pemuda cheh |
Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah Posted: 14 Jun 2011 12:54 AM PDT Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap rezeki rakyat negeri ini oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas tiga tahun menerajui pemerintahan sebagai Menteri Besar. Sumber hasil bumi ini dipercayai terdapat di Daerah Kubang Pasu, Pendang dan Kuala Muda. Beliu berkata demikian kepada pihak media selepas mempengerusikan Mesyarat Mingguan Exco di sini. Justeru itu negeri Kedah bakal memperolehi pendapatan baru hasil bumi yang akan memacu ekonomi Kedah mencecah jutaan ringgit. "Sumber hasil bumi baru ditemui dikenal pasti ada di Daerah Kubang Pasu, Kuala Muda dan Pendang sejak tahun lepas. Mungkin ada juga dalam daerah lain di Kedah ini," katanya. Ada beberapa pihak yang datang untuk berunding dengan Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengusahakan projek tersebut, katanya. "Seperti biasa kita membuka tawaran kepada sesiapa sahaja dan tawaran dibuat menerusi tender terbuka," ujarnya Beliau juga memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti sumbangan pihak pengusaha atau syarikat berkenaan yang berminat dengan projek ini. "Ini adalah proses biasa pihak yang menawarkan jumlah tertinggi mempunyai peluang besar memperolehi projek ini," katanya. Ini tidak mustahil kerana pada zaman yang dikenali sebagai Kedah Tua negeri ini muncul sebagai negeri pengeluar bijih terbesar peringkat antarabangsa menjadikan pelabuhan di kawasan Sungai Merbok sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap hari. Terdapat kesan jeti sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Batu yang menjadi bukti adanya pengkalan tempat kapal-kapal berlabuh membeli bijih besi keluaran lain dari negeri Kedah. Kajian itu juga telah menemui kilang melebur bijih besi di Jeniang yang beroperasi sebelum abad ke 4 masihi lagi. Justeru itu katanya, tidak mustahil Kedah akan memasukki era baru dalam bidang ekonomi sebagai pengeluar bijih besi untuk pasaran antarabangsa terutama China. Selain itu Kedah merancang untuk membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan dengan memohon kerajaan pusat menyambung lebuhraya dan landasan berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting. Kerajaan Negeri bercadang membangunkan Pulau Bunting sebagai pelabuhan berikutan di pulau tersebut sudah ada jambatan yang bernilai RM10 juta. "Jalan keretapi berkembar akan siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan kita mahu produk dari China yang menjadi kegemaran rakyat Afrika dibawa ke Pelabuhan Pulau Bunting sebelum dihantar ke negara tersebut," katanya. Ujarnya lagi, keretapi ini difahamkan bertolak dari Ipoh ke Kunming, China dan Kedah akan merebut peluang dengan membangun Pulau Bunting sebagai pelabuhan ekoran China sekarang ini muncul sebagai pengeluar produk pelbagai guna. Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah |
Tony Blair Baca Quran Setiap Hari Posted: 13 Jun 2011 04:14 PM PDT Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama. Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) - memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, "Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini," katanya, seperti tersiar dalam DM. "Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif." Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel. Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang 'indah' dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah 'penguasa yang beradab'. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai 'kitab reformasi', inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan. Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami 'pengalaman spiritual' ketika melawat sebuah tempat suci di Iran |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan