shalehudin |
- Hek ellehh... kecoh la orang Singapore nih
- Berahim Ali ejen provokasi...
- Keta baru drebar lama... haha...
- Umno dah tukaq nama... kahkahkah...
- Bukti, rakyat memang didahulukan Umno... kahkahkah...
- Ramai yang tuli walau dok kena buli...
- Tahniah Pekida, RM5 juta dalam 3 hari
- Bukti Umno penipu
Hek ellehh... kecoh la orang Singapore nih Posted: 14 Jun 2011 07:31 AM PDT Hek ellehh... kecoh betul la orang Singapura nih... kita suruh bogel sikit pun nak heboh ka? Jangan cakap pulak korang kat Singapura tak pernah berbogel... ishh... kita kat Malaysia ni, tok sah kata berbogel, habis semua orang politik kita telanjangkan... kahkahkah... diaorang tak gaduh pun nak repot repot ke pihak atasan.... korang ni tak sporting betoi laa... haa, kan dah pihak Jabatan Imigresen Johor kena buang masa diaorang siasat dakwaan korang... tak rock la camni... hihi.... Itu la korang, nak sangat duduk kat Singapura yang mundur tuh... Singapura tu tak semaju kitaorang disini tau, kita dah tayang gambar bogel secara bebas dah... siap ngan edar secara free lagi... Ehh!!! korang tak tau ka? - shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 14 Jun 2011 03:28 AM PDT Breheng ugut nak bakar kereta, baling batu? Oleh Penarik Beca Pengalaman saya menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh puak lawan Umno, tak pernah la pulak saya tengok kes baling batu dan bakar kereta. Bakar tayar pun tak pernah. Saya tak pernah menyertai demonstrasi Reformasi. Tapi dalam demonstrasi tersebut pun saya difahamkan bahawa mereka yang berdemonstrasi sentiasa berjaga-jaga terhadap agent provocateur. Saya pernah dengar cerita depa depa debik agen-agen provokasi itu. Kesimpulannya, bila puak-puak lawan Umno berdemonstrasi, depa akan pastikan ia adalah pehimpunan aman. Depa tak nak dan depa benci benda-benda yang menyusahkan depa nak berhimpun dan berhimpun lagi. Yang buat kecoh ialah orang lain. Elok saya cerita pengalaman saya menyertai demonstrasi puak lawan Umno. Ia berlaku dalam satu perarakan yang dimulakan dari depan bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat. Saya tak ingat tahun berapa dan demonstrasi apa. Tapi dalam tahun lapan puluhan atau awal sembilan puluhan. Perarakan tu bercadang nak ke kedutaan Amerika Syarikat. Ketika perarakan belum pun bermula, saya tengok ada beberapa orang yang kelaku depa pelik sungguh. Histeria macam orang gila. Lagak depa macam nak menunjuk-nunjuk kononnya depalah pejuang Islam paling bersemangat. Orang suruh bertenang, depa tak nak dengar cakap. Tak lama lepas tu, polis bertindak menghalang perarakan. Terjadilah pergelutan kecil. Tengok-tengok yang tangkap orang ialah puak-puak yang kononnya bersemangat sakan tadi. Sebab itulah, bila Ibrahim dipetik sebagai berkata, "I cannot imagine, when they bring a big crowd and start throwing stones, burning cars...Perkasa will go down to make sure we stop (the Bersih rally)", saya bersetuju dengan pandangan yang menyatakan beliau membayangkan ada puak yang akan baling batu dan bakar kereta. Puak lawan Umno tak pernah buat kerja bodoh yang akhirnya akan menyusahkan diri mereka sendiri itu. Kalau begitu, puak mana yang akan baling batu, bakar kereta? Puak perkosa? Kalau depa baling batu, kalau kena kepala kita, boleh mati. Kalau depa bakar kereta, kalau api merebak, kita boleh mati. Kepada yang beragama Islam, kalau mati dibunuh puak jahat kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kita ada jawapan kepada Allah s.w.t. yang memerintah kita memperjuangkan keadilan dan menentang pembohongan serta penyelewengan. Mereka pun akan kata mereka juga ada jawapan. Kita tunggulah apabila berhadapan dengan Allah di Hari Perhitungan nanti. Kita akan tahu jawapan siapa yang akan diterima Allah. Sementara itu, tolong bagi tau semua orang tentang puak jahat yang nak baling batu, bakar kereta. Kalau orang tanya siapa, suruh mereka tanya Ibrahim. Kalau mereka tak yakin Ibrahim bercakap benar bila dia bagi tau siapa nak baling batu dan bakar kereta, suruh dia pergi bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul. Maklumlah, Malaysia dah jadi pusat sumpah laknat. (Nota: Lebih kurang untuk nak tahu apa maksud amaran Ibrahim, sila baca, antara lain, "Pro-government protesters in Egypt were agent provocateurs", "Hosni Mubarak's agents provocateur" dan "Agent provocateurs using COINTELPRO tactics to create chaos across Egypt"). http://penarikbeca.blogspot.com |
Keta baru drebar lama... haha... Posted: 13 Jun 2011 11:00 PM PDT Kabinet Hadi Laksana:Kereta Baru Driver Lama Oleh Mohd Sayuti Omar Abdul Hadi Awang telah melengkapkan barisan kabinetnya untuk dua tahun lagi. Sudah pasti pembentukan barisan kabinet itu mengambil kira kepada keperluan untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan juga sebagai bingkas kepada kehendak muktamar yang baru lalu. Sebelum barisan kabinet itu diumum ramai yang membuat telahan tetapi tidak berani untuk menulisnya. Saya sendiri telah menulis barisan kabinet menurut pandangan saya, yang saya rasa lebih relevan dengan barisan kabinet sudah diumumkan itu. Kebinet yang saya bayangkan adalah kombinasi kepada dua golongan dalam Pas dan untuk tidak membuka ruang kepada musuh menterjemahkan bahawa Pas memang berpuak. Juga sebagai seorang pemerhati dan melihat dengan adil, (seboleh-bolehnya) kabinet yang saya bayangkan itu tidak bias - berat sebelah sebaliknya ia lebih kepada penyatuan atau pun kabinet pengukuhan Pas yang kini diterjemahkan dengan berbagai versi baik oleh Umno atau kalangan Pas sendiri. Itu yang saya cuba ketengahkan tetapi sayang tidak ternampak oleh Presiden, timbalan dan naib-naib presiden. Memerhati kepada pembentukkan kabinet hari ini menjelaskan Abdul Hadi Awang tidak menggunakan kedudukan kuasa prerogatif sebagai presiden sepenuhnya sebaliknya masih menggunakan khidmat konsultan dalam membentuk kabinetnya. Pada saya pembentukan itu masih berbau rakan dan mundir politiknya, Mustapa Ali. Ada dua faktor yang saya nampak kenapa ia berbau Mustapa Ali. Pertama, Abdul Hadi masih mengekalkan Mustapa sebagai setiausaha agung. Kedua mengekalkan Abdul Halim Abdul Rahman dalam Dewan Harian Pas dengan melantiknya sebagai Bendahari untuk kali kedua. Pertukaran Pengerusi JPP kepada Dr Mohd Hatta Ramli dikira cocok, walaupun tokoh yang sesuai untuk menggerakan armada perang Pas ini ialah seorang strategis seperti Husam Musa. Tetapi tidak mengapa kerana umum tahu hubungan Husam dengan Dr Hatta, jawatan itu masih boleh digerakan. Kedua mereka boleh duduk sekali berfikir dan menjana JPP untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Sebelum ini pun mereka bekerja secara teamwork. Sudah tentu bila Hatta duduk di situ beliau akan melantik orang yang dikenal pasti dapat mengatur dan menyusun strategi bagaimana untuk memperkuatkan JPP. Tidak kurang juga orang yang boleh menjana kewangan untuk parti kerana pilihan raya memerlukan wang yang bukan sedikit. Mungkin Dr Zulkefli Ahmad bekas Pengarah Stategi Pas akan digunapakai oleh Dr Hatta. Dan kalau Dr Hatta tidak terikut emosi mungkin dia juga boleh melantik Dr Hasan Ali, yang digugurkan sebagai Pesuruhjaya Selangor setidak-tidaknya untuk dijadikan pakar motivator dalam JPP. Kena ingat Hassan seorang pakar pengurusan dan banyak pengalaman dalam aspek itu. Bersabit pengguran Hasan ini saya lihat Abdul Hadi cuba meredakan pertemburan di antara Hasan dengan Khalid Samad. Niat itu memang tepat, tetapi apakah Hadi sudah menimbang dan mengira mana yang lebih banyak untungnya dengan Hasan dikekal dengan Hasan dilucutkan dari jawatan itu? Saya berdoa Abdul Hadi telah mengambil kira ini semua. Tetapi adalah malang kalau pertukran Pesuruhjaya Selangor itu dibuat atas nasihat Mustapa Ali yang dikatakan bermasalah dengan Hasan Ali. Mereka ini bin saja sama, tetapi tidak sekata dalam polisi politik. Tetapi apabila Abdul Halim diletakkan sebagai menggantikan Dr Hatta sebagai Bendahari, saya tidak faham untuk apa dan apa logiknya. Kalau dia dipecat dari jawatan itu kerana tidak perform kenapa pula dia diambil untuk menjana kewangan Pas? Di sinilah saya merasakan Abdul Hadi tidak membuat istikharah atau pun membuka kitab tajul mulut terlebih dahulu. Justeru pada saya perlantikan Abdul Halim itu tidak ada sebab dan alasan lain melainkan kerana untuk dijadikan regu veteran didalam Pas saja. Atau pun untuk menggunakan pakai idea dan pengalamannya. Pemilihan Abdul Halim itu tentu bukan atas pandangan Abdul Hadi sendiri melainkan ia adalah atas nasihat Mustapa Ali. Timbul juga persoalan di sini apakah pengekekalan Abdul Halim itu kerana disebabkan ada agenda di antara mereka berdua? Ada desas desus kedengaran sebelum ini ada usaha membawa Abdul Halim balik bertanding di kerusi state semula pada pilihan raya akan datang bagi mengganti Tok Guru Nik Aziz sebagai MB? Saya akan ulas semula berhubung kewujudan Tiga Abdul yang dikatakan cuba untuk menguak kembali di Kelantan. Perlu diingat hubungan Mustapa Ali dengan Abdul Halim bukan baru, jadi mereka saling perlu memerlu di antara satu sama lain untuk dijadikan pembela bila berdepan dengan masalah khasnya dalam Dewan Harian. Dalam hal ini apa yang saya nampak Mustapa memerlukan sokongan Back Bancher dalam Dewan Harian. Jelas kalau perlantikan ini dibuat ia diambil bukan atas kepentingan parti tetapi kepentingan peribadi. Perlantikan berdasarkan kehendak individu sesuatu yang salah. Nasib baik saya tidak jadi Mustapa dan Abdul Halim. Kalau saya jadi mereka, saya sudah tinggalkan parti kepada anak-anak muda yang jauh lebih berketrampilan dan lebih 'casligas' daripada orang lama seperti mereka berdua. Apa yang baik dilakukan mereka berdua hanya sebagai penasihat saja. Era politik masa kini sudah tidak relevan dengan corak dan stail politik mereka. Musim dan era mereka sudah pun berlalu sejak 10 tahun lalu. Pada saya kenapa Terengganu tewas antara faktor ialah kerana orang-orang maca Mustapa Ali masih kekal dan berperanan di Terengganu. Perasaan syok sendiri inilah kadang-kadang menyebabkan kita akan jatuh tergolek macam Mat Jenin. Apabila Mustapa Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan Abdul Halim sebagai Bendahari (sudah dua kali pegang), maka nampak sangat kabinet Abdul Hadi tidak memenuhi kehendak golongan muda sepenuhnya. Perlantikan mereka dua ini menyebabkan Pas masih lagi berada di takah lama. Anjakan paradigama yang diharapkan tidak akan berlaku secara meluas dan besar. Saya mengira ia tidak mememuaskan kehendak naluri anak muda seperti mana yang dibayangkan dalam muktamar yang lepas. Perlantikan bergilir-gilir itu juga seolah Pas kehabisan dan ketandusan calon muda yang lebih berwibawa. Kalau tidak salah saya sebelum ini jawatan Bendahari pernah dipegang oleh Mustapa Ali. Putaran atau pengiliran ini menampakkan Pas miskin dengan tokoh dan sekaligus ia juga menyebabkan mereka yang terasa layak memegang jawatan itu tidak dipedulikan. Walhasil pada saya dengan kabinet yang baru ini tidak membawa Pas jauh ke depan seperti mana diharapkan. Apakah perlantikan mereka itu untuk menjadi pemangkin kepada Melayu dalam Pas? Mungkin begitu alasan yang diberikan. Dan kalau sebelum ini muktamar berkeras menolak kerjasama Pas dengan Umno dengan menjadikan Nasharudin Mat Isa atau Dr Hassan Ali sebagai kambing hitam, maka kambing hitam itu sebenarnya masih ada lagi. Orangnya ialah Mustapa Ali dan Abdul Halim. Terus terang saya sebutkan mereka adalah antara jururunding yang atau orang yang masih berkepercayaan bahawa Pas perlu mendekati Umno! (Catatan bila saya tulis ini bukan bermakna saya menentang pandangan mereka). Jadi kerana mata sudah mengantuk saya nak simpulkan kabinet dibentuk Abdul Hadi ini begini; kabinet Abdul Hadi tidak ubah seperti sebuah kereta baru tetapi pemandunya orang lama. Jadi kerana pemandunya orang lama segala macam peralatan canggih yang ada pada kereta itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Ini termasuklah untuk menggunapakai GPS. Tenguklah driver veteran bawa kereta, bila mereka nak masuk ke kanan, mereka akan buka cermin dan melewa-lewakan tangannya, walhal signal sudah pun bernyala lip..lip...lip. |
Umno dah tukaq nama... kahkahkah... Posted: 13 Jun 2011 09:00 PM PDT Cadangan nama baru untuk UMNO Oleh Mid Panah UMNO mencadangkan supaya PAS buang nama ISLAM dari Parti Islam SeMalaysia kerana tak sebut nama negara Islam untuk diperjuangkan, sebaliknya sebut negara berkebajikan. Depa cadangkan nama Parti Kebajikan SeMalaysia. Mid pulak nak cadangkan dekat UMNO; oleh kerana parti itu tidak lagi memperjuangkan Melayu sebaliknya memperjuangkan kekayaan peribadi, kroni, nafsu serakah, kebuncitan perut dan tembolok semata-mata, maka eloklah kalau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditukar kepada Pertubuhan Kebangsaan Berjuang Untuk Tembolok & Nafsu Serakah Berpecah (ganti bersatu) atau singkatannya PKBUTNSB. Huihh panjangnya, jenuh depa nak ingat Cadangan nama baru untuk UMNO |
Bukti, rakyat memang didahulukan Umno... kahkahkah... Posted: 13 Jun 2011 08:00 PM PDT |
Ramai yang tuli walau dok kena buli... Posted: 13 Jun 2011 07:00 PM PDT Sepatutnya rakyat kena sedar dan bertindak ikut selera. Tak boleh buat macam lembu kenyang padahal hati kita terluka, perut kita penuh angin. Kalau kerajaan dilihat terlalu singkat pemikiran mereka maka rakyat sewajarnya singkatkan saja riwayat usia pemerintahan mereka. Tolak saja kerajaan yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni ini. Lihat saja bagaimana rakyat dibuli dengan kenaikan segala macam barangan keperluan termasuk lah yang terbaru tarif elektrik. Kenaikan mendadak segala manika termasuk elektrik ini memaparkan betapa kerajaan Umno yang memimpin BN hanyalah bertujuan memperkayakan kroni dan membebankan serta memangsakan rakyat. Rakyat telah dipaksa menanggung kos operasi semata mata demi kroni... TNB sebagai sebuah badan berkanun sebelum ini merupakan sebuah badan yang amat berkesan dalam menjana keuntungan yang menasabah buat kerajaan sehinggalah berlaku penswastaan di mana TNB dicekik oleh pihak IPP. Sejarah jugak membuktikan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab menyusun kesemua ini. Mengikut sejarahnya TNB hanya perlu akur kepada arahan EPU. Amat malang, mengikut sejarahnya, bahawa sementara TNB mampu menjana tenaga pada kos 8 sen seunit (setiap kWhr), mereka dipaksa membeli daripada IPP pada harga 14 setiap kWhr atau 75% lebih tinggi. Sebenarnya dengan kaedah "take or pay" harga dibayar kepada IPP ialah 23 sen (termasuk kos transmisi dan pengedarn). TNB sebenarnya mampu membekal dengan 17 sen se unit tanpa IPP. Simpanan atau kapasiti resap/lebihan pula berada pada lebih 50%, antara tertinggi di dunia. Jelas kerajaan BN menguntungkan kroni dan membebankan rakyat! Terbaru, kerajaan Umno telah menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada polisi rasionalisasi ala samseng serta pengurangan subsidi yang tak berhati perut. Tentu sekali dengan itu, gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Pakar-pakar ekonomi serta penganalis meramalkan, akibat dari kenaikan ini... harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Huh... Itupun masih ramai umat Malaysia yang tuli walau pun terang terang telah dibuli... |
Tahniah Pekida, RM5 juta dalam 3 hari Posted: 13 Jun 2011 05:00 PM PDT Pergghhh.... menjadi jugak promosi yang dibuat oleh Pekida terhadap filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster kerana berkat kerjasama dan promosi dari Pekida, filem tersebut telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa tiga hari.... wallawoiii... haha.... Kutipan tersebut dikira bermula pada tarikh tayangannya iaitu 9 Jun hingga 11 Jun lalu. Menurut Syamsul, dia bersyukur dengan pencapaian yang luar biasa itu dan bangga kerana mampu mencapai jumlah kutipan tiket yang sama seperti filem-filem Hollywood yang sedang rancak ditayangkan... Memang layak la Pekida sekarang ni menukar arah dari menjadi NGO yang kurang dikenali kini mencebur diri pulak dalam bidang mempromosi filem... kahkahkah... terutama filem filem berasaskan gangster Melayu nih... haha.... |
Posted: 13 Jun 2011 03:00 PM PDT Umno Barisan Nasional (UBN) akan terus menerus menipu rakyat, sejak dahulu.. kini dan selama lamanya.... Kalau tidak, masakan mereka tidak langsung membenarkan sebarang pemantauan dalam pilihanraya negara oleh pihak luar. Dah la pemantaun dalam negeri pun depa tak bagi, apatah lagi pihak negara luar... Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh. Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya. Sekalipun sombong dan angkuh, Umno masih menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN. Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan