JPN di seluruh kawasan sasaran mereka, barulah PAS mahu membuat bantahan tanpa bukti yang kukuh? Malah barulah mahu memperjuangkannya di mahkamah milik mereka? Menangkah kita di mahkamah mereka? Di Perak sebelum ini juga pernah dilaporkan ada penambahan pengundi berdaftar secara mendadak, namun apakah tindakan kita? Bagi kami ahli yang tidak mempunyai 'kuasa' sebagai mana pimpinan yang berada di atas, kami insyaAllah akan berusaha membantu dari akar umbi dan bersikap wala' kepada arahan pimpinan, cuma kami juga berharap pimpinan dapat mendengar cadangan dan permasalahan di peringkat bawahan jikalau ada. Kita mahukan perubahan dan penambahbaikan itu dapat dilakukan sesegera yang mampu, untuk PAS terus mempertahankan kawasan-kawasan yang telah dimenangi dan menawan lagi kerusi tambahan untuk memastikan suara PAS lebih didengari selepas PRU 13 ini. Kita tidak mahu PAS tewas seperti PRU 11 di mana PAS tewas banyak kerusi dan kehilangan negeri Terengganu yang dimenangi PAS sebelumnya. Jika masih bersikap sama, PAS boleh melupakan hasrat untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. Saya positif dengan perkembangan dalam PAS dan meletakkan keyakinan bahawa YB Dr. Hatta dapat mengemudi jentera PRU PAS dengan baik. Harapan kita, lantiklah ahli-ahli yang segar untuk berada dalam pasukan jabatan pilihanraya PAS Pusat, yang bukannya hanya memilih ahli-ahli negeri dari pantai timur semata-mata sebagai contoh, kerana situasi dan suasana pilihanraya di setiap negeri adalah agak berbeza. Kemudian wakil-wakil pasukan jabatan pilihanraya PAS negeri dari setiap negeri juga perlu menyertai pasukan jabatan pilihanraya PAS Pusat untuk memantapkan strategi dan pendekatan yang bersesuaian untuk digunapakai oleh PAS di setiap negeri. Malah jentera negeri juga perlu dilengkapkan dengan jentera pasukan IT untuk menangkis serangan-serangan perang saraf dalam media alternatif di peringkat negeri masing-masing. Akhir kata, cadangan dan teguran ini bukanlah untuk memburuk-burukkan sesiapa cuma ianya ikhlas dari ahli-ahli bawahan dan rakyat yang mahukan jentera pilihanraya PAS Pusat lebih terkehadapan berbanding pihak lawan. Jika kita masih terlena di saat musuh sudah bersiap sedia dengan jentera dan peluru-pelurunya, maka tunggulah saat kekalahan kita yang nyata!! http://faris-zaini.blogspot.com |
Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam Posted: 18 Jun 2011 06:56 PM PDT Oleh Subky Latif SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarangkannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah. Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya. Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan negara kebajikan yang PAS hidupkan semula itu telah lari dari pejuangan asalnya bagi mendirikan negara Islam. Menteri Nazri Aziz mengiranya ia meniru apa yang UMNO/BN laksanakan selama ini. Perdana Menteri Najib mengira ia bukan suatu yang bagi kerajaan dan parti yang diwarisinya, manakala Muhyiddin Yassin pula mengira PAS cuba buat yang sama dengan yang UMNO buat. Ustaz Haji Hadi berjaya menarik perhatian semua pemimpin Barisan Nasional apabila sekaliannya segera memberi reaksi yang berbagai-bagai mengikut pengajian dan fahaman mereka. Sarjana lepas Oxford ternyata gagal memahami ajaran Islam tentang kenegaraan dan pemerintahan. Atau cetek pengetahuannya mengenai subjek itu sekali pun dia pernah berkhidmat dengan ISIS, satu istitusi yang menghilang semua pemikiran dan perkembangan dunia. Tidak sampai pengajian orang di Universiti Oxford bahawa pengisian negara berkebajikan itu adalah antara isi negara Islam. Kalau negara Islam itu ditakuti oleh orang-orang jahil kerana disangka kerjanya adalah untuk memotong tangan pencuri dan merejem penzina tetapi dengan tertegaknya negara kebajikan mengikut feqah politik Islam dapat menambah jelaskan bentuk dan corak negara Islam itu. Yang takut kepada Islam selama ini mulai melucutkan perasaan itu hingga ramai yang mendaftar diri menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Masyarakat bukan Islam dunia sendiri kian bersungguh menerima konsep makanan halal dan sistem perbankan Islam. Semuanya itu adalah sebahagian dari pengisian muamalat Islam dalam cara pemerintahan Islam. Bukanlah Islam itu sekadar solat, jihad, puasa dan menutup aurat bagi wanitanya saja, tetapi dalam negara Islam itu ada konsep negara kebajikannya. Kalau negara Islam itu menyukarkan orang memahaminya tetapi negara kebajikan itu menyenangkan orang menyukainya. Kafir Quraisy Mekah enggan menerima perdamaian Hudaibiyyah yang dibuat dengan Muhammad Rasulullah tetapi bersetuju dengan perjanjian yang dibuat dengan Muhammad saja sekali pun isi perjanjian itu sama. Kalau Islam digeruni oleh kebanyakannya tetapi kebajikan itu disukai oleh semuanya. Dalam pendekatan dakwah, apa saja kaedah yang menarik orang ramai yang tidak bercanggah dengan sunnah Allah dan sunnah RasulNya adalah wajar dan dikehendaki. Tidak berbangkit kebajikan yang disarankan PAS meniru mana-mana politik dunia kerana kebajikan yang hendak diserlahkan adalah bersandar kepada feqah politik Islam. Negara berkebajikan yang mendapat restu-keredhaan Allah adalah ajaran al-Quran yang sudah disebutkan oleh Dr. Buhanuddin sejak sebelum negara merdeka dan sebelum bonda dan ayahanda Khairy Jamaluddin kahwin. Demikianlah tuanya konsep negara berkebajikan itu pada PAS. Tiadalah meniru PAS akan konsep itu dari UMNO kerana kebajikan yang difahami dan diamalkan oleh UMNO ialah mengikut politik dunia dan sekular yang menghalalkan cara sedang kebajikan PAS itu adalah mengikut kehendak feqah politik Islam. Kalau ulama yang tidak berpijak kepada feqah politik Islam boleh terjerumus dalam UMNO maka apa lagilah yang sekadar mengaji di Oxford dan Cambridge serta yang sekadar bersekolah atap dan tidak pernah menjejak kaki di tangga sekolah pondok. Amat dibimbangi ulama yang tidak memahami feqah politik Islam lebih lemah fahamannya tentang politik Islam dari anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mungkin yang layak berdebat dengan ulama UMNO adalah anggota kelab menyokong PAS – bukan ulama PAS. Tentang perintahan kebajikan yang Ustaz Hadi sarankan itu ialah 'PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN sehingga mengambil kesempatan mendapatkan hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga melalui GLC pula mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian peniagaan ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat biasa.' Sistem kebajikan UMNO membawa kepada duiawi dan rasuah, sistem negara berkebajikan yang PAS mahu bagi membawa pahala dan menjauhkan dosa. |
Muktamar Mat Sabu mara, Umno hilang punca! Posted: 18 Jun 2011 06:48 PM PDT Oleh PENA HAYAT MAJORITI perwakilan di Muktamar Agung PAS ke-57 telah membuat perhitungan tersendiri dengan memilih Mohamad Sabu untuk jawatan nombor dua tertinggi parti.Begitu juga untuk jawatan naib-naib presiden serta ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, perwakilan telah memilih pemimpin yang mempunyai imej dan keterampilan sebagai tokoh yang rajin dan aktif bergerak untuk parti. Keputusan itu agak mengejutkan para pemerhati lantas diambil kesempatan oleh media massa pro Umno-BN untuk menempelak PAS dengan melabel puak yang terpilih itu sebagai kumpulan profesional atau Erdogan di dalam PAS dan tidak sehaluan dengan ulama. Seluruh surat khabar arus perdana ketika ini terutama yang didominasi oleh Umno-BN terus membuat provokasi untuk memecahbelahkan PAS dengan mendakwa kepimpinan ulama tiada tempat lagi di dalam PAS. Kata mereka lagi, PAS telah tersasar daripada asas perjuangannya yang melehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZeWuPtsjE-i5gjVZQeOfuDNqaYAa5WJXCP4Urxx_FMahSMXlWGht9LCwi_hfnYF_1GMjZTOSRMPzI8D6q4BlHGbKWfzBcdjYAODx3F4nWkPJmWAonovtA2DuceOeh-lV1nZLTAW1ndeW-/s1600/Kartun+Harakah+Hairan.jpgtakkan Islam sebagai dasar perjuangan parti setelah sebelum itu mereka menghentam ucapan dasar Presiden iaitu Membangun Negara Berkebajikan, kerana tidak lagi menyentuh Negara Islam. Reaksi berbaur provokasi itu dipatahkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan berhujah bahawa Negara Berkebajikan adalah arahan yang tertera di dalam al-Quran. Sehari penulis memantau perhimpunan tersebut iaitu di hari kedua, hari diumumkan keputusan pemilihan, dari pagi hingga ke malam ceramah perdana, tiada langsung berlaku ketegangan. Para perwakilan dengan tertib dan berhemah membahas ucapan dasar Presiden, beserta lontaran idea-idea bernas. Tiada langsung kedengaran bunyi istilah apa yang dilabel dan disebutkan sebagai kumpulan Erdogan di hari perhimpunan tersebut. Ternyatalah telahan penulis bahawa akhbar-akhbar pro Umno yang mencipta istilah itu, hakikatnya sedang syok sendiri. Utusan Malaysia terus membuat provokasi lebih ekstrem dengan merumuskan kemenangan golongan profesional di dalam PAS itu sebagai kemenangan golongan pro Anwar dan DAP. Mufti Perlis yang mentah dan buta politik itu diguna untuk menyatakan bahawa PAS telah menggadai prinsip perjuangannya apabila tidak lagi meletakkan Negara Islam sebagai matlamat perjuangan parti. Mufti Perlis yang terjerat oleh lonjakan massa itu kembali menyebut isu amat basi iaitu isu kafir-mengkafir yang pernah timbul suatu ketika dulu. Demikianlah strategi serampang dua mata Umno hasil daripada perhimpunan Agung PAS itu, iaitu hanya semata-mata untuk memecahbelahkan PAS sekali gus memporak-perandakan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat yang sedang terjalin erat. Tidak hairan pada penulis jika selepas ini, media massa sama ada TV atau surat khabar pro Umno-BN akan menjaja ribuan pula ahli PAS keluar parti kerana tidak yakin lagi dengan haluan parti dan puluhan penganalisis upahan akan digerakkan diketuai Zulkefli Nordin, dengan matlamat supaya PAS dan Pakatan Rakyat menjadi retak menunggu belah. Itu sahaja matlamat parti Umno pada saat sedang menggapai talian-talian hayatnya. Slogan perpaduan Melayu, kepentingan agama Islam, kepentingan seluruh rakyat, 1Malaysia dan seumpamanya adalah slogan palsu semata-mata kerana yang penting adalah survival Umno serta kroni-kroni yang berpaut padanya. Pada penulis PAS telah memperolehi pengalaman yang amat berharga pada saat menjalin kerjasama dengan KeADILan dan DAP dalam konteks politik semasa dan dakwah Islamiyah di Malaysia. Ia amat berbeza dengan Umno yang menjalin hubungan dengan parti lain di dalam BN. Rakyat dapat melihat sendiri di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, bagaimana DAP dan KeADILan memberi ruang yang cukup luas kepada PAS untuk bergerak dan merealisasikan matlamat perjuangan parti. Malah ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat ini bergerak seiring dan sederap di dalam menangani apa-apa sahaja isu-isu besar berkaitan ketidakadilan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN. Justeru tidak timbul sama sekali isu bahawa PAS menjadi kuda tunggangan KeADILan dan DAP malah ia bukan faktor juga untuk menjustifikasikan ciri kepimpinan PAS yang baru dilantik itu sebagai puak yang pro Anwar atau pro DAP, melainkan ia adalah rasa resah dan irihati Umno melihat kejituan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat. Umno amat bimbang dengan kemaraan Mat Sabu kerana ia akan memantapkan lagi persefahaman di dalam Pakatan Rakyat yang sedang mengatur strategi akhir untuk ke Putrajaya. Penulis amat tertarik dengan komentar penulis veteran, Subky Latif yang mengaitkan perubahan agak mengejut di dalam kepimpinan PAS itu dengan peribahasa Melayu 'tiada rotan akar pun jadi.' Mat Sabu diibarat bukan akar biasa tetapi akar tunjang yang menjalar merata. Tambah Subky, dalam mengaitkan dengan peribahasa itu, bukan bermaksud tiadanya ulama, kerana perspektif yang dilihat adalah dalam konteks keperluan semasa yang lebih luas medannya, di mana PAS sedang menerjah dan menongkah arus dengan membawa obor perubahan. Kepimpinan ulama telah menggerakkan tugasnya dengan cemerlang sejak tiga dekad lalu di mana kepimpinan ulama di beri tempat di dalam PAS. Justeruhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJRPFoDDN-9I46Ph2DhVUrO_ks_24G0qOAU2ibI_wYwC2V5U7AT8ApL1gIbEZHnbBIA4kNmbsHuATjKMo1P2VGCshM1gEslJ2de4gu1Nz-Z3pw2MR5dC_Sg0tHhUHOu2ozlifeW8u6aT-8/s1600/Mat+Sabu.jpg tidak timbul andaian bahawa PAS kini telah menyisihkan ulama, bahkan Mat Sabu dan ketiga-tiga rakan Naib Presiden adalah tokoh pemimpin yang begitu lama di dalam PAS yang telah diasuh dan ditarbiyah oleh ulama. Hairan pula, sejak bila Umno ini begitu sayang pada ulama, sedangkan di dalam Umno, ulama diletak sebagai satu biro sahaja. Sedangkan di dalam PAS golongan ulama diberi taraf dewan. Satu lagi ialah Majlis Syura. Kedua-duanya mempunyai kuasa eksekutif. Dua entiti penting di dalam struktur organisasi PAS ini sudah cukup membukti bahawa PAS tidak akan tergelincir daripada landasan perjuangan asalnya yang meletakkan Islam sebagai matlamat, biar siapa saja yang naik menjadi pemimpin. Apa yang berlaku sebenarnya pada pengamatan penulis merupakan realiti semasa yang melingkari medan perjuangan. PAS bukan sahaja sebuah parti politik Islam kontemporari yang terjun secara langsung di dalam arena politik pilihan raya, malah PAS juga adalah sebuah gerakan Islam dan dakwah yang terbesar di negara ini. Setelah lebih lima dekad berada di persada dakwah dan politik tanah air tentunya amat banyak pengalaman pahit manis yang kesemuanya amat berharga bagi PAS untuk terus menelesuri medan jihad ini. Ulama di dalam PAS boleh berbangga kerana dengan kepimpinan merekalah telah menentukan survival PAS hingga ke tahap sekarang. Umpama di dalam perlumbaan lari jarak jauh, ulama begitu cemerlang dan konsisten menghabiskan pusingan-pusingan awal dengan membawa baton Islam. Kini untuk pusingan akhir yang memerlukan daya pecutan dan ketangkasan yang jitu, baton Islam itu dipindahkan kepada sahabat lain yang setia menunggu untuk terus membawar obor Islam seterusnya merealisasikan kemenangan. Tahap sekarang ini menyaksikan PAS sedang berada di satu 'stage' yang memerlukan PAS bertindak secara berani dan luar biasa serta tanpa menoleh ke belakang lagi demi mereallisasikan cita-cita meletakkan Islam di tempat yang mulia, sekali gus sebagai penyelamat bangsa, agama dan tanah air. |
Kartunis Utusan, Rogol Dan Zina Posted: 18 Jun 2011 06:43 PM PDT Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar. Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka? Rogol Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan? Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: "Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28). Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini. Lian Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi. Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina. Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya. Justeru Allah menyebut: (maksudnya) "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): "bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9). Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini. Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri. Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah. |
You are subscribed to email updates from "BERANI KERANA BENAR!" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan