Ahad, 19 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dengar apa kata rakyat

Posted: 19 Jun 2011 06:30 AM PDT

Najib offers Malaysia's GTP as model to growing African nations.[Full story here]
Malas nak respons tindak tanduk mamat perasan ni tentang perkara dalam tajuk di atas. Namun demikian, di bawah ini, aku sertakan satu respos daripada pembaca di Malaysian Insider, bernama MaYongChen. Ringkas, padat dan tepat. Layan....
Dear PM,
Please do yourself & our nation a favour. Stop making Malaysia a world-laughing stock by selling your GTP, ETP & NEM to other countries. Malaysians & people all over the world know that all the strategies are laced with nepotism & cronism, including a big dose of corruption.

Berakai dan ada akai

Posted: 19 Jun 2011 04:00 AM PDT

Jangan kasi dia terlalu banyak kuasa!! Terlalu banyak kuasa, bikin dia besar kepala dan berlagak bagai maharaja. Dia boleh buat apa saja ikut sesuka hati dia. Lantas, porak peranda negara jadinya!!Ubah!! Ubah!! Lakukan reformasi, wa cakap lu...
Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen. [ Terus baca lagui di sini]

Aha, ia bermula sejak tiga dekad yang lalu... kata dia. Aaaa... pemusatan kuasa itu bermula semasa era si Mahathir Kutty dan sampai ler ke era Si Najis. Kerana kuasalah mereka ni jadi petualang dan pengkhianat bangsa yang terlalu angkuh.

Weh.... in veteren UMNO yang cakap, bukan sebarang orang. So, kalau nak pulihkan keadaan sistem pemerintahna negara yang semakin parah, kena revise balik kuasa PM dan Peguam Negara. Ini langkah untuk menyelamatkan negara dan memulihkan sistem keadilannya. Itu saja caranya.

Tapi.... orang-orang yang dah syok duduk di puncak kuasa, takkan setuju punyer. Sudah terbiasa menjadi maharaja.... takkan senang-senang nak serahkan kuasa mereka. Tak maunya!!

Hmmm... ater mengkalor udah rupa itu, kita rentap turun jer demer dan kita lakukan perubahan. Bior negara ini aman sikit. Sebenornya, tak baik kalau kuasa dimonopoli oleh satu-satu pemimpin tu jer.

Cer komer tengok Astro... mentang-mentang dia jer yang monopoli satelite TV... fuhhh, bukan main angkuh lagi!! Asyik nak naikkkn caj jer. Naik pulak tu, gilerr pandi punya tinggi. Kerajaan pulak boleh matikan diri. Demer matikan diri sebab tokeynya kroni demer. I help you, you help me. Tu sebab demer diam jer, macam tunggoi mati!! Eeee... tak semiak betoi puak-puak ni.

Kita boikot jer Astro!! Bior padan muka!!

Lepas tu, cer komer tengok apa Mahathir Kutty kata pasal negara kebajikan. Ada ke kalau PR laksanakan negara berkebajikan, negara boleh bangkrap. Weh... yang boleh bangkrapkan negara ialah hangpa... cara hangpa urus tadbir negara iaitu dengan mengutama dan mendahulukan keuntungan buat syarikat kroni-kroni yang menjadi banker hangpa. Itu tak termasuk segala macam ketirisan, pembaziran, penyelewengan, salah guna kuasa serta rasuah yang bermahrajalela dalam pentadbiran hangpa.

Lantaran itu.... jangan ler dok nak phycho rakyat dengan memomok-momokkan negara berkebajikan Pakatan Rakyat. Just becoz hangpa dah gagal, jangan pulak ingat PR tak mampu untuk melakukannya. See the leg la wei.. Our legs are stronger and much better than your legs maa... Your legs... hebat sebagai kaki sapu dan kaki kencing jer!!

Aku rasa, PR jauh lebih baik daripada hangpa. Puak-puak hangpa jadi menteri dan YB burung kakak tua... yang hanya pandai angguk-angguk saja, sebab hangpa takut kepada piem dan kuasa yang ada padanya. Hangpa geleng kepala jer.... out hangpa go!! No jawatan, no pangkat and no kedudukan. Soru pun bisa miss maa.

Sebab tu, aku amat setuju kalau pemusatan kuasa kepada Piem dan Peguam Negara dikaji semula untuk dikurangkan dan dikembalikan kepada yang sepatut dan berhak. Itu ler keadilan namanya. Yang syorkannya pulak, bukan calang-calang orang tetapi veteren UMNO yang disegani.

Tapi... alangkah baiknya, jika Tengku Razaleigh Hamzah say goodbye kepada UMNO dan bersama menyertai rakyat dalam perjuangan memulihkan keadaan negara yang pincang teruk. Itu lebih mulia dan lebih patriotik!!

Komer tau tak....

Posted: 19 Jun 2011 01:00 AM PDT

Bersih 2.0 nak adakan himpunan aman pada 9 Julai 2011 bagi menuntut beberapa reform dalam sistem pilihan raya di Malaysia, agar dapat menjamin pilihan raya yang adil. Itu matlamat sebenar Bersih.Seperti biasalah, apa yang baik dan suci akan dihalang dan ditentang oleh puak-puak UMporNO dan para penjilat mereka, khususnya Perkasa. Ini kerana mereka takut!!Komer tau tak ngapa Perkasa nak jugak-jugak buat himpunan pada 9 Julai tu nanti.... ialah the very same day dengan himpunan Bersih 2.0??Pertamanya, mereka tak nak kemaluan mereka terdedah, kalau buat himpuan pada hari lain. Biasaler puak-puak ni.... talk big nombor satu. Mereka dakwa banyak barua-barua mereka yang akan turun padang tetapi hakikatnya, tak berapa kerat jer yang akan menunjukkan muka mereka. Kalau tak Ber-UPAH... tak sior mereka!! Malah ada yang dapat upah pun... setelah dapat habuan, mereka blah!! Takuuttt!! Belakang-belakang berani ler... tetapi, kalau berdepan kecut telor!!Sebaliknya, Bersih telah mensasarkan 300,000 peserta. Fuuhh.... banyak tu!! Jadi, kalau buat sekali pada masa yang sama, tak ler ketara sangat bilangan peserta mereka (Perkasa) yang boleh dibilang dengan jari. Aha.... terlindunglah sikit kemaluan mereka!!Keduanya, mereka memang berniat jahat. Mereka akan cari peluang untuk menimbulkan huru-hara. Mereka ni bukan ke provo'kotor'- provo'kotor' yang mempunyai kebolehan semula jadi. Sudahlah berbakat semula jadi... pastu ada experience yang luas pulak. Pasti kecuh punya, kalau mereka ada!! Mana tak nyer... siap pandai berlakon serta menyamar lagi dan menyelinap dalam kalangan kita. Pasti banyak yang pakai baju Bersih sebagai penyamaran untuk melaksanakan misi kotor mereka. Fuuhh... hati-hati. Kaki gaduh demer ni!!Jadi, kita kena sentiasa berwaspada. Mereka akan mengambil kesempatan dengan adanya ratusan ribu peserta Bersih 2.0 itu nanti untuk membuat provokasi. Dalam keadaan demikian ramai-ramai gitu, susah bagi kita untuk mengenal pasti siapa mereka Bersih dan siapa mereka Perkasa. Selain Perkasa... banyak lagi 'hantu' yang akan berkeliaran dalam kalangan peserta Bersih. Siapa?? Eleh.... barua satu lagi tu. Takyah sebut.... korang pun tahu. Ok... Ok... Sedikit hint. Ele... provo'kotor' berlesen tu.... Paham tak?? Aaa.. paham pun!!Puak-puak tu jenis biut. Cakap orang, tak nak dengor. So.. mampuh pi ke demer. Kita pulak.... jaga disiplin dan jaga darah... jangan cepat benor nak naiknya. Stay cool and be cool. At the same time, bawak kamera... tangkap gambor para provo'kotor' yang bikin kecoh sebagai backup bukti sekiranya timbul isu.Oleh itu... jangan lupa turun 9 Julai nanti. BERSIH 2.0 HERE WE COME!!

Awat, tak dak orang lain ka??

Posted: 18 Jun 2011 10:45 PM PDT

KOTA BHARU – Pelakon popular Erra Fazira menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakannya menjadi model produk tudung sebuah syarikat di sini bertujuan mengembalikan popularitinya yang kini menurun akibat saingan artis baru.

Sebaliknya beliau berkata, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.

Baginya, tidak salah artis menjadi model produk tudung kerana ia merupakan satu tanggungjawab sama jika beliau menjadi model kepada mana-mana syarikat dan produk lain.

"Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta.

"Peminat datang dengan sendiri. Kadang-kadang kita pakai tudung pun, kalau orang tak minat, tak minat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu di sini semalam.- Kosmo

Awat, tak dak orang lain ka yang full -time bertudung untuk dijadikan duta?? Banyak aaaiiihhh. For instance, Wardina ke...?? Dia cantik dan ayu.. setanding Erra. Moreover, dia sememangnya bertudung secara full-time.

As for Erra, walau pun dia kata, akan bertudung satu hari nanti tapi pemilihan dia sebagai model, syarikat tudung tersebut... nampak macam tak kena gaya. Apakah bertudung tu hanya untuk bergaya jer ke?? Atau, ia dianggap sebagai satu fesyen?? Tindakan ini nampak macam 'plastik' sangat!!

Why not offer dia, apabila dia dah betoi-betoi bertudung nanti... barulah nampak lebih ikhlas dan proper. Until then... banyak lagi calon yang boleh dicari dan dipilih.

Well... itu hanya pandangan peribadi teman. Mungkin ada orang lain yang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza, wallahua'lam...

Apa-apa pun.... itu hak tuan punya syarikat untuk meng-offer dan tuan punya badan untuk menerima. Kita kena respek hak orang!!

InsyaAllah... mungkin dengan penerimaan offer tersebut, Allah SWT akan membuka pintu hati Erra dan tergerak hatinya untuk terus bertudung dan menutup aurat selama-lamanya.

All the best dan selamat maju jaya!!

Kentut busuk: Terkantoi dan termantoi

Posted: 18 Jun 2011 08:45 PM PDT

Midah kantoi kerana luluskan kawasan tanah seluas 150 ekar dekat Segari kepada Syarikat Atigas Technology Sdn Bhd.Mengapa kita kata Midah kantoi??Sebab... Syarikat Atigas Technology ialah syarikat jeng... jeng... jeng..., kuang... kuang... kuang.... Mengikut pendedahan Nga Kor Ming... syarikat ini, syarikan RM100 yang tiada whatsoever rekod perniagaan pun. Tapi, peliknya.... ia boleh dapat tender perniagaan bernilai RM5.8 billion. [Ceritanya di sini]Aaaikkk??? Gilerr pandi betoi!! Satu misteri dalam urusan perniagaan telah timbul. Siapa empunya syarikat 'tidor' ni?? Kroni punya?? Anak punya?? Bini punya?? Laki punya?? Proksi punya?? Adik abang kakak punya?? Sedara mara punya?? Atau... sahabat handai punya??Sapa... sapa... sapa punyaaaaa???Rakyat Perak nak tau. Kami mau misteri ini dibongkar dan didedahkan. Gali.... gali... gali ... sampai jumpa empunya syarikat ini dan kaitannya dengan Midah and the geng, terbongkar!! Iniler kerja mereka kalu dah ada kuasa. Buat sesuatu, ikut sedap mak bapak dia jer.Sebagai rakyat Perak, anak Perak jati weh.... aku dengan berbesar hati, melantik Nga Kor Ming dan saf kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak, untuk menelanjangkan Hamidah binti Osman. Bedah siasat tindak tanduknya secara terperinci, dan laporkan kepada rakyat Perak.Jom kita telanjangkan dia, bior dia malu banyak. Tak kenal tak tau. Siapa dah kenal Midah ni, baru tau... bertapa hancingnya dia. Orang UMporNO ler katakan.... Mana ada yang wangi. Semuanya bau hapak dan hancing belaka..... Dari kepala sampai ke ususnya, penghor!!Ha ha ha ha... Hancing pun, hancing ler. Hapak-penghor pun, hapak-penghor ler. Mereka peduli apa.... sebab itulah cara mereka cari makan untuk hidup mewah di dunia.Puak-puak UMporNO... tak tipu kalu, tak boleh hidup beb!! Hidup pulak tu, menyusahkan rakyat. Sebab tu.... kita kena kioookkk-kioookk-kan mereka di bumi Malaysia ni!! Apa tah lagi, di Perak ini.Hello rakyat Perak.... come PRU13 nanti, VOTE THESE SPECIES OUT!!

Tak habis gegor lagi??

Posted: 18 Jun 2011 07:30 PM PDT

Gegak gempita bumi Malaysia pasal Bersih 2.0.... alih-alih kat sana pulak yang bergegor. Saki-baki gegor yang lama kot...

TOKYO 19 Jun – Gempa bumi sekuat 5.9 magnitud menggegarkan timur Jepun semalam, kata pihak seismologi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.31 petang waktu Malaysia, kira-kira 110 kilometer timur Fukushima berhampiran pantai timur Honshu pada kedalaman 30 kilometer.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – AFP

Betoi!! Aha, sikit otak sudah naik kapla

Posted: 18 Jun 2011 05:45 PM PDT

Muhyiddin Yassin kata...Perhimpuan yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur 9 Julai ini satu cubaan pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya [Lagi di sini]Ya... memang betoi pun. Tak dinafikan Pakatan Rakyat memang mahu ke Putrajaya. Lagi cepat lagi bagus. Sebabnya, keadaan negara sudah jadi amat parah dan kalau dibiarkan berterusan diperintah oleh UMporNO, maka buruk padahnya. Sebab tu, kalau boleh... PR nak cepat menguasai Putrajaya dan perambat UMporNO dari sana.Sebab itu PR dengan kerjasana NGO anjurkan Himpunan Bersih 2.0. Kami orang Pakatan Rakyat ialah rakyat yang civilised. Sebagai rakyat yang civilised, kami mahu tumbangkan kerajaan UMporNO secara demokrasi.... mengikut saluran demokrasi. Tapi, kami mahu bertanding atas padang yang sama rata. Barulah fair and adil. On top of, that kami mahu diadili oleh pengadil yang adil.Malangnya, pengadil bukan saja bias tetapi menyediakan padang yang tinggi rendah... Tak rata!! Jadi... kami menuntut agar si Pengadil bikin beberapa penambahbaikan. Mengapa perlu gabra??Apakah puak-puak ini takut dan gabra yang kejadian di negara-negara Timur Tengah akan menimpa mereka di sini?? Well nampak gayanya, puak-puak ini sedang diserang igauan ngeri. Mereka sudah takut dengan bayang-banyang sendiri. Takut hilang kuasa. Hilang kuasa kalu.... takut pula diheret ke muka pengadilan atas 'dosa-dosa' mereka terhadap rakyat dan negara. Banyak implikasinya kepada mereka jika mereka tumbang.Weh... weh.... yang syiuknya, si Muhyiddin sedar pulak yang kerajaan UMporNO banyak terpalit dengan pelbagai isu dan dia jugak sedor yang isu-isu tersebut membuat rakyat amat marah pada mereka.Aha... tau tak per. At least, otak yang kat lutut tu dah naik ke kapla sikit. Itu yang cakap ada make sense sikit. Tapi... sikit jer tau. Yang lelainnya semua merapu. And... Bersih 2.0 akan diteruskan juga untuk mengusahakan agar padang pertandingan diratakan. We want justice!!Makkk aaiihhh.... patutlah pembuli-pembuli ni gabra nak mamposs!! Rakyat yang depa dok buli dah bertekad untuk bersolidariti bersama Bersih 2.0, 9 Julai ini.Agaknya, apabila depa lihat rakyat.... depa terbayangkan malaikat maut. Aha.... malaikat maut mai nak cabut nyawa depa. Eeee.... takutnya!! Kucut purut.... Kucut purut....SPR!! SPR!! Help us!! Help us!! This is an order... Jangan biarkan depa berpeluang nak cabut nyama kami. Tutup pintu rundingan. Jangan sekali-kali turut kemahuan dan tuntutan mereka.Polis...!! Polis...!! Halang Bersih 2.0!! Nyawa kami dalam bahaya. Halang Bersih 2.0!! Hangpa barua kami yang dibayar gaji, kan?? So... halang Bersih 2.0!!Hello... Hello.... Relax ler. Kita orang bukan nak gaduh. Kita orang bukan nak bikin trouble. Peace brother... Peace... Kita orang cuma nak exercise our democratic rights jer. Awat gelabah semacam jer....Aha.... takut, ekkk???Ha ha ha ha... Kalut al-takut!!

Tiada ulasan: